Tuesday, June 28, 2011

Spagethi sosej.

Ehem..ehem..akhirnya aku berjaya gak post aku punya masakan. Hahahaha..korang jgn tak percaya..percayalah... Sebenarnya..inilah masakan pertama aku di rumah baru setelah berpindah ke rumah sendiri. Alhamdulillah..sabtu lepas..pada 25 JUN 2011 kami empat beranak dapat juga merasa suasana rumah sendiri.Sebelum ni aku tinggal bersama mertua dari umur Danish 6 bulan..setelah dia berumur 7 tahun..barulah rumah kami berjaya disiapkan. punyalah lama nak buat umah..3 tahun rasanya..sebab terjadi macam tu ialah kami buat rumah dengan menggunakan duit simpanan dan juga tambahan dari pinjaman peribadi. Aku bersyukur sesangat sebab dianugerahkan keluarga mertua yang amat baik dan amat memahami. Semasa sebelum kawen..memang aku agak susah hati apabila membayangkan akan tinggal di rumah mertua..namun setelah aku sendiri lalui.. ianya tidaklah seperti yang sering digembar-gemburkan oleh sesetengah orang. Yang paling penting aku rasa ialah kena hormat kedua ibu bapa mertua seperti mana kita menghormati kedua ibu bapa kita.
Ok..kembali kepada menu di atas.. Spagethi ni sebenarnya adik aku si Wani yang tergedik -gedik sangat nak makan..jadi..aku pun terpikir..sedap gak..dah lama tak makan kan. Sebelum ni aku buat aku gunakan daging hancur..tapi kali ni aku cuma masukan sosej dan cendawan butang.

Bahan -bahan..

Untuk 4 org makan..

1/2 peket spagethi..bungkus kecik jaa
5 batang sosej ( dipotong ikut suka hati )
6/7 ketul cendawan butang. ( dipotong sesuka hati )
2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 botol sos Prego ( bekas kecil ja )
cheese utk tabur ( aku guna cheese tuk makan ngn roti tu ja, gunakan apa yg ada )

Memula sekali..tumis bawang besar dan bawang putih tu..jgn hangit key...pastu...campak sosej dan cendawan butang..lepas tu..tuang jer sos prego tu..dan masukan air sedikit. Tunggu sehingga mendidih..aku masukan gula sedikit..sebabnya..suami aku tak suka rasa masam sos tu. Tapi jgn over letak gula pula..nanti manis pulak..tak sedap..cukupla sekadar nak kurangkan rasa masam sos. Kalau yang suka masam..leh campak tomato sket. Sementara tu..rebuskan spagethi tu sehingga lembut dan sesuai tuk di makan . Semasa rebus..masukan sedikit minyak tu keyy..setelah dihidangkan..tabur ngn cheese ja..fuh...sungguh memikat.Harum satu rumah aku dengan bau sos prego tu. Sedap dan mudah..sebenarnya..aku buat benda ni pada pagi ahad..amat mengenyangkan. Terus aku semangat nak mengemas rumah yang bersepah. Dan yang paling best..wani dapat melepaskan rasa rindu dia pada spagethi ikut cita rasa aku.

Monday, June 20, 2011

Masak Lemak Buah Setoi - sedappp

Buah Setoi

Rezeki lagi..pagi tadi kak milah bawakan kami Masak Lemak Buah Setoi. Kalau korang penah makan buah setoi ni..pasti dapat bayangkan rasanya..Tetapi ..bila dah masak..rasa masamnya akan berkurangan. Cara memasaknya sama ja macam masak lemak..cuma korang tambahkan udang kering sahaja..tapi jangan letak asam dah. rasa masam dari buah setoi akan membuatkan rasa masak lemak tu secukup rasa. Jadi..kalau buah setoi tu kurang masam..boleh la letak asam ..tapi jgn terlebih letak pula. Sebelum nih kak milah dah pernah bawa ..tapi terlupa plak nak post kat sini. Aku ni asyik post masakan org ja..bila la pulak nak post masakan aku sendiri...Heheheheh..insyaallah..nanti pasti akan ada.

