Thursday, April 28, 2011

** TOSEI **



Meh kengkawan..kita makan Tosei. Hari ini kawan aku yang belanja. Tq kak Milah..dan hari ini juga merupakan kali pertama aku makan tosei. Tak tahu pulak aku bahawa tosei ni ada 3 jenis kuah. Aku try letak ketiga-tiga sekali. Rupanya rasa Tosei agak masam-masam..( masam yg ringan jaa..). Bagi yang gemarkan makanan yang ada rasa masam ni..mesti sukakanya. Mengikut kata rakan aku..Tosei ni kalau dimakan semasa panas lagi sedap.. Aku ni pulak dah lama teringin nak makan tosei..akhirnya hari ini tercapai juga hajat hati. Sekarang kawan aku asyik cakap tentang puri pulak. Ish..tak dapat aku bayangkan apa pula rasanya. Kalau ada peluang..aku ingin merasanya. Aku ni bab makan memang tak menolak..tambahan pula kalau aku belum pernah menikmatinya. Aku pasti ingat mencuba..asal..ianya HaLaL.

Thursday, April 21, 2011

Jom Join Bloglist Hackers



Aku terbaca hal bloglist hackers daripada blog sorang rakan..tetiba aku rasa nak juga join. Sebab pertamanya mestila nak tingkatkan trafic kat blog aku nih. Aku boleh dikira sebagai bloggers yg agak pemalu la ( malu i ..) tu pasal aku jarang meninggalkan msg pada blog org lain walaupun aku selalu blog walking . Semoga dengan bantuan blog hackers ni akan bertambahlah keyakinan diri aku untuk berbloging dan menambah bilangan rakan melalui medium bloging. Jadi..aku memilih untuk berada di kumpulan Blog Gadis Pilihan Hackers. Dan aku juga dah menjadik Followers Hackers. Moga aku terpilih di dalam senarai tersebut.

Tuesday, April 19, 2011

Sutera Bidadari - Ramli Awang Murshid




Aku betul - betul sibuk.Tak tipu....aku memang sibuk.sampai nak update blog pun dah tak sempat. Tapi aku masih sempat menjenguk ke Blog peminat Ramli Awang Murshid. Berita terkini yang aku dapat ialah..tengok cover novel Sutera Bidadari. Tengok Cover saja pun aku dah tau..sambungan kisah Laksamana Sunan pasti amat menarik.Aku tak sabar nak tunggu pelancarannya. Kalaulah aku ni duk area berhampiran PWTC..sure aku dah tersembul di sana..menanti kehadiran Novel Sutera Bidadari dan dapatkan tandatangan Ramli..fuh..sure gempaq. Disebabkan aku jauh ...maka..aku dengan sabarnya akan menanti kehadiran Novel tu hingga sampai ke sini. Apapun...kalau korang nak maklumat lanjut lagi..jgn lupa berkunjung ke BLOG RAM ya http://www.kelabram.com/ gambar cover ni pun aku dapat dari sana. Tq for info dari kelabram.com

Monday, April 11, 2011

Spg Empat Perlis - Lubuk Merbau Pendang Kedah - Kulim Kedah


Seperti yang kami janjikan dengan Danish, ari sabtu lepas..kami sekeluarga bertolak ke rumah Kakak ipar ku..Along Linda. Rumah along Linda Kat kulim kedah...perjalanan dari sini lebih kurang dalam 2 jam..tapi on the way ke sana kami singgah sebentar ke rumah Liza. Liza nih sahabat lama aku semasa mula-mula bekerja dulu. Kami sama-sama mendaftar di JPPH HQ yg ketika itu terletak di Wisma Cyclecarri. Itu kisah 9 tahun yg lalu..ketika kami masih lagi bergelar dara pujaan (hahahhah..perasan sikit). Sekarang kami dah ada anak dua dah. Aku ke rumahnya pun sebab nak nengok Baby barunya. Perjalanan untuk ke Felda lubuk merbau di Pendang amat mencabar.tambahan pula kami dah lupa jalan..cuma berharap pada GPS ja ( Thanks to GPS ) Nasib ada benda nih. Alhamdulillah..Firas pun tak buat perangai semasa kat jalan yg dikelilingi oleh pokok getah & sedikit kwsn hutan yg belum diteroka.Kami bertolak dari sini jam 11 pg..sampai di umah liza hampir jam 1.00tgh..jalan agak teruk..jadi memang tak leh laju. Sampai kat umah dia..mak dia siap jamu kami makan nasi lagi..( susah-susah ja makcik nih,sedap..mcm makan lam dusun ja )




