Tuesday, August 17, 2021

TIMAH TASOH PERLIS 2021

 16 Ogos 2021 Isu panas di Malaysia Tak pernah berkesudahan. Sehari dua ni kecoh Perdana Menteri Malaysia nak letak jawatan. Politik Malaysia memang mengkonpiuse kan..penuh drama 👀 . Sebelum ni post aku berkaitan Cameron Highland 2020 dimana pada tarikh tersebut 23 Februari 2020 Tun Mahathir Mohamad melepasan jawatan Sebagai Pedana Menteri, dan harini Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin pula akan meletakkan jawatan.. adus.. aku tak sempat pun hafal nama bapak-bapak menteri sedia ada..  dah bakal nak di gantikan orang lain pulak. Kesian nanti budak-budak nak belajar subjek sejarah.. panjang lebar jadinya....

Aku tak pandai politik, dan tak berminat sangat politik tetapi aku cuma membaca sekadar mengikuti isu semasa dan pergolakkan politik semasa. Dan bacaan aku selalu bukan dari satu pihak sahaja.. bacalah dan dengarlah  dari pelbagai sudut pandangan dan juga dari pihak yang bukan dipilih..agar minda lebih terbuka.. yang mana salah..tetap salah.. ..Pendek kata.. penattt.... jadi jom kita cuci mata kejap, biarkan mereka yang arif memikirkanya.

Selepas selesai kami berphotoshoot di Wang Kelian View Point kami bergerak ke Timah Tasoh pulak. Di sebabkan pada tarikh tersebut adalah hari Jumaat, maka kami wajib menamatkan sesi fotografi secepat yang mungkin. Geng lelaki nak ke masjid..dan kami pun dah tak tahan berpanas, walaupun nampak cool dengan blazer bagai.

Di pintu masuk, ada caj untuk parking .. tak silap aku RM 5.Kawasan Paking luas..

Saujana mata memandang.. Ni dari tempat meletak kereta.
Luas... hanggattt...tapi cun...
Tenang jangan di sangka tiada boya.. tapi biawak kompom ada.. 
Di sebarang sana..adalah santuari ikan air tawar . Hampa boleh pi juga ke situ, tetapi jalan lain lah.. 
Antara tempat wajib bergambar.. 
Ramainya cameraman... 😁




Tenang dan mendamaikan. bagus untuk hilangkan stress mengadap PC pejabat.
Cantik


Pinjam gambar kawan.. sebab cun..👧
Layan Tulip plastik pun jadik lah.. tapi kalau sebelah malam..bunga ni semua bernyala..


Ni pun antara port wajib untuk posing
Aku nasihatkan hampa mai sini awal pagi..atau petang ja.. 
Tengah hari panas wei.. cuma syukur ada angin yang bertiup..

                              
Kalau bawa anak kecik dan korang malas nak jalan ..cuaca pun dah panas..tetapi ada rancangan nak pusing sekitar tasik.. naik lah train ni.. Tiket ? iyer...ada tiket..


Kat sini disediakan basikal untuk disewa.. RM berapa?  aku pun tak tau.. tak sempat tanya.. sebab misi kami hanya nak bergambar dan balik cepat..dah la orang asyik pandang..pakai blazer tengah panas lit-lit..
Skuter ni pun comey wei.. boleh sewa pusing sekitar  tasik.. 
Untuk makluman yang belum pernah sampai, kat sini pun ada resort, jadi kalau menyewa kat sini, boleh tengok permandangan di sebelah malam... Dan awal pagi keesokkannya , korang boleh terus ke Wang Kelian  View Point. Dari Timah Tasoh nak ke Wang Kelian View Point dah tak jauh. Nikmati suasana pagi di Perlis. Kesegaran udara Perlis yang nyaman dan makanan Perlis yang sedap -sedap belaka. Semoga Pasar Wang Kelian kembali dibuka seperti dahulu..doakan COVID cepat berlalu , agar kebebasan yg kita nikmati dahulu kembali berada dalam genggaman.. 
rindunya nak bercuti...