Friday, June 17, 2011

Susahnya nak Potong KUKU !!



Inilah aksi si Firas semasa mak aku potong kuku dia. Kalau mak aku yang potong..dia boleh pula duk dendiam macam tu. Pandang kiri..pandang kanan dan relaks ja. Kalau aku la yang nak memotong..masyaallah..punyala susah. Untuk aku potong 1 kuku pun mau ambil masa 5 minit lebih. Dia akan tarik-tarik tangannya..dia akan gerak - gerakkan jejarinya..pusing-pusing badan..dan macam-macam lagi aksi.Semua tu buatkan aku terketar-ketar nak ketip. Aku risau..niat asal nak ketip kuku..dah terketip jari pula. Pastu sure nagis..bila dah nagis..sure abah firas akan tanya pula... " awat pula tu ibu ?"..haa..susah ibu mau terang kata ibu dah ketip jari anak sendiri.Haaa..pastu...kalau itu yg terjadi..ibu kena dengar ceramah free dari abah ( entahla ceramah agama / ceramah insuran / ceramah rumah tangga). Jadi..untuk elakkan semua tu terjadi..Ibu memang serahkan hal potong kuku tu pada mak saja lah. Terima kasih ya mak ..heheheh..nasib la mak ada..kalau idak..aku akan suh abah Firas ja buat hal ketip kuku nih.Lemah semangat den nak ketip-ketip..ngiluuuu...

Thursday, June 16, 2011

Cheese Tart ...


Sarapan pagi yang cukup berkrim dan mengiurkan. Fuhh...sudah jadi minah saleh celup la pulak. Aku rasa mat saleh pun tak makan cheese tart pepagi buta nih. Tapi aku dah tak tahan..lepas ja asu ija hantar awal pagi tadi benda ni ke ofis aku..mata aku tak lepas dari memandang box ni. Terus aku buka...wahhh...menarik. Aku ambil perisa kiwi,oreo,strawberi,bluberi,oreo dan oren. Fuh..semua ada. Jadi..masakan aku dapat menahan diri dari menyentuh dan memasukan tart tu ke dalam mulut . Bila dah letak ja atas lidah..terasa cheesenya...ermmm...buatkan aku tak boleh berhenti dari terus menyuapkannya ke mulut. Kengkawan..kalau nak oder..bleh masuk blognya tu , klik kat atas nama dia ok.So..jom layan cheese...

Wednesday, June 15, 2011

Pampers Percuma..








Alhamdulillah..petang kemarin balik dari kerja Firas dapat lagi pampers percuma. Semasa mengandungkan Firas dulu..aku suka isi borang untuk dapatkan Pampers free ni..macam-macam jenama aku isi.Borang tu aku selalu dpt dlm majalah PA & MA ,surat khabar dan secara online. Aku suka-suka ja isi.. Lagipun tak perlu kuarkan modal ( cuma setem 30sen )..dan dalam hati aku tak berharap sangat untuk dapatkan pampers free tu. Dah tu , semasa aku bersalin kat PMC.. aku dapat red box dan antara isi dalamnya adalah form tuk pampers percuma lagi .Jadi..memang semua tu aku isi. Sehingga harini..umur Firas dah 7 bulan..aku still dapat ..dan sebagai balasan..aku cuma perlu isi borang maklum balas yang disertakan. Bila dah isi..dan pos..nanti aku akan terus dapat yg seterusnya. Walaupun bilangan yng dihantar cuma 4/6 keping..tapi aku tetap suka. Boleh try memacam jenis. Sampai harini aku dah pernah dapat jenama Huggies, Pet Pet, Pampers dan Mamy Poko. Jadi kengkawan..jom kita isi lagi..kalau ada rezeki...insyaallah dapat..cuma lambat sikit ja.Untuk terus dapat lagi..isi jer maklumbalas yang diorang bagi.

Syukur juga..rezeki Firas sentiasa ada. Walaupun umur dia dah 7 bulan..masih ada kengkawan aku yang poskan hadiah tuk Firas. Semasa baru lahir haritu diorang tak sempat hantar...jadi Firas dapat hadiah tertundala. Terima kasih pada semua yang telah memberi. Aku nak letak gambar hadiah rasa tak adil pula..sebab ada yg terdahulu ada yg aku tak sempat ambil gambar pun..Danish dah tak sabar nak buka. Moga kalian juga dimurahkan rezeki...amin..

