Menu dari sahabat sepejabat. Dia selalu bawa masakan ni untuk kami. Selalunya aku cuma masak sambal bilis, tetapi dia pula suka buat masak tempoyak.Disebabkan aku sudah tergoda dengan rasanya..maka aku pun menuntut ilmu dari Puan Jamilah. Halalkan ilmu ni ya mama milah. Ok..aku tak pandai nak bagi sukatan..jadi..korang agak-agakla berdasarkan saiz hidangan yg nak dibuat.
Ikan Bilis
Bawang Besar ( dipotong macam nak makan ngn laksa tu )
Cili hijau ( kalau nak pedas, letak la banyak )
Tempoyak (Kalau kurang masam..letakan asam keping )
Minyak masak
Caranya :
Kisar cili hijau sampai halussss..
Bancuh tempoyak dengan air ..sukatan air bergantung la..
Panaskan minyak masak..jgn banyak sangat..cukup untuk menumis sahaja.
Tumis bawang besar sehingga agak-agak kekuningan la..
Masukan cili kisar ..tunggu sehingga cili benar-benar masak.
Masukan tempoyak yang telah dibancuh dengan air
Masukan bilis..biar semua adunan menjadi pekat/kering (Tempoyak akan bersalut pada ikan bilis)
Jangan lupa merasa . Campaklah garam dan asam kiranya tempoyak itu kurang rasa masan dan
masin.
Jadi..siap satu menu yang cukup mudah..tetapi memberi kelainan pada rasa.
6 comments:
assalamualaikum..
tq sudi singgah blog saya.. alahai ikan bilis tempoyak ni kalau pedas lagi sedap. boleh makan nasi panas ngan lauk ni aje dah cukup...
Assalamualaikum mela... selamat berpuasa... best kan menu yg simple2 nie.. namun menyelerakan.. tp akak x perna lg makan tempoyak... :D. mmg kat tmpt akak susah nak dapatkan tempoyak.. nak buat sndiri pun x reti
w'salam..terima kasih sudi jengah kembali..
kak izah..memang..kalau lagi pedas..lagi sedap, kena nasi panas..leh makan tak ingat dunia dah..
kak Diana..saya suka makan tempoyak..kalau buat sambal belacan..letak tempoyak..fuhh..berasap kepala.Saya pun tak pandai buat tempoyak..diimport dari rumah mak jer.heheheh..
sy 1st time tengok ikan bilis masak tempoyak.. lain dr yg lain la... nampak mcm kerabu pon ade...hehe
ismiladyjaja..samala..saya pun first time tengok rasa pelik.tetapi lepas mencuba..rasanya amat best.kwn saya campur dengan petai sekali..lagi best.
Post a Comment