Thursday, December 24, 2020

TEMPAT -TEMPAT MENARIK DI BUKIT FRASER PAHANG

Bagi aku, semua kawasan di Bukit Fraser adalah menarik. 
Perjalanan kami yang bermula dari Perlis ke Bukit Tinggi , bermalam di Colmar Tropicale, menjejak kaki ke Japaneese Garden dan meneruskan misi tanah tinggi kami ke Bukit Fraser & menginap di Fraser's Hill Homestay Comfy Home. adalah sesuatu yang sungguh menarik. Di sebabkan perjalanan kami adalah pada musim PKPB , maka kami terpaksa melalui jalan biasa melalui Cameron Highland kerana kawasan Selangor berada di bawah Perintah PKPB . Makanya perjalanan kali ini lebih panjang dan jauh. Kami juga menyusun perjalanan dengan lebih teliti, iaitu di mana untuk berhenti makan, di kawasan mana untuk ke tandas , semuanya untuk elakkan kawasan orang ramai. Alhamdulillah, kami berjaya. 
Selepas Chek In dan berehat sebentar, kami keluar semula. Ketika ini hujan baru berhenti. Pengunjung pun tak ramai, jadi kalau setakat nak landing kat atas jalan ni sambil buat aksi  rela mati , pun tak jadi masalah. Aman damai , tenang dan segar. Bagi sesiapa yang inginkan ketengan , jauh dari kesibukan, silalah bertandang ke bukit Fraser. Aku pun akan kembali ke sini, tetapi selepas  habis PKP dan selepas semua laluan di istiharkan Zon hijau. Aku nak lalu ikut laluan Kuala Kubu Baru pulak.
Pejabat Pos, Balai Polis & Klinik Desa


Tahun 1919 
Klinik Pesakit Luar




Pejabat Pos

Bird Interpretive Centre

Salah satu Hotel di sini iaitu Puncak Inn. Kat bawah ni ada kedai cenderamata. Harga agak murah, tetapi aku rasa barang - barang yang di jual kurang ceria. Di sebelah kedai cenderamata ni ada kaunter Tourism Pahang, jadi kami pun singgah bertanya.. di mana tempat - tempat yang kami boleh lawati. Aku tahu nama setiap tempat, sebab kami dah google sebelum ke sana, masalahnya, jalan yang kami tempuhi agak kecil dan suram. Jadi kami takut sesat...dan tertangkap di sempadan Selangor pulak...naya woooo.. Selepas mendapatkan peta bukit fraser beserta laluan yang boleh kami ikuti, barulah misi meredah menjadi tenang. Jalan kat atas ni, kecil  , sempit dan kekadang macam jalan mati yang membawa kami ke hutan. Tu pasal kami nekad mencari panduan terlebih dahulu. Kami dah tak percaya kat waze dah.. hahahahaha. 
Ni map yang aku dapat dari pegawai Tourism yg sedang bertugas ketika itu. Panjang lebar dia terangkan pada kami. Kami pun puas bertanya segala macam.Lepas dapat ja map ni, kami semakin berani menjelajah. Jadi aku nasihatkan kalau hampa pun macam kami, tak tahu nak tuju arah mana, tujulah ke sini dahulu. Map ni sangat lengkap dan mudah untuk diikuti.

Di bukit Fraser banyak laluan untuk trekking. Ada yang sesuai untuk di bawa kanak-kanak bersama, ada juga yang lebih sesuai untuk dewasa sahaja. Sebelum nak masuk hutan untuk aktiviti trekking, pastikan korang dah maklumkan kepada balai polis atau tourist information di Bukit Fraser terlebih dahulu. Maklumkan juga rakan rakan atau pihak hotel. Kalau ada masalah, senang diorang nak cari. Kami ada cita-cita, suatu hari nanti nak trekking di sini.. huhuhu.. bestnya berangan..

Hotel Shahzan Inn. Kat sini ada ATM Maybank. 

Bangunan Pejabat Majlis Daerah Raub Cwgn Bukit Fraser

Kat sinilah kami shoping fridge magnet ..banyak pilihan.. tapi agak mahal sikit.

