Monday, June 21, 2010

Aku yg Cuai..

15 minit lagi tepat pukul 5 petang. hari ni nak kata aku sibuk sangat tak juga..cuma takda masa yg terlalu panjang untuk aku celoteh kat sini.Jadi masa yg ada ni aku gunakan utk update apa yang patut.
En.Haffiz dah 3 hari kat USM..mewakili UNIMAP dalam acara Dart.Dari berita yg aku dapat semalam UNIMAP menang tipis dengan Universiti Tentera Malaysia. Kemenangan cuma 7-5. Petang ni pasukan UNIMAP akan bertemu dgn kumpulan Dart dari UMS . Semoga mereka berjaya mengharunginya.
Dan aku pula..bila en suami tiada disisi..terasa sunyi la pulak..isk..isk..sedih kena tinggal.Dan pagi tadi aku menumpang Cik Fadzlina untuk ke pejabat.Dah 3 hari aku lepak kat umah mak aku.Bak kata kwn aku si Ejon..time suami takda kat umah la dapat pakej percutian kat umah mak ayah sendiri.Bukan senang nak dapat pakej ni..kiranya aku bertuahla..dapat pakej yg pjg ni. Pagi tadi..ayah aku yg tolong hantarkan aku ke ke rumah cik Fadzlina .Entah macam mana..apa tah yg aku kalutkan..masa sampai kat tempat aku nak tunggu cik Fadz ni..aku leh terjun dari kereta ayah aku. Maklumla..aku ni kan spesis comell gitu..jadi kaki tak berapa pjg nak turun dari Frontier tu.Bila aku jejak ja tanah..adoila...sakit perut aku.Camna lah aku leh lupa aku ni ngndung. Jadi selepas aksi terjun dari frontier tu..aku asyik memegang perutja..Terasa tak selesa dan sakit kat perut. Baby aku pulak diam ja..selalunya dia yang sibuk di waktu pagi camni.Aku rasa susah hati juga..kenapa la BB diam..dan kalau aku gerak banyak..terasa sakit kat perut.
Puas aku panggil BB..alhamdulillah..akhirnya dlm kul 2 petang tadi aku rasa dia gerak cam biasa.Gamaknya BB pun terkejut ngn aksi aku pagi tadi.Tersentak dia kat dalam perut. Rasa sakit kat perut ni still ada..tapi takla macam pagi tadi. Mlm ni aku balik rest..hope esok semuanya ok.
SO..dah semakin hampir jam 5 petang.Sebenarnya masih ada satu keja yg aku tak buat.Upload utk pertanyaan status kes kat web jabatan.So..adios...Rindu en suami la...

Thursday, June 17, 2010

Sarapan pagi..telur separuh masak ?

