Friday, January 13, 2017

BAYVIEW BEACH RESORT PULAU PINANG

19 Disember 2016 , kami pi Penang pulak.. Penang lagi.. anak -anak aku nak sangat ke Entopia, nak tengok rama-rama katanya. Time ni , aku baru 1 minggu keluar dari wad, selepas menjalani pembedahan membuang hempedu. Nanti aku post tentang pengalaman aku menjalani pembedahan dan pengalaman pertama aku nak menggunakan Medical Card ( pjg ceritanya ).

Dipendekkan cerita, kami pilih Bayview sebagai tenpat nak melepak. Seperti biasa, aku book bilik ni melalui Agoda. Pilihan aku adalah jenis Family Room. 

Ringkasan tentang Bayview :

Bersih, bilik keluarga yang amat luas.. semua kemudahan ada, dan lagi best kolam mandi yg luas dan ada 3 kategori kolam utk kekanak, kolam utk dewasa dan play pool. Ini adalah penyebab utama aku pilih Bayview. Anak -anak aku dah cakap..diorang nak berendam ja. Lepas ke Entopia.. tak nak kemana dah.. cuma nak main dlm kolam. Lagipun dah banyak tempat kat Penang yang kami dah jelajah. Dalam keadaan aku yg masih sakit , kesan pembedahan, jadi Bayview memang pilihan yg tepat. Aku boleh berehat dan diorang boleh berseronok kat kolam mandi atau di pantai.


Chek in jam 3.00 ptg. kami sampai lebih kurang jam 3.05 ptg. Tak ramai yg nak chek in.. jadi amat mudah sesangat. Aku sampai kat kaunter, serahkan booking yg telah dibuat melalui agoda.. isi borang sikit utk kenderaan , terus dapat kunci. semudah ABC. Tetapi, tiada welcome drink.

Inilah kaunter pendaftaran,luas dan selesa.
Tetapi masa aku nak check out jam 12.00 tgh hari keesokannya , mak ai,, punyala ramai yang beratur. Anak aku siap bilang.. " kat hadapan ibu ada 20 orang lagi.. dan di belakang ibu ada 10 org " hahaha.. Firas dah bagitau semua org yg beratur di situ..sora bukan main kuat lagi. Tetapi takla lama sangat nak menunggu, 3 kaunter di buka. Kejap ja dah sampai giliran aku. Jadi proses check in dan chek out amat mudah dan pantas.

Bilik lebih kurang macam Huruf L yang GEMUK .. kekeke.. Ini bahagian utk anak-anak.. 2 katil Single. Bilik ni ada 2 Balkoni. Yg bertirai tu..adalah sliding door ke balkoni. Kalau ada anak kecik..pastikan sliding door tu berkunci elok ya.

Ini utk ibu dan abah. Katil yang besarr. Jadi kalau korang ada 4 orang anak .. bilik ni still pilihan yang terbaik. Memang luas..

kali ni.. aku tak berminat pun nak berendam..samada dlm kolam atau dalam bath tub ni.. sebab luka pembedahan aku masih merahhh.. 3 lubang di tebuk di perut.. guna kaedah laparoskopik.

Toiletris biasa sahaja. 


Kemudahan lain, iron dan iron board, safety box, sejadah.


Ermmm .. yg ni aku tak puas hati. Sikit sangat. Semasa aku lepak di Holiday Inn, teh, kopi, milo amatt banyak. Puas hati tahap senyum dalam mug. Kali ni..alahai... sedihnya makcik tengok. Jadi ptg tu ..kami borong pelbagai lagi minuman sachet.

Ini adalah aktiviti sebenar yang di tunggu -tunggu. Kat sini kalau nak mandi, korang takleh pakai T-shirt biasa key. kalau tak.. pasti ada yg akan menegur korang untuk keluar dari kolam, atau tanggalkan saja baju tersebut... 

Ini Play pool . 

Ni kolam yg paling cetek.. sesuai utk kekanak kecil.

Lepas puas berendam dalam kolam.. berendam dalam laut pulak. Tapi diorang tak berendam sangat pun kat sini.. katanya takut obor-obor. aku jadi pemerhaku kejap ja.. pastu.. masuk lepak lam bilik..sambil layan cerita korea.. Wifi free kan.. yg penting..laju pulak tu.. puas hati aku.

Ni di bahagain belakang hotel. Sejuk mata memandang.


Dewan makan terbuka. Luas dan selesa.

Ini pula pemandangan dari bilik aku di tingkat 7. Pemandangan rumah-rumah mewah yang sangat comel. Entah berapa puluh kali aku merenung rumah-rumah di sini. Bila malam, rumah-rumah ni kelihatan semakin comel dilimpahi cahaya kekuningan lampu.

Bayview pada waktu malam.. cantik. sebelah siang nampak cam tak berseri pun.
Alhamdulillah.. penghujung tahun 2016 yang mengembirakan walaupun ada sedikit ujian yang Allah berikan utk aku, namun segalanya tetap ku syukuri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...