Thursday, March 5, 2020

CAMERON HIGHLAND 2020

23 Februari 2020 , kak pi jenjalan .. bos yang drive.
Jadi kakak lepak ja kat ruang penumpang belakang, acah-acah datin terbuang. Kalau bos baca karangan ni.. harap bos bawa bersabar yee.. hehehe..
Kak kena pi kursus sebenaqnya, pastu.. nak jadi cerita.. naik nama kak sorang ja dari Perlis. Laa.. tak aci la gini dik non oi..
Tup -tup.. Allah permudahkan jalan cerita kak.. Bos dan sorang lagi pegawai pun kena ikuti bengkel di tempat dan tarikh yang sama. Alhamdulillah.. horey..horey.
Dengan muka paling slumber, akak pun menyusun bahasa 
" bos, saya tumpang sekali boleh ?" 
aku rasa bos tak sampai hati nak menolak kan.. bos bagi signal.. ok clear.. jom join sekali.
Maka.. akak pun boleh tidur malam sebab takyah pikir nak jem atas jalan dan sebagainya. Tambahan wabak coronaviruse semakin menular kan. Jadi sesungguhnya kakak agak risau nak naik kenderaan awam..

 Perjalanan kakak bermula dari Simpang 4 Perlis, dan tempat menunggu kami adalah di Tol Pendang. Sebab bos kak orang sana. Sian bos, setiap hari berulang dari Pendang ke Perlis.. Jauh tauu.. Semoga dimurahkan rezeki bos, dapat pindah tempat yang lebih dekat dengan rumah.
Gambar atas ni.. tak lain dan tak bukan, RNR Gurun..
Sesungguhnya.. entah berapa ratus kali akak singgah RNR Gurun, akak tak penah lepak dan makan kat pondok ni lagi. Jadi , rezeki kami, di paksa picnic kat sini .. hehehe...
Pegawai kak yang sorang ni siap bawa bekal. Spagethi di masak oleh chef. Anak dia chef .. jadi.. tak baik tolak rezeki kan.. Kesian la chef, balik kg niat nak bercuti, sekali kena paksa masak pepagi buta. Dah tu, chef bising sebab bahan tak cukup lengkap. Jadi, pegawai akak cakap pada anaknya, tak kisah la cukup atau tak .. yang penting spagethi tu kena siap dan sedap !!.
Haa..amik kau.. nasib mak aku tak paksa camtu... sebab ..mak aku tau..aku bukan cheff... hehehe...
 Maka apa jadi, asal orang lalu nak masuk RNR, kami jadi perhatian. 
Ohh.. malu plak kakak.. pastu..garfu plak takder... ko tahu..makan spagethi dengan jari.. hehehe... belengasss. Takpalah... itu rezeki dan stail  kami pada hari tersebut kekeke...
 Ok, alkisahnya...perjalanan nak naik ke Cameron ni langsung takda dalam senarai sunat atau wajib. Tujuan wajib, cuma kena sampai ke tempat latihan dan check in bilik. Tetiba ada plak tujuan Harus... nampak ja papan tanda Simpang Pulai, terus bos aku cakap, jom kita naik Cameron.. 
Wah.. biaq betui, terkesima Datin kat belakang tau.. 
Bos tanya lagi... nak tak ?
Well... kami kan penumpang.. stereng bos yang pegang.. berani ko cakap tak nak !!
Maka, aku pun cakap.. saya ok ja.. sebab bos yang drive.. heee.. ( sebenaqnya dalam hati..memang nak pun... hahaha )
Apabila bos mendengar jawapan yang hampir positif cam tu..maka sampai ja susur keluar apa lagi..berdesum lah kami . 
Maka aku dengan bangganya wsupp cik suami, Abang, bos ajak naik Cameron.. dengan icon senyum nampak gigi garham tu.. hehe..
 Bos memang laju, laki aku pun tak selaju ni bawa naik Cameron. 45 minit, kami dah sampai kat sini.. singgah ambik gambar dulu. Inilah padahnya kalau sependapat. Asal ada tempat menarik, pasti bos tanya..nak berhenti dak ?

Cameron tak banyak berubah dari last aku sampai, tahun 2019. Cumanya, bukit gondol yang semakin menyerlah dan lapisan bumbung putih ada di mana-mana bahagian bukit yang telah di teres. 
Pastu, memang tak dapat di nafikan, kehadiran warga asing sebagai pekerja buruh yang semakin bertambah. Apabila di lihat suasana sekitar, terasa seperti aku berada di kawasan tanah tinggi luar negara. Oppss .. lupa..aku belum pernah sampai luar negara kecuali Thailand. Hahaha...
 Suhu pun tak lah sejuk sangat, cumanya bila sesekali diterpa angin.. tersedarlah yang aku betul-betul dah sampai atas Cameron. Kami sampai kat atas sekitar jam 1.45 petang.
 Bunga-bungaan ni memang boleh menjentik hati para muslimah. Akak pun tergoda.. tapi, budged yg akak bawa..cuma utk ke kursus.. Alhamdulillah... selamat duit...
 Geram la nengok..semua segar-segar. Rasa nak beli, tapi sapa nak makan banyak-banyak. Kursus 3  hari, makanya kalau bawa balik kampung, dah boleh jadi jem masam  dah. Jadi jamu mata dah, pastu paw  pegawai yg beli.. hahaha... buruknya perangai !