Hari Isnin lepas aku ada date ngn makcik Maria (jururawat desa). Slumber betul ke klinik makcik Maria ni..sembang-sembang sambil tetiba dia cucuk jari aku..alahai..dah berdarah pulak.Makcik Maria sepertia biasa..meneruskan celotehnya sambil tangannya ligat mengambil darah aku untuk check HB.Almaklumlah..ni kan cek rutin..tak sampai berapa minit..mesin sukat darah tu dah siap berbunyi..dah kuar pun keputusan. "ish..biar betol..makcik tak percaya ni..." alamak..apa yg makcik tak caya ni ?aku dah mula gabra dah. "Wati...kenapa Hb kamu rendah sangat..kamu ni nampak merah ja..masakan HB cuma 9.4 ?"Alamak..dia kata aku merah la pulak..pastu..Hb cuma 9.4...aku pun tak caya.Aku dah makan Ibret..dah makan mkanan penambah darah..masih rendah la pulak."wati...makcik rasa nak ambil sekali lagi darah kamu tu..mungkin benda ni rosak ."Ooo..camtu ka makcik..."aku pun sambil tersengeh menyerah kembali jari aku yg telah dilukainya tadi..maka..dia pun mula la..memicit utuk mengeluarkan darah.Fuhh..banyak juga darah aku walaupun lukanya kecik saja.Sekali lagi darah aku di chek.."haa....kalini ada peningkatan..tetapi masih merah cuma 10.4 .Boleh makcik picit sekali lagi jari kamu wati?"haaaaa....nak picit lagi....alamak..darah dah berenti la makcik.Selepas di cubanya..memang darah dah tak nak kuar.Maka kat atas report kad aku tu..tertulisla..dengan warna merah..10.4 sahaja.
Jadi disebabkan Hb aku tak sampai 11.0..maka aku di rujuk ke klinik Simpang Empat untuk cek pengesahan sekali lagi.Dalam tempoh 2 hari..makcik pesan ngn aku..gi klinik simpang empat ya..sebelum aku balik..pjg nasihat yg dia bagi..jgn minum minuman bercafein..nanti Hb lagi rendah.Jadi..makanlah makanan penambah darah..setiap pagi dia suruh aku amik telur ayam 2 bijik.Tak kisah la nak buat sandwich ka..separuh masak ka..yg pasti..makan la telur ayam tu. Maka..balik jer ke rumah..terus aku rebus telur ayam 2 bijik.Hehehe..sebenarnya memang peberet aku mkn telur ayam separuh masak.Masa aku kecik dulu..mak aku sampai sembunyikan telur ayam tu..kalau tak..aku asyik rebus telur atau makan mentah sahaja..tetapi..aku buang telur putihnya.Mak aku cakap..ayah tak beli telur ayam.hahahha...sian aku..kena tipu ngn mak la pulak.
Maka..dlm tempoh 2 hari tu..aku memang byk mkn telur ayam..mcm over pun ada.Hahahha...yg pasti aku suka. Maka..dengan langkah berdebar-debar..aku pun ke Klinik Simpang Empat...dalam masa menunggu giliran tu..tetiba aku ternampak wajah yg aku kenali.Tetapi..dia agak keletihan dan tgnnya pula berbalut serta ada alat untuk tambah darah @ air tu.Tergejut juga aku melihatnya..sebab tak tahu pula dia dah mengandung.Rupanya..dia pun alami masalah macam aku...kandungannya dah 7 bulan..Hb nya tinggal 9.0 ja..jadi sebagai langkah keselamatan utk baby dan dia..ubat terpaksa di masukkan. Kasihannya aku tengok..dah la dia tu kurus ja..tak macam aku ni..semangat..anak sulung pun baru 1 tahun lebih..dan suaminya pula bekerja di Penang.Sedih aku tengok..Bila aku tengok terus timbul rasa takut.Aku mesti makan..tambahkan Hb aku.Dia terpaksa berulang ke klinik selama 3 hari..setiap kali ubat dimasukkan ..memakan masa sejam lebih dan agak menyakitkan.Kejap ja kami dapat berborak..nurse dah panggil nama dia untuk masuk ke bilik rawatan .
Hampir 1 jam aku menunggu..maka nama aku pun di panggil..Ha..kali ni ni darah aku di ambil kat lengan ..lebam dah lengan aku.Lepas dapat darah terus aku bawa ke makmal..dapat jer result..bagi pada nurse.tak sabar aku nak mengetahui berapa keputusannya..jengj-jeng-jeng..Hb aku naik 0.5 menjadi 10.9.Fuhh..nasib ada peningkatan..ada kemajuan juga aku mkn telur ni.nampaknya..aku akan meneruskan sarapan pagi dengan telur rebus separuh masak setiap hari...nyumm..sedapp.. Sebelum balik..seperti biasa ..nurse bagi nasihat kat aku.Katanya..aku kena tingkatkan Hb ni sekurang-kurangnya 11.0.Kalau Hb terlalu rendah..risiko paling besar adalah pada bayi..sebab Hb memain peranan membawa oksigen kepadanya.Kalau dia kurang oksigen..risau akan bagi kesan pada perkembangan otaknya dan menimbulkan masalah lain.Kepada ibu pula..risiko ketika proses kelahiran.Takut berlakunya pendarahan berlebihan.Jadi kepada ibu-ibu..makanla makanan berkhasiat..jgn risau kita berat naik sikit..nanti lepas bersalin..diet balik.Kalau kita elok slim ..tapi anak tak sihat..lagi kita susah hati. Semoga lepas ni Hb aku berada di tahap yg memuaskan.

Tuesday, June 15, 2010

Taiping..Zoo & Muzium..Taiping Golf Resort

Dah hensem dah..kena pi jenjalan la..
Gambar ni Danish yg Snap.Boleh tahan jugaa..

Cik Amid , Wanie , Ct Atas ketapi zoo


Sabtu lepas tercapai juga hajat Danish nak pi zoo dan muzium. Walaupun dah berapa kali ke sana..dia tetap juga nak pergi lagi.Cuma muzium ja dia tak pernah masuk.Jadi dia tertanya-tanya apa yang ada kat muzium tu. Kami bertolak dari perlis lebih kurang pukul 9.00pg...dalam pukul 1 tgh dah sampai kat hotel.kali ni kami mencuba di Taiping Golf Resort..Jana Condotel.Bilik dia agak kecik..kalau bilik standard sesuai la tuk 2 dewasa & 2 kanak-kanak.Tetapi dari segi kemudahan kira ok ..siap ada microwve lagi dan ada balkoni sendiri.Tahap kebersihan pun ok..
 View dari balkoni

 View dari balkoni

 Ini pun.. view dari atas

Kawasan paking kereta.. aman ja...

