Tuesday, November 24, 2020

Colmar Tropicale, Berjaya Hills Bukit Tinggi Pahang

  Colmar Tropical Berjaya Hills ialah resort penginapan bersejarah di Bukit Tinggi, Pahang, Malaysia. Ia adalah resort yang unik kerana dibina bertemakan perkampungan asli Colmar dari kurun ke-12 terletak di Alsace, Perancis. Suasana di Colmar Tropicale Berjaya Hills membuatkan pelancong seolah-olah berada di luar negara.

Ia terletak 2,600 kaki (790 m) diatas paras laut yang dikelilingi sekitar 80 ekar (320,000 m2) hutan belantara asli. Tempat ini dibangunkan mengikut rekabentuk bangunan, susun-atur dan suasana perkampungan sebenar di Colmar, Perancis. Namun senibina nya diterapkan beberapa elemen perkampungan seperti di RiquewihrTurckheim dan Kaysersberg. Keunikan ini pasti mengagumkan hati sesiapa sahaja yang pertama kali berkunjung ke Colmar Tropicale Berjaya Hills ini.

Aku cedok kenyataan atas dari Wikipedia.

Betul, kali pertama datang ke sini, hati dah terpaut.

Jadi di mana hotelnya? kebanyakan bangunan di sini adalah bilik Hotel.Cuma yang membezakan di mana korang akan menginap adalah bergantung kepada jenis bilik yang dipilih.

Suasana di sini amat -amatlah relaks, takda apa yang perlu dikejarkan. Semakin gelap, semakin jelas kedengaran bunyi unggas hutan. Bunyi monyet, beruk dan lain-lain bunyi haiwan boleh di dengari. Terutama ketika awal pagi, aku rasa macam rumah kat sebelah Zoo.. hahaha.. anak aku pula.. tiba -tiba boleh buat muka terecenggang.. Bunyi apa tu ibu ! ?
Pada mulanya aku nak booking family room, tetapi..2 bulan yang lalu sekitar ogos 2020..sebelum covid kembali mencanak naik, semua bilik jenis tersebut telah habis di tempah. Yang tinggal cuma 1 bedroom suite.  1 minggu sebelum perjalanan kami, aku ushar kembali di Agoda, sesungguhnya .. bilik kosong dah banyak. Maknanya ramai yang dah batalkan booking. Terutama negeri - negeri yang mana terlibat dengan PKP .
Aku teruskan saja dengan pilihan 1 bedroom suite. Malas dah nak tukar, sebab jadual perjalanan pun dah berubah. Lagipun aku fikir aku boleh ambil katil extra ja nanti.

Bilik kami berada di bangunan paling hadapan. Maknanya menghadap laluan utama untuk memasuki ke kampung aku ni.. eh.. kampung Colmar. Bilik sangat luas. Dilengkapi dengan set sofa, meja makan, pentry dan 1 bilik tidur. Jadi disebabkan hanya ada 1 bilik tidur dengan 1 katil king, aku ambil tambahan katil untuk anak bujang aku. Kami letakkan katil tersebut berkembar dengan sofa panjang. Maknanya si adik yang berumur 10 tahun tidur di atas sofa, dan anak teruna aku di atas katil bujang. Pintu yang kelihatan di bahagain ruang tamu ni adalah pintu yang bersambung dengan bilik sebelah. Nasib malam -malam takda yang main ketuk -ketuk pintu kan, kalau tak kompom aku lari dulu !!
Pintu ke beranda nih benar-benar menarik perhatian. Penambah seri kepada bilik yang kami ambil. Sesampai saja kami ke bilik ni.. keempat-empat beranak berebut nak ushar dari sini.. maklumlah..rumah aku takda balkoni.

Relakss..sambil minum kopi... best..
Soal kebersihan bilik, aku bagi 4 bintang dari 5 bintang. 
Kelengkapan bilik, sangat memuaskan hati. Aircond, kipas, lampu..semua berfungsi.

Di ruangan yang sama, tersedia meja makan comel nih. 
Pentry, tapi Microwave takda la pulak..

Terasa macam pengantin baru pula..bila tengok bilik ni... huhuhuhu..
Bukan setakat bangunan sahaja yang bercirikan France, dalam bilik pun sama. 

Tandas  kemas dan bersih. Ada bathtub juga. Disebabkan kolam mandi ditutup, maka berenang -renanglah di dalam bathtub sekangkang kera. 

Proses check-in dan check-out sangatlah mudah. Disebabkan aku dah booking melalui Agoda, tunjuk jer bukti tempahan dan isi sedikit maklumat untuk kenderaan. Kami juga dah klim tiket masuk sesiap di kaunter. Tambahan bayaran lain yang aku buat adalah hanya untuk katil tambahan.

Sarapan pagi pula, aku hanya dapat untuk 3 orang dewasa. Jadi untuk si adik, aku bayar di cafe semasa kami nak sarapan.
Jadi, soalan selanjutnya, Adakah aku akan kembali menginap di sini.. jawapan adalah YA, tetapi..mungkin selepas 5 tahun. Kat atas Bukit Tinggi nih, takda apa sangat yang nak dienjoikan. Cumanya suasana kat sini, memang tiada di tempat lain kat Malaysia. Jadi, menginap 1 malam rasanya dah cukup. 
Merasai sejuk malam, mendengar bunyi unggas hutan dan yang penting sekali, masa kualiti bersama keluarga.
Nanti Sambung.. Japaness Village..

No comments:

Nufnang