Thursday, June 21, 2012

Lone Pine Batu Feringgi Pulau Pinang

Bercuti ke Pulau Pinang adalah sebahagian dari jadual kewajipan kami. Suami dan aku amat sukakan batu Feringgi. Sekurang-kurangnnya 2 tahun sekali pasti kami sampai disini..kekadang tak tidur pun..cuma meronda ja ..Sebabnya... kami rasa pantainya cantik..kos perjalanan yg lebih murah (brbanding Langkawi ) . . Ada pantai dan bukit.. banyak tempat menarik utk dilawati. Bulan Madu kami pd tahun 2003 juga sebenarnya adalah di Batu Feringgi Pulau Pinang.. (maklumla..gaji kecik..kat sini jela yg mampu ). Tetapi Masa tu kami menginap di Hydro Majestic Penang. Aku dah dua kali menginap kat situ. Suasananya cantik..kat atas bukit dan mengadap laut. Tetapi untuk ke pantai..kita kenala Melintas jalan besar kat depan tu. Namun Suasana di situ juga amat menarik..

Kemudian..kami menukar angin pula.. Mencuba tempat baru iaitu Lone Pine Penang boutique hotel menjadi pilihan.
Setelah 2 kali menginap di Hydro majestic..kami ingin mencari suasan baru. Setelah puas mencari info kat tenet nih.. makan terbekenan lah pada Lone Pine Hotel. Hotelnya betul-betul di atas Pasir dan berada di kawasan Batu Feringgi juga. Jadi kalau korang nak pergi Pasar malam yg terpanjang kat Penang ni..inilah kawsannya. Keluar ja pintu pagar hotel..terus boleh nampak pasar malam. Jalan lah sepuas hati..memang panjangggg..

Makan Malam di Lone Pine.. enaknya makan kat bilik..

Menunggu matahari terbenam..cantik..Kejadian alam yang amat menakjubkan.
 Banyak aktiviti yang boleh korang buat kat sini. Sedia duit ja..dan naiklah apa yg ada.
 Menunggu saat-saat matahari terbenam.
 Danish sedang mengambil angin petang.. Seronok katanya. . Melepak kat balkoni sambil melihat pemandangan.Amat menyenangkan dan menyegarkan.
 Pemandangan dari bilik aku..terus mengadap laut. Cantikkan..
 Gambar ini pun di ambil dari bilik aku. Selepas berendam kat dalam laut..terjunlah kat dalam kolam ni..
 Rasa nak lepak kat pantai ni sepuasnya. Pantainya cantik..tetapi..pasirnya tak sama macam pasir Langkawi. Namun..setiap tempat ada keindahannya tersendiri.

 Lone Pine sebenarnya adalah bangunan British pada suatu masa dahulu. Jadi senibina kat sini masih dikekalkan.
Bilik ni hanya ada satu katil Queen ja..Jadi kalau bawa anak..kenala minta tambahan katil ya.

Laluan untuk Ke pantai..

Pemandangan di belakang hotel yg mengadap pantai
Malam yg cukup indah di sini.

 Masih mengekalkan senibina British
 Amat terasa kelainannya.. memang amat-amat cantik.
Dulu bertiga..sekarang dah berempat..jadi kalau nak lepak sini lagi..kenalah amik lebih besar.
Semoga ada rezeki untuk ke sini lagi.
Klik sini untuk maklumat lanjut Lone Pine Boutique Hotel


2 comments:

bbreena81 said...

bestnya dpt cuti2 penang..dapat tidur di lone pine...hotel nih mmg cantik sgt...ala2 british gitu:)

mela said...

BB..ni gambar lama.. sekarang diorg dah buat ubahsuai..lagi lawa.. tapi memang tempat ni cantik..jom..kita cuti lagi..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...