Thursday, December 29, 2016

8 DISEMBER 2016

6 serangkai dapat juga berkumpul. Kali ni sahabat yang jauh pula menjadi tok ketua merancang agenda pertemuan. Selepas puas berwasup bertukar tarikh , akhirnya kami dapat juga berkumpul bersama. Tempat kejadian masih lagi Blackwood Kangar, pada hari khamis , jam 1.00 tgh hari.

Bila berjumpa sahabat karib lama, tetiba terasa jiwa kembali  muda remaja. Tiada apa yang perlu diselindungkan dan semua perkara bebas untuk dibincangkan. Atas dasar saling percaya, maka setiap perbualan langsung tiada tapisan.. huhuhu.. jadi.. kami semua memang enjoi. Buat Has dan Zu yang sanggup datang dari Penang & Sungai Petani, semata - mata untuk pertemuan ini, terima kasih. Buat kami yang dekat ni.. tahniah sebab sedia mengorbankan cuti tahunan untuk bersama sahabat dunia dan akhirat, Insyaallah..

Tempat wajib berposing

Semua muka kenyang ni. Lipstik pun dah habih hilang dah..

Cameraman mempunyai masalah lengan bergetar.. kekeke...

Sebelum balik.. sempat lagi.. tengah panas lit lit ni.. 
sapa la punya idea nak bergambaq tang ni ? 
35 Years old.. Syukur semua sihat dan gembira. 

Selepas puas menjamu selera, bergosip hal dunia , menjadi pakar ekonomi dan pakar cuaca seketika, semua sepakat, nak serbu rumah Ana pulak. Jadi, Ana walaupun tak rela.. tetap kami  nak serbu juga.. kekeke.. 
 Selepas habis berposing bagai anak dara lupa diri, aku dapat wsup dari anak aku , mengatakan adik aku si hamid eksiden la pulak. Terkejut sat, jadi terus aku cansel  planing nak ke rumah Ana. Ejon dengan rela hati sudi menghantar aku balik ke rumah . Diorang ja meneruskan misi meredah rumah Ana. Lepastu.. misi diorang tak habis lagi .. serbu rumah mak Ejon pulak. Ni dah macam YB turun menjenguk kawasan la pulak. Boleh pulak emak Ejon salah orang.. mengatakan Zu itu adalah aku..  ala makcik.. kita baru ja jumpa.. camna boleh salah orang lagi ni.. ? Itu belum lagi pergi jenguk emak Has dan Emak Ana , aku rasa.. compom diorang akan buat proses pengecaman agak lama.

Aku sampai kat umah mak , dah nampak adik aku jalan terhencot -hencot, dengan seluar koyak di punggung ( rupanya, dia langsung tak sedar seluar dia koyak .. kekeke..)  Dah nampak dia macam tu.. ok..gabra aku dah hilang. Banyak juga luka -luka kecil, tapi dia ok. Alhamdulillah.. cuma pakcik yang dilanggarnya sahaja dimasukkan ke wad. Adik aku cakap, pakcik tu melintas tetiba, jadi dia memang tak sempat nak break.

Tarikh 8 Disember 2016 tersemat indah di hati aku. Kami merancang akan mengadakan lagi pertemuan macam ni, tetapi akan menjemput rakan-rakan lain yang berkelapangan, Insyaallah.
Semoga terjadi apa yang kita rancangkan.

Wednesday, December 7, 2016

BESDAY BOY - 3 Serangkai...

05 Nov 2016, misi untuk sambutan hari lahir 3 generasi berjaya juga. Last sambut bersama macam ni tahun 2011 dulu nun. Yang dirai ayah aku  06 NOV , anak aku Firas 10 NOV  dan adik aku 14 NOV . Jadi.. untuk memudahkan urusan, majlis dibuat pada hari sabtu 5 NOV 2016.Majlis berjalan di rumah aku , selepas asar. Masa ni juga adik aku yg no 3 balik bercuti, maka cukupla ahli keluarga kami. Sambutan hanya kami anak beranak dan family mertua aku. Makanan pun simple, kami beli KFC , Kek , Mihun goreng , dan makanan ringan lain. Apapun, majlis meriah bila ada budak - budak dan ibu bapa saudara budak yang masih berperangai macam budak budak ( ops... jgn maree ye ibu dan bapa saudara budak .. kekeke..). 



Ni orang kuat majlis.. proses persediaan..


