Monday, February 17, 2020

TANJUNG TUALANG TIN DREDGE

Hai orang -orang kampung, meh sini cepat.. kita melombong apa yang ada. Bijih timah dah habis, Mana tau rezekii .. kut  jumpa harta qarunnn..
 Destinasi kami pada hari ini adalah Kapal Korek di Tanjung Tualang Perak. Fungsi Kapal Korek ni adalah untuk melombong Bijih Timah. Dahulu Malaysia adalah antara negara yang mempunyai rizab Bijih Timah terbesar di dunia. Wow.. dulu dah belajar sejarah, tapi aku tak ingat. Aku cuma boleh ingat satu soalan sampai hari ni .
 Cikgu soal
" Siapakah yang dibuang ke Mekah kerana di anggap menentang inggeris di Terengganu ? "
Time ni.. aku sibuk kira syiling, sebab kejap lagi nak beli nasi ayam Pak Mat kantin. Aku wakil utk 5 org kawan pi beli nasi tu tau...
Jadi.. bila kena sergah tetiba.. aku bangun dan jawab dengan tenang bahkan sejuta kali yakin
" Syarif Masahor , cikgu !"
Ok.. time ni cikgu senyum perli tau... kawan -kawan aku dah senyum sambil ada bunyi-bunyi aneh..
Hampeh , kawan tak guna sungguh.. aku sibuk kira duit hampa la ni.. huhuhu..
Cikgu buat isyarat tolong diam ! dan dia pesan..
" Tolong Jangan bagitau Orang Lain ok  !" ( dalam nada berbisik )
Oh Cikgu.. tapi ada aku kisah.. nasi ayam Pak Mat sedang menanti la..
Hahaha.. miss the moment. SPM 1998. Sampai hari ni aku masih ingat lagi suasananya..dan senyum perli Cikgu Zakri.
Eh.. dah kembali ke 1998 pulak.. jom.. melombong dulu..

 Misi hari kedua percutian budged kedekut. Kami nekad nak menjadi pelombong pulak , mencari sinar baru di Tanjung Tualang yang berpetualang. Tapi sampai balik aku tak jumpa si petualang berpetualang tuh.

Selepas selekoh kat lampu isyarat tadi, laluan di ambil menghala ke Kampung Gajah. Anak aku berharap gajah akan lintas di atas jalan.. no komen !.
Jalan dia camni.. tak sibuk pun.. rehatkan mata dengan pandangan hijau.. last.. ko boleh di hanyutkan dek arus mata yang tenang.. Zzzzzzzz...

Bila sampai, nampak ni haa.. kawasan parking luas.. jangan risau. Parking pun tak yah bayar.

Sebelum masuk tengok kapal korek, kenala beli Tiket dulu. Untuk warganegara Malaysia.. dewasa RM 10.00 dan kanak-kanak RM5.00. Kat dalam ni ada serba sedikit berkaitan sejarah perlombongan.
Untuk makluman sahabat- sahabat sekalian, nak masuk sini kena ada jurupandu. Hampa tak boleh nak terjah-terjah sengsorang. Orang utara kata .. jangan ketegaq. Tau ketegaq tu apa? degil.. degil tahap piang. hahahaha. 
Beli ja tiket, nanti diorang akan maklumkan ko punya turn pukui berapa. Kebetulan kami sampai , memang dah nak masuk , jadi beli tiket terus join the group. Sebelum masuk.. pakai topi keselamatan dulu key. Anak aku panggil topi kontraktor. Ok lah anak, pakai jelah.
Sesat tak kalau tengok penunjuk arah ni ?

Kemudahan asas ada di sini. Maklumlah, jauh perjalanan , penat melombong, mesti nak ke tandas kan.
Tara... Kapal korek, kami mai ni.. pastu jalan kedet-kedet, takut kaki tergeliat. Batu banyak...
Tergeliat = Terseliuh.
Ok.. safety First
 Huii.. tak tau nak cakap .. besar kapal ni. Hanya tingkat bawah ja boleh masuk. Tingkat atas tak dibenarkan.
 Nampak lantai -lantai kat atas tu. Semasa kat dalam ni, jurupandu akan bagi penerangan tentang setiap kegunaan ruang dan sejarah-sejarah berkaitan. Jadi kalau nak tanya.. jangan malu dan segan. Angkat tangan tinggi- tinggi..kalau dia tak nampak..lompat sikit..pastu kalau terus masuk lam tasik tu..sebab lantai reput.. tolong jgn habaq kata idea aku na.. your own risk  keyy... heee.
 Nampak benda hitam tu ? itulah timba yang akan korek tanah/ pasir dari bawah, dan naik ke atas. Besar tau bekas tu. Sekali korek..bertan-tan beratnya. Tak caya hampa pi tanya jurupandu tu. kalau aku bohong, memang salah la.
 Macam boleh buat cerita seram la kat sini. 
 Boleh buat main futsal nih. Tengok auntie bertongkat pun nak melawat gak. Banyak pula di soalnya.
 Ni dah jadi tasik. Bekas lombong. Ikan banyak.. jinak..cuma tak boleh nak usap ja.
 Segala gear dan motor kapal ada di sini. Kalau jatuh atas ni semasa ianya sedang berfungsi.. tak tau la nak cakap.. macam mana bentuk yang tinggal.. ngeri..
 Ada Paham ?
Bekas takungan bijih . 

Camna.. ada yang berminat nak naik tak?
Pendapat aku.. kalau ko memang bersifat ingin tahu.. memang akan jadi best. Tapi kalau memang tak ingin tahu pun.. dan tak berminat pun hal sejarah perlombongan bagai.. sure ko tak nampak apa-apa yang menarik di sini. 
Jadi .. ambik gambar kat luar dah.. tak kena caj.

Sekian, makcik dah penat melombong. Nak pi rumah Makcik Kelly lak lepas ni.

No comments:

Nufnang