Thursday, February 2, 2023

My Home Village Arau Perlis

 Assalamualaikum... 2023 telah menjelma..Feb dah pun.. tapi aku tetap rindukan 2022  😭😁

Banyak kisah pahit manis dlm tahun 2022 tapi itu semua lumrah perjalanan dalam kehidupan. Aku cuma memandang dan sentiasa angankan kenangan yang manis selama 2022  akan berulang kembali dalam perjalanan harian hidupku. Walaupun aku tahu semua tu hanya angan-angan 😁. Ada banyak yang manis ..dan ada kenangan yang terlalu sukar untuk aku lepaskan. Jadi, aku bertekad, pada tahun ini iaitu 2023, aku akan mencipta lebih banyak kenangan indah dan termanis. Jadi misi tahun ni.. aku akan terus mengejar mimpi indah yg datang bertandang secara tiba-tiba atau  jika tiada yg bertandang.. aku nekad akan menciptakannya sendiri.. Bahagia harus dicipta dan dikejar.. pergh.. lepas sarapan roti jala bercampur kuah gulai dan kuah durian, otak aku menjadi agak hyperaktif. hurmmm...

Ni la Roti Jala yang membuatkan otak aku berfungsi dengan cardas pagi ni.. 
gulai ayam dan kuah durian diletakkan sekali.. pergh..rasa semua..dap oiii..

Selepas lama tak menaip, panjang plak mukadimahnya. 

Tahun ni depa kata Perlis is Overload. Kami menerima ramai tetamu. Alhamdulillah, orang kata tetamu yang datang membawa rezeki. Jadi kami orang Perlis yang hemoi ni, menerima dan mengalu-alukan kedatangan semua tetamu. Walaupun ada yang terkejut sikit, sebab jalan raya, jalan tak raya, jalan kampung, lorong umah ketua kampung pun ada banyak kenderaan... Nasib Perlis tak senget, kalau dak , dah jadi Titanic.. karam dalam lautan rindu.. eh.. hek eleh.

Tahun lepas , aku rasa salah satu kenangan indah yang aku berjaya ciptakan adalah bercuti bersama rakan, teman & sahabat dunia akhirat . Alhamdulillah, walaupun hanya sebentar, tapi momen kebersamaan kami telah berjaya menghapuskan separuh dari beban tekanan hidup secara sedar atau tak. Ianya hilang bersama angin malam yg sejuk dan damai.  Tengah menaip , tetiba rindu plak kat diorang berlima, eh.. dah kenapa ? tanda Monopouse ka ? 😂😂😂

9 Dec - 10 Dec 2022, kami 6 sekeluarga berkumpul di My Home Village. Kenapa kami memilih kat sini? Pertamanya , sebab majoriti kami tinggal di Perlis, keduanya, bukan mudah nak berkumpul bersama pada tarikh yang semua ada , ketiganya, MyHome Village menyediakan apa yang kami perlukan. Bilik Yang selesa, Kolam mandi, dan kemudahan BBQ. Untuk tempahan set BBQ, ada bayaran asing dan hampa akan diberikan 2 bungkus arang. Jadi kalau rasa banyak nak membakar, sila bawa extra arang. Dari segi kemudahan set BBQ pula, semua disediakan oleh Pihak Myhome Village. Periuk, belanga, pinggan mangkuk, semua ada.. Terbaik MyHome Village.

Makanya pada 9 Dec, aku org pertama yg sampai.. chek in semua 5 bilik sesiap, diorang sampai tuntut jer kunci dari aku.



                                                 Bilik dinamakan mengikut jenama kenderaan                                                   
Bilik Kami menghadap kolam, jadi view memang lawa..












Ni kawasan sekitar My home Village. kat sebelah bangunan ni, ada bilik-bilik baru yang sedang dibangunkan. Kami booking 5 bulan awai, itupun.. hanya tarikh 9-10 dec 2022 sahaja yang kosong. Jadi kawan aku dari Penang hanya boleh bergerak keluar dari Penang selepas habis masa bekerja. Makanya, dialah peserta terakhir yang sampai. Sampai setelah semua makanan siap di Panggang... Pendek kata..kami enjoii, bakar bersama sama dan makan panas-panas gitu. Tukang bakar pulak adalah para suami... jadi kami bini-bini nih..cuma tunggu nak suap ke mulut ja...😆😆 rezeki..tak baik tolak.