 Yang di raikan.  Semoga semua Panjang umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang terbaik. 3 Generasi  . Tok Wan , bapa saudara dan anak saudara.


 Si kecik Danial, susahnya dia nak duk dendiam.. nak ambil gambar pun punya la seksa . teramatla sibuk dengan pelbagai urusan yang dia nak buat. Layan ja abang Firas taburkan kepingan kertas warna kepadanya. 


Untuk dapatkan gambar keluarga macam ni... pergh...betul-betul mencabar keimanan.
inilah gambar paling lawa yang boleh kami dapat. Puncanya.. Si Danial yang sentiasa bergerak aktif. tetapi..itulah menambah keriangan dan kekecohan majlis kami. Saat indah yang tak mungkin berulang.


Tok dan Wan bersama 3 cucu . Ketiga - tiganya hero, entahla bila nak muncul cucu puteri . Takpa.. adik aku lagi 3 orang tak kawen lagi.. hahahah... 
Semoga keluarga kita terus kekal bahagia dan bersatu hati demi kebahagiaan emak dan ayah. Key adik-adik.. tahun depan 2017 kita serbu rumah baru Pakngah Wi & Ngah Nida pula... 
Alhamdulillah..

Monday, November 28, 2016

DENAI LARIAN, PANGKALAN ASAM KANGAR PERLIS_ SAMBUTAN HARI KELUARGA 2016

Sekali lagi, untuk tahun 2016, kami telah berjaya mengadakan Sambutan Hari Keluarga JPPH Perlis. Atas kerjasama AJK dan semua staf, majlis dapat di jalankan dengan penuh meriah. Majlis dijalankan pada 28 -29 Oktober 2016. Pada 28hb, sebelah malam, kami adakan acara BBQ. Memang puas makan , dan dapat bermah mesra sesama ahli keluarga staf. Bagi memeriahkan lagi majlis pada malam tu, kami turut adakan majlis sambutan hari lahir staff dan acara menukar hadiah sesama staf.. hoyey... dapat hadiah ..
 Keesokan harinya 29 /10/ 2016 sekali lagi kami berkumpul. Bersarapan bersama -sama dan diteruskan dengan acara sukaneka untuk kanak-kanak dan dewasa.  Bab sukaneka , memang meriah sungguh. Maklumla.. bila si ibu bapa bermain acara zaman memuda dulu.. kepoh la jadinya.
Jadi jom layan gambar..aku tak pandai nak cerita kalau tak da gambar.. sebab dulu zaman sekolah..cikgu selalu suruh buat karangan berdasarkan gambar.. jadi inilah hasilnya.. hahhahaha...



Suasana tenang dan udara yang segar di pagi hari.. 

 Jom test sapa gayat..titi gantung ni..memang bergoyang.. kalau yg pesen gayat tu..mau merangkak kat atas tu ( sebab sahabat aku dah buktikan..dia terpaksa jalan itik untuk melintasi titi ni...  kekekeke...  )



Semua staf memang best.. slumber jer nak gelakkan orang lain . Last-last diri sendiri pula di gelakkan org lain . Para peserta untuk acara Bowling Kelapa. Satu lagi acara dewasa, Pancing Botol. Berpeluh nak control mata pancing bila angin kuat bertiup.

Ni gerai yang paling laku.. memula anak-anak jer beratur..lepastu..mak dan bapak pula ambik peluang. Makan sampai kebas gigi.. sebab free..

Badut yang cukup best. Anak- anak sampai tinggalkan mak bapak..sebab nak tengok badut ni buat persembahan. Jadi..dapatla mak dan bapa berjuang di medan sukaneka. Si badut ni sorang dah berjaya mengambil alih menjaga kekanak lebih kurang seramai 30 orang. Memang hebatla.. 


Aku... masih tetap setia dipilih sebagai AJK hadiah. Tahun ni kami buat cabutan bertuah , dan hadiah berasaskan barangan elektrik. 
Firas dan Danish pun berjaya bawa balik hadiah, aku dan suami pun menang juga acara yang kami masuk. Jadi memang berbaloi aku pi cari hadiah dan fikir bab hadiah- hadiah ni. Untuk cabutan bertuah, aku cuma dapat kipas, okla.. tapi target masa beli hadiah tu..aku nak periuk serbaguna ataupun thermo pot ... huhu..bukan rezeki.
 Akhir kata ...alhamdulillah..syukur..dan terima kasih untuk semua staf JPPH Perlis yang memang best-best belaka. Kita fikir untuk tahun hadapan pula... 