Monday, August 9, 2021

VIEW POINT WANG KELIAN PERLIS

Tarikh                                                          : 09 Ogos 2021

Bilangan Kes Covid Pada 09 Ogos 2021    : 17,236 dgn Jumlah Keseluruhan 1,279,776

Bilangan Kes Covid di Perlis pada 09 Ogos 2021 : 22 Kes  

Status PKP di Perlis pada 09 Ogos 2021     : Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara ( mulai 2 Ogos 2021)

Alhamdulillah , Perlis di Fasa tiga pelan pemulihan. Tetapi sebenarnya tidaklah terlalu menggembirakan hati aku, kes masih banyak.. risiko peningkatan tetap ada. Tetapi dari sudut lain, aku bersyukur, lebih banyak aktiviti harian  dibenarkan untuk dilaksana walaupun masih perlu mengikuti SOP yang ditetapkan. Terlalu ramai yang menderita dan terkesan kerana COVID.Rezeki yang tersekat, kebebasan yang terhalang dan kehilangan insan-insan yang tersayang.Pada tahun ini, ramai anak -anak yang bergelar yatim piatu, bahkan ada yang tinggal sebatang kara....  Harini 09/08/2021 ramai yang bersedih akan kembalinya Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin kepada penciptaNya. Meninggalkan anak anak yang masih kecil bahkan seorang anak yang belum sempat disentuh atau dilihatnya , angkara COVID yang melanda. ..Al- Fatihah untuk semua yang telah pergi. Semoga kalian ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.Ya Allah.. Kau permudahkanlah urusan kami, ampunkan dosa -dosa kami...

Hari ini, aku nak update tentang View Point Wang Kelian Perlis. Perjalanan pada 06 April 2021 atas urusan pejabat. Kami perlu menyiapkan Laporan dan untuk itu, perlu disertakan gambar ahli kumpulan. Sudah tentulah kami memlilih tempat yang cun kan.. Bukan senang nak dapat ke sini bersama semua ahli kumpulan. 

Perjalanan bermula dari pejabat, dengan menggunakan kenderaan jabatan dan sudah semestinya telah mendapat kebenaran ketua jabatan. Nak mampus naik kereta jabatan sesuka hati. Semasa tarikh ni, Perlis agak tenang dari ancaman COVID dan kami masih bebas bergerak. Jarak dari Jabatan sekitar 30 KM, lebih kurang 30 minit perjalanan. Sekitar 8.30 pagi kami bergerak ke sana, sempat lagi singgah gerai tepi jalan, beli bekalan untuk sarapan.

Tada !!! inilah kami .. kumpulan kami yang ceria dan yg paling penting saling bekerjasama. Tiada istilah penumpang kat dalam kumpulan ni. Semua sedar tanggungjawab dan tugas masing masing. 
Tahniah !!! Syukur yang amat apabila semua laporan dapat disiapkan seperti yang di rancang.
Hampa jangan tenung gambaq kami.. tenung pemandangan di belakang kami . Cantik sangat-sangat. Walaupun kami sampai dah hampir 9.30 pagi, cuaca pun dah panas..tetapi pemandangan memang meletopp. Lawa sangat. Jelas kat belakang kami.. bukit Chabang, Bukit Chuping dan lain-lain bukit.
Kalau sampai awal kat atas ni, boleh la tengok fenomena awan karpet. Kalau nak tengok awan karpet tu..depa kata kena keluaq sebelum subuh.. entahla..aku pun tak pernah tengok lagi.

Wang Kelian Perlis View Point


















Kalau nak drive kereta terus kat atas ni pun boleh.. tapi kalau nak keluarkan peluh jantan, boleh ja jalan kaki.. tak jauh mana pun.. yang pasti penat gak la...😁
On the way balik..kami singgah Timah Tasoh pulak..jumpa di sana....

Nufnang