Kalau kat kg aku, tak naknya aku ke pasar time panas cenggini. Boleh jatuh pengsan sebab kepanasan. Nasib sini cool jer... 


 Kami angkut yang ni jer.. sebab tahan lasak kan.. dengan harapan akan bertahan sehingga kami balik kursus kelak. Makan panas-panas kat sini..pergh...memang manis.

Lepas berjaya angkut beberapa barang yang di jangka mampu bertahan selama 3 hari, maka kami pun mengundurkan diri . 
Jadi sekitar jam 4 petang kami dah berjaya menyambung kembali perjalanan yang tergendala tadi. Kami turun ikut Tapah, kalau turun ikut Simpang Pulai , dah seperti berpatah balik pula.Kami nak menuju ke arah Putrajaya.
Selama dalam perjalanan ni, kami bertiga langsung tak tersedar berkaitan peristiwa besar yang berlaku di dalam Malaysia. Perdana Menteri ketika itu dah meletakkan jawatan. Nampak sangat bertapa enjoinya kami. Terputus terus hubungan dengan dunia luar. 

Aku ada satu kisah nak syer ngn hampa.. biasalah aku,,kalau takda drama.. tak best..
Malam kedua di tempat kursus, sekitar jam 9.30 malam, bos aku cakap dia lapar , dan ajak kami keluar makan. Ok Bos, i follow u.
Maka , menjamu seleralah kami di Satay Kajang Haji Samuri.. rasanya ini kali ke-2 aku makan kat sini. Tetapi..kalau nak di tanya pendapat peribadi aku la.. aku lagi suka satay sekitar Sungai Merab. Kat situ banyak kedai makan..dan kebanyakan ada juadah satay. Saiz besar dan daging yang lembut serta lebih berperisa. Dapat 5 cucuk satay.. dah boleh lena malam dengan nyenyak dah..
OK.. kembali kisah drama aku tadi. Sebelum masuk semula ke kawasan penginapan, bos berhenti di sebuah kedai runcit, nak beli air katanya. Jadi bos turun dulu.. kemudian baru lah aku pun ikut sekali, maka tinggallah sorang lagi pegawai di seat penumpang hadapan.
Lepas saja aku habis membayar, aku pun keluarlah dari kedai.. sekali kereta tak ada laa !!!! Pandang kiri ....kosong...pandang kanan..sepi..hanya debu-debu jalan beterbangan...aiyooo yooo ... bos dah tinggalkan aku !!!... hahahahaha....
Nasib tak sempat berpeluh jantan lagi, aku terus cari tipun, sebab nak call bos. Cari -punya cari, baru aku sedar, aku teringgal hand phone kat dalam kereta.. Nahh.. ambik hang ..drama di tengah malam pulak..
Aku tak gabra... tarik nafas..dan lepas.. sebab tempat penginapan aku tu..seberang jalan ja.. hehehe...
Dari kedai tu, aku dah boleh nampak guard menjaga bangunan kami . Tetapi....jalan di hadapan aku adalan jln 2 lane. 2 lane ja pun...hee... tapi takut nak lintas..... Ha..ha..ha.... kereta masih menderu-deru... ok..aku mula berpeluh dara dah.. kekeke..
Aku ni..selain masalah dengan lipas yang bersayap tu.. aku juga bermasalah nak melintas jalan...
Dalam otak , aku dah mula plaining perjalanan pulang ke tempat penginapan.. dengan kaedah jalan kaki.. Tunggu kereta slow..aku lari laju-laju.. ok..
Tak sempat aku nak membuka langkah..aku boleh nampak sebuah kereta keluar dari pagar kwsn penginapan.. dan ada seseorang menghulurkan kepala keluar dari tingkap pemandu..sambil melambai lambai dan menjerit... TUNGGUUUUU !!!! TUNGGUUU!!!!!! HAHAHAHA... bos aku dengan isyarat yang jelas..rasa bersalah....kekekekeke.. aku dah mula tersengeh.. pekerja kedai yg sedang kemas barang pun perasan..dan soal aku.. Kenapa kak ? hehe.. aku seyum ja ..tak sampai hati nak habaq aku kena tinggai.. kekeke..
Maka menantilah aku di situ..sehingga bos buat u -turn .
Masuk ja dalam kereta.. kami gelak tahap gegar vaganza. Pegawai aku cakap..masa bos masuk dan drive kereta..dia sedang baca wsup..jadi tak pasti aku dah naik atau belum. Bila diorang dah masuk kwsn penginapan..baru sedar... aku tiada di dalam keretaa... hahaha...
Aku rasa bos sedang pikir masalah negara..tu sebab dia langsung tak perasan bahawa aku mengekorinya turun di kedai tadi..
Apa pun.. Bos..terima kasih. Dah berjaya mencipta memori bersama pulak..

Ok.. sekian bab cameron.. nanti aku sambung kisah percutian di Perak semula.. Kita pi rumah Mak cik Kelly key..

No comments:

Nufnang