Friday, October 7, 2016

FIRAS DIJANGKITI HFMD _ JANGKITAN TANGAN , KAKI DAN MULUT _

Alhamdulillah, syukur, Allah masih panjangkan umur ini dan syukur juga anak aku yang sulung telah selesai menjalani peperiksaan UPSR , 5 September - 8 September 2016.
Jadi... HOREEEYYYY !!!!! .. ibu dah merdeka... hahaha..dah hilang stress.. padahal anak aku yang nak exam relaks jer... hish..akhirnya dapat juga aku merasa debaran anak nak ambik exam.. UPSR jer pun...kekekeke. Doa aku semoga segala pengorbanan guru-gurunya mengajar dan kesabaran anak aku menghadapi setiap kelas yang disediakan, serta menghadap karenah aku yang selalu buat study group dengan dia ( aku study dgn anak aku...sebab kalau dia sengsorang yg study.. 10 minit jer ..pastu..otak dia dah ke laut ) akan diberi ganjaran oleh yang Maha Esa.
Ok, dah habis pengenalan, jadi kita masuk ke isi penting pula.. Jangkitan HFMD .

Aku tak sangka dan tak pernah fikir Firas boleh kena Jangkitan ni. Puncanya pun aku tak pasti dari mana, mungkin terkena semasa kami keluar atau mungkin di PRA Sekolahnya.

Simptom pertama yang Firas Hadapi adalah demam 'on' dan 'Off ' dan suhu badanya pula tidak terlalu tinggi.. aku hanya berikan PCM jer. 28 sep 2016 tarikh dia mula demam, 29 sep 2016 malam, aku dah mula perasan , ada bintik yang naik seperti ruam, tetapi dalam saiz yang besar dan tidak sekata di bahagian kaki, lutut dan tangan. Jadi aku ingatkan dia terkena demam campak. Keesokan harinya , Firas cakap serawan naik banyak biji dalam mulut dia. Aku dah rasa pelik, kenapa banyak sangat yg naik. Dahtu..bintik ruam tu hanya ada di tangan hingga ke siku, dan dari kaki hingga ke lutut. Anehnya campak ni.. pandai pula naik sehingga paras tertentu ja..
Pagi Jumaat ,30 september, aku bawa firas ke klinik.. dan sahla..memang HFMD.. masa doktor cek, baru perasan, banyak sangat ulser tu dalam mulut dia.. Kasihannya anak ibu.. jadi susahla nak makan dan minum. Nak telan air liur pun dah susah..dah kena sediakan tuala khas utk Firas lapkan air liurnya.

Doktor cakap, jangan benarkan Firas ke sekolah.. dapat MC 4 hari, dan akan di tambah jika perlu. Jadi, doktor cakap lagi, hati-hati sebab Firas berisiko untuk menjangkiti kanak-kanak lain. Orang dewasa pun boleh kena, dan kesannya mungkin lebih teruk. Jadi... Firas kena kuarantin..kita lepak umah ja. 
 HFMD ni takderrr ubat. Jadi.. doktor hanya bagi ubat demam , krim untuk sapuan dan ubat ulser..bila sapu di ulser, akan rasa macam kebas sikit, maka dapatla Firas bertahan daripada kesakitan. Aku kalau jadi ulser dalam mulut sebijik pun dah tergagap masa nak makan... inikan pula banyak...  berbelas biji.. di gusi, lidah, bawah lidah, di pipi.. dan bermacam-macam saiz yg ada. Doktor nasihatkan aku jangan gunakan sabun antiseptik semasa bintik-bintik tu masih ada, tetapi boleh gunakan sabun baby, sebaikknya..jangan guna sebarang sabun lagi. First time juga aku kena isi borang untuk pengistiharan penyakit berjangkit.

Kesan jangkitan setiap individu juga berbeza. Doktor minta kami pantau keadaan Firas, kalau dia kelihatan lemah dan demam yang semakin teruk, terus bawa ke hospital saja. Alhamdulillah..Firas mampu bertahan. Apa yang kami buat untuk membantu mempercepatkan jangkitan ni sembuh mudah saja. 
Balik dari klinik, suami aku terus ambilkan air kelapa muda, bagi Firas minum setiap hari dan berulang kali dlm masa sehari , kami berikan madu untuknya dan suami aku belikan aiskrim vanilla bagi dia makan . Entahla sama ada benda ni benar-benar membantu ataupun tidak, tetapi pada hari isnin iaitu 3hari kemdian, dah nampak perbezaan. Tiada lagi bintik baru yang muncul dan yang sedia ada dah mula kecut. Ada yang pecah..dan ada yang kecut macam tu saja.

