Monday, February 27, 2012

Happy Besday Untuk Ibu

Ciannya budak kecik tu..
Abah menguasai 3 kerusi ...
Ok.. semua Firas nak buat sendiri

Ok... tak nak cakap banyak..umur dah bertambah..tetiba rasa..waaaa..aku dah semakin tua la...
Aku lahir tahun 1981  ( bebudak yg lahir tahun 90an akan anggap aku dah tua sesangat ) maknanya pada tahun 2020, umur aku hampir 40 tahun. Alaaa...muda lagi..( heheheh...aku tak tahu time tu bagaimana ropa aku dan en suami ).
Aku masuk darjah 1 ketika tahun 1988 .. masa ni aku pi sekolah pakai skirt lagi. Bebudak skrg dah tak pakai skirt..semua berbaju kurung. Semasa masuk darjah 5 ..baru aku belajar pakai baju kurung. Dahtu semasa time rehat..sibuk ja main tali getah tu (zeropoint ) biji tujuh ( batu seremban kan ) pencuri & Penyamun..( bestnya ).
 Hehheh.. suka tengok gambar lama..memang budak hingusan gila.
Tahun 1993 aku mula menempuh alam remaja. Tapi time nih aku masih tetap keanak-anakkan. Pakai tudung pun ikut suka kepala aku ja.. senget berbagai arah.. Pertama kali ke sekolah menengah rasa best nya... dah rasa macam org dewasa pula.. Aku dapat duduk kelas No 2 sebab UPSR cuma dapat
1 A 2B 1C. Tapi aku tak kisah sangat pun dapat duduk kelas mana.. yang pasti kawan baik aku tetap sekelas ngn aku. Masa tingkatan 1 juga aku mula masuk Kelab Tunas Harapan Memanah Sek.Men Keb . Syed Saffi.. ( rindunya pd sekolah ..)
Ketika tingkatan 3 , tahun 1996 aku berjaya mewakili Perlis dalam pertandingan memanah. Masih aku ingat..tahun tu SUKMA di Pahang. Kat sana kami ditempatkan di Sek. Menengah Alor Akar ( kalau aku tak silap la ) dekat ngn Teluk Chempedak Pahang..kami pi pantai jalan kaki ka..bestnya. Masani rasanya dunia aku yg punya..hahahahha.. Disebabkan aktif..aku memang ramai kawan. Time nih takda Pakwe yg seriuse lagi.semuanya suka-suka saja.. ( cuma admire kat seseorg ja .. heheh ..)
Alhamdulillah..walaupun aku aktif memanah.. keputusan PMR aku tak mengecewakan.. dan tahun tu juga aku terpilih sebagai pelajar contoh  menengah rendah.. ( macam nak pengsan ja semasa berdiri kat atas stage nak tunggu cikgu baca profile tu ).
Semasa tingkatan 4 aku masih aktif memanah..dan untuk memudahknnya..aku tinggal di asrama sekolah. Sesungguhnya zaman persekolahan adalah zaman yg paling mengembirakan. Aku punya sahabat- sahabat yg cukup best..dan semuanya sentiasa mendorong sesama sendiri untuk menjadi yg lebih baik. Syukur Allah temukan aku dengan mereka semua. Semasa ni juga aku diberi peluang untuk ke Sekolah Menengah Bukit Jalil, tetapi..hatiku hanya untuk Syed Saffi. Dan pada tahun ini juga aku akhirnya dilamar untuk menjadi kekasih hati sidia yg aku pendamkan perasaan selama ini. Wah.. duniaku makin berseri dan berbunga indah. Sekali lagi pada tahun ini aku tepilih sebagai pelajar contoh. Syukur.. di atas nikmat yg Allah kurniakan. Melihat senyuman kedua ibu bapa ku adalah nikmat yg tidak terhingga.  
Tingkatan 5 adalah tahun yg mencabar. SPM 1998 akan ku tempuhi.. Namun begitu, aku masih sempat mewakili Perlis dalam SUKMA seterusnya di Selangor. Bergelut dengan buku ..dengan sukan..membuatkan masa aku sentiasa penuh. Dan sebenarnya..kekasih hati aku juga berada di dalam kumpulan memanah yg sama. Jadi..kalau semasa pertandingan mood kami baik..insyaallah score kami pasti ok..tetapi kalau kami ada perselisiham faham..hemmm...lingkupla score. Ni yg bahaya kalau bercinta satu team nih. Coach pun naik pening.
Seperti di duga keputusan SPM aku kurang memberangsangkan. Aku sedar..aku banyak bermain..dan kurang menumpukan perhatian kepada pelajaran. Tetapi syukur..aku berjaya juga masuk ke Politeknik.
Di POLIMAS, aku bertemu dengan kawan-kawan baru.Tetapi..pakwe aku..tetap sidia yg satu ( walaupun berkali-kali aku putuskan hubungan. hahahha...)
Habis Politeknik, aku sambung lagi belajar di KL, tetapi Allah berikan aku rezeki yg lain, aku ditawarkan bekerja.
Maka pada 14/09/2002 aku mendaftar diri utk berkhidmat dgn kerajaan. Pada 08/12/2003 aku dan kekasih hati aku yg satu , telah diijab kabulkan.. alhamdulillah.. Rezeki Allah tidak pernah putus, pada 09/09/2004 kami dikurniakan putera yang pertama.Setelah sekian lama menunggu.. pada 10/11/2010 kami dikurniakan pula putera yg kedua..
Syukur, kini usia perkahwinan kami hampir mencapai usia 9 tahun. Pelbagai suka dan duka kami lalui bersama. Dan sebenarnya aku telah menghabiskan usia aku selama 15 tahun bersama kekasih hati ku ini.. dia melamar aku untuk dijadikan kekasih hatinya pada 22/02/1997 ketika birthday aku yg ke 16 tahun.
Semoga aku diberi peluang oleh Allah untuk menyambut kelahiran yg seterusnya. Buat kawa-kawan , ku pohon kemaafan andai ada tersalah dan tersilap selama kita menjalani persahabatan ini.
Semoga kita semua sentiasa berusaha menjadi yg lebih baik sebagai umat Muhammad dan sebagai isteri / suami / ibu/ bapa kepada pasangan serta anak-anak. Insyaallah...



