Friday, March 17, 2017

PART I : PENGALAMAN PEMBEDAHAN MEMBUANG HEMPEDU & MEDICAL CARD

11 Dec 2016 adalah salah satu tarikh yang terpahat dalam sejarah hidup aku apabila satu organ dalam badan aku ni dah dibuang. Hempedu aku terpaksa dibuang apabila doktor sahkan terdapat batu di dalamnya.
 Gejala yang aku alami, pada mulanya adalah seperti serangan gastrik.. sebab aku selalu kena gastrik. Jadi.. aku ingat gastrik. Makan actal, makan ubat cecair putih tu.. tapi sakitnya semakin lain macam. Time sakit tu.. aku rasa dada aku berat seperti dihempap batu besar yg amat berat.. paling kuat kesakitan adalah di sebelah kanan ulu hati , dan rasanya seperti sesuatu tembus ke bahagian belakang badan . Sakit yang membuatkan aku sukar bernafas dan dah tak boleh nak bergerak. Nak bercakap pun susah.. duduk tak kena..tidur pun tak kena, memang menangis dibuatnya. Bila aku buang air kecil.. perghh.. warna air kencing seperti teh O yang amat pekat. Amat menakutkan..

Ok, atas tu baru mukadimah.. jadi ni aku nak cerita dengan panjang lebar kisah awal terjadinya dan perihal urusan menggunakan medical card buat pertama kalinya.

Aku kena serangan sakit ni pada hari Khamis 8 Dec 2016 . Memula sakit yang ringan.. macam gastrik .. pastu sakit bertambah kuat. Aku cuma makan Actal, untuk gastrik .Selepas 2 jam lebih kurang..sakit pun hilang.  Keesokannya ..selepas sarapan.. aku diserang kesakitan yang amat sangat...kali ni aku makan actal dah tak jalan. Sakit semakin kuat, puas disapu semua minyak yang ada. Akhirnya, suami cakap..jom kita pi klinik. Sampai klinik, doktor masih kata gastrik. Bagi ubat sama..ubat yg selalu aku dapat. 

Sebelah malam, sakit dah kurang, tetapi satu badan rasa sakit. Satu badan rasa lemah dan bila buang air kecil, terkedu seketika melihat warnanya. 
10 Dec 2016 hari sabtu, selepas makan tengah hari, sekali lagi aku kena serangan yang teruk. Sakit yang membuatkan aku rasa , aku sendiri nak buka tempat yang sakit dang tengok apa yang ada. Kali ni aku sendiri yang ajak suami  segera ke klinik. Kami ke klinik lain pula.. Kali ni doktor minta nak buat scan. Scan cam ibu-ibu mengandung tu la..  
Sekali ..sah nampak ada benda putih di dalam hempedu. Saiz yang agak besar.. tapi doktor cakap batu yang ada kat dalam hempedu aku tu  seperti pasir. Agak bahaya, kerana batu tu boleh keluar dan merayap kat dalam badan aku melalui saluran hempedu. Untuk seketika , aku dan suami tak terkata apa... doktor direct to the point, jadi..kalau macam ni..ubatnya hanya pembedahan ja. Buang terus hempedu. Sekali lagi aku ngn laki aku terdiam. 
Doktor cakap, dia akan buat surat refer ke hospital. Kalau ke hospital kerajaan, aku  kena tunggu giliran . Maklumla, ramai yang nak di bedah kan. Tapi kalau nak cepat, dia akan rujuk ke hospital swasta.
Disebabkan aku ada insuran..suami terus cakap nak ke hospital swasta.
Jadi , haritu doktor klinik bekalkan aku dengan ubat tahan sakit. Selepas makan ubat tahan sakit, dapatla aku menarik nafas dalam-dalam. Kalau tak, proses menarik nafas juga amat menyakitkan.
Suami aku call ke KMC untuk cek samada doktor terlibat ada atau tak. Jadi selepas panggilan , kami dimaklumkan bahawa doktor bedah laparoscopic ada pada keesokannya iaitu pada hari ahad 11 Dec . Disebabkan kesakitan aku semakin kurang, maka aku pun bersabar untuk menunggu esok pagi. 