Damai


Fraser Hill Golf Club
Garisan Merah ni adalah sempadan antara Pahang dan Selangor.
Ini antara Bungalow / Cottage yang terdapat di Bukit Fraser
Sejarah Cottage. Klik gambar ..kalau tahap rabun jorang sama macam aku..

Suasana macam nilah yang buatkan aku rindu pada Fraser Hill

Jalan sikit.. jumpa kabus.. pandang belakang..kabus lagi.. syiok weiiii.. nampak gambar pun dah rasa sejuk... kehkehkeh...
Pagi hari kedua, kami ke Allan,s Water. Semua aktiviti ditutup sebab COVID tetapi, ikan tu semua tetap lapar..jadi hampa boleh bagi makanan pada ikan-ikan gemuk nih .


Meh sini, nyanyi lagu ikan kaloi.
 Kat sebelah Allan's water ada kebun sayur dan ladang strawberi. Tetapi masa kami di sini, buah strawberi kecik kecik ja. Penjaga kebun tu cakap, dah habis dipetik orang pada minggu sebelumnya.. Cumanya kami terbeli madu kelulut. Ori katanya.. 

Inilah pokok strawbery..




Kat atas Bukit Fraser banyak ja kedai makan. Jadi jangan risau. Lapar ja boleh keluar usha kawasan.
Selepas ke Allan Water, kami Singgah makan di medan selara dan ronda sekitar kawasan . Kat sebelah medan selera ni ada taman permainan. Lepastu kami ke The Paddock untuk aktiviti memanah dan naik kuda, tetapi cuaca hujan la pulak. Kami pun ushar dari dalam kereta sahaja. Tak boleh nak try guna bakat lama.. 
12.37 tgh hari, kami mula bergerak ke bawah. Perjalanan kami untuk pulang ke Perlis masih jauh. Jadi dalam perancangan kami, sekiranya kami terlewat sampai ke Cameron Highland, kami akan bermalam di sana terlebih dahulu. Kami berdua ada masalah untuk memandu di waktu malam. Mata tak tahan silau cahaya. Tambahan jika ada kenderaan yang memasang lampu LED bewarna putih. Memang bising kami kat dalam kereta.Terus pandangan aku akan jadi kelam dan berbalam serta diserang sakit kepala. Itulah sebabnya kami jarang berjalan jauh di sebelah malam.
Laluan ke bawah.. kalau malam ..kompom ngeri.
Semasa turun kami dah tak disekat oleh Cik Nyet. Cuma 2 ekor ni ja sibuk nak ushar . Perjalanan pulang kami di temani dengan cuaca yang sekejap cerah, sekejap hujan. Akibatnya, kami tak boleh memandu terlalu laju dan kesannya, terpaksalahg kami bermalam di Cameron Highlan pula..
OK, next post, aku nak letak gambar bunga di bukit Fraser.
sekian..

Wednesday, December 9, 2020

BUKIT TINGGI PAHANG KE SILVERPARK BUKIT FRASER_ Fraser's Hill Homestay Comfy Home

                             
                   Jalan Bentong Lama - Raub  
                          
Assalamualaikum.. sebelum memulakan perjalanan..jom tengok peta dulu .
Kami dari Bukit Tinggi akan bergerak ke Bukit Fraser melalui Jalan Lama Betong -Raub. Jadi dapatlah berangan nak makan doyan  . Alhamdulillah, cuaca sangat cantik. Jalan ke Bukit Fraser sangatlah berliku liku..dan banyak selekohnya... tak caya tengok map kat atas..
Laluan kali ini adalaj melalui jalan kampung , dusun durian dan bukit -bukau.
Jarak dari Bukit Tinggi Pahang ke Bukit Fraser melalui Bentong cuma sekitar 96 km sahaja. Tetapi faktor jalan berliku boleh membuatkan tempoh masa perjalanan menjadi panjang...
Selamat datang ke Bentong Pahang 
Kami melalui beberapa pekan kecil dan pekan besar sebelum akhirnya kami meredah laluan dusun Durian.