Tuesday, February 21, 2012

Cara Memakai Lipstik & blusher

 Mangamuk apabila aku ambil lipstik 
 Bila di tanya apa yg dia buat.. jwpnnya.. nyum -nyum..dan hanguk-hanguk
ok.. tak sesuai langsungg...

Peristiwa minggu lepas. Ketika aku dalam kekalutan bersiap ke pejabat, Firas juga amat sibuk. Setiap pagi kalau dia bangun awal, memang dia akan setia menanti aku bersolek. Dicuba-cubanya setiap bahan yg ada kat dalam hand bag aku tu.Tetapi  sebelum ini dia cuma tertarik pada bedak dan blusher. Dia akan menempek bedak ke mukanya dengan cara meniru apa yang aku lakukan. Untuk blusher pun sama..siap guna berus yg aku gunakan. Selalunya..berus tu akan digunakan untuk dia menyapu-nyapu di lantai rumah. Oh...tidakkk !!  sebagai langkah keselamatan..aku bagi berus yg aku tak guna kepada dia.
Minggu lepas entah bagaimana dia boleh tertarik kepada lipstik pula. Aku pun tak sedar bila masa pula dia ambil lipstik tu dari hand bag aku, sedangkan time tu aku dah siap bersolek. Tiba-tiba sahaja aku lihat Firas dah berubah warna. Siap ada tompokan blusher dan liptik yg memenuhi sekitar bibir. Bukan setakat bibir sahaja..kat dalam mulut pun ada juga. Bila aku tanya apa yg dia buat..dia jawab nyum-nyum sambil hanggukkan kepala. ( sedap gamaknya kut ). Hee...Ibu tak pernah makan lipstik tau.. Firas nampak sapa yang buat ni?
Untuk aku pula.. terimalah lipstik yang berlubang sehingga ke akar umbinya.. Lipstik aku tu dah la sekadar nyawa-nyawa ikan ja..bila firas korek isinya..bukan nyawa ikan dah..memang dah out pun..dah boleh masuk bakul sampah. Nak marah anak tak boleh juga..memang salah aku..Tapi aku takla marah sangat..sebab lisptik tu memang di tahap wajib beli lain dah pun.
Dulu abg Danish jadi teman setia ibu bersolek..sekarang Firas pula.. Apapunn...pesan ibu..jangan pakai benda nih tau..hanya ibu jer boleh. Danish, Firas dan Abah..TidaK dibenarkan !


