Tuesday, December 22, 2015

AKUARIUM BATU MAUNG PULAU PINANG ( FRI )

5 Disember 2015, seawal jam 8.30 pagi kami bertolak dari rumah. Niat di hati seperti biasa..nak sampai awal tempat dituju. Suami aku pula jenis drive kereta relaks-relaks gitu. Katanya kita dalam mood bercuti, jadi semua mesti cool gitu. Eh iyer ke .. masa sesat tu..cool lagi ker ?

Perjalanan kali ni kami dah planing awal, perjalanan pergi akan melalui Jambatan Baru Pulau Pinang  hemmm..exited kami anak-beranak nak lalu ikut jambatan baru. Lepastu kami akan terus menuju ke 
Akuarium Ikan Pulau Pinang ( FRI ). Kemudian, kami akan melalui jalan Sea Gate menuju ke Wonder Food kemudian ke 3D Art Musium dan destinasi terakhir sebelum chek in ke Holiday Inn adalah ke Fort Cornwallis. Jadi..jom kita tengok..jadi ke tak perancangan kami ni..


Ok..dah nampak Tol ke Jambatan Baru Pulau Pinang atau nama penuhnya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah . Jaraknya adalah 24 KM  dan merupakan jambatan terpanjang di Malaysia dan di Asia Tenggara.


Jadi.. bila dah ada kat atas jambatan tu..tetiba laki aku cakap.. dia pening.. haa..jgn buat lawak..bukan ada tempat nak berhenti sesuka hati. Dahla perjalanan baru bermula.. Sebab utama dia pening...kekekeke..jambatan tu terlalu kosong. Sayup mata memandang..korang tak nampak penghujung. Kiri dan kanan adalah laut luas.. takda pemandangan pokok - pokok bukit-bukit atau bot yang lalu lalang. Haa...dan semasa kat atas jambatan tu... aku cuma bertembung dengan 6 biji kereta yang searah dengan kami dan sebiji motosikal honda yang ditunggangi oleh seorang pakcik. Jambatan ni..sungguh amannn..dan sunyi... Lepastu..aku terasa jauh sangat nak sampai ke penghujung. Nasib lepas beberapa minit  dia mengambil angin luar..( buka semua cermin kereta ) peluh sejuk tu dah hilang. Adeh..buat suspen ja.. aku bukanla takda lesen..ada..tetapi..dah 6 tahun aku langsung tak memandu. Huwaaaa.... nages beb. Kena masuk kelas memandu balik ni. Jadi sesapa yg ada fobia kekosongan  atau kesunyian atau fobis sebab tak nampak penghujung jalan, sila bawa pemandu kedua yg boleh memandu , kekekeke...


Akhirnya..segala rasa kekosongan dan tak berpenghujung tadi telah hilang apabila nampak mercu tanda kat depan tu. Tu tandanya dah hampir nak sampai ke penghujung . 
Walaupun jambatan ni nampak kosong..tetapi aku rasa lagi mudah nak tengok laut luas yang cantik dan menenangkan.



Keluar dari jambatan, kami terus mengambil simpang menuju ke Batu Maung. Kali terakhir aku ke sini adalah hampir 12 tahun yang lalu. Kami memang tak on GPS atau sebarang bentuk bantuan peta untuk ke sini, sebab kami berdua YAKIN BOLEH !!!
Lepas beberapa minit perjalanan... kami dah mula meneka.. ok..Muzium perang ada di sebelah kiri, jadi Akuarium akan berada di sebelah kanan kami. Tetapi.. tetapi..mana simpang 4  nak menuju ke kanan tu ? apahal banyak sangat perumahan kat sini ? perumahan hebat pula tu.. mana kampung-kampung yang terdapat di sekitar sini dulu.. ? mana hutan-hutan kecil yg masih ujud 12 thn dulu..? Adeh..akhirnya kami tersesat. Hahahahaha.. Suami aku drive sampai kami terjumpa penghujung lapangan terbang. Bukan tak nak buat u-turn, tetapi keadaan jalan yg tinggal hanya sehala, lori dan kereta yg banyak, menyebabkan kami terus mengikut jalan tersebut. Rezeki kami juga sebenarnya, apabila tersesat sehingga penghujung lapangan terbang, di takdirkan sebuah kapal terbang nak mendarat. Jadi.. keadaan masa tu memang riuh dalam kereta..kapal terbang melalui betul-betul bahagian atas bumbung kereta kami. Waa.. anak aku menjerit kesukaan apabila dapat melihat perut kapal terbang dan tayar kapal terbang.hahahahahaha... dekat sesangat..rasa cam nak berdiri atas bumbung kereta dan cuba menyentuh perut kapal terbang tu.. hahahaha..verangan.. walaupun berdiri...belum tentu tercapai dek tangan aku nih.
Disebabkan dah tersesat..baru tergedik nak search kat mana FRI tu..hemmm..


