Thursday, February 13, 2020

UDANG GALAH TELUK INTAN PERAK

Hishh...pagi -pagi lagi aku dah semangat nak post pasai udang galah kat teluk intan nih. Udang galah adalah udang air tawar . Selalunya ada di dalam sungai .. Sungai tau kawan -kawan..bukan laut. Aku memang dah masukan dalam list.. wajib pi cari kedai udang galah.. aku nak makan udang galah. Aku nak yang saiz telapak tangan tu... cam na la nak kurus.. bila hobi adalah makan  !

Jadi..sekitar jam 11.00 pagi kami dah check out dari Grand Court Hotel. Waze ja restoran udang galah. Maka kami di bawa melalui jalan yang sama untuk ke Menara Condong. Sempat la pagi tu melawat Menara Condong sebelum balik. Melihat rupa parasnya di kala cahaya memancar indah di alam buana. Membilang bilah -bilah atap yang sekian lama di timpa hujan dan panas... Woittt   !!1 . tetiba nak berbahasa berbunga-bunga pulak. terlebih metafora pagi ni sebab semalam terlebih minum kafein !!!

Jadi Jom.. kita cari Udang galah....
 Dataran JPS Teluk Intan. Kat tepi sungai ni pun ada kedai udang galah.. Tapi kami tak mau kat situ.. kami cari tempat lain.


Kami ke sini... Restoran Udang Galah Teluk Intan.
Kedudukan kedai ni tak jauh dari Menara Condong. Tetapi agak kedalam sikit.. 
Gambar ni aku ambil masa kami baru sampai. Sekitar jam 11.30 pagi. Ada tempat kosong lagi. Tetapi masa kami sedang bersantap, pergh, kedai full. Siap ada yang berdiri nak tunggu meja kosong. 
Lauk pun banyak jenis.. sangat banyak.. disebabkan aku dah target nak makan udang galah.. maka aku pun ushar la udang yang besar-besar tu.. tapi tak nampak. Tanya pekerja kat situ katanya..sedang di masak.. Alohaiiii.. sedih hati kakak. Nasib kak ni bunting gajah..kalau bunting rimau.. mau mengaum dah akak kat situ.

Disebabkan takda yang besar.. maka.. yang kecik pun jadilah.. Udang Galah masak Lemak. Lemak pekat ooii.. 5 bintang aku bagi. Memang masak lemak dia kawww kuasa 3. Hampa nampak kan, bertapa pekatnya kuah masak lemak tu. 
 Siput tu pun sedap. yang paling penting , harga murah sesangat. Murah, sampai aku laki bini tak percaya. Takut diorang salah kira. Jadi.. aku faham kenapa ramai datang makan sini. Dah la murah, kuantiti pun banyak.. dan sedap sedap sedap. Semoga pemilik kedai dapat kekalkan kualiti yang ada. Terbaik !! aku jarang nak puji kedai makan.. tapi kali ni..memang aku tabik la. Aku syorkan hampa cari kedai ni kalau dah sampai na. Dan aku pasti akan kembali ke sini. Sebab aku tak dapat makan udang galah saiz tapak tangan yang mana sepitnya melambai lambai pada aku.. huhuhu... bila kami dah makan, laki aku sedang bayar duit..maka.. keluarlah udang udang tersebut. Macam masak sambal , tapi pekat melekat di badan udang. Arghhh.. stress. Lepas tu kan.. bila dah drive keluar dari kawasan, baru timbul idea.. kenapalah aku tak bungkus udang tuuuuu ? aiyooo !! ni memang nak kena tampaq dai nih. Laki aku pun boleh buat muka conpiuse.. " aha.. betui jugak !" .
Rasa nak patah balik.. tapi..takyahla.. dah jauh. Kami nak pi tengok kapal korek pula. 
Takpalah, takda rezeki untuk aku lagi. Nanti ada rezeki lebih, aku pasti kembali. Bye udang galah...
huk..huk.. akak menagis dalam mimpi.. huwaaa...




No comments:

Nufnang