Ini adalah hempedu aku bersama batu. Disebabkan aku diserang kesakitan, maka batu tu dah bergerak kepada 2 bahagian. Yang bahagian atas tu..dah dekat dengan saluran hempedu. Amat bahaya kalau batu tu semua keluar.. Tinggal kenangan, aku dah takda hempedu...

11 Dec 2017

Awal pagi kami dah keluar dari rumah. Memula hantar anak-anak ke rumah mak aku dulu. Aku sendiri dah siap bawa beg pakaian, kalau doktor buat keputusan untuk bedah haritu juga..aku terima. Aku tak sanggup nak tahan sakit lagi.

Sampai KMC, terus daftar untuk jumpa Consultant Surgeon, Dr Manisekar K. Subramaniam. Aku orang pertama menunggunya. Sekejap saja, doktor dah masuk dan nama aku di panggil. Aku masuk dan ceritakan masalah yang dihadapi, doktor minta nak scan, dan memang sah.. ada batu yang sangat banyak. Dr Manisekar juga mengatakan batu aku dalam bentuk pasir halus. Setelah berbincang, kami setuju untuk terus dibedah.

Ok, bila aku setuju untuk dibedah, doktor terus tanya..ada insuran atau nak guna duit poket sendiri. Aku cakap ada insuran, doktor sambung lagi tanya, dah berapa lama aku ambik insuran ni.. jawapan aku.. dah menghampiri  1 tahun 4 bulan. Terus doktor geleng kepala.. waaa... kenapa... ? susah katanya. banyak kes yang dia jumpa, insuran tak nak cover sebab belum cukup 2 tahun  tempoh polisi. Kalau sakit biasa, takda masalah, tetapi kalau melibatkan pembedahan besar, dan jenis penyakit yang makan masa untuk dikesan , selalunya selepas 2 tahun baru insuran akan cover tanpa banyak cakap.

Hah , aku dan suami dah cuak. Tapi aku tetap serahkan medical card  kepada PA doktor  untuk urusan selanjutnya. Kami diminta menunggu seketika. Masa ni kami lepak di cafe kejap, aku hanya makan cucur sebiji dan minum sedikit air. Sebenarnya aku takut nak makan, sebab bila makan.. sakit datang menjengah. Last aku makan pukul 8.00 malam semalam.

10 minit menunggu, aku dapat panggilan dari bahagian kewangan mengatakan insuran aku decline. Alasan diorang adalah insuran masih baru. Batu di dalam hempedu memerlukan tempoh bertahun untuk terbentuk. Jadi, sah-sah la aku dan suami rasa frust. Aku terus call ajen insuran  , yang juga merangkap sahabat aku. Katanya dia akan terus hubungi Office untuk mengenalpasti penyebab utama decline dan cara bagaimana harus aku lakukan agar insuran boleh cover kos pembedahan tersebut. Tak lama menunggu, ajen aku call  semula dan katanya pihak insuran nak aku lakukan blood test. Berdasarkan keputusan ujian darah tu, diorang akan buat keputusan samada meluluskan atau still decline aku punya insuran.

Aku bersetuju dan  kami kembali ke bilik Doktor Manisekar, dan jelaskan kehendak pihak insuran. Jadi , Dr Mani arahkan PA nya untuk membawa aku ke bahagian blood test. Kat bahagian ni pun, takda orang lagi.. kejap ja menunggu..terus dipanggil. Staf yang mengambil darah aku tu..pergh..memang pro, sekali cucuk jer, terus dapat. Aku ni dah banyak kali lalui, kalau kena ambil darah di lengan tu.. mau lebam dulu..baru nak dapat saluran yang betul. Lepas ambil darah..kena tunggu lagi.. nak tunggu result darah dan keputusan dari pihak insuran. 

Sekitar jam 10.00 pagi, aku dapat call dari unit kewangan, mengatakan result darah aku dah keluar dan pihak insuran pula tetap decline. Kerani tersebut mengatakan pihak insuran masih dalam keadaan 50/50 samada nak cover atau tak pembedahan aku ni. Aik , kenapa pula jadi macam tu ? . 