Setelah berpusing sebanyak 2 kali, akhirnya kami baru nampak simpang tu. Memang banyak sekali perbezaan dengan 12 tahun dahulu.
Tiket masuk murah ja..Dewasa RM 5.00 dan kekanak RM 3.00 ..kalu kekanak kecil..percuma ja.


Suasana di dalam FRI



Ikan Comel. Anak aku jadi kecoh kat dalam ni. sebab banyak sangat yang menarik baginya.
Kalau nak bandingkan sini dengan Under waterworld Pulau Langkawi, memang banyak perbezaanya. tetapi still masih banyak ilmu yang boleh dikutip dan bersesuaian dengan harga yang di tawarkan.


Mak sedara dan anak-anak sedara.





Tengok buktinya..sekeliling sini banyak sekali pembangunan. Maunya kami  tak sesat..sebab masih percaya jalan tetap sama selepas 12 thn... 


Teruknya gambaq..kelabu asap ja..


Ikan besaq. Kami lepak paling lama kat sini.. anak aku melangut ja kat depan tu.
 Alhamdulillah.. perancangan pertama utk melalui jambatan kedua dan terus menuju ke FRI berjaya kami laksanakan. Kami sampai di sini sekitar jam 11.00 pagi selepas semua dugaan. Jadi.. selepas 1 jam lebih menjamu mata dan minda kat sini, kami pun bertolak untuk ke destinasi seterusnya , iaitu Wonder Food. 


Monday, December 21, 2015

HOLIDAY INN PULAU PINANG

5 Dis - 6 Dis 2015, percutian singkat kami di Pulau Pinang. Entah untuk kali ke berapa, asyik pusing Penang ja..tapi takda la pula perasaan jemu. Kali ni aku harap.. aku takan melihat pantai yang tercemar lagi. Jadi pilihan tempat untuk lepak kali ni adalah Holiday Inn Pulau Pinang. Sebab utama aku pilih lepak sini..
Aku nak bilik besar, sebab aku berniat nak membawa ibu mertua ku bercuti. tetapi..dah dekat tarikh nak enjoi, mak mertua terpaksa batalkan rancangan , sebab tarikh tu ada sedara yang buat kenduri. Ala... 
Jadi...maka..terjadilah rezeki tergolek buat adik aku yang bongsu. Dah bilik luaskan..aku pun offer la pada dia.. tak sempat habis 2 saat selepas pertanyaan, terus dia mengganguk laju.. of coz nak ikut.

Ok..ni gambar bangunan Holiday Villa.. aku dapat bangunan sebelah jalan..maknanya bukan tepi pantai. Ni ha..bangunan tinggi ni..entahla berapa tingkat, tetapi aku dapat tingkat 11.  Gambar atas kanan tu adalah bangunan di sebelah pantai. Jadi, kat situlah ada cafe, dan kolam mandi. Bangunan yang aku lepak ni cuma takda kemuadahan cafe dan Kolam mandi ja.Kedua-dua bangunan ni di hubungkan oleh jejantas tu. Jadi kalau nak ke seberang untuk ke pantai , cafe atau ke kolam mandi..jgn segan lalu ikut sini key. 

