Friday, December 19, 2014

Menara Alor Setar Kedah

Alhamdulillah..majlis makan malam yang dirancang oleh pejabat suami aku telah berjalan dengan jayanya.Walaupun ini kali kedua aku sampai ke Menara Alor Setar, tetapi ini adalah pengalaman pertama kali menaikinya di sebelah malam dan menikmati makan malam di atasnya..Dengan ketinggian 165.5 meter.. maka pemandangan di sebelah malam sungguh indah. Kerlipan lampu bangunan dan lampu kenderaan yang bergerak menjadikan suasananya sungguh unik. Lebih unik lagi apabila lantai menara tersebut , di bahagian café, akan bergerak (berpusing). Jadi ketika kita sedang menikmati makanan, kita dapatlah melihat pemandangan Alor Setar dari puncak tertinggi secara keseluruhan. Tetapi..ada tetapinya.. aku agak pening...kekekeke...sebenarnya lantai tu bergerak perlahan ja...bagi sesetengah orang mungkin tak terasa pun. Yang lawak pun ada juga.. masa tengah makan ni..anak-anak kecil, memang suka meneroka... berlari dan berjalan ke sana sini..tetapi..apabila diorang nak cari meja ibu abah diorang lepak..diorang dah conpiuse..sebab tempat tu dah ada meja lain pulak.. Aku yg bangun ambil makanan kejap pun..bila pusing ke tempat asal..dah jadi tempat org lain pulak.. kekeke.... Kalau nak rasa keunikkannya..korang kenala makan kat kat café menara tu..memang best.
jom cek apa ada di situ lagi..
 
Inilah dia ..Menara Alor Setar..

 
Tempat anak teruna aku termenung.. tetiba dia nampak tempat fun fair..
apalagi..dah mula tak senang duduk la..nak ajak kami ke sana..
Apabila lantai bergerak..kedudukan kami berubah..dan dia dah tak Nampak tempat fun fair tu..dah mula tarik muka 14 la pulak.. katanya kami ni lambat sangat dan sekarang tempat fun fair tu dah tutup.. hahahha..padahal dia tak perasan bahawa lokasi fun fair dah berada di arah lain ...
 

Antara menu pada malam tersebut

 
Haaa... turun ja dari Menara..terus jumpa benda ni semua.. Memang meriah kat bawah ni.
Jadi kami pun layankan saja Firas dengan mainan semua ni. Suka la hati dia walaupun tidak dapat pergi ke fun fair.
Semasa kami keluar balik dari sini, dah hampir jam 12.00 tgh malam..tetapi masih ramai lagi yang melepak dan melayan karenah anak-anak.

Wednesday, December 17, 2014

FULLER HOTEL ALOR SETAR

12-13 Dec 2014 , kami sekeluarga chek in kat Fuller Hotel. Kami ke sini bukan atas dasar bercuti , tetapi untuk memudahkan urusan suami aku mengendalikan majlis makan malam yang dianjurkan oleh pejabatnya di Menara Alor Setar. Jadi dari Fuller hotel nak ke Menara..memang dekat sangat. Fuller hotel ni berdekatan dengan Putra Medical Centre ( PMC ) dan INS Specialist Centre, memang amat dekat sesangat.

Nak jadi cerita, kami kesini secara walk-in, suami aku cakap takyah booking la.. mesti bilik banyak kan..dan kami dah sepakat nak ambik Family Room. Bila sampai kaunter pendaftaran...sekitar jam 4.00 ptg lebih, kami dimaklumkan..bilik dah penuh..yg tinggal cuma bilik standard sama ada nak katil king atau single.. Ha...padan muka. Jadi..nak keluar ke hotel lain, akan makan masa pula, sedangkan sahabat suami aku dah menunggu di menara. So, kami setuju ambil bilik standard, dengan katil king. Bayaran RM 108.00 dan tiada Govement Rate kat sini. Lepas tu aku minta extra bed.. kerani tu cakap..kat sini tak di sediakan extra bed. Hahahahah... nasib la...

Gambar dari pamplet ni adalah ruangan menunggu ,berhadapan kaunter pendaftaran. Aku memang tak snap gambar depan ni..sebab masa aku check ni, ramai yang sedang lepak sini. jadi..takan aku nak over acting kat situ pulak kan.

Inilah biliknya..kecil molek. Katil saiz king, cadar semua putih bersih, Bilik pun bersih dan kemas. Jadi dari segi kebersihan, memang boleh bagi 5/5. Dari segi saiz, kalau cuma berdua..memang sesuai tapi kami berempat..hemm...