Lepas dapat keputusan darah dan keputusan pihak insuran, kami minta untuk berjumpa doktor sekali lagi. Sebenarnya semasa pertama kali pihak insuran decline , suami aku dah buat keputusan akan menggunakan budged sendiri. Yang penting aku terus di bedah dan boleh kembali sihat. Huhuhu.. terima kasih abang.

Sekali lagi aku hubungi ajen dan maklumkan tentang keputusan pihak insuran. Lepas tu masuk jumpa Doktor Mani untuk  bincang tentang kos pembedahan dan lain -lain kos yang perlu kami tanggung. Anggaran yang diberikan oleh doktor adalah sekitar RM12 000.00 . 

Dah dapat anggaran harga, kami terus ke bahagian pendaftaran wad. Di sini mereka telah maklum bahawa kami akan membayar semua kos sendiri. Jadi deposit yang perlu kami bayar adalah 
RM 15 ribu. Pergh... berlahak  aku dengaq. 

Kes aku ni jadi  lebih drama apabila hari tersebut, semua bank samada di Kedah atau di Perlis adalah TUTUP . Manakala hari Isnin 12 hb, adalah Maulidur Rasul , bank masih tutup. Jadi, mana aku nak cekau RM 15K tu. 
Setelah berbincang di bahagian warded dan kewangan, akhirnya aku hanya bayar deposit sebanyak RM 4000.00 sahaja. Itu pun selepas menandatangani perjanjian untuk melunaskan bayaran sebelum keluar ward. Kami memang nak bayar..tapi masalahnya, bank tak buka. Kalau cucuk ATM pun.. memang tak lepas, melebihi had dibenarkan. Aku hanya boleh keluar pada hari selasa, setelah bank buka dan setelah kami membuat bayaran. itulah perjanjian yang kami buat dengn unit kewangan KMC.

Setelah macam-macam dugaan, ajen aku call dan maklumkan pihak Insuran akan bayar segala kos pembedahan selepas mereka menjalankan siasatan terlebih dahulu. Diorang takut aku cuba menipu iaitu sakit sebelum ambik pelan insuran tersebut .Pendek kata, diorang nak tengok hasil pembedahan aku nanti, saiz batu dan lain-lain. Jadi bedah dulu, baru ada keputusan samada lulus atau terus decline. Maka selesailah sudah urusan nak masuk ward dan cabaran nak menggunakan Medical Card.
Pergh...baru urusan awal, dah panjang berjela. . Disebabkan panjang sangat...aku jadikan ini Part I . nanti di sambungan Part II aku ceritakan pengalaman di bilik bedah, pantang selepas pembedahan , dan berjayakah aku nak klim Insuran tersebut.. sekian.


 Bilik 417 KMC

Klik sini utk Sambungan seterusnya..


Thursday, March 9, 2017

ENTOPIA PULAU PINANG

Jom kita ke Entopia. Dulu Entopia ni dikenali sebagai Taman rama-rama.. Tapi lepas diorang buat renovation , semakin besar.. dan semakin cantik.. maka nama pun dah berubah menjadi ENTOPIA. Tempat,  masih di tempat yang lama .

Seperti biasa, aku sukakan perjalanan bermula di awal pagi, supaya kami punya lebih masa untuk meronda , untuk melepak seketika dan pelbagai agenda lain yg akan terjadi ketika dalam perjalanan. Iaitu mungkin sesuatu di luar perancangan. Walaupun Penang dekat, tetapi, jadual perjalanan mesti disusun terlebih dahulu. Maka, pada sebelah malam.. beg pakain dah siap masuk dalam kereta.
Lebih kurang jam 7.45 pagi, kami bertolak dari rumah. Alhamdulillah... jadual pertama berjaya di laksanakan.
Firas buat permintaan .. kali ni dia nak naik feri pula ke Pulau Pinang ..ok.. permintaan berjaya ditunaikan. Jam 9.30 pg lebih kurang..kami sampai terminal feri. Lepak lama juga..sebab nak tunggu feri.