Bilik aku 1135 .. Jom..kita jelajah bilik  jenis TOWER KIDS SUITE
Tetapi..maafkan aku..kualiti gambar agak teruk..sebab ..Kamera aku problem... hishhh..suka problem time aku terdesak nak guna.

Bilik Tower Kids Suite 
Berkeluasan 64 meter persegi
1 katil king , 2 katil single
1 unit TV dan 1 set PS 3 ( anak aku sangat suka hati melayan PS 3 )

Ini katil King..Untuk Ibu dan abah..
Balkoni tersedia di sebelah sini..jadi tak susah hati kalau -kalau anak mengigau buka sliding door di tengah malam kan..
Bilik sangat cantik dan bersih. Dari pandangan mata kasar..memang takan nampak kekotoran atau sebarang sampah. Aku pun takla rajin sangat nak bawa kanta untuk cari sampah atau kekotoran lain kat dalam bilik ni kan..

Ini pula bahagian utk kids..sebab PS 3 dah setting kat sebelah sini.. Jadi.. Danish terus declare tempat ni utk dia..


Inilah partition yg memisahkan bahagian ibu abah dan anak-anak. So ada privasi sikit la..
Pertama kali aku menginap di hotel yang sediakan PS 3 untuk kekanak. Jadi memang sesuai la namanya Kid Suite.  Anak aku senyum sampai telinga. Dia cakap..kalau macam ni..tak mandi kolam pun ok.. Dia nak main benda ni saja.

Meja Solek.. Simple.. tapi..ruangan di sini luas..


Pertama kali juga aku jumpa bantal yang dilable cam ni. Sukanya aku sebab ada banyak bantal, dah tu boleh pilih pula..nak firm atau soft. Bantal extra juga disediakan kat dalam almari tu..siap dgn selimut. Jadi kalau korang ada anak 4 pun..masih boleh stay kat sini ( anak yg masih kecik laa..)




Haa..tu la partition pemisah antara ruangan mak pak ngn anak-anak...

Tandas.. sangat luas... ada bath tub dan shower. Tandas ni keseluruhan bewarna putih..

Semua lengkap.. body lotion , hair conditioner , liquid body soap , mosturizer shampo..semua serba dua. Jadi boleh tunggang botol sepuas hati.. sabun mandian yg ketul pun disediakan juga.
Kat sini pertama kali aku jumpa set complimentary yg ada shoe mitt.. lepastu aku renung benda tu..ni apa benda ? Aku buka plastik tu dan cek..masih tak paham..apa kegunaan menatang ni ? kekeke..ulu betui..last tanya pakcik google kekeke...ooo baru paham.. untuk kilatkan kasut rupanya. Tapi boleh juga kalau guna utk lap skrin tipun ker..sebab kain tu jenis lembut gitu.
Selain tu, lengkap dengan Sikat, dental kit , shaving set, vanity kit , sanitary bag dan shower cap.



Disebabkan ini adalah Kid Suite..maka kenala lebih sikit utk kids kan.. Dengan senyuman lebar, Firas amat gembira apabila di dalam tandas, ada set mandian khas untuk dia . Set Carrie Junior. 

Kemudahan seterusnya.. lengkap.. teh, kopi, nescafe..dari pelbagai jenis perisa. Aku puas hati..memang banyak... tak sempat nak habiskan kalau lepak hanya 1 malam.

Iron , sejadah, hair dryer, safety box , 


Semasa chek in, ada gift khas utk kekanak. Aku dapat 2 set sebab ada dua orang budak.
Jadi rezeki Firas, asyik melayan set mewarna dan menulis.