Dalam tempoh sejam lebih kat sana tu..sempatla Danish main bola sepak jap ngn Aniq..anak sulung Liza. Riuh seketika depa main kat depan rumah.Aniq punya la suka..sebab dia takda kawan nak main. Asyik paksa wan dan tok dia ja main. Bila sampai masa kami nak balik..dah nagis pula si Aniq..sedih sebab kawan yg leh dia main dah nak balik.Selepas tu..dalam pukul 2.00 ptg lebih..kami bertolak ke Kulim.Sekali lagi GPS memberi bantuan kepada kami untuk mencari jalan keluar menuju ke plaza tol terdekat. Jadi..GPS memberi jawapan kepada kami agar ke tol Kota Sarang Semut..terus naik highway. Bila dah berada di atas Highway..baru tenang hati aku.Kami dah keluar dari kawasan Pokok tinggi tadi. Kalau setakat kami bertiga, rasanya aku tak terlalu susah hatii..tetapi bila adanya si kecik bersama..aku memang risau gakla. Alhamdulillah..Semuanya berjalan lancar.Kami sampai ke rumah Along Linda sekitar jam 5.00 ptg. Danish cukup suka melihat kucing Along yang gebu-gebu sebanyak 7 ekor.Smuanya debab belaka. Kami tidur semalam di sana dan pada petang Ahad kami bertolak balik ke Perlis.Hajat nak shoping terpaksa dibatalkan apabila en Abah demam..Firas pun dah ada tanda-tanda nak demam..badan suam-suam ja. Jadi terpaksa la memujuk Danish agar lain kali kami akan kuar shoping lain.Kesian kat abah dan adik yg tak sihat.Nasib danish boleh bertolak ansur. Penat juga kalau buat perjalanan dalam tempoh singkat ni dengan membawa anak kecik.Tapi..hati Happy sebab leh jenjalan...


Friday, April 8, 2011

Yarkk....Lipasss !!! PacaTTTT !!!



Al kisahnya..petang kemarin sedang aku lepak bersama adik-adik kat belakang umah mak aku..tetiba ja terasa cam ada sesuatu merayap kat celah-celah jari kaki aku yang tak berapa nak cun nih. Aku pun ushar-usahar..apa menatang yang merayap kat situ..sekali pandang nampak warna hitam-hitam, dua kali pandang..AlamaKKKK..PACAT ! PACAT ! dia belum mengigit..tetapi sedang mencari port yg best tuk dia landing. Time tu pula aku sedang kendong si Firas..nasibla aku tak terlepas Firas ..kalau tidak mau aku kena dengar ceramah percuma dari abah Firas. Dalam keadaan kalut-kalut aku menjerit tu..adik-adik aku dan sepupu sepapat aku yg berada di situ semuanya bertempiaran lari..bukannya nak datang tolong aku.Diorang lari sambil mengangkat kain dan seluar memasing..nak tengok betis kalau dah ada yg kena kiss oleh si pacat. Nasibla my dady ada kat situ..dia la yang datang tolong buang pacat tu..Fuhh..kecut perut seketika. Tetapi lepas tu..aku masuk umah..buat second check. Hampes punya pacat..menggangu petang aku.