 Gambar ni aku ambil masa hari ketiga dia demam, iaitu pada hari Jumaat selepas di sahkan sebagai HMFD.

 Di kaki . Firas cakap, bintik yang besar tu agak menyakitkan.

 Ni di tapak tangan.. di celah-celah jari pun banyak.

 Kesan lain yang firas rasa, ialah letih dan leguh-lenguh badan. 

Harini 07 Oktober 2016, semua bintik yang muncul di kaki dan tangan memang dah hilang. Cuma parut yang bersaiz besar tu masih ada .Di dalam mulut ada lagi ulser lama..tetapi dah tidak menyakitkan. Firas dah boleh makan seperti biasa dan bercakap pun dah ok. Kalau tak ..dia bercakap seolah-olah ada benda di dalam mulut. Sakit kalau buka mulut luas-luas.

Syukurlah, kesan pada Firas tidak terlalu teruk. ada sesetengah kanak-kanak ulser di dalam mulut tu amat banyak sehingga penuh di bibir.
Jadi ibu bapa kalau dah sah anak kena penyakit ni, janganla di bawa ke tempat yang berisiko untuk menjangkiti orang lain. Kasihan kalau kena anak-anak kecil .
Firas dah janji..lepasni kalau nak makan, dia akan sabun tangan sampai cuci.. dia kata dah taknak kena sakit macam ni lagi.. Kesian anak ibu.
Ok ..sekian untuk kali ni.. Panjang juga laporan aku. Semoga kita semua terlindung dari penyakit merbahaya dan diberi kesihatan yang terbaik oleh Allah yang maha Esa.




Wednesday, August 10, 2016

HOMESTAY UJUNG BUKIT PERLIS


Pertama kali aku menjejakkan kaki ke homestay ni.. dah lama dengar cerita dari kawan-kawan tentang keunikan tempat ni, akhirnya aku sampai juga. Walhal dalam perlis jer pun..
Dari jalan utama, memang tak akan perasan tentang keujudan tempat yg aman, damai dan tenang ni. Rumah-rumah di bina betul-betul di dinding bukit tu.. Jadi..kalau tengah hari, hanya panas sekejap ja..lepastu.. cahaya matahari akan terlindung oleh bukit ni.
Jadi sesuaila nama yang diberi, Homestay Ujung Bukit.
Homestay di sini adalah milik orang kampung yang dibina mengikut idea dan peruntukan kewangan masing-masing. Kadar sewa yang dikenakan atara RM 80.00 sehingga RM 140.00 bergantung pada kemudahan yang terdapat di bilik tersebut.

 Ini sebahagaian homestay yg ada di sini, aku tak ingat berapa jumlah keseluruhan.Aku ke sini sebab nak mencari tempat yg sesuai untuk sambutan hari keluarga pejabat. Jadi, dapatla kami merasa masuk ke bilik-bilik yg ada .

Homestay comel 2 biji ni tak silap aku berharga RM 140.00 semalam.


Ini salah satu bilik yg aku sempat jengah. Bilik ni ada aicond dan 1 katil queen

Ini adalah kelainan paling utama. Dinding bilik air adalah dinding bukit tu sendiri. Jadi, bila masuk bilik air, dan tutup pintu, terasa seperti anda sedang mandi di dalam gua... kekekeke.. serius unik.

 Selesa dan tenang.. hanya ada sawah dan bukit di sekeliling.
Kalau rasa nak maklumat lanjut tentang tempat ni korang klik web ni http://jjeresort.com/
Kalau korang ada rezeki lebih, dapat tengok spesis monyet yg ada disini. Monyet tu ushar korang dari jauh jer..jgn risau..tidak ganas.
 Kalau rasa nak maklumat tambahan tentang tempat ni, korang boleh terus hubungi no di bawah.. lagi mudah, tanyalah sepuas hati.