Pantai ni terletak di belakang Hotel Holiday Inn. Jadi kebersihan pantai masih terjaga. Aktiviti outdoor memang banyak. Kami tak main pun..hanya seronok tengok org main ja.. dan berdebar setiap kali diorang nak naik dan mendarat parasiling . Pergh...aku tak berani.. kami yg tengok dari bawah dah gayat..ada yg mendarat dengan cun ..ada yg tergolek-golek.. dan kami yg lepak kat bawah pula..kena bersedia untuk lari ketika diorang nak mendarat..sebab takut tali parasiling yg di sambungkan ke bot tu mengheret kami sekali.


Pandangan Holiday Inn dari pantai..


Ini adalah ruang legar di bangunan tower.. tempat aku lepak.





Ni Jejantas yg mengubungkan antara bangunan utama dan bangunan sebelah .

Yang ni aku sedih..aku tak dapat view yg cun. Tak dapat nak ngadap laut. kalau tak mesti cun permandangan dari tingkat 11 menghadap laut.




Kaunter pendaftaran..Luas dab selesa. Staf pun ramah dan mudah untuk minta bantuan. Aku sampai ke hotel utk chek in pada jam 4.00 ptg.. tetapi..bilik belum siap.Alasan diorang..bilik yg kami ambil besar..jadi proses pembersihan mengambil masa. Adeh..tadi kemain lagi kami berangan nak lepak lam bilik setelah penat menjelajah Penang dari Batu Maung..sampai sesat..pastu jalan Sea Gate ditutup.. berpusing-pusing lagi kami mencari jalan lain. Last..disebabkan diorang minta kami tunggu lagi 30 minit..suami aku ajak makan kat Restoran Tarbus dulu. Makan nasi arab ngn kambing dulu.. Huwaaa... suka hati.


Ni gambar last sebelum chek out. Alhamdulillah..kami gembira disini. Rasanya Holiday Inn dah tersenarai dalam diari aku sebagai suatu tempat yg kami akan kembali semula. Insyaallah..
Aku lupa nak catat, aku booking online, melalui Agoda. Mudah dan pantas.



Friday, October 9, 2015

PENDANG LAKE RESORT KEDAH

Puas aku memaksa diri menulis di sini.. tahap malas 360 darjah. Kalau ikut hati..aku nak suruh komputer ni rakam ja apa yg aku cakapkan dan dikeluarkan dalam bentuk teks. Jadi di sebabkan tahap malas dah melebihi tahap tepu..aku upload gambar jelah. Cerita serba sikit yang penting ja . Mudah korang nak paham kan.sebagai ingatan buat aku dan panduan kalau kengkawan nak ke sana.

Tasik yg luas... Angin yg bukan lagi sepoi -sepoi bahasa.. 
Tarikh : 25 september 2015
Hari Raya Korban ke-2
Misi : Memancing

Bilik  : Superior 
Katil : 1 Queen , 2 Single 
Harga : RM 159.00 1 mlm
Betul -betul menghadap tasik.
Pendapat Peribadi : Luas.. bersih ( takda sampah tersembunyi & tandas pun bersih. Tuala & cadar pun wangi ) ..tetapi alatan lain agak uzur , katil ada muzik, pintu almari yg boleh tercabut bila-bila masa.
Ubat nyamuk elektrik di sediakan.

Kemudahan yg disediakan di dalam bilik

Siaran TV bewarna biru.. kekeke..

Nampak pintu almari..sebelah tu dah tercabut pun.

Kat sini disediakan wash basin . Bilik air dan tolet disediakan berasingan. Yang ni bagus..takyah berebut tandas kan. Tetapi takda water heater , cuma shower biasa ja.

Ikan cukup banyak disini, Petang-petang boleh nampak orang memancing di seberang tasik. Ini rezeki pertama kami kat sini, ikan lampam. Ikan di sini sukakan umpan dedak dan roti. ( kami test semua  jenis umpan.. bila guna roti..baru dapat hasil )

Pemandangan petang di sana..cukup tenang dengan angin yang segar.

Rasa nak lepak lama-lama kat tepi tasik ni..rasa damai di hati yg tak boleh nak diluahkan. Indahnya ciptaan Allah .