Tandas.. Kecil tetapi selesa.

Kemudahan lain, tersedia seperti kebanyakan hotel . Disebabkan bilik ni kecil, maka tiadala almari atau rak yg besar-besar tu. Di sebelah kanan gambar ni korang
nampak dinding cokelat tu..jadi di situlah tempat untuk menyangkut pakaian.Kecik molek jer..
Kemudahan lain.. Wifi percuma..bila korang chek in sini..diorang akan bagi username dan pwd. Untuk iron pula disediakan di hujung laluan bilik.Jadi kalau korang sedang iron baju..ada orang lalu.. boleh senyum-senyum dulu la.. Senyum kan sedekah..

Kalau buka tirai ni..korang akan nampak bilik -bilik lain. Apabila pandang ke bawah, korang akan nampak taman simple yg tersedia. Aku tak snap gambarnya juga..sebab..nak buka tingkap pun aku rasa segan..orang di bilik sebelah, di bilik depan..semua akan nampak aku kat situ tergedik nak ambil gambar . .Ish..ish..ish..
Maka, sekian ulasan aku untuk kali ini.Nanti aku teruskan dengan majlis makan malam di

Friday, December 12, 2014

The Specified Network Provider Name Is Invalid _ Windows 8.1


Dalam banyak-banyak PC baru yg aku terima ni..ada seunit yang cukup degil. Apabila error unidentified network telah hilang, masalah baru pulak yang aku jumpa. Aku dapat lihat beberapa unit pc yang muncul dalam Network tetapi setiap kali aku cuba login ke pc di network , akan muncul error
The Specified Network Provider Name Is Invalid. Untuk masuk ke Internet memang dah takda masalah. Memula buntu kejap..pastu..aku mulakan langkah pertanya.. searh kat Google... oh... rupanya masalah client for Microsoft network.
 
Langkah pertama, masuk ja dalam Network Sharing Centre - klik Ethernet - klik  properties - tick Microsoft Network Adapter Multiplexor protocol - klik Install.
 
Akan muncul dalam senarai tersebut Client For Microsoft Network, jadi..tick saja client tu - klik ok...dan selepas tu..restart ja pc.. Alhamdulillah.. masalah selesai.
 
Semua pc dah boleh di lihat di network dan dah boleh nak share ke sana sini. Horayy..

 

Unidentified Network _ WIN 8.1

Aku nak update hal kerja pulak.. boleh aku jadikan sebagai rujukan sendiri dan kawan-kawan yang mencari. Bila HQ cakap, akan ada PC baru yang di hantar ke cawangan..OK.. aku Happy..dan kengkawan pun happy..tapi sebenarnya dalam hati aku..aku dah set..siapla aku.. kalau dapat pc baru..karenah pun baru..dan aku harus mengenali pc baru secepat yang mungkin supaya aku tak sakit kepala lelama.
 
Kat sini kami menggunakan static Ip Address, jadi..setiap pc dah disetkan dengan ip sendiri..tak seperti Dynamic IP Address yang mana akan assign IP baru setiap kali user log in ke pc.
 
Seperti yang di duga..ujian pertama.. 'Unidentified Network' ...ah..semua PC belagak..tak nak berkenalan  ngn network ofis pulak.. jadi.. masalah pertama yg aku dapat kesan..kerana Antivirus.. jadi.. untick mana yg patut..terutama berkaitan network . Dan ni juga bergantung jenis Antivirus yg digunakan. Utk PC baru.. kami dibekalkan dengan Antivirus Kapersky. Satu lagi yang dilindungi adalah Web protector..yg ni pun kena disable. Ok..bagi pc yang tak banyak ragam..bila buat macam ni..masalah dah selesai..dah nak bermesra dengan pc lain lam ofis ni.
 
Tetapi..ada juga yang degil..so..apa yg aku buat.. Update/downgrade Driver untuk network card.. restart pc..insyaallah..masalah selesai.
 
Ada juga terjadi.. aku buat macam tu..still error Unidentified Network... so..aku sakit hati..aku off ja pc tu..esok pagi.. bila on..eh..dah hilang pulak error tu dan dah dapat akses ke network seperti biasa.. oh..inilah yang dinamakan system. Maka berakhirlah masalah Unidentified Network di dalam pejabat aku ni..
 
Memula dapat error ni.. pening juga memikir..Alhamdulillah..selepas aku goggle ..call HQ dan bertanya kengkawan.. akhirnya masalah ni aku jadikan ilmu baru buat diri.

Nufnang