Malamnya pula...sesudah aku bersiap sedia nak tidur...letak ja kepala kat bantal...aku ternampak sesuatu di dinding umah. dalam samar-samar cahaya lampu tidur..aku memang amat pasti..itu adalah serangga yang paling aku benci. Aku tak suka kepada si lipas.tak suka bukan bermakna aku takut..cuma aku tak suka . Lipas tu suka sangat terbang macam lipas gila. Dia akan hinggap sesuka hati ja.Tu pasal aku tak suka Lipas. Baunya pun..eee..memang tak suka. Dan lipas pula tak comel macam anak hamster atau anak tikus. Aku lebih rela memegang anak hamster yg baru dilahirkan tu dari memegang lipas. Apabila nampak ja lipas tu kat dinding..otak aku dah jem seketika.Aku tak tahu apa patut aku buat. yg terbayang kat kepala otak aku ni..dia akan terbang dan hinggap di kepala aku. Yang aku boleh buat waktu tu ialah..buka pintu bilik dan panggil En haffiz suh dia masuk tangkap benda tu . Bila aku suruh dia tangkap..boleh pula dia senyum-senyum dan gelak-gelak.Suh aku tangkap sendiri..katanya benda kecik pun takut..takla..aku bukan takut..cuma aku tak suka jaa..tak suka..bukan takut !!Puas minta tolong..baru la nak tolong..itu pun nak acah-acah aku. Hisshhh...geram sungguh aku. Lepas acara menangkap lipas selesai..aku cuba tidur kembali..tapi tak boleh..asal pejam mata..aku mesti buka mata balik..sebab aku rasa ada lagi lipas kat dinding tu.Lipas tu memang hampehh..lagi hampeh dari si pacat.

Wednesday, April 6, 2011

bAnjIr... OOo...BanJIr oooOO

Kesian...habis umah diorang..ada yg lagi terukk..anjung keli dah tenggelam..dapat la peluang ikan keli berenang kembali
Institut latihan memandu IKMP..dah mula dinaiki air ILP pun jadik mangsa..
hari kedua banjirr..


Dugaan untuk orang Perlis datang lagi...dalam tempoh lebih kurang 4 bulan..banjir kembali menjenguk kami.Kali terakhir banjir menyerang adalah pada bulan 11/2010 (masa aku kalut hitung hari nak bersalin) kali nih..pada bulan mac pula dia datang lagi. Tetapi banjir kali ini tidak seteruk bulan Nov lepas..namun ramai juga yang terjejas.

Dalam tak best tu..sebenarnya ada juga yg best..terutamanya bila Ofice terpaksa ditutup.Pada hari pertama banjir..kami datang ke pejabat seperti biasa..tetapi hujan dah mula turun..cuma atas jalan takda lagi air yg bergenang.Keadaan masih macam biasa..dalam sibuk-sibuk kami bekerja..tetiba ja geng ofis aku dah mula bising bahawa air dah mula naik di depan pejabat kami. Keadaan masa tuu..agak kalut bagi mereka-mereka yg tinggal di kawasan banjir.Bos terus bagi pelepasan kepada kakitangan yg rumah mereka berada di kwsn banjir. Maka tinggal la kami yg dijamin rumahnya takan dinaiki banjir ( jika banjir tak teruk la..) Maka..kami pun try la buat keja macam biasa..tapi tak boleh la..khabar bahawa pintu air di Timah Tasoh telah dibuka sebanyak 6 pintu membuatkan kami juga tak senang duduk.Maklumla...kalau air terus naik..alamatnya kami terperangkap kat dalam bangunan ni la..Dalam pukul 12 macam tu..hanya tinggal kami beberapa org ja..air..semakin tinggi maa..last-last bos kasi kami semua balik.

Aku terus call en suami..fuhh..penat cik suami nak sampai sini..banyak jalan yg telah dinaiki air..dan jem pula kat dalam pekan kangar tu.

gambar kat atas tu..aku ambil semasa hari kedua banjir..ketika aku cuba untuk memasuki ofice..tetapi tak buleh jugaa..hari ketiga pun aku masih datang juga..tapi..tetap tak boleh masuk.Jadi..kesimpulanya..kami bercuti bencana selama 3 hari..sambung lagi sabtu dan ahad..5 hari duk umah..tu yg best tu..tetapi bg yg terlibat banjir..memangtak best langsung walaupun dapat cuti 10 hari.Siann diorang..

Nufnang