Tudia... tangan gergasi muncul dari tanah. Kalau di hempap Durian sebesar ni, memang arwah terus..takdanya nak cedera ringan.
Nama Kampung ni adalah Kampung Baru Sang Lee. Sepanjang laluan , kiri dan kanan jalan adalah dusun durian. Jarak rumah setiap satu pun agak jauh antara satu sama lain. Kecuali kawasan pekan kecil. Ada sekolah dan deretan kedai - kedai kecil . Majoriti penduduk di sini adalah kaum cina. Bukan rezeki kami, tak jumpa pun orang juai durian, Frust !
Selepas habis kampung Sang Lee dan kawasan Dusun durian, kami terjah laluan macam ni pula. Perjalanan memang 100% berharap pada panduan pakcik Waze dan berdoa semoga tiada sebarang masalah di sepanjang laluan. Doa yang paling - paling di pinta adalah cuaca yang baik.
Perlahan-lahan, kami mula mendaki. Laluan ni adalah 2 hala. Perlu berhati-hati. Ada di kawasan tertentu hon perlu di bunyikan bagi makluman kenderaan di hadapan agar mereka tidak memotong. Jalan ni sesungguhnya agak sunyi. Jadi cuaca yang baik teramatlah di perlukan. Kalau angin kuat, pergh...nagis juga nak lalu ikut sini.
Sebenarnya aku rasa waze ni memang bagi banyak kebaikan. Aku dapat lihat berapa banyak selekoh yang perlu kami lalui dan tahap tajam selekoh tersebut. Awal -awal aku dah maklumkan suami, di hadapan ada selekoh tajam, di hadapan ada lagi 3 selekoh, di hadapan ada selekoh hurup C kecil.. C besar pun ada.. huruf S pun banyak.. jadi..dreba dah bersedia dengan keadaan jln yang bakal di lalui. Bagusnya akuuuu... hahaha.. sebenarnya tu semua supaya dreba rasa terhibur, lebih bersedia dan tak mengantuk.
Semasa di laluan ni juga, kami bertembung dengan beberapa kumulan Monyet dan Beruk yang suka melepak di atas jalan. Rasanya macam sekampung melepak di situ. Kami yang menurunkan cermin kereta untuk menikmati udara segar di sini, cepat-cepat naikkan  kembali. Monyet dan beruk  ni garang weh.. Lepas suami bunyikan hon.. tok ketua monyet siap kejar kami lagi. Pergh..ngeri.. dah la besar-besar saiz nya. 2 kali kami dikejar oleh monyet / beruk yang berlainan kumpulan. Siap di tayangkan gigi taring panjang tu.. Kalau naik motor sesilap diorang tumpang sekali kat belakang. 

1.56 ptg, kami sampai di sini, pemisah laluan untuk naik dan turun ke Bukit Fraser.  Alhamdulillah.. Suami aku stop sat kat sini.. buat operasi berasap.. hermmm.. tambah vitamin kejap katanya. Semasa di sini, cuaca dah semakin mendung. Angin sejuk semakin terasa. Sepanjang laluan tadi, terdapat beberapa aliran sungai kecil. Disebabkan kami turunkan cermin kereta, maka dapatlah mendengar bunyi deruan air bersama desir daun-daun hutan. Ya Allahh , bestnya.. tenang dan damai.. Aku dah rindu untuk kembali ke Bukit Fraser.

Gerai pun tutup.. mungkin disebabkan faktor tak ramai pelancong.

Maka, bermulalah perjalanan kami yang masih berbaki  sekitar 8 KM lagi. 8 KM rasa cam dekat ja.. tapi lama weih.. sesiapa yang tak tahan jalan berliku macam ni, baik makan ubat dari awal perjalanan tadi. Kami 4 beranak , alhamdulillah, tiada sesiapa yang mabuk atau pening.

Walaupun jalan ni kecil sahaja, tetapi dah tak stress sangat, kerana ianya adalah laluan sehala sahaja. Jadi tak yah risau nak hon bagai.. hon kepada si beruk tu dah la..itu pun kalau dia tak nak bergerak dari tengah jalan. Cumanya, aku risau tengok pokok buluh di tepi jalan. Buluhnya sangat besar kalau tumbang, kompom melintang di atas jalan. Jadi sebaiknya naiklah ke atas ni ketika cuaca cerah dan tak berangin. Kalau sesiapa  pernah naik Gunung Jerai, aku umpamakan jalan ni lebih kurang macam tu la.. selekoh tajam dan jalan sempit. Yang berbezanya cuma jalan Bukit Fraser adalah sehala dan jarak perjalanan yang lebih jauh.

