Friday, July 5, 2019

THE GURNEY RESORT HOTEL AND RESIDENCE PULAU PINANG

Inilah Hotel yang boleh melenyapkan keceriaan aku sekeluarga. Punah ..Frust.. Hampa.. syahdu...pilu.. bahulu.. Kueh Sepit inti cokelat + kacang sebalang please...

Sebulan aku bersabar.. tak nak marah marah di bulan Ramadhan yang mulia.. sebulan aku pendam isi hati , sehinggalah aku tiba- tiba mendapat tenaga lebih lepas terlebih makan ketupat daun palas bersama rendang ayam... slurppp... sedap tambah kalori.. Doktorr cakap hati aku banyak LEMAK !!!! Huwaa...sampai hati !!! Doktor  cakap hati aku..besarrr !!! ... Doktor tau kenapa hati sayer besar ?? sebabbb........... hati sayer...penuh kasih sayang.... huwaaa..... hahahahahaha... 

Sebelum aku memulakan edisi membawang.. Meh aku kenalkan Hotel ni pada hampa semua. Mungkin ada yang pernah lepak sini ...mungkin tak rasa seperti apa yang kami rasa. Jadi.. aku cuma ceritakan apa yang jadi.. bukan menokok tambah bagi  wangi tumisan bawang aku ni.
Aku ke sini selepas habis aktiviti menjamu mata di Design Village . Kami sampai sekitar jam 5.00 petang lebih. Waktu Check in di sini adalah jam 3.00 petang.. maknanya kami dah lewat 2 jam dari masa chek-in. Jadi aku rasa bagi sesiapa sahaja yang check in lewat, akan membayangkan bilik yang di tempah dah siap tersedia.. dah boleh masuk bilik dan golek-golek atas katil. Tetapi kami hampa.. Aku boking 4 bilik.. pada jam 5.00 petang..hanya sebuah bilik sahaja yang tersedia. Waaa.. rasa-rasa nak amuk tak ? . Kalau aku sahaja...ok lagi..tapi aku bawa mak dan ayah.. kategori warga emas.. tetiba bila aku tahu  bilik belum siap.. biji mata aku nak tersembul.. Haa.. tak caya aku boleh bertukar jadi hulk.
Masa ni la juga ada kejadian. sebuah keluarga india pun menerima nasib seperti kami. Mereka diberikan kunci bilik yang belum dikemas. Buka pintu bilik..nah ..bersepah ..haa..ambik kau.. Apalagi..dapatla aku tengok drama tamil kat situ. Ada sorang staf india .. maka siapla dia kena bambu.. rasanya dia sorang ja yang faham.. 3 orang staf lain entah darimana importnya. Hanya boleh berbahasa inggeris.  Ni pun masalah besar juga.. nak kerja di Malaysia.. tapi.. ko boleh cakap Inggeris ja.. bahasa lain porahh.. asyik cakap  "english please..english please.... ! " aku ketuk sekali..baru tahu ko nak pleaseee !!!
Disebabkan uncle india tu dah bertukar jadi Hulk..maka aku pun tetiba rasa nak undurkan diri dari kaunter tu. Lagi letih ayah dan mak aku tengok drama kat situ. Aku ambil ja kunci bilik yang pertama ..dan semua kami 10 orang..sumbat 1 bilik. 4 Orang lagi masih mencari bapa saudara aku yg tengah sesatkan dirinya di Pulau Pinang. Kasi dia makan angin dulu.
Apabila masuk bilik... langkah pertama..adalah buka bekalan yang diberikan oleh keluarga pihak perempuan tadi. Sedap wei.. nasib ada bekalan..kalau tak lagi merana ayah aku.. Kat kawasan ni agak sukar nak cari kedai makanan melayu. Harap maklum ya.

Untuk makluman semua, hotel ni ada 36 tingkat.. tetapi..lif ada 3 sahaja..dan hanya 2 lif dapat digunakan . Lif pula.. super sensitif, tak boleh berdiri di tengah ruangan..semua kena berdiri rapat ke dinding.. kalau tak..lif akan keluarkan isyarat penuh. Huh sakit sungguh ..

