Monday, January 14, 2019

PULAU BUNTING YAN KEDAH

Pulau Bunting Yan Kedah.. sudah terlambat untuk kami menaiki jambatan ni. Jambatan ni orang kata MISTERIII... sebab tak tahu apa tujuan sebenar pembinaannya. Dibina sekitar tahun 2004 , aku pun tahu dari blog orang lain. Jadi jangan tanya aku tujuan sebenar-benarnya jambatan ni di bina.. sebab di Pulau Bunting tu..bukannya ada manusia pun yang tinggal di situ. Hanya ada kubur lama, jangan tanya kubur siapa.. aku tak tahu..hahaha... korang baca jer, sebarang persoalan yang naik di otak. sila layan sendiri key.. dan silalah google sendiri. Kalau tanya uncle google, korang akan jumpa banyak lagi gambar pulau dan jambatan ni. Aku letak 2 keping saja, sebab aku tak boleh nak ke seberang.  Jambatan  Di TUTUP.. pada penghujung tahun 2018 haritu..
Alaa.. frust la.. sebab orang cakap pemandangan di Pulau Bunting cantik. Air pun dah membiru.. kalau kat tepi nih, aku boleh tengok air kelabu pekat jela..  sama macam kat kampung aku..
Sebelum korang sampai ke sini, kalau dari arah Sungai Petani, korang akan jumpa pintu masuk atau tapak  untuk mendaki Gunung Jerai . Jadi kalau korang dah sampai ke Gunung Jerai, maknanya dah tak jauh dengan Pulau Bunting. Jalan raya nya juga..sangat la luas .. tak macam jalan kampung pun. Tak caya, try ronda...padahal jalan lenggang gila.. untung la orang kampung di sini. 


Dari pembacaan yang aku dapat, panjang Jambatan ni adalah 2.3 KM . Panjang Pulau Bunting adalah 2KM dan lebar cuma 500 meter. Masa kami sampai sini setelah check out dari SWISS INN Sg Petani lebih kurang jam 2.00 ptg, ada 3 buah gerai jualan makanan dan minuman ringan dan beberapa buah kenderaan pelancong macam kami la.. haa.. aku pelancong kan ? kan ? kannnn ?


Langit membiru, laut membiru .. ( tengok air yang jauh ) biru mata hitam ku..sebab frust tak leh naik jambatan. Basikal siapa di sini ? itu pun MISTERI.. banyak betul anasir misteri kat sini. Yang kurang misteri adalah pakcik yang berniaga air kelapa kat sini, sebab dia orang Perlis. Jadi kadar misteri dah berkurangan. Makcik jual keropok lekor.. aku tak kenal asal mana..tapi keropok lekor dia sedap.. isi ikan lebih banyak dari tepung.. kalau tepung banyak, aku rasa macam gigit kulit kayu. Sakit gusi akak oii. Jadi untuk makcik keropok lekor, saya bagi 3 bintang di tengah hari buta yang hangat lit -lit. Atas dasar jiwa pelancong, maka aku tahankan saja tahap panas tu.. walaupun berebut bayang payung dengan anak -anak.. hahahaha.. 
Kalau sebelah petang, pakcik jual air kelapa tu cakap, ramai yang memancing di atas jambatan. dan ada juga yang berjalan kaki menuju ke pulau.. angin petang best la.. Jadi aku ngn laki aku bayangkan, kalau kami boleh buat business sewa basikal kat atas jambatan ni ? mesti laku kan ? idak pun..beca yang kayuh sendiri.. kompom laku.. 
Walaupun panas, tetapi angin laut tetap best. Kami tak lepak lama pun.. sebab kami nak menjejak sejarah lama di Kota Kuala Kedah pulakkk..
Jom la kita ..




Monday, January 7, 2019

SWISS INN SUNGAI PETANI KEDAH

15 Disember 2018 kami sekeluarga melepaskan kerinduan pada Mee Udang Pulau Sayak. Jadi lepas makan kami nak pekena ais krim Gunung Jerai di Pantai Merdeka pula, bila sampai Pantai Merdeka.. mak aii..ramainyer manusia. Parking penuh.. lepas 2 kali pusing ..dapat la juga kami nak park kereta.  Masa kami sampai, dah nampak cuaca mendung..tapi belum hujan.. aku pula atas dasar sediakan payung sebelum hujan, dengan rela hati mengheret payung tu macam bawa hand bag gitu..
Bermula la edisi nak makan ais krim... tapi sebelum tu..nak la jenjalan kejap.. bagi mee dan udang kat dalam perut tu turun kat tempat lain kan... baru 3@4 gerai kami lawati, hujan turun selebat-lebatnya. Maka berakhirlah impian si gunung Jerai... Nak lepak kat dalam gerai pun dah tak boleh.. penuh manusia yang mencari perlindungan. Maka dengan rela hati kami pun beralah, membawa hati yang calar di dalam tangisan hujan petang yang di bawa awan komulonimbus ... kekeke...  sebelum karangan ni jadi lagi ke laut, baik aku ke topik utama.. 