Nampak ja suasana cam ni, kami dah tarik nafas legaaa.. sebab cuaca semakin gelap dan kabus semakin tebal. Suhu sejuk beb!!
Di nasihatkan, sebelum naik ke bukit Fraser, isi minyak kasi penuh key. Kat atas ni takda stesen minyak.

Selamat Datang Ke Bukit Fraser

Apabila sampai kat atas, benda pertama yang kami lakukan adalah chek in dulu. Lepas check in, baru kami keluar semula. 

2.30 ptg, kami sampai ke Silverpark. Aku booking melalui facebook Fraser's Hill Homestay Comfy Home. Di sini aku ambil apartmen 2 bilik tidur. Nak masuk sini perlukan kebenaran guard. Jadi memang rasa selamat. Apartmen kat sini ada yang dijadikan homestay dan ada yang memang di huni oleh pemilik atau penyewa. Suasana amatlah tenang dan damai... Untuk maklumat lanjut, masuk ja facebook comfy home. Memang terbaik. Aku puas hati lepak sini. 

Setiap bilik disediakan 1 katil queen dan 1 katil single. Jadi kalau bercuti 6 orang, apartmen 2 bilik ni masih sesuai.
Setiap apartmen ada lif dan parking juga disediakan untuk khas untuk yang menyewa di sini.
Untuk makluman , cuaca di bukit fraser adalah lembab dan sejuk, jadi kebanyakan bangunan apartmen di sini agak berlumut di bahagian luar bangunan. Tetapi apabila aku masuk ja kat dalam Apartmen, suasana dalaman adalah sangat bersih dan kemas.Ni bilik utama, view dari tingkap tu cukup mempersona. Di sini juga disediakan 2 tandas bersekali bilik air , jadi jangan nak berebut rebut. 
Ruang Tamu dan balkoni. Selesa sangat -sangat.
Dapur yang lengkap. Periuk dan pinggan mangkuk pun ada. Tetapi kami tak guna pun.. sebab tak yakin dari segi kesucian bekas tu semua. Lagipun... aku kan cuti.. mana boleh masak... hahaha... aku bukan malas, tetapi..aku sedang holiday la..!! 
 Kebersihan memang tip top. Jadi kalau korang rasa nak datang masak-masak kat sini, dan ada rasa syak dari segi kesucian pinggan mangkuk di sini, aku cadangkan bawa sesiap sabun Taharah yang boleh digunakan .
Ini tandas ke dua , terletak di bahagian dapur. Tandas pertama ada kat dalam bilik utama. Air panas pun ada, jangan risau. Kalau takda air panas tu, aku rasa boleh mandi sambil menjerit sejukkkkk!!!
Pemandangan dari balkoni .. Cuaca dah semakin sejukkk... 

              

     Suhu makin menurun laarr... grrr.. 

31 oktober jam 6.08 minit pagi. Nak ke tandas pun takut.. sesesejukkk..

Aku try lepak kat balkoni.. hehe..jakun kan.. kat rumah sendiri takda kabus sejuk cenggini.
Pagi yang indah.. rindu bertandang lagi... 
Tetamu di awal pagi. Cik Nyet dan anak nya.
Memula kami anak beranak yang lepak di balkoni sambil sarapan dan sambil ushar cik nyet ni bergayut di apartmen hadapan. Rupanya dari jauh dia dah pandang kami, tetiba boleh dengar benda memanjat dari bawah menggunakan paip saliran air hujan .. gedebung..gedebang.. dan kami anak beranak  apa lagi..angkut semua makanan masuk rumah. Nasib sempat..cik Nyet ni cuma dapat kutip sisa roti yang tertumpah ja. Yang lebih kagum dan buatkan aku berdebar, adalah cik nyet cuba buka sliding door kami. Pergh...memang cik nyet nih dah ada banyak pengalaman pecah masuk ke apartmen orang.
Patutlah diorang tulis amaran, pastikan sliding door bertutup rapat dan berselak.


Ok, dah habis cerita tentang perjalanan kami dari Bukit Tinggi ke Bukit Fraser dan tentang Comfy Home yang best dan selesa. Next post tentang tempat menarik di atas bukit fraser nih.  
Semoga cik Nyet bahagia di sana.. tata..

Nufnang