Pemandangan dari luar bilik. Deretan bilik Superior

Bangunan di hadapan tui pula untuk jenis bilik Standard dengan harga RM 106.00 semalam.
Adik aku 3 beranak lepak kat sana. Katanya tak berapa best sebab ada bau ubat gegat yg kuat. Bilik pun agak kecil.

Gambar Last sebelum bertolak balik. Lengkap kami sekelurga..cuma muka cameraman tu ja tak nampak... 
 Kesimpulan yang aku boleh buat , kalau ke sini dgn niat nak memancing..Insyaallah, hajat tu akan tercapai. Tetapi kalau nak cari hiburan..memang ini bukan tempatnya. Kat sini korang boleh dapatkan ketenangan dan quality time bersama keluarga. 
Kemudahan nak cari makan...memang banyak..dekat ja dengan pekan pendang. Kalau nak shoping, ada pasar kemboja kat sini. Kami tak sempat nak ke Pasar kemboja. Bila sampai, nampak peniaga dah mula simpan barang. Adeh..melepas nak jamu mata.. 
Kalau korang nak try ikan kat sini.. contac no ni 04-7583220 untuk urusan booking.

Akhirnya... berjaya juga aku menghupdate blog ni.. : )

Tuesday, September 8, 2015

WANG KELIAN PERLIS 2015

Assalamualaikum.. Jom kita pi melawat Wang Kelian selepas kisah yang menggemparkan Malaysia, penemuan kubur besar yang benar-benar membuatkan semua makcik-makcik dan pakcik-pakcik terkejut besar.
Kali ni aku ke Wang Kelian dengan hajat hati yang amat besar. Aku nak cari dapur gas dan pemanggang elektrik. Dapur kat rumah aku tu banyak lubang gas yang dah tersumbat, jadi habis punggung periuk aku  hitam legam dan proses memasak juga menjadi semakin panjang. 


Kami ke sini pada 31 Ogos 2015, jadi tak banyak kedai yg buka. Kalau mengikut kata Auntie yg berniaga kat sini, pada hari sabtu dan ahad suasana masih meriah seperti dahulu. Cumanya orang Malaysia tak boleh la nak ke seberang sana macam selalu setiap hari ahad... Kalu ada border pas, boleh la gi shoping kat seberang sana.
Cun oo periuk warna warni kat belakang tu.. tapi..aku dah ada..beli bebanyak bukan aku guna pun..

Tengok..lenggangkan.? tapi seronok gak shoping org tak ramai cam ni. 
Aman ja...



Kasi ' kona patah ' key.. kekekke...jgn laju-laju.. semua selekoh tajam..
tapi jalan luas..jangan risau...

Inilah 2 benda yg aku nak angkut sangat tu. Dapur Gas tu jenama VTEC made in Japan, aku dapat pada harga RM 120.00 murah kan..? Pemanggang elektrik tu pula aku dapat pada harga RM 160.00 . Dah ushar kat tenet..sekali caj pos..harga lebih kurang sama ja. 
Jadi.. aku balik dengan senyumanla pada 31 Ogos tersebut.

Ini pula..bahan wajib aku beli. Aku dapat 5 biji RM 10.00. 
Kalau kat padang besar pun 4 biji RM 10.00
weiweiwei..sukanya hati makcik...


Bunga dinding ni...ermm..takda dalam senarai pun..tetiba bila nampak..rasa kena beli.
Ewah...nasib cik suami setuju bila aku bagi isyarat nak benda pink ni. Tokey kedai tu jual kat aku cuma RM 23.00 hinggit. Jadi..biji mata aku terkebil-kebil memikirkannya.. murah...kata hati aku
 ( banyak sungguh berkata-kata dalam hati)
kekekeke.. so selamat la sambutan pada 31 Ogos. Anak-anak aku..angkut makanan 3 paket RM 10.00 hinggit tu. memacam diorang angkut. Si adik plak. balik dah jadi mat tiarap..senapang baru.

Nufnang