Tuesday, May 24, 2022

BAYVIEW PULAU LANGKAWI

    Assalamualaikum...

Jom kita terjah Bayview Hotel Langkawi pulakkk.. 

Link kat bawah ni bagi yg terlepas coretan aku sebelum ni.. iaitu di 

  ADYA HOTEL LANGKAWI

dan

SEAVIEW LANGKAWI

Seperti coretan aku terdahulu, kami cuma ada masa 30 minit sahaja untuk temujanji seterusnya di Bayview Hotel. Tetapi, nafsu kekanak kami 4 orang ni dah tak boleh nak bawak bincang dah.. 

kami nak jugak beli cokelat bawak balik ke rumah, sebab katanya tak sah kalau tak beli cokelat bila dah sampai ke langkawi. Takda bukti ke langkawia jika tiada Cokelat.. tak boleh nak cakap besar ngn org kampung.. huh.. !!!

Dan nampaknya, otak kami berempat sangat sepakat dalam hal ni, kami WAJIB singah beli COKELAT sebelum ke Bayview. Maka pemandu F1 kami memandu dengan pecutan sebuah Axia terlebih minum petrol.. tapi kecoh sebenarnya kat dalam kereta, sebab kami tak tahu kat mana kedai yg diorang cakap murah sesangat tu.. Katanya kat dalam kawasan taman perumahan. Eh, jenuh cari beb. 

Akhirnya, kami temui TS Duty Free Shop..  Suasana ketika kami sampai.. masih jelas di ingatan aku. Bau tar yang baru disiapkan dan haba panas dari air hujan yang turun secara tiba-tiba membuatkan suasana bertambah panas dengan kami yang mengejar masa. Paking tepat di hadapan pintu kedai, rezeki, orang tak ramai. Scan suhu, cek in Mysejahtera, capai bakul..kami berempat bagaikan peserta acara Running Man yang harus menyiapkan misi dlm masa berbaki 15 Minit. 

Tak sampai 5 minit, bakul kami siap terisi. Nutella bersaiz besar, Papero pelbagi warna dengan semestinya dari kotak terbesar yang ada di situ, Kinder berbeono-beono .. juling bijik mata aku. Dalam masa yang singkat aku perlu mengesan kedudukan semua jenis cokelat yang aku inginkan. Pecah peluh beb...Kat sini hanya ada dijual cokelat semata-mata, tiada gangguan dari pinggan mangkuk atau minyak wangi. Jadi tahap fokus menjadi lebih tinggi, jitu , tepat dan padu.

Last, kami berempat bertemu di kaunter bayaran. Jumlah rentapan dari kami berempat adalah  RM 500.00 ++ !!!

Baru memasing tersedar diri dan nak kembali belajar istifar. Tapi akan daya.. nasi telah menjadi bubur.

Akhirnya, atas usaha kami bershoping macam orang hilang akal, kami berjaya sampai di Bayview tepat pada masanya dengan selamat. Alhamdulillahh... 😂😁

                                  


Jalan Pandak Mayah 1, Kuah, Langkawi, Malaysia

Nampak ja bangunan Bayview tersergam camni.. rasa tak sabaq pulak nak masuk...
Tujuan utama..sebab nak keringkan peluh dalam aircong hotel... hahaha..

Melangkah masuk ke Bayview, pandangan kami di jamu dengan suasana lapang dan tenang. Sesejuk aircond yang menerpa ke wajah kami, sesejuk itulah juga kurasakan dompetku.. eh.. 

Sementara menunggu Pegawai yang ditemujanji, kami rehatkan diri sebentar. Sebenarnya letih dah terasa, baru hotel kedua .. 
Sampai ja pegawai yg di nanti, kami terus minta nak lawat bilik. Lepastu baru ke bilik mesyuarat, kolam mandi dan ruangan BBQ.
Alhamdulillah, pegawai yang bertugas pada hari tersebut amatlah ramah tamah. Maka perbualan kami menjadi lebih santai dan senanglah kami membuat soalan-soalan aneh untuk beliau paksakan diri menjawabnya... hurmmm... 
Inilah laluan nya.. karpet tebal dan bau harum hotel. Tiada bau kepam .
Pencahayaan pun ok..takder la suram sampai ko rasa di ikuti oleh sesuatu kat belakang.. 

Bilik Superior dengan 2 buah katil single.
Bilik luas dan semstinya pemandangan cun.. yela, sebab kami nak servey kan.. takan dia nak bawa kami melihat view seramm..
Masih di bilik Superior, tetapi yang ni katil double. Saiz bilik sama sahaja, cuma jenis katil yang berbeza.

Superior
Deluxe King
Saiz bilik tetap sama.. Cuma katil lebih besar.

Executive Suite
Bilik ni memanglah besar.. dah nama pun executif.
Ada pemisah bagi ruang tamu

Masih di Executive room





Setelah Puas menerjah bilik ke bilik, kami bergerak ke Dewan Mesyuarat pulak..

Ballroom
Di Bayview juga terdapat beberapa bilik mesyuarat.
Bilik mesyuarat akan di berikan mengikut bilangan peserta.
Untuk minum pagi, diorang akan sediakan di bahagian luar dewan.

Camnilah lebih kurang susun atur utk minum pagi. Tak perlu buang masa untuk ke Cafeteria


Kemudahan PA system , projektor, layar, semua disediakan.
Susunan bilik mesyuarat juga bergantung atas permintaan pihak pengajur.

Selesai Pusing bilik mesyuarat, kami di bawa melawat kawasan kolam mandi pulakk..
Argh...rasa cam nak terjun ja.
Suasana, memang cun.

Masih di kawasan kolam mandi

Ruangan BBQ ni terletak bersebelahan kolam mandi. Tetapi jika ada kekanak kecik, aku rasa macam tak sesuai pulak.
Mak Pak asyik melahap, sekali anak duk tenggelam timbul dalam kolam. Minta dijauhkan.

Ruangan Cafeteria di sini bagi aku agak sesak sikit.
Mungkin bilangan penghuni yang ramai, jadi diorang  macam rapatkan susunan.

Rezeki kami lagi, dijamu dengan cucur udang. Alhamdulillah.. sedap.

Pemandangan macam ni selalu buat aku terpukau.
Jadi kalau nak pemandangan macam ni, pastikan ambik Sea View.

Aku tak boleh share harga setiap bilik hotel yg kami terjah. Sebabnya kami diberi sebutharga bagi tempahan secara pukal. Kami tempah bilik yg banyak, dengan kemudahan bilik mesyuarat dan juga makanan. Jadi kalau korang di arahkan menganjurkan majlis, call ke hotel dan mintalah sebutharga.
Pastikan korang bagi list sesiap bilangan bilik, bilangan tetamu, dan jenis makanan yg akan dihidangkan. Harga sentiasa boleh dibincangkan.. Korang dah bayar banyak..pastikan dapat pulangan yang terbaik.

Kesimpulan Hotel Bayview dari pandangn aku bagi Projek kami, ialah masih tidak dapat memenuhi kreteria yang kami perlukan.
Dari segi harga kami dah boleh terima tetapi kemudahan bagi aktiviti persatuan tidak sesuai.
Sekian dari Bayview. Jumpa lagi di next hotel iaitu Goldsand Langkawi

Nufnang