Alhamdulillah.. dengan rezeki yg diberikan..kami dapat bertemu. Saling bercerita, saling bergurau , usik mengusik.. kami boleh menjadi kami yang masih berjiwa anak dara tanpa perlu berlakon atau berselindung di sebalik senyuman. Bersama , kami mampu gegarkan Myhome village dengan segala kisah yg kami yakian, ianya selamat utk dikongsikan. Jadi. pada malam BBQ, selepas semua anak anak dan pasangan kenyang kami paksa mereka mengundurkan diri secara halus. Kami minta mereka berehat di dalam bilik, supaya senang kami meneruskan agenda seterusnya. 
Agenda yg hanya kami berenam akan teruskan. Agenda yang tak susah pun nak dilaksankan apabila adanya si tukang bancuh kopi, tukang pembuka cerita, tukang menceriakan suasana, dan juga adanya tukang yg akan mengeluarkan ayat pedih tanpa niat, namun tidak disimpan di hati.Hanya dibalas dengan ketawa beramai ramai sebagai mengakui, kata-kata itu adalah tepat. Moga itu adalah teguran terbaik dari sahabat sejati tanpa ada rasa luka dan pedih. makanya, pada jam 1.00 pagi, agenda kami terpaksa ditamatkan apabila suasana sekitar semakin gelap, semakin sunyi ketika makhluk lain telah mula nyenyak dibuai mimpi.. dan.. apabila adanya  sibapak kucing yg entah dari mana datangnnya mula berbunyi bengis kepada kami. Kami cuba berikan kambing panggang, ayam panggang tetap tidak dilayannya.. di tenungnya kami seolah -olah kami telah mengambil tempat tidurnya.. Ok fine bapak kucing, kami berkemas dan masuk tidur. Tapi malangnnya..selepas entah berapa jag  air kopi ditelan tanpa sedar.. mata pulak tak nak bagi kerjasama... tak boleh lena woiii.. dan dlm fasa aku cuba melenakan diri.. boleh pulak laki aku buat drama.. tetiba dia bangun dari tidur dan dlm keadaan terkejut dan bertanyakan  " mana telepon abang !!???" Habis diangkatnya bantal-bantal dan selimut.. .. akhirnya jumpaaa.. telepon dah termasuk di dalam sarung bantal. kemudian dia sambung tidur macam tiada apa-apa yg terjadi...Hurmmm...hanya aku yg masih meneruskan proses pejam, celik, pejam celik.. pejamm..
Esok pagi.. baru suami aku cakap..dia mimpi dikejar hantuuu !! jadi dia cari telefon sebab nak call seseorang utk dapatkan bantuan ... 😅😂😂 entahla, nak marah atau nak gelak.. hahahaha..


Keesoka paginya, aku dah siap tempah makanan dari katering .. kaum ibu bangun awal dan mula panaskan kembali makanan semalam dan sekali lagi..kopi & teh tarik disediakan. Untuk makluman hampa, bilik yg menghadap kolam mandi disediakn 2 katil Queen , peti sejuk besar yg boleh isi makanan atau bahan BBQ. Jadi..kalau nak best..booking bilik ni..senang anak nak terjun kolam. Kolam mandi pula dibuka sampai malam.. memang syiok arr. Kalau bilik baru, agak jauh dari kolam, view tak best sangat la. Pihak My Home Village juga sediakan sarapan, tapi kami memilih untuk sarapan bersama. Seronoknya, pepagi dah bising sambil bancuh kopi . Lepas sarapan, terjun kolam la...
bukan takat anak -anak happy..mak mak pun seronok..


Kolam kat sini ada untuk kekanak dan dewasa. Tak dalam sangat pun..cuma paras dada itik jerrrr...😁
Sejuk ooi..dah la sebelah malam pun sejuk..
2022
Sebelum balik, sempat lagi bergambar, tapi tulah... bebudak tak boleh duk dendiam dah.. tak cukup korum nih..

Pertemuan kami ni sebenaqnya takan terjadi kalau tanpa kebenaran dan persetujuan para suami. Alhamdulillah, setelah berkali-kali mereka bertemu, mereka juga telah menjadi sahabat . Begitu juga anak-anak kami, telah mula bersahabat antara satu sama lain. Entahlah, kalau ada suatu hari nanti ada antara kami yg jadi terjadi besan pulak.. hahahaha.. aturan Allah adalah Rahsia untuk semua. 
Alhamdulillah.. syukur, kami ada antara satu sama lain.

Tahun 2023.. aku ingin sekali lagi mencipta kenangan indah bersama mereka. Moga ada rezeki dan keberkatan dlm setiap kali pertemuan kami. Amin....

No comments:

Nufnang