Pada mulanya hajat kami nak masuk Zoo 2 kali..sebelah siang dan malam..tetapi disebabkan cuaca agak berhujan..kami masuk petang tu ja.dalam pukul 5 ptg.Itupun kena naik ketapi..sebab masih ada hujan.Selepas keluar dari zoo..kami memulakan pencarian kedai makan.Aku tak ingat nama kedai ni..tapi dekat ngn jln besar nak ke Zoo tu..Chef dia semua lelaki..3 org.Masakan pun ok..sedapp.Yang paling aku suka, dapat makan daging rusa.Aku minta buat goreng jer..pastu ikan masak 3 rasa..sedapp..Sup perut,Daging merah,telur dadar..+ sambal belacan.Danish pula hanya oder Mee Goreng.ni peberet dia.Pendek kata best dan kenyang sungguh.
Mlm tu..lepak kat bilik ja.Danish asyik main tipun..nak call bilik Teh dan Cik amid.Suka dia boleh dail sendiri ke bilik diorang.Esok pagi..lam kul 9 kami dah kuar mencari makan.Dari hari sabtu lagi aku dah persan kedai ni..nasi lemak jagung.Maka dgn semangat berkobar..kami menuju kesana.kat simpang jalan nak ke penjara taiping tu.Mak ai..ramai sungguh org makan kat sini..bila nak oder nasi lemak tu..sudah habis laa...waa..kempunan.Jadik..mkn yg lain ja..nasib sedap.
Lepas makan..terus gerak ke Muzium.Kami habiskan masa 1 jam lebih kat situ.Banyak ilmu nak di ambil.Danish pun suka sangat.Apabila dia tengok barangan lama..terus dia tanya.."depa ni semua orang susah ka ibu?".Maklumla..bila dia nampak sikat pun buat dgn kayu..senduk dgn kayu..pinggan dgn tanah..dia rasa hairan.Jadi, kenala aku membuat sesi penerangan..zaman dahulu belum ada kilang nak buat barang cam sekarang..jadi..kena buat sendiri.Aku cuba ringkaskan pernyataan tu agar dia faham.
Puas meronda dlm muzium..kami bawa danish main kat playground tepi tasik tu.Suka hati teramat la dia.Lepas puas bermain..terus balik hotel..chek out.Pendek kata..percutian 2 hari 1 mlm yg padat & letih.Kalau dilanjutkan kpd 3 hari 2 mlm..tentu lebih best..sebab tak kalut sangat.
Buat kengkawan..bawala anak-anak ke muzium..banyak ilmu yg diorang bleh serap..dan bleh kembangkan minda.Aku suka sejarah..jadi..bila dapat tengok benda sejarah mcm ni..siap ada penerangan lagi..memang amat mengujakan.Boleh buatkan aku terbayang suasana zaman dulu kala.
Gambar aku letak kat Facebook ya.kat sini sikit dah la.


Wednesday, June 9, 2010

Hamster & cats

Dulu memula beli 3 ekorja..disebabkan kes cemburu..seekor daripadanya mati dibunuh . Hal ni terjadi sebab hamster betina tu tak rela bermadu. Selepas dia berjaya membunuh pesaingnya..maka bermulalah era berumah tangga dgn pasangannya yg agak lemah lembut.Hamster jantan ok jer..tak ganas..senang ja nak pegang..tapi yg betina tu..silap haribulan kena gigit la jawabnya.
Rezeki mereka amat murah..dikurniakan 6 ekor anak yg amat kecik dgn warna merah yg cukup jelas.Disebabkan tuan hamster tu first time dapat cucu 6 ekor serentak..dia agak gabra..maka..dipegang-pegangnya cucu kecik tu.Konon nak ubah tempat bagi selesa. Si ibu hamster pula..bila mendapati anak-anaknya telah bertukar bau..ada bau yg pelik..dia telah membunuh semua anaknya.Semua anak kena makan.Masa ni kami dah ubah si bapak yg sopan tu ke tempat lain.So..memang sahla..si ibu yg membunuh mereka.
Setelah habis tempoh berkabung..si ibu hamster dan si bapak hamster telah dikembalikan hidup bersama.. maka..tak sampai sebulan..dia beranak lagi.6 ekor juga.Tempoh hamster bunting cuma 3 minggu jer.Sungguh cepat dan pantas.Jadi..belajar dari pengalaman yg lalu..tuan hamster tidak lagi menyentuh baby-baby kecik tu.Cuma si bapak ja yg dipindahkan.Rupanya..memang sifat si hamster..dia selerakkan anak dia merata kat dalam sangkar tu.Tapi bila time minum susu & time tidur..dia akan kumpulkan semua anak-anaknya.Alhamdulillah..kali ni dia berjaya membesarkan keenam-enak anaknya. Disebabkan ramai sangat cucu yg diperolehi..tuan hamster dah tak berminat nak bagi nama.Tak tahu yg mana satu.nampak sama ja...Rasanya lagi sebulan..tuan haster akan dapat cucu baru la pulak.Jadi..tuan hamster dah berjaya menternak hamster. Sapa nak beli hamster..call ya.hehehehehehe...
Tommy