Selang 1 jam kemudian, aku turun ke kaunter..nak cek 3 bilik lagi dah siap atau belum.. Kerani kaunter dah bertukar orang... masalah pulakk... kena cerita dari awai.. penat makcik..letih..letih.. Pastu kerani tu kena cari pula kerani asal yg uruskan pendaftaran aku tadi. Hai... nasib aku dah kenyang..kalau idak.. aku boleh bertukar jadi zombie lapar tau..
Aku tunggu dalam 10 minit, akhirnya aku dapat 2 kunci bilik.1 lagi kunci diorang akan serah kat bilik aku . Naik ke atas dengan penuh semangat.. aku buka setiap bilik. Last..aku keciwa lagi..aku keciwaaaa....arghhhh..panas dah otak aku.. 1 bilik belum berkemas..dan satu bilik lagi tiada toiletries . Dah hampir pukul 7 malam..kami masih membuang masa. Sepatutnya waktu ni.. anak -anak aku dah boleh mandi kolam pun.
Bilik di sini memang luas. Bab keluasan memang aku puji. Tetapi bila dapat bilik yang belum di kemas.. mau hangin 1 badan. Aku call semula ke receptionis, minta diorang kemas cepat. Tak sampai 5 minit, staff diorang dah mula mengemas. Hanya seorang sahaja staf lelaki, aku tak pasti sama ada dari Bangladesh atau India, speaking pun ayat simple ja. Aku tanya dia..kenapa lambat ? dia cakap
 ' im alone , need to handle 3 lavel ' arrr.. camtula ayatnya lebih kurang..pastu buat muka sedih. Hotel ni ada 259 bilik. Jadi..kalau sorang cleaner nak handle  3 tingkat..pergh.. aku kesian la pula. Dia sambung lagi kat aku.. " management very bad !" . Pastu aku pun sambung..  "awat tak tukaq kerja ? " ...pastu dia mula angguk-angguk dan geleng-geleng.. ok.. aku blah..tak faham dah..dia setuju ka tak ??   hahaha.. aku tinggalkan si darah manis yg baru jadi tunang orang tadi kat situ. menunggu mamat tu mengemas. Kut cepat siap sikit kan..
Satu bilik lagi..siap kemas..tapi seperti yg aku kata.. tiada toiletries.. maka..atas rasa bersalah, sebab lambat gamaknya.. banyak set la pula dia bagi.. haa.. puasla berendam. Buang daki yg dah berkarat tu. Lebih kurang 30 minit menunggu, bilik yg tak berkemas tadi dah siap diganti cadar, vacum dan lap-lap apa yang patut. Maka.. adik aku yg menunggu tadi buat pengumuman.. Sebelum Minum pastikan gelas semua di cuci semula. Kata adik aku.. kain yang sama digunkan untuk mengelap meja, digunakan utk mengelap gelas. Air kat dalam gelas tu cuma di buang dan dilap saja.. hahaha.. gamak korang nak  minum? Jadi..aku memang dah praktikkan benda ni.. bila masuk ja bilik hotel.. masak air biar mendidih...pastu tuang semua kat dalam gelas yg ada kat dalam bilik tu. Maklumla..anak-anak kalau nak minum, memang ambil dan terus guna sahaja. Kalau boleh, beli air mineral untuk minum.. jangan guna air hotel.. Nak save budged.. bawa air bertapis dari rumah..senang. 

Bilik air ok..luas tetapi...ada cermin kat tepi thub mandi tu ha... hahahaha...

Ha... nampak tak tu.. cermin ajaib. Walaupun blind curtain tu di tutup..tapi masih ada ruang nak mengendap. Jadi sebelum masuk bilik air..dah warning anak - anak..jangan lepak dekat cermin tu ! bapanya saja yang dibenarkan berada di situ....hahahahahahaha.. Langkah selamat. ko off kan lampu. Mandi dalam cahaya lampu dari luar jer.. keh keh keh..
Satu lagi kelebihan kat sini.. bath thub tu..bersekali ngn jakuzi.. part ni memang best.. buat urutan air kan..cuma masalahnya..dalam gelap.. heee..
Masih lagi di dalam tandas

Simple sesangat....