Kampung Hujung Bukit, Kangar Perlis.
 Tel : 013-4903800 dan 012-5556000 

Thursday, August 4, 2016

Bukit Merah 2016

Lamanya aku tak update... Sibuk dan malas.. bila dua-dua sifat ni bersatu, maka.. memang takyahla nak paksa diri untuk tunjuk-tunjuk rajin. Jadi..aku update yang terkini jela..yg dah lepas..biarkan ianya berlalu...  dah ada 3 draft yg aku malas nak update..biarla..bila mood terlebih rajin kembali bertandang.. aku akan activate 3 draft tu... kekekeke...
Ramadhan 2016 telahpun berlalu, Alhamdulillah..masih diberi masa oleh Allah untuk aku laluinya bersama keluarga tersayang. Semoga segala amalan kebaikan diterima Allah.
Tahun ni, kami beraya tanpa adik aku yg ke-3, dia dah gedik sangat nak beraya kat luar negara..jadi biar dia rasa raya tanpa ketupat dan mercun.. hahaha.. Dia beraya kat Korea tahun ni.. di Gwangju Institute.. 2 bulan lepak sana.. jadi..nanti kita raya haji , kita balut ketupat bebanyak yer dik.
Ok, kembali kepada kisah Bukit Merah tahun ni..ini pun pergi ke sana main redah ja.. rancang hanya nak ke Karnival Sungai Petani...last boleh lajak sampai sana.
Planing ni pun di buat pada hari raya pertama.. adik aku ajak ke Karnival Sungai petani, jadi hari raya ke tiga.. dalam pukul 8.00 pagi kami dah gerak ke karnival.. sangkut jem sikit..tapi tak terukla, dalam pukul 10.00 pagi dah mengadap pintu masuk Carnival.. Sekali....nah ambik..hanyak pak guard ja tersengeh depan pintu masuk tu.. Carnival tutup la.. untuk renovation...bulan 9 baru buka ...adeh... pastu semua pakat garu kepala.. nak ke mana kita ni ?
Adik aku ajak gi makan mee udang di Pulau Sayak..aku pun ok..sangat teruja... nasib ada yang terfikir.. ada org buka kedai ka pada hari raya ke tiga ? hahahaha.. nak lepak Pantai Merdeka.. dah tak best.. aku baru ja ke sana bulan lepas, bawa mertua aku jenjalan. 
Jadi suami aku cakap..alang-alang dah di Sungai Petani..jom kita lajak ke Bukit Merah terus la... hahahaha.... buat pulak dah... 
Aku cakap ngn suami aku..jgn berhenti di mana-mana R&R atau tempat orang ramai..sebab...kali ni aku pakai T-shirt beserta track suit dan selipar nak putus aku tu.. sebab tadi dah berhenti di R&R Gurun. Mak ai...ramainya manusia..kami hanya makan burger di kedai Ramly .
Kami sampai di Bukit Merah dalam pukul 12.30 tgh hari.. jem paling teruk kami kena di Jawi, tapi kira masih dalam kawalan.

Gambar ni sebelum kami bertolak balik.. dah hampir pukul 5.30 ptg. Tak disengajakan, mak aku turut tersangkut dalam misi kami nak mencari air utk berendam. Yang paling tak sangka.. orang tak ramai pun di sini..jadi, kami memang main sakan... habis semua nak try.

Suasana lengang sungguh.. entah berapa kali diorang pusing sini.. pastu main gelongsor air..aku pun tumpang sekaki. nasib takda yang lemas kat gelongsong bertingkat tu..

Anak teruna aku.. diorang adik beradik yang paling happy. Makan pun dah tak nak.. tapi lepas main air..semua dah tak boleh nak buat apa dah.. baru teringat tak makan nasi lagi.

On the way balik, memang jem teruk..kami yang mengahala ku utara tada masalah. Tetapi jalan menghala ke Selatan..pergh...berderet..siap boleh berhenti terus kereta. Yang peliknya , bukan ada sebarang kemalangan atau apa-apa masalah pun.. mungkin sikap sesetengah pemandu yang memandu pada kelajuan yang kurang sesuai, membuatkan kereta di belakangnya tersangkut dan terjadilah jem.

Sekian laporan dari Bukit Merah pada hari ke-3 syawal 2016.