Sekitar jam 12.00 tgh hari kami sampai Entopia. Singgah makan nasi kandar sesiap..sebab nak lepak lama kat dalam ni kan..

Sebelum masuk.. kenala beli tiket. Sebenarnya, tiket boleh dibeli secara Online juga .tiket online entopia klik link tu kalau nak beli secara online dan lain-lain  maklumat.

Inilah rupa tiketnya. Pakai di lengan.. dudukla kat dalam ni sampai diorang ligan suh korang keluar.

Masuk ja..terus pemandangan cam ni.. apalagi..bergamborla dengan sepenuh hati.

Ini Pelan dalam entopia. Keluasan di dalamnya berganda dari dulu. Lebih luas dan lebih banyak maklumat yang disediakan. Jadi.. aku ada sedikit pendapat yang aku nak syer . Ini pendapat peribadi aku la. Di dalam Entopia ni.. memang banyak maklumat yang korang boleh dapatkan..dan ianya perlukan masa untuk pembacaan dan penelitian. Setiap serangga dan haiwan yg ada dalam ni..ada penerangan yang jelas. Jadi..kalau korang masuk sini dengan anak-anak kecil..anak-anak yg belum boleh bersabar dan belum boleh memahami serta tidak berminat pada serangga.. aku rasa macam agak merugikan dengan harga tiket yang telah korang bayar. Kami habiskan masa kat dalam ni hampir 3 jam.. memang best bila banyak yg nak di ambil bab.. Aku tengok yg bawa ank kecill semuanya jalan laju-laju..sekali pandang ja..sebab anak dah merengek ..dah lapar dan sbgnya.  Jadi..aku cadangakan..kalau nak masuk sini.. pastikan anak dah bersedia..dah memahami..dah kenyang..dan korang sendiri bersedia untuk bersama-sama dengan anak bagi menerokai satu ilmu baru yg ada di sekeliling diorang.

Selepas meronda sekejap.. 3 beranak ni meneliti kembali peta yang di ambil di pintu masuk tadi.. Takut ada yang terlepas pandang. Kami masuk sini dah  tengah hari.. jadi..kalau di ruangan yang takda aircond..dah mula rasa peningkatan haba.Jadi..cadangan aku.. masukla di waktu pagi.  Kat dalam ni..ada tandas dan ada cafe kecil. Jangan risau.


Bunga ni..dah lama aku tak nampak. Dulu masa kecil, aku panggil bunga ni, bunga rama-rama. Selalu aku masukan dalam Al-Quran atau dalam buku teks yg tebal. Sangat wangi.. dan apabila kering..dah serupa rama-rama.. terbang di tiup angin.
 Escalator ni pula menuju ke Pandora Forest. Tinggi sungguh letaknya..

Inilah Pandora Forest. Lukisan ni semua nampak timbul dan hidup. Sangat menarik..

Ini Nenek nyamuk.. 

Disebabkan anak-anak aku tahu..yang aku ni sesangatlah anti dengan lipas.. maka..diorang pun nak la sesangat bergambar dengan lipas yang tak hensem ni. Tetapi.. diorang tak tau..aku sebenarnya bencikan si lipas yang bersayap tu. yang ni takder sayap..jadi..takleh terbang..so releks ler... Ibu tak ngeri pun.. kekeke..
Masa kami hampir nak keluar dari sini.. dah ada segerombolan kanak-kanak sekolah yang sedang buat lawatan. Pergh..memang riuh dan kami dah tak boleh nak meneliti dengan kushuk dah setiap bahan yang disediakan. Diorang main serbu serentak kat setiap tempat.. habis makcik-makcik ngn pakcik-pakcik kena mengalah. Sesangatlah exited kekanak tu semua. 

Hampir jam 3 petang, kami keluar dari entopia. Terus kami buat keputusan untuk chek-in Hotel. Aku dah la belum sihat sepenuhnya, lama pula berdiri kat dalam Entopia tadi, jadi, kat dalam otak dah terbayang katil hotel. Kali ni kami lepak di  Bay View Batu Feringghi pula. Jom..kita lepak dulu..


Nufnang