Kami Check In di Swiss Inn Sungai Petani pula kali ni. Harga aku dapat kali ni cuma RM80.00 untuk bilik standard . Wow... murah kan... sebabnya aku gunakan point dari Agoda. Aku tebus semua mata yang dah aku kumpul bagi tahun 2018. 


Masa check-in di sini pukul 3.00 petang dan check out 12.00 tengah hari. Kawasan parking ada...tetapi tetapi tetapi.. kalau balik lambat selepas meronda tak sedar diri .. menapaklah korang untuk masuk melalui pintu hadapan hotel..bahagian receptionis ni haa...sebab kena parking nun di belakang hotel. Kalau korang balik awal takda masalah.. parking di court badminton / tenis ( entahla yg mana satu) pastu boleh masuk ke hotel melalui laluan tepi hotel. Ada lift di situ.

Bilik Standard untuk katil single. Aku minta katil queen , tapi dah habis. Biliknya luas.. dan bersih. Cuma perabot agak lama sikit. Tiada bau aneh dan bunyi bunyi aneh....
3 beranak di hujung tingkap dah teruja pada sesuatu... 

Air mineral 2 botol, nescafe 2 ,gula 2 , krimer 2 ..ok tak cukup... takpa.. aku dah bawa bekal dari rumah... jeng jeng jeng... Min Kaffe ..
Simple Toiletris .. ko bayar murah..nak lebih lebih pulak kan... 

Nampak berumur sikit kan almari ni.. tapi masih elok.. takda cacat cela pun..

Tandas bersih, tiada haruman aneh..

Bilik ni takde bathtub.

Haaa... inilah yang di tenung oleh 3 beranak tadi.. Kolam mandi memang luas.. di sebelah atas gambar tu untuk kekanak kecik. Kolam besar ni pun kedalamannya berbeza. Masa kami sampai petang tu.. ramai yang sedang mandi. Sebab di sini orang luar boleh mandi ..cuma perlu bayar jer. Berapa harga aku tak pasti untuk sekali masuk. Kat sini juga ada kelas untuk latihan renang. Maka meriah la... 
Gambar ni pula aku ambil pada pagi ke dua. Selepas ja sarapan.. terus berendam. Kasi tanggal daki-daki mana yang patut.

Masih lagi suasan di tepi kolam. Pada sebelah petang, ada gerai menjual makanan dan minuman ringan. Boleh la..sambil teman anak -anak berendam, korang pula top pup bahagian perut yang dah rasa longgar tu.. Bola dan pelampung pun ada di jual. Pendek kata , pihak hotel takan biarkan korang balik dengan poket yang masih tebal seperti mana korang keluar dari rumah .. hahaha.. 

Pesta di hadapan Aman Jaya Sungai Petani. Hari pertama  selepas anak anak aku mandi kolam, kami melepak kat sini pula. Pusing kat dalam Aman sekejap dan mula la membuat tabungan di sini. Harga tiket nak naik benda ni semua sudah mahalll laa.. Tapi layan jela .. bukan setiap tahun aku bagi diorang naik benda ni semua..

Anak sulung aku nak sangat main ni. Aku tengok pun tak berminat . Hadiah dah berdebu.. entah hidup lagi ker tak mainan tu semua. Aku ingat lagi, zaman aku kekanak dulu, pesta ni memang di tunggu-tunggu. Hadiah masa zaman tu lagi menarik, kalau menang boleh dapat sampai satu dozen air botol , air kotak atau air tin. Kalau kalah, ko masih boleh dapat sekotak air kotak.  Selalunya kalau ayah bawa aku dan adik adik ke pesta, kami pasti akan bawa balik macam -macam jenis air minuman dan makanan ringan.Itu akan menjadi kebanggaan buat berminggu-minggu untuk di ceritakan pada kengkawan di sekolah.. hahahaha..  Sekarang hanya ada patung beruang, key chin , dan mainan kawalan jauh. Belum tentu balik boleh main semua tu.
Jadi disebabkan kami banyak menghabiskan masa di pesta, kami sampai di hotel untuk berehat dah hampir jam 11 malam. Maka kami pun masuk parking di tempat asal semasa check in tadi.. nun jauh di court badminton/tenis tuh. Sambil Usung air mineral dan makanan ringan, melangkah gagah menuju ke pintu di bahagian laluan tepi hotel . Sekali kunci daaa... adoila... jauhnya  nak menapak ke pintu hadapan di bahagian receptionis. Dah la tadi berkawad di tempat pesta , ni kena buat lawatan tapak hotel pula.. dari belakang tawaf ke hadapan.. nasib ko la nak... 
Keesokannya kami check out pada jam 12.00 tengah hari dan meneruskan sesi lawatan ke Pulau Bunting Yan kedah. Ok..berjumpa di hujung jambatan Pulau Bunting pula nanti... sekian lah yer...

Nufnang