Tuesday, March 29, 2016

BUKIT KAYU HITAM KEDAH

Perjalanan yang tak di rancang. 
Aku dah banyak kali terkena dengan laki aku ni. Kekadang dia  cakap.." Jom, kita pi makan kat Kuala Perlis ?"  ok... aku sepantas kilat bersiap, seperti nak ke Kuala Perlis yang mana perjalananya tak sampai 10 minit pun dari rumah aku. Cara pakaian hanya nak Kuala Perlis jela... dengan t-shirt dan jeans sememeh dikenakan pula dengan slipar yang tak berapa nak lawa tu... last-last dibawanya aku sampai ke Padang Besar. Jauh kot... dekat sejam perjalanan kalau dari umah aku.. Kekadang dia cakap nak ke Simpang empat jer... last aku boleh sampai ke Kangar. Adoi.. sabtu lepas camtu juga, dia cakap nak gi ambik barang kat Arau.. ok ..sebab Arau tu dikira jauh dari rumah aku dan ada Pasaraya, jadi.. aku pun bergaya cara nak shoping la kan.. ( mana la tau..tetiba rezeki leh shoping sekali.. ) tengok-tengok.. di bawanya sampai ke Bukit Kayu Hitam Kedah. Adoi... nasib aku bawa beg duit..kat dalam tu ada kad pengenalan semua. Aku memang malas nak bawa hand bag kalau ronda dekat -dekat ja.
Pengajaran yg aku dapat, selepas 13 tahun hidup bersama.. kalau dia ajak aku keluar, pastikan aku memakai pakaian yang sesuai. Sebab aku boleh sampai kemana-mana apabila si dia tetiba bersemangat nak meronda.

Jom , ada beberapa keping gambar yang aku sempat ambil.

Seperti biasa, kalau nak menyeberangi sempadan kenala lalui benda ni kan.


 Kali terakhir aku sampai ke Bukit Kayu Hitam ni ketika masih belajar di Poli. Jadi..memang banyak benda yang dah berubah.

Untuk makluman korang semua, kalau kita hanya ingin ke Kompleks Bebas Cukai , kita hanya perlukan Kad Pengenalan sahaja. Tak perlukan pasport atau border pas.


 Jadi , kalau korang memang warganegara Malaysia dan sekadar nak ke Kompleks Bebas tol, sila ikut lorong yang betul. lorong no 5 key. Sediakan Kad Pengenalan sesiap ..nanti kakcik Kastam nak minta tengok . Semasa aku ke sini bertarikh 26 Mac 2016, jadi kalau 10 tahun lagi, mungkin no lorong pun dah berubah kan. Kat sini hanya perlu tunjukan Kad Pengenalan sahaja, tak yah nak turun dari kereta...


 Ok, ini adalah pemandangan apabila melepasi pemeriksaan kastam. Banyak Lori kontena dari arah Thailand sedang menunggu giliran


 Inilah Kompleks nya.. dekat sahaja dengan tempat pemeriksaan kastam tu. Bangunan ni berada di sebelah kiri. Jadi pendapat pertama aku , bangunan ni lebih kurang sama dengan Kompleks Bebas cukai di Padang Besar Perlis. Cuma saiznya lebih besar dan ada 2 tingkat. 


Kami sampai sini sekitar jam 2.30 petang. Memang panas tahap pedih kulit. Dapat masuk kat dalam bangunan, rasa aman ja...sejuk. Barang yang dijual kat sini lebih kurang pasaraya biasa, cuma ada beberapa jenis tu yang takda kat sebelah Malaysia. Minyak Wangi & coklat banyak..lebih banyak dari Kompleks bebas cukai Padang Besar Perlis tetapi harganya aku rasa agak mahal. Barang hiasan pun boleh tahan mahal juga...  Kat bahagian hujung bangunan ni.. ada bazar luar yang di sediakan. tetapi bazar tu tak sebanyak di Padang Besar. Kami tak pergi pun ke bazar tu... Hangat wo... tak sanggup nak terjah ke sana.

Tempat parking di bahagian belakang Kompleks. Memang luas dan panassss...


 Jadi selepas puas menjamu mata dan anak aku angkut coklat sorang sikit, kami pun bertolak balik. 
Sepanjang jalan ... penuh denga lori kontena ja.


 Selamat Datang Ke Malaysia.


Sila sediakan Touch  & go Key..sebab ni di kira nak naik Highway Bukit Kayu Hitam. Semasa balik, nanti Abang Kastam akan tanya korang sikit..dari mana.. beli apa.. dan dot..dot..dot.. Itu tugas diorang kan. Semasa nak balik ke Malaysia, takda lorong khas seperti kita masuk ke sebelah sana. Jadi..masuk ja lorong yang kosong..
Yeaa..dah sampai Malaysia... kekeke...
Alhamdulillah...  
Jadi, kalau korang dah terlajak sampai ke UUM atau ke Changloon Kedah, lajak la sikit je lagi.. tak jauh mana pun.. Boleh meronda dan beli coklat yg lebih kurang sama coklat di Langkawi.. cuma harga ja agak mahal sedikit.. Selamat meronda - ronda key..

