Assalamualaikum,
Jom sambung kisah di langkawi. Untuk makluman, sebenarnya Seaview adalah hotel pertama yang kami terjah apabila sampai di langkawi, tetapi saja ja aku post tentang Adya Hotel terlebih awal. Sebab aku jatuh cinta pada view di Adya Hotel. Kisah cinta yang sukar untuk dilupakan.. hiks..
Selepas aku berjaya calonkan diri sendiri untuk ke langkawi, maka aku pun mulakan sesi seterusnya.. Soalan.. Sapa Nak Ikott ? hehehe...
Maka.. muncullah 3 orang sahabat .. Pertama PA bos..sebab dia mewakili Bos, Kedua tentulah orang paling kaya di pejabat kami, iaitu ibu duit .. urusan bayar membayar semua di dalam otak dia. Wakil ketiga adalah AJK Persatuan jabatan. Sebab majlis yg bakal dijalankan juga ada melibatkan sedikit aktiviti persatuan. Aku wakil Apa? hurm... susah gak nak jawab.. anggap jelah aku wakil diri sendiri..👧💁
Perjalanan kami bermula pada 29 Mac 2022 feri jam 10.30 pg. Pada tika dan saat kami ke Langkawi , trip feri ke Langkawi dari Kuala Perlis cuma 2 kali iaitu 10.30 pagi dan 2.30 petang. jadi, sah -sahla kami memang wajib kena bermalam di Langkawi. 6 buah hotel nak serbu, memang tak sempat untuk balik dalam hari yang sama.
Maka, bernyayilah kami kegumbiraan..hahaha..
Sekitar jam 11.45pg, kami selamat berlabuh di jeti Kuah.. Horeyyyy..sedut udara Langkawi dalam dalam, dan melihat wajah-wajah gembira yg keluar dari perut Feri.
Sampai ja sana, aku terus call untuk dapatkan kereta Axia kami. Ibu duit plak dah call wakil Hotel Seaview maklumkan kami akan sampai ke hotel dalam masa terdekat.
Hotel Seaview terletak di Lot 40, Jalan Penarak, Kuah, Langkawi, Malaysia,
Pertama sekali.. mestilah terjah bilik dulu .Rasa macam nak buat kuak lentang dulu kat atas katil.
Suasana hotel adalah tidak mengecewakan..
Melangkah masuk.. ko rasa memang macam masuk hotel lahh..
Bilik Superior Double Room
Luas, dan ada pintu utk ke bilik sebelah
Susun atur setiap bilik adalah lebih kurang sama. Kecualilah bilik suite atau family room
Superior Twin.
Setiap bilik ada balkoni.
Kalau bilik menghadap laut, agak cantiklah. Tapi kalau menghadap bukit.. takda apa sangat yg nak dilayankan.
Dan sesuatu yg aku perasan, balkoni agak kurang bersih. Lantai tak best.. mungkin bilik lain ok kott.
Hampa nampak apa yg aku nampak? tak nampak.. pendek umuq.. hahaha..

Kolam mandi, ada utk kanak-kanak dan dewasa.
Kolam tak besar sangat, jadi kalau ramai yg mandi..memang rasa sesak lah.
Cumanya suasana agak menarik.

Cantik
Masih lagi di ruang kolam mandi

Kemudahan bilik gym. Semua penghuni boleh menggunakannya secara percuma.
Bilik ni wajib kami jejak. Bilik mesyuarat ada pelbagai saiz. Kemudahan utk bermesyuarat juga tersedia. Jadi tak yah susah hati, boleh meeting sampai bertanduk
Masih di Ballroom. Susun atur boleh diubah suai mengikut kehendak penyewa

Ruang makan.. cantik kannn..
Of coz la cantikk... aku yang snap gambaq ni key.
Sekali pandang ..macam gambar dalam majalah impiana plak.. hihihi
Rezeki kami pada hari tersebut, dipelawa untuk makan tengah hari.Katanya bolehla kami mencuba makanan diorang.
Yes, kami cuba.. alhamdulillah, memang sedap. Menu pelbagai dari juadah utama sehinggalah menu pencuci mulut. Rasa nak tambah, tapi malulah pulakk..
Cucuq ubi pun ada.. yg peliknya..sedap siot. entah tepung apa yg diorang guna.
Terbaiklah dari segi menu , rasa dan susun atur di ruang makan.
Pemandangan untuk Hill View. Sebelum nampak Hill, nampak bumbung rumah orang dulu.
Jadi control sikit mata tu..jgn duk zoom dalam rumah orang.. dose....
Sea View agak menarik walaupun pantai jauh dari hotel. Nak ke pantai, kena lintas jalan besar tu..
Kat hotel ni ada beberapa perkara yang kami tak boleh nak terima. Ada yang tak sesuai dengan perancangan perjalanan majlis kami.
Tetapi masih boleh dipertimbangkan.
Selepas kenyang perut, kami terus bergerak untuk ke Bayview pula. Kami cuma ada masa 30 minit sahaja untuk ke Bayview, dan dalam masa yg sama, kami punya keinginan untuk membeli cokelat.
jadi.. tau apa jadi pada kami ?
hahaha... tunggu entry seterusnya...
No comments:
Post a Comment