Thursday, July 28, 2011

Hari Keluarga JPPH Perlis




Yeyeyeye..tak sesia kami pi hari keluarga kali ni. Ini hadiah yang kami dapat. Acara yang aku dan suami sertai adalah lontar gelang , bowling kelapa dan dadu keretapi.Barang-barangnya biasa sahaja..tetapi aku tetap suka..sebab free kan.. Danish pula langsung tak nak masuk apa-apa acara..katanya mainan tu semua membosankan. Acara untuk kanak-kanak di usia 7 tahun adalah tiup belon sehingga pecah dan bawa bola pimpong di dalam sudu. Puas kami pujuk..namun dia tetap dengan keputusannya. Tak nak MASUK !! Firas pula memang budak baik..dia dah ngntuk sesangat..tetapi dapat juga bertahan sehingga pukul 01.00 lebih. Selepas habis majlis penyampaian hadiah dan cabutan bertuah, kami empat beranak pun mengundurkan diri. Kesian sangat tengok Firas asyik 'menonyoh' (menggosot ) matanya sebab terlalu mengantuk. Apabila masuk dalam kereta..Firas dah mula mamai..baru abah pandu keluar dari Pangkalan Asam..Firas dah pun belayar. Kami sampai di rumah sekitar jam 2.00 lebih.Sebelum balik singgah beli nasi kandar dulu ( sedap..lauk sotong & ayam masak madu ). Sampai ja kat rumah..aku suapkan makanan untuk Firas..rehat kejap..terus bagi dia tidur. Tidur sampai ternganga mulutnya..pukul 6 petang baru terjaga dari tidur.Kesian anak ibu..memang letih sangat . Danish pula..sampai rumah..makan-makan..terus on komputer. Main game la..game kesukaan dia adalah Red Alert (aku pun tak pandai main game nih ). Jadi..tamatlah sudah kisah di hari keluarga yg berlangsung dengan ceria dan penuh gelak ketawa..

Wednesday, July 27, 2011

Aku Sayang Bahasa Ibunda ku..



Alhamdulillah..tak sesia aku mengikuti seminar bahasa. Penceramahnya adalah seorang cina. Kerana dia..timbul rasa insaf di hati..rasa sedih di hati apabila mengenangkan nasib bahasa melayu sekarang. Ceramahnya bersahaja dan cukup menyenangkan. Terasa malu pula apabila bangsa lain seperti dia amat fasih berbahasa melayu..cukup cekap bermadah dan seloka. Diakui ramai bangsa lain di Malaysia ini yang tidak boleh berbahasa melayu..dan dari kajian yang dijalankan..di dapati dalam ramai-ramai peserta PLKN yg terpilih..600 orang daripada mereka langsung tidak memahami walau sepatah perkataan bahasa melayu. Bahasa melayu adalah bahasa kebangsaan..jadi kenapa rakyat negara kita tidak boleh berbahasa kebangsaan dengan lancar dan betul. Pesanan dia kepada kami yang mengikuti ceramah " seandainya orang melayu sendiri tidak menjaga bahasa ibunda..maka akan lenyaplah bahasa melayu di bumi ini kerana kaum lain tidak akan sesekali menjaga bahasa melayu, kecuali segelintir orang sepertinya" . Jadi..di mana pun kita berada di bumi Malaysia ini..gunakanlah bahasa kebangsaan kita..jangan terasa malu dan kerdil menggunakan bahasa sendiri kerana ada sesetengah orang menggangap menggunakan bahasa melayu adalah sesuai untuk orang-orang kampung dan orang-orang yang tidak berpelajaran sahaja. Jadi..renung-renungkanlah..jika bahasa melayu hilang di bumi Malaysia ini..apakah yang akan tinggal pada orang-orang melayu ?

Friday, July 15, 2011

Puding Karamel

Inilah hasil pertama Puding Karamel yang aku buat semalam. Harini aku bawa sikit ke pejabat..untuk kengkawan rasa..aku bagi sikit untuk ibu mertua dan sedikit untuk emak aku.Ada lagi sikit tuk kami anak beranak kat umah. Gabra juga semalam masa nak buat benda nih...almaklumla..pertama kali..dan aku juga ingat pesan kawan aku..semasa letak air..hati-hati. Memang betul..bila letak air..hanya dengan mengunakan sudu..satu bunyi berdesir yg agak kuat terhasil. Kawan aku nih ada pengalaman tak baik kut dgn puding karamel nih..tu pasal dia benar-benar pesan suh aku hati-hati. Tq atas pesanan ya cik Rina. Aku ambil menu nih dari UTUBE jer..aku try buat ikut menu yg dia bagik. Aku ingat kalau aku buat lainkali..aku harus kurangkan kuantiti gula.kengkawan aku cakap..dah ok..cuma agak manis. Aku pun rasa yang sama..Jadi aku dah pesan kat mak mertua dan emak aku tadi..AWAS !! ada lori gula terbalik semalam..heheh.. ini menunya yaaa...

