Monday, September 7, 2020

PULAU LANGKAWI DI MUSIM PKPP

 Assalamualaikum... 

Jom.. pi Langkawi . Tapi, aku pergi atas urusan kerja.. jangan nak ngada-ngada sangat. Pi dengan Bos . Tahun lepas bos lelaki, tahun ni.. bos perempuan. Jadi bila perjalanan dengan bos perempuan, dan tempat tujuannya adalah diketahui umum sebagai tempat shoping, maka aku adalah verangan sikit. nak beli chocolate jer...

Disebabkan perjalanan kalini adalah di musim PKPP, maka pasti banyak perbezaannya. Pertama sekali adalah tiket Feri. Kekerapan feri berulang alik adalah sangat-sangat kurang. Kalau dahulu, sampai ja kat jeti terus boleh beli tiket, pasti ada. Tetapi sekarang, kalau terlewat beli, berkemungkinan dah habis.. terutamanya jika cuti hujung minggu atau cuti persekolahan. Jadi..  adik-adik semua jangan la susah hati.. jagan la duk berangan nak berenang ke Langkawi pulak.. kita beli ja tiket online.. Horeeyyyy.. Mudah , pantas , cepat dan tak yah berenang !!! .


Google je Tiket feri Langkawi, maka dia pun akan munculkan dirinya seperti di atas. Nak buat pembelian tiket online ni sangat lah mudah.. memula login.. pastu isi ja segala permintaannya, dan pastikan alamat email yang diberi adalah aktif.. sebab nanti tiket akan di hantar ke alamaat email yang di beri. Dan.. satu lagi..sebenarnya boleh juga menggunakan Apps. Download ja dari google play atau app store, sangat mudah .

Setelah berjaya, tiket seperti di atas akan di emailkan kepada adik-adik sekalian. Jadi dah boleh mula tersenyum gumbira dan feeling -feeling sedang mendengar deruan ombak di Pantai Chenang.. 
Untuk pengetahuan adik-adik sekalian, tiket ni tak perlu di cetak pun.. Nanti semasa nak lalu mesin pengimbas tiket tu, cuma scan ja di HP. Nak lagi mudah, zoom ja QR code bagi besar dan screen shoot QR code tersebut. 
Aku belikan untuk bos sekali, jadi selepas dapat tiket tu.. terus ja wsup pada Bos. Tapi.. bos aku tak yakin , dia nak print juga tiket ni. Dia cakap lagi mudah.. Ok..print pun tak salah.. mana mana kaedah yang hampa rasa mudah dan memudahkan, opss.. hampa la pulak.. 😁


Feri kami adalah trip yang kedua untuk hari itu jam 10.30 Pagi. Bagi tarikh perjalanan yang kami pilih 8 Julai, hanya 4 trip feri tersedia untuk ke Langkawi. 
Kami keluar dari pejabat lebih kurang jam 9.45 pg. Sesampai ja di sana, aku membayangkan , mesti suasana akan lenggang. Tetapi tidak, rupanya semangat juang warga Malaysia untuk bercuti adalah sangat tinggi. Ramai beb... aku dah risau.. kalau kalau ada antara kami yang membawa COVID-19. Tapi aku pakai mask, dan senjata pembunuh bagi maklukh pembunuh itu telah aku siapkan di dalam beg.. boleh spray satu body.. hahaha..
Gambar di atas aku ambil semasa sedang menunggu bos ke tandas.. Nampak tak.. bilangan manusia. Penjarakan sosial pun hilang entah ke mana, walaupun di kerusi ada di tandakan untuk penjarakan. Jadi kami relaks kat lorong tandas ni, tak berani nak terjah keramaian manusia . 
Apabila pintu gate di buka, maka kami pun bersama -sama mereka memeriahkan suasana. Walaupun aku cuba menjarakkan diri dari orang hadapan, tetapi..orang belakang pula datang menghimpit. Hemm... habis camna.. aku anjak sikit ke hadapan, habis, aku pulak yang dah langgar aturan SOP. Bos aku pulak.. dah la kecik...makin kecik aku tengok dia terlindung di sebalik warga Malaysia. Sabaq jela bos.. heheh..

Semasa aku menunggu giliran , aku ditemani suara meriah 2 orang kanak-kanak kecil comel. Mungkin berusia sekitar 4@5tahun. Diorang berdua suka datang menjengah di tangga ni. Adoi... risau acik tengok.. Lepastu jerit-jerit " Mummy ada ikan !...ada ikan !! ikan besarrrr !!!.. " . Ok anak-anak berdua, hampa berjaya buatkan acik pun jenggukkan kepala nak tengok ikan apa ada di situ.. huhuhu.. acik tak nampak apapun... Acik kena Tipu Laaaa.. hahaha.. 

