Tuesday, August 18, 2020

PADANG DURIAN DAN TITI AKAR PENDANG - MISI MENJEJAK DURIAN

Assalamualaikum... 

Semoga semua sahabat sihat.. jangan lupa Kita jaga Kita.. Jangan gatai gatai nak langgaq arahan Perintah Kawalan . Jangan kita menjadi punca masalah untuk orang lain. Tak aman hidup bila hari- hari ada orang duk sumpah kita. 

Ok, kembali ke kisah kami menjejak durian. Sesungguhnya... apabila bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan pada 18 Mac 2020, maka kami memang tak kemana -mana. Aku dan suami bekerja dari rumah. Apabila tugas tersebut tak boleh di laksanakan di rumah ,maka kami terpaksa juga ke pejabat. Untuk pembelian barangan dapur pula, memang suami aku seorang ja yang keluar. Alhamdulillah, AJK kampung kami pun ada membuat edaran asas bagi keperluan dapur. 

Pertama kali dalam hidup aku yang menghampiri usia 40 tahun, melalui perkara begini. Norma hidup terpaksa diubah demi kebaikan diri dan orang lain juga. Maka... apabila dengar sahaja pengumuman bahawa pintu sempadan antara negeri telah dibuka, maka bersorak rianglah jiwa aku. tidur pun dah sambil senyum. Aku rindu nak jenjalan.. tak kisahla.. tak turun dari kereta pun takpa. Tolonglah bawa daku melihat bukit dan pokok. 

Eh ..eh ..mengidam pelik la pulakk.. 

Pada awal pintu sempadan dibuka, kami masih cool... sabaaqqqq.. tunggu bagi orang lain jenjalan dulu. Tetapi akhirnya, pada 14 Jun, kami nekad membawa kaki yang gatal melangkah sempadan. 

3 Bulan berpusing di dalam Negeri Perlis, akhinya kami dapat sedut oksigen Negeri Kedah .. rindu telah terubat akhirnya.. huk..huk..huk..

Jadi, kami keluar dengan lafaz bismillah, pakai mask, bawa sanitizer. Dah janji ngn anak-anak, kita ronda ronda cari durian ja.. Kesian diorang berdua, dahla tak ke sekolah, hari hari hadap phone. Sampai diorang sendiri dah cakap nak kembali ke sekolah.

Tempat tujuan kami adalah Padang Durian dan Titi Akar Pendang. Sebenarnya tempat ni satu jalan yang sama ja.. Cara nak cari tempat ni.. On waze ja.. jgn duk cari alasan nak bekelai ngn co-pilot sebab sesat kan. Takut ada yang kena baling dengan kulit durian pulak. Kami pun tak pernah sampai ke sini, tetapi berdasarkan ulasan dari kawan-kawan yang cakap banyak durian, dan harganya pun murah, buahnya pun segak dan hensem, maka kami tergoda. 

Dari Alor setar. kami naik highway jer... yey... rindu highway .. rindu tol.. hahaha

Keluar Tol pendang, terus belok kiri. Pastu, dengar ja arahan kakcik waze tu. Akhirnya kami sampai ke Padang Durian. Memang sesuai nama tempatnya. Kiri kanan gerai durian. Pilih ja nak yang mana satu.  

Sepanjang Jalan, memang gerai durian. Buka ja pintu kereta, oksigen berbau durian. hahaha.. Jadi... tarik nafas dalam - dalam...... erkkk... berlahak durian !.

Inilah duriannya.. Kan aku dah cakap.. durian di sini segar-bugar.. Segak dan hensem. Durian Kampung ada, durian kawen pun ada. Tapi jangan tanya aku, ada tak durian kucing tidur ? durian ais krim ? Durian duri hitam ? pada aku..semua durian. Hehe..  kucing yang sedang tidur kat situ ada ! ! 
Ini Pula Titi Akar. Masih di laluan yang sama. Di kawasan ni, oksigen masih tahap Durian tepi hidung.  Entah berapa kali kami berhenti, suami aku cakap kena try beli dari banyak dusun.. Sebab kebanyakan gerai di sini dimiliki oleh  pemilik dusun sendiri. 

Bukan Sahaja durian, bahkan petai, rebung, buah jering dan lain-lain jenis ulaman pun ada.. Harga sangat best..bahkan durian yang rosak, boleh dipulangkan semula. Pergh... terbaiklah. Tapi aku jauh.. tak daya nak hantar semula ke sini.

Nah, balik rumah..terus mulakan operasi... Alhamdulillah.. buah semua cun. Ada isi putih, kuning pekat dan kuning cair. Sedapnya Ya Allah.. satu rumah bau durian.




Please.. Lap air liur tu. Tolong telan liur anda dengan tenang. Hahahahaha... 
Maka.. misi durian berakhir di sini. Tahun depan, kita hunting lagi. Insyaallah.. 

2 comments:

Amie said...

Tengok kulit durian tu memang nampak fresh! Isinya pun boleh tahan!

mela said...

Alhamdulillah.. tak sesia kami pi jauh .. dapat isi durian cun sesangat...

Nufnang