Monday, February 13, 2012

Petua menghilangkan hidung yg tersumbat akibat selsema.



Petua mudah yang aku dapat dari jiran sekampung. Cukup mudah tetapi..kalau terkena kain putih..kuning la jawabnya.
Hanya dengan menggunakan minyak masak dan kunyit hidup sebaiknya. Jika tiada kunyit hidup..gunakan kunyit biasa pun boleh. Kalau kita yang mengalami masalah ni..tak kisah sangat, tetapi kalau si kecil yang kena..memang amat-amat tidak selsesa. Si kecil pasti tak boleh tidur, nak sapu Viks banyak-banyakpun rasa kesian juga. Jadi alternatif yg ada..ialah campurkan minyak masak dan sedikit kunyit. Sapukan di bahagian ubun-ubun bayi. Insyaallah.. sumbat hidung tu akan hilang dan dapatla bayi tidur kejap. Jadi..kita pun dapatla tumpang tidur.Bila dia terjaga ..dan merenget lagi, sapu la lagi . Aku dah try pada Firas, Alhamdulillah..tidak mengecewakan. tetapi bila minyak tu kering..hidung dia akan sumbat balik.

Friday, February 10, 2012

Bahasa-bahasa pertama Firas


10/02/2012 genap la umur Firas 1 tahun 3 Bulan. Sekarang Firas dah boleh jalan..dah cekap juga memanjat..dan dah berkali-kali juga dia dah tergolek. sekarang dah boleh menggunakan beberapa patah perkataan. Antara perkataan - perkataan pertamanya adalah seperti berikut :

Abah      = Abah ( perkataan yg paling lancar dan jelas )
Abu      =  Ibu   ( akan dipanggil ketika sedang menangis )
Apeh     = Api   ( Skrg musim membakar jerami, jadi banyak apeh di sawah )
Aweng  = Abang ( kekadang ja panggilan ni akan digunakan )
Beabea  = Kucing atau makhluk macam kucing dan utk semua jenis anak patung.
Mong..mong... ( dibunyikan dgn dengungan ) = Mesin padi
Behh      = Bas
Bihh..    = Habis
Mung    =  Bulan
Nyumnyum = Makan
Geleng kepala = Tak mahu
Angguk kepala = ok, nak juga
Memusing-musing kedua-dua pergelangan tangan = habis atau tiada

Dah tak ingat..apa lagi..Tapi ini adalah reaksi yang selalu dia guna. Sekarang Firas dah mula faham arahan - arahan ringkas. Firas memang budak yg mudah di jaga dan agak nakal sikit. Semoga Firas membesar dgn baik.

Thursday, February 2, 2012

IE aku 'hang ' kerana mamat nih !! pdfforge toolbar !!! huh..


Kali pertama berhadapan masalah ni semenjak menggunakan Windows 7 . IE aku 'hang' dipermulaan . Maknanya..bila aku klik icon IE ..paparan akan terbuka..namun hanya memaparkan toolbar dan ruangan putih kosong dihadapannya. Kemudian, ianya akan diam kaku di situ. Nak close pun tak boleh..hanya end task sahaja caranya.
Aku cuba update IE..dan cek pada ie tools..tetapi..masalah tidak juga selesai. Aku try google kat pakcik google..ada yg mengesyorkan agar try cek pada uninstall program . Buang program yg nampak asing dan agak aneh..( yg kita suspek la ) . Dan aku terjumpa sesuatu yg agak memuskil kan aku la.. iaitu..
pdfforge Toolbar V4.9 ... Jadi, sekali lagi aku gi jumpa pakcik Google tu..RUPANYA !!! menatang nih spyware laaaaa.. Dia masuk ofis aku nih semasa aku install PDF Creator.
Rupanya dia la yg buat kacau lam ofice aku nih..dan buatkan otak aku sakit fikir..dan buatkan user lam ofis nih bising..kenapa IE mereka 'hang' ??? . Jadi..dah jumpa tu..cepat-cepatla aku remove..dan segeralah makcik scan apa yg patut. So..masalah makcik dari kemarin dah selesai...dah dapat penyelesaian. Maka..cepat-cepatlah makcik bergegas ke pc user..buat apa yg patut. Jadi..jom minum dulu.. Kopi Dara beb..fuh...nyamannya..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...