Tuesday, June 14, 2011

Dari Penjara Taliban.....



Buku untuk minggu ini. Jeng..jeng jeng..kopak lagi duit aku. Tapi yang bestnya tadi aku dapat less.. harga sebenar buku ni RM26.00 pastu masa nak bayar, ringan ja mulut aku bertanya " ada less tak ? " ( sebenarnya takda iklan pun kata ada less , tapi asal nak bayar aku akan tanya walau dimana pun kedai buku) heheheh..maka..pakcik tu dengan riak muka yang tak dapat dibaca isi hatinya..mengambil kalkulator lalu mengira-ngira (lama juga dia kira ).." ok....RM 21.00 " heheheheh..aku suka..aku suka.. Jadi dapatla pengurangan RM5.00. Walaupun hanya RM5.00 dikurangkan..namun ianya lepas tuk aku makan tengah hari tau.

OK..kembali kepada buku ini..Tajuk penuhnya DARI PENJARA TAILBAN MENUJU IMAN..ianya mengisahkan Yvonne Ridley yang pernah ditahan di penjara Taliban selama 10 hari. Buku ini memaparkan pengalaman Yvonne menjadi tahanan Taliban yg digembar-gemburkan sebagai rejim yg paling sadis. Peristiwa dia di layan dengan baik sekali oleh Taliban telah membuka pintu hatinya untuk mengenali Islam yang sebenarnya.

Apabila Yvonne dibebaskan, beliau telah menggegarkan dunia dengan memeluk islam dan berjuang untuk menegakkan agama Allah. Kalau nak tau kisah sebenar yang terjadi,,jgn segan-segan pi kedai buku key. Pastu masa nak bayar jgn lupa tanya..ada less tak? hehehe..ok..seperti biasa..aku akan balik dan balut buku ini..agar sentiasa cantik dan berseri. Lupa nak cakap..Kertas yg digunakan dalam buku ini cukup cantik..siap ada gambar sekali..tupasal agak mahal, tapi berbaloi-baloiii..



Thursday, June 9, 2011

kEraNA Nora ELeNa

Ini peristiwa sedih di petang yang hening. Dikala aku diganggu emosi ketika Eid kembali menjenguk Elena..sian Eid..tapi tula...terlajak perahu boleh diundur..terlajak cakap dan perbuatan...sendiri mau tanggung la... Lepas tu..sebab aku dah terlampau kushuk menatap paparan TV tu..aku dah berjaya membuat semua botol susu Firas lebur. Aku terlupala..aku sedang rebus botol susu dia. Alamak...hancus semuanya..
Sepatutnya..semua botol susu tu aku dah tukar..dah 6 bulan pun aku gunakan. Tetapi..aku belum sempat gi beli yang baru. Jadi..disebabkan kejadian petang kemarin..automatik sudah menjadi wajib bagi aku membeli botol yang lain. sebelum ni..kebanyakan botol tu aku beli secara online yg jenis BPA Free .Aku beli sekali ngn set penyusuan susu ibu. Dalam hati..aku ingin mencari botol kaca..tetapi kat perlis ni susah sikit mau jumpa. Walaupun Botol tu diiktiraf sebagai BPA Free..tetapi sebenarnya masih ada kesan juga pada bayi yang menyusu.
Jadi..sebelum aku membeli botol yang baru...aku nak cari botol kaca..botol kaca..dan botol kaca. Ada yg cakap kat anakku pun ada..tapi botol kecil..kat alor star mall ada brand fifi...kalau brand nuk ianya pyrex..susah sikit nak pecah..tapi...takda la pula kat sini. Sejenis lagi botol yang dikatakan selamat..tanpa BPA adalah jenis stainless steel.Tapi yang ni harganya lebih mahal.. Okla..sekarang dunia hanya dihujung jari..aku nak search kat tenet dulu. So tata...

Nufnang