Untuk up-date terkini Bukit Kayu Hitam 2019..klik sini.. dah berubah weiii..

Friday, March 18, 2016

Sahabat suka dan Duka

17 Mac 2016 , 1.30 ptg..  Blackwood Kangar.


Di kala usia berganjak , maka di kala itu juga usia persahabatan kami bertambah. Alhamdulillah, Allah mengizinkan pertemuan ini. Mereka adalah sahabat -sahabat yang aku kenali dari usia 7 tahun , 13 tahun dan  16 tahun. Satu tempoh yang cukup lama bila mana kini usia kami adalah 35 tahun.
Kami bersama-sama melalui alam kanak-kanak , alam remaja, alam percintaan dan sama-sama meraikan majlis terindah dalam hidup masing-masing.


Kini pada usia 35 tahun , kami masih berkongsi kisah suka dan duka bersama.
2 orang lagi sahabat aku tidak dapat menghadirkan diri. Sepatutnya kami berenam bersama di sini.
Ini kisah kami..
Wani, seorang yang amat mudah untuk di bawa berbincang. Simple orangnya, iras awek jepun yang bertudung.
Ejon, sentiasa memiliki idea yg pelbagai dan  penuh dengan ketawa serta senyuman. Sesuai di bawa ke tempat kenduri kendara kerana kepakarannya berbual. Manis orangnnya..
Ana, cukup lemah lembut. Kalau bercakap dengan ana, pastikan yang betul sahaja..sebab, kalau cerita benda salah pun.. dia tetap akan percaya .. kekeke...Maka..kami selalu mengambil peluang mengenakannya.. tetapi..dia tetap kami utamakan. Ana boleh dikategorikan sebagai wanita melayu terakhir, cewaahhh... 
Tiada di sini, Has.. aku membesar bersamanya. Kami cukup rapat. Zaman kanak-kanak kami lalui bersama. Has seorang yang amat tabah dan redha dengan jalan kehidupannya .Aku mengkagumi kesabaran dan ketabahan yg dimilikinya. Dia juga adalah guru aku untuk subjek Fizik, Kimia, dan matematik tambahan. Tq Has.
Manakala Zu, aku kenali ketika berusia 14 tahun. Zu agak perahsia.. jadi..bolehla nak minta dia simpan rahsia berbakul-bakul. Zu juga cikgu aku, kalau Has tan nak bagi aku meniru kerja sekolahnya, aku akan cari Zu, hahaha... bestnya kengkawan aku..
Zu dan Has sebenarnya agak seiras dengan aku. Zaman persekolahan adalah buktinya. Guru kelas yg telah mengajar kami selama 2 tahun masih boleh salah orang antara kami bertiga. Aku yg tak datang ke sekolah, tetapi cikgu boleh tick sebagai Zu @ Has yg tidak hadir. Baguskan.. dan yg lebih malang... bila ada yang salah sampaikan salam antara kami bertiga.
Yg ni sangat best.. kami akan jawab salam tu..seolah-olah kamilah orang tersebut. lepastu..kena la bagitahu kepada tuan diri sebenar. Kalau senior atau junior sekolah tetiba datang dan bercakap sesuatu yang langsung aku tak faham..aku tahu..diorang salah orang lagi. jadi... kalau ini yg terjadi..aku kena bagitau..aku adalah Mela. :)
Jadi, kemarin , adalah hari yg gembira buat kami , namun terasa kurang tanpa kehadiran Has , kerana anaknya baru keluar wad dan Zu yang masih di Penang.
Semoga saat gembira ini dapat diulang kembali. Semoga persahabatan kita membawa kebaikan hingga ke syurga. Aku sayangkan mereka semua dan aku inginkan yang terbaik buat kita semua.
Ya Allah, Engkau kekalkanlah persahabatan kami ini sehingga ke hujung nyawa yg kami miliki.
Semoga persahabatan ini membawa kebaikan buat kami dan ahli keluarga kami .
Amin..