Senja Nan Merah . View dari tingkat 16. Tapi guna kamera tipun jer. Harap Maklum..


Di The Gurney Resort..kami berjaya mencipta kenangan bersama. Iaitu turun ke Kolam mandi dengan menggunakan tangga. Kami di Tingkat 16, dengan rela hati menuju ke bawah di tingkat 7. Tak semua orang lalui apa yg kami lalui . Puncanya.. hampir 20 minit menunggu di hadapan pintu lif. Lambat yang amat..pastu setiap kali lif sampai, dah penuh..walaupun ko nampak masih ada rung kosong di tengah lif. Sakitnya jiwa dan raga. Lebih menambahkan kegembiraan kami, laluan bertangga tu langsung tak kemas. Ada tin kosong, ada perabot rosak , setahu aku, tangga adalah laluan kecemasan , sepatutnya tak boleh ada sebarang halangan . Aku tahu la..sebab aku kan ahli keselamatan pejabat.. wahh.. nak mendabik dada kejap. Harap lepas ni pihak hotel boleh memastikan laluan tu tidak terhalang. Cewahhh.. aku pesan untuk keselamatan semua. Nyawa bukan boleh dijual beli wei..

Akhirnya Atas semangat juang yang tinggi, kami sampai juga ke kolam mandi.. hip - hip  horeyy. Aku suka suasana di kolam mandi. Ada untuk kanak -kanak dan kolam dewasa. Jadi..untuk bahagian kolam. aku memang bagi 4 bintang. Sangat selesa dan bersih. Anak - anak aku dan anak-anak sedara..serta bapa -bapa dan bapa-bapa saudara kepada anak -anak saudara semua enjoi. Ibu-ibu dan ibu - ibu saudara jer yang frust sebab tak bawa baju mandi.. huwaa... kat sini nak mandi kena ikut undang -undang yer.. pakaian yang sesuai. Kalau pakai t shirt biasa.. sesilap kena suh keluar dari kolam..

Tergoda tengok ketenangan air kolam ni. 


Masih lagi di ruangan kolam mandi..


Pemandangan dari Tingkat 7 . Laut masih di tambak. Kalau lepak kat depan hotel, memang tak nampak laut.. 5 tahun lagi, pasti suasana di sini semakin berubah.
Suasana di Pagi hari.. 


Laut luas..

Jadi..kesimpulannya.. adakah aku akan kembali ke The Gurney Resort Hotel pulau Pinang ? Jawapan aku.. TIDAK . Cukuplah kenangan yang telah aku cipta disini. Pengalaman dapat bilik pada jam 8.00 malam.. Pengalaman Lif yang sangat -sangat sensitif, Staf yang tidak mesra pelanggan , dan aku memang tak rasa nak lepak sini lagi.
Cuma dari sudut positif,  bilik memang luas , Kolam mandi yang luas , cantik dan nampak bersih. Kolam yang sesuai untuk kanak -kanak .
Opss.. ada satu lagi yang negatif, kami parking kereta di tempat parking bertingkat belakang hotel. Kat sini memang kena caj, tapi jangan risau .. sebelum check out, boleh klim semula bayaran di kaunter receptionis. Masalahnya, dari parking, nak turun ke ruang legar, kena guna tangga. Semua lif di sini tak berfungsi. Aku tak pasti sama ada rosak atau sengaja tak nak bagi orang guna. Jadi kami terpaksa bawa beg baju turun menggunakan tangga. Argh.. tangga lagi. Buat warga emas ..memang memenatkan.
Jadi, banyak sebab untuk aku tidak kembali ke sini. Di harapkan akan ada perubahan yang dilakukan oleh pihak pengurusan. 
Jadi, sekian ulasan terlewat dari aku.. Nanti sambung ulasan di IKEA batu Kawan Pulakkk.. tata..

Nufnang