Betty


Ini pula kucing kesayangan kakak dan abang ipar aku. Diorang beli kat mana tah..tapi memang gebu la. Setiap kali diaorang balik kampung..pasti kucing 2 ekor ni akan turut serta. Kucing 2 ekor ni macam suka sangat balk kampung..boleh ronda kat luar rumah..ushar sana..ushar sini..tapi tak boleh lalai sikit pun..pasti diorang hilang dari pandangan mata.Maklumla..sekali sekala balik kg..banyak benda diorang nak siasat. Kalau kat dalam umah pula..rata tempat diorang nak panjat.Nasib tak baik..adala hiasan yg akan pecah.



Monday, June 7, 2010

Hasil bertengkar dgn Tok ayah


Haaaa.....inilah hasilnya kalau bertekak ngn Tok Ayah.Aku balik keja petang jumaat haritu..tengok anak aku sedang tidor baik punya atas kerusi malas.Yang bestnya..ada satu lagi kerusi baru. Rupanya..hasil amukkan danish , Tok dah minta Paklang kamal belikan 1 lagi yang baru untuk Danish.tetapi danish tak nak yang baru..dia kata tak cantik.Yang lama lagi lawa.Jadi..

yang baru bewarna biru , putih dan merah.. diserahkan kepada Tok ayah.Tiada lagi pertengkaran merebut kerusi malas.Danish buat kerja sekolah pun duduk atas kerusi malas. Dasyat betul penangan kerusi malas.Jadi..semenjak hari jumaat lepas..bolehla dua generasi tersebut berdamai dan tidur sebelah-menyebelah. Senang hati Tok Ayah nak berehat selepas penat berjuang di sawah.

Friday, June 4, 2010

Kerusi Malas Rebutan

Gambar kerusi ni aku amik dari internet ja..tak sempat nak tangkap gambar kerusi sebenar kat umah. Sehari dua ni, Danish dah ada idea baru nak kacau tok ayah dia. Tok ayah baru beli kerusi malas ni untuk rehat-rehat dan tidur kejap di tengah hari. Tetapi si cucu ni pula dah mula nak amik alih kuasa hak milik Tok Ayah.Jadi di tengah hari yg panas..selepas balik sekolah..bermula lah era bertengkar dengan tok ayah siapa yang akan tidur kat atas kerusi tu.
Setelah puas bertekak..akhirnya kemenangan menjadi hak milik Tok ayah..hahahaaha...Danish pula..akan tunggu Tok ayah bangun..baru sampai Turn Danish nak lepak kat kerusi tu. Jadi..Danish memang tak puas hati.Macam-macam yang dirungutkan pada Tok(nenek)nya.Lepas tu..Tok pun memujukla..Tok kata,kita beli kerusi baru..Danish kata tak nak..nak kerusi tu juga.Ok, Tok kata lagi..takpa..Danish ambik kerusi tu..Tok beli kerusi baru bagi dekat Tok ayah..tapi Danish tetap juga tak setuju.Dia kata biar ada satu ja dalam umah. Laa...kalau camtu..jenuh la Danish nak berebut ngn tok ayah. Danish kata takpa..nanti dia boleh berkelai ngn Tok ayah lagi. Wooo...rupanya dia seronok berkelahi ngn tok ayah jelaa....Semakin besar, semakin banyak pula karenahnya. Nasib Tok ngn Tok ayah masih sihat nak melayan.Aku rasa, harini pun pasti benda ni berulang lagi.Nak tengok sapa pula yang menang.

Nufnang