Thursday, September 26, 2019

MUZIUM KOTA KAYANG PERLIS 2019

Muzium Kota Kayang, sapa pernah sampai.. tolong angkat kening..pleasee..macam Ziana Zain..  aku pergi..tapi tak mampu nak angkat..tolak ngn jari boleh la... kening aku setia pada yg kiri dan kanan... kalau angkat sebelah..tetap kedua -dua melonjak naik sama. Nak buat macam kening Sin Chan pun tak boleh.. sebab kening dia tebal sangat. 
Entry Muzium Kota Kayang ni dah lama melepak kat draf. Jadi..entry ni pun dah jadi bahan sejarah.. 
Maka..sebelum ianya bertukar menjadi artifak reput, meh aku kongsikan serba sedikit tentang Muzium Kota Kayang.

Nota di bawah..aku cedok dari Web Muzium.
Muzium Kota Kayang merupakan sebuah muzium yang terletak di Perlis. Muzium Kota Kayang terletak bersekitaran Bukit Kayang, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara dalam mukim Kayang iaitu berhampiran terusan buatan manusia yang tertua di Semenanjung.
Muzium Kota Kayang didirikan di kawasan yang dahulunya merupakan Tapak kota istana  tempat bersemayam keluarga diraja Kedah-Perlis. Ini adalah berdasarkan fakta tinggalan sejarah di sekitar kawasannya seperti Makam Sultan Dhiauddin Al-Mukarram Shah Ibni Al-Marhum Sultan Muhyiddin Mansur Shah. Bentuk bangunan muzium ini berasaskan kepada seni bina melayu dengan bumbung panjang rumah Perlis. Muzium ini telah dibuka untuk kunjungan pada bulan September 2001. Muzium Kota Kayang mempamerkan 400 koleksi di enam galeri iaitu Galeri Sejarah, Galeri arkeologi, Galeri Senjata, Galeri Kebudayaan, Galeri Diraja dan Galeri Menteri Besar.
Mula -mula..kena la tengok papan tanda dulu.. nanti sesat pula. Untuk makluman, tiada tiket dikenakan. Jadi..kalau dah sampai Perlis, bawalah anak-anak mai sat. Kalau sebelah pagi dengan petang..memang best.. kat belakang ni ada ruang yang luas... boleh anak-anak nak main aci ligan dengan mak dan pak.
Pandangan Muzium dari arah sisi. Jom..meh masuk meh.. Assalamualaikum.... tuan rumah.. kami mai nak minum aiyaq kopi ni... 

Batu Nisan 
Pak Cik.. tolong sikat rambut sikit boleh ? Rimas saya nampak.. Dia tak perasan gamakanya..sibuk nak buat barang tembaga kan..
Nama alat ni Tumbuk Lada .. Ko ada? kalau takda..jangan cakap banyak.. Ni semua senjata..jangan tanya aku apa gunanya. Kot ada yang jadi sambal berlada pulak haa...


Ini suasana di belakang Muzium... cantik aku habaq hang.. kemas dan bersih. Kami pi sini awal pagi, jadi suasanya nyaman... dikelilingi bukit . Semasa kami sampai, seekor monyet pun aku tak nampak. Tetapi aku tahu..kat sini ada monyet, ada yang jenis muka putih..berbulu hitam, ada jenis monyet biasa yang kita selalu nampak. Jadi aku pun gossipla ngn laki .. 'hati - hati abang, kita sedang diperhatikan...'
Telahan aku benar belaka, bila kami naik jer kereta..monyet-monyet tu turun dari pokok.... banyak ekor...rasanya lebih dari 20 ekor. Dari saiz baby hingga la yang saiz budak sekolah rendah tu. Maka, selama kami di sini, kami telah dijadikan bahan membawang oleh monyet - monyet yang memerhatikan kami dari atas pokok.. huh, sampai hati ko nyet. Bagi cili baru tau...
Ok..habis dah isu monyet.
Kalau buat photoshoot kat sini kompom cun. Laluan ni akan bawa korang melalui celahan batu-batu bukit. 

Laluan mendaki tadi akan membawa korang ke sini. Kubur wei.... Takpa..jangan risau, inilah makan di raja yang masih di jaga.

Hampa kenai dak apa benda ni ? . Meh aku nak habaq, benda ni geng petani guna. Masa zaman sebelum adanya mesin padi, traktor, kabota.. semua hal perlu di lakukan secara manual. Jadi..nak usung barang barang ke sawah, bukannya kerja mudah. Jadi alat ni digunakan untuk membawa alatan ke tengah sawah dengan di tarik oleh lembu atau kerbau.

Ni pula Tenggala. Kegunaannya..tolong baca sendiri kat bawah.. aku malas nak taip..


kegunaan benda ni.. hampa imagine sendiri la.. semua berkaitan pokok padi.. ada orang panggil pokok beras.. kekeke...

Alat untuk menumbuk emping. Kalau Emping pun tak tahu.. tanya pakcik google.

Besar la hidung kereta nih..

Banyak ilmu sebenarnya ..tak kisahla di Muzium mana sekali pun. Kenali asal usul kita, pasti jati diri akan bertambah. Sekali - sekala, bawalah anak -anak ke Muzium, kenali sejarah tanah air mereka tanamkan rasa bangga di dalam diri mereka, bagaimana asalnya kita sehingga berjaya berada di tahap hari ini. Orang yang tak kenal sejarah, sebenarnya kurang rasa sayang pada negara , kurang rasa tanggungjawab untuk menjaga atas segala usaha yang telah dilakukan oleh nenek moyang kita dahulu. Belajarlah dari sejarah, yang baik kita teruskan, yang mudarat kita elakkan. Oklah anak-anak sekalian, makcik nak undur diri dulu.. Ehh.. tetiba pula! kena sampuk ngn emo  makcik-makcik...

Meh akak nak tunjuk sarapan pagi akak pagi ni.. Pleasee..jgn kecam akak si makcik kampung yang sarapan dengan Cheese kek.. hahahaha...  

Kek Cheese RM 5.50 1 bekas. Cheese punyalah tahap leleh.. banyak sungguh..hinggakan akak dapat ilham dari perut..untuk cecah ngn biskut 4 segi.. hahahaha.. sedap weii.. Jadi..kek nya..tunggu untuk minum petang pulakk... Pergh... kalah auntie London weih...
Harap laki akak tak baca entry ni.. sebab akak cakap...kat ofice akak diet tahap makan bihun 25 urat je tengah hari... hehehehehe....

Ni aku bagi info , kalau -kalau nak buat lawatan berkumpulan ke sini..

LAWATAN BERPANDU

Lawatan berpandu diberi oleh sukarelawan Muzium berdasarkan jadual. Tempahan perlu dibuat terlebih dahulu untuk kumpulan & rombongan sekolah.
Sila hubungi 04-977 0027 (Isnin-Jumaat, 8.00pagi-5.00ptg) untuk sebarang pertanyaan atau emel kepada pr.mkk@jmm.gov.my.

Pegawai untuk dihubungi

En. Zaidi bin Harun (zaidi@jmm.gov.my)
Address: 
Al-Marhum Kayang, Kuala Perlis, 02000 Perlis
Tel: 
04-977 0027
Fax: 
04-978 2678
Email: 
pr.mkk@jmm.gov.my



No comments:

Nufnang