Utk Karamel ...

5 sudu gula
4 sudu air

Panaskan gula dengan api sederhana..sambil mengacau ya..pastu masukan 2 sudu air..terus kacau lagi..lepas tu..masukan lagi 2 sudu air..kacau lagi sehingga gula bertukar keperang-perangan.

Untuk Puding pula..

5 biji telur
250 ml susu full cream
5 sudu gula

Caranya..pecahkan 3 biji telur di dalam bekas..dan dua biji lagi pecah di bekas yang sama..tetapi..putihnya dibuang..jadik..3 biji ambil sekali ngn putihnya, 2 biji lagi cuma ambil kuning sahaja. Masukan 5 sudu gula didalam telur tadi, dan kacau. Jangan kacau over sangat ..sekadar nak bagi telur tu bersatu ngn gula dah la. Pastu..panaskan kan susu..jangan sampai mendidih..jadik..kenala kacau susu tu..bila dah betul panas..tutup api..dan tuang adunan telur tadi kedalam bekas susu. Kacau lagi sehingga telur dan susu menjadi sebati..lepastu tuangla kedalam bekas karamel tadi. Semasa tuang, pastikan tapis key. Lepastu..kukusla dengan api sederhana selama sejam lebih kurang. Cekla samada dah masak atau belum. Bila dah sejuk..masukan lam peti..pastu..bolehla dituang di atas bekas. Dah pun siap..leh makan la..

Monday, July 11, 2011

Kebab Roti Arab..



Juadah di hari minggu. Roti arab yang aku beli tu amatla lembut dan sedap.Makan macam tu pun dah sedap..

Bahan - bahan Kebab roti Arab..

Memula sekali mestila ada roti arab Daging Beger Bawang Besar Timun cheese ( tak letak pun ok..tapi aku suka letak ) sos Garam Lada sulah
mayonise

Roti arab tu di bakar atas kuali ja..guna api perlahan
Potong daging beger ( hancurkan la..) ,
Bawang besar dan timun dipotong dadu ,
cheese dipotong dua ja..terpulangla..kalau tak nak potong pun

Goreng daging beger yg dah hancur tu..(kalau boleh..guna kuali yg tak melekat ..sebab tak nak letak minyak bebanyak) .agak dah ok..masukla bawang & timun yg didadu tu..masuk sos..garam..dan lada sulah..rasa la secukup rasa..

Roti arab yg dah dibakar tu dipotong dua..dan dibelah tengahnya utk masukan inti tadi.sebelum letak inti tu..aku masukan cheese kat dalam tu. Kasi picit mayonis kat dalam perut roti tu ya..
selepas masukan inti..aku picit lagi mayonis kat atas nya..fulammak..terangkat.
Jadi..petang sabtu lepas..itulah juadahnya..dan selepas makan..danish oder lagi " ibu, esok danish nak lagi "..nasib ada lebih 2 keping lagi roti arab..jadi petang ahad pun..aku buat lagi..biar puas dia makan.

Monday, July 4, 2011

Roti Butterscotch berkeju

berintikan telur hancur + lada sulah + keju chedar

Roti Butterscotch

Menu di petang hari yang cukup simple dan mudah. aku cuma kutip - kutip apa yang ada kat dalam peti tu. Bila tengok roti Butterscotch pun dah hampir luput tarikhnya..timbul idea nak buat sesuatu. Yang aku jumpa lam peti dan agak sesuai di makan bersama roti adalah telur ayam dan cheese. Maka..bermula lah aku ..
Langkah petama..penyetkan roti supaya rata..sebelum tu..aku buag tepi roti.
Kemudian..hancurkan telur kat dalam kuali..aku campur sikit lada sulah.
Keju chedar pula aku potong tiga..nak letak sekeping terus rasa cam banyak sangat pula.
jadi..letak keju chedar di atas roti , letakkan telur hancur..dan gulung.
selepas semua di gulung..bakar ja di atas kuali..guna api perlahan sahaja.
agak -agak semua dah rata dibakar..maka aku pun potong la..
fuh..bila dah potong..meleleh kejunya..ni yg aku suka ni. Aku memang tak letakkan garam lam telur hancur tu..sebabnya rasa masin dah ada dari cheese.Lepastu..yg uniknya..inikan roti butterscotch..jadik..dah ada rasa manis buttercotch.Kalau nak cecah ngn sos pun ok..
Jadi..selesaila 1 menu petang yang telah dinikmati oehh en suami dan Danish.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...