Update 02 NOVEMBER 2016

Terkini, 2 orang sahabat aku Zu dan Has yg tak berpeluang utk bertemu kami telah membuat pertemuan rahsia mereka. Lepastu.pos gambar dan video dlm group...dengan niat di hati..nak balas dendam dan sakitkan hati kami... hampess sungguh !!!!
Kekeke..tapi aku tak sakit hati la .. aku rasa gembira dan membayangkan lagi bagus kalu kami berenam ada bersama di situ. Jadi aku copy post yg Has dah buat dan paste kat sini. Sebagai kenangan untuk aku dan sahabat - sahabat aku yang cukup aku kasihi.
Semoga ada rezeki untuk bertemu sahabat - sahabat lain yang sama-sama berjuang di medan ilmu dikala usia muda remaja.Terlalu banyak kenangan yang kita semua kongsi bersama.






Inilah 2 orang sahabat yang sering membuatkan guru dan rakan sekolah sering tertukar antara aku, Zu dan Has.
Bila sampai masanya, pasti kita akan berkumpul bersama kembali.
Insyaallah..



Friday, February 26, 2016

FORT CORNWALLIS PULAU PINANG

Ok.. dah sekian lama aku tak menghupdate, harini 26 Feb 2016 bersamaan hari segala penghulu hari Jumaat, Alhamdulillah.... aku akan ceritakan tentang salah satu Tapak warisan sejarah yang ada kat Pulau Pinang ni. 
Bagi yang sukakan sejarah, tempat ni wajib korang kunjungi. Aku sememangnya seorang pencinta sejarah . Jadi, bila masuk ja ke sini, aku terus terbayangkan segala bahan bacaan yang pernah aku baca tentang zaman British memerintah Tanah Melayu. 
Di sini korang boleh tengok bilik simpanan senjatanya, kubu pertahanan , meriam yang pernah digunakan dan disediakan juga tayangan video berkenaan tempat ni. 
Jadi.. jom layan gambar yg aku ambik dari kamera aku yg terukkk... 


Memula sebelum masuk.. beli tiket .. Kekanak RM 5.00 ..Dewasa RM 10.00 . Ini harga untuk pemegang MYKAD..kalau takda ..memang harga lagi mahal la.
Kalau korang nak tahu, kota ni sebenarnya dibina berbentuk bintang dan dibina di atas tapak Pendaratan Francis Light dengan pengirinya pada tahun 1786 untuk 'mengambil alih Pulau Pinang' . Mula- mula tempat ni dorang bina guna batang nibung ja .. ( tau tak pokok nibung tu cam mana ? tak tau..tanya pakcik Google ) Lepas tu baru di bina dengan batu-bata.





Ini adalah deretan bangunan yang digunakan sebagai tempat perlindungan, pejabat, penjara dan sebagainya.  Di sebelah bangunan ni ada sebuah gereja kecil yang digunakan oleh mereka.

Ini suasana di dalam bangunan diatas tu. Dinding nya memang amat tebal. Bukan senang nak robohkan ni.


Bangunan ni pula adalah tempat simpanan senjata Api 

Bila aku melangkah masuk ke dalam ni.. terasa sempit sangat.. sebab pertama..dindingnya amat tebal..lepastu ada satu lagi tingkat ke bawah. terasa cam haunted plak.. kekekeke...





Inilah Meriam Seri Rambai yang dikatakan telah timbul dari laut selepas kapal yang membawanya diserang oleh lanun. 
Kisah lagenda rakyat pula mengatakan, kalau seseorang wanita dah lama berkahwin dan belum memperolehi anak, akan hamil sekiranya meletakkan bunga di atas meriam sebagai bentuk doa.
Jadi.. yang Islam, jgn nak test plak.. boleh mendorong kepada syirik. Hanya Allah yang berkuasa memberi atas segalanya. Tiada apa-apa kuasa ke atas meriam tu yang hanya diciptakan oleh Manusia juga. 

Sebelum kami ke sini sebenarnya kami nak ke 3D Art Muzium... tapi punya la ramai manusia.. beratur panjang kat luar. Pada masa kami sampai..sebuah bas yang membawa pelancong juga turut berhenti di situ. Jadi..kami sedia menarik diri.. kembali berjalan membawa diri . nasib muzium 3D dgn Fort Cornwills ni dekat saja..jalan kaki jer..

Maka.. sekian laporan untuk lawatan ke Pulau Pinang tahun 2015. Tahun 2016, kena kurangkan aktiviti berjalan-jalan..sebab anak sulung aku Danish akan ambil UPSR tahun ni. Asal cuti sekolah..pasti ada kelas tambahan. Jadi..simpan budged  berjalan untuk hujung tahun saja.

Nufnang