Bagi yang membawa banyak beg dan bekalan, boleh ja sewa troli ni. RM 2.00 sekali guna. 
Itulah feri yang akan kami naik. Bos aku cakap, bleh memuatkan hampir 500 orang. Pergh... ramainya.. Aku percaya kata-kata dia..sebab dulu dia bekerja di Cawangan Langkawi, memang setiap minggu berulang.
Seat kami no 224 dan 225 iaitu di bahagian tengah Feri. Tak dapat nak duduk tepi tingkap. Jelesnya akak.. Kat dalam feri, aku tengok ramai ja yang tak pakai Mask. Anak-anak kecil saiz baby pun ramaiii... Alahai.. Semoga semua dilindungi dari segala penyakit merbahaya.
Alhamdulillah, perjalanan tenang, cuma sekali 2 di badai ombak dan bertapa riuhnya di dalam feri apabila kanak-kanak menjerit ketika feri ke atas dan kebawah. Diorang bukan menjerit sebab takut... tetapi seronokk.. katanya macam naik roller coster. Alahai anak anak oi... indahnya minda hampa.. Acik gayat sikit tau... sikit jaaa... hehe..

Sesampai ja ke Jeti aku terus call driver datang ambik . Terus ke Pejabat, menguruskan segala tanggungjawab yang diperlukan. Selepas selesai urusan tersebut, bos cakap dia nak pergi tengok pinggan lerr.. Aiyo, aku tak masukan dalam list pun. Sebab aku tak suka nak mengangkat benda benda ni naik turun feri. Tapi , berani ko lawan cakap bos.. hahaha.. 
Lagipun tiket feri kami untuk kembali ke Kuala Perlis adalah jam 3.00 ptg. Kami masih ada lebih kurang 1 jam masa berbaki. Dalam masa yang berbaki tu...sebenarnya tak sempat membeli pun.. nak makan, nak solat semua dalam tempoh masa tu .. Tapi..seriuse ...memang menggoda bijik mata laaa... Semua cantik. Kalau nak shoping macam ni..memang kena datang bawa kereta sendiri. Senang, takyah nak hangkut berat berat naik feri.

Selesai urusan membeli cokelat untuk geng pejabat dan untuk diri sendiri, siap makan tengah hari dan solat di pejabat cawangan Langkawi, kami terus ke sini. Kembali ke Jeti Kuah.
Ruang menunggu yang luas dan selesa.

Di Jeti Kuah pun ada surau . Selepas chek in, boleh nampak surau dan tandas di sini. Aku pernah gunakan surau yang tersedia, alhamdulillah kemas dan bersih. Telekung pun ada, cermin besar pun ada.. bagus.. memahami naluri wanita.. hahahaha.... 

Ok.. Ni tiket balik kami . Nampak tak no seat yang kami dapat ? 305 & 306.. 
Inilah Feri yang kami naik.. nampak macam kecik kan. Sebenarnya di bahagian perut feri.. yang warna biru dan tiada bertingkap. Di situlah aku dan bos berada . Berdoa sepanjang jalan agar tiada ombak yang membadai.Untuk seketika, dunia ku gelap gelita, hanya mengharapkan sinar dari sang neon, Oh dugaan apakah ini ? 
Hemm.. stress wei, pertama kali aku kena duduk dalam perut feri yang tiada bertingkap.Macam di dalam gua yang diwarnakan dengan warna putih .Jadi kata-kata bos bahawa ferini boleh memuatkan hampir 500 orang adalah benar. Dia tak tipu.. 
Penumpang sangat ramai.Paling aku kasihan adalah pada bayi kecil yang mula merengek apabila berasa terkurung dengan suasana yang agak panas. Apabila feri mula bergerak, aku rasa macam berjalan di atas air laut... hahahaha.. Ngeri wehh.. 
dalam hati asyik berdoa ja.. jangan lah hujan..takut laut berombak. Kami yang berada di bawah sekali akan merasai kesan yang teruk. Kalau ada yang jenis claustrophobia , memang tak di sarankan berada di bawah ni.
Jadi, kalau korang nak pergi langkawi melebihi 3 hari, aku sarankan bawa ja kereta naik RORO. Tiket untuk pemandu adalah percuma. Penumpang ja kena beli. Harga adalah bergantung pada CC Kenderaan. Jadi, kalau nak jimat, bawa ja kereta yang CC rendah. Senang hati nak shoping di Langkawi. Tak perlu berasak - asak untuk naik dan turun feri. Ko tunggu ja dalam kereta.
Ni link RORO untuk harga dan maklumat berkaitan kalau nak bawa kenderaan sediri ke Langkawi.
Untuk Feri biasa, Feri Langkawi ini linknya. Beli tiket awal untuk elakkan kena lepak 1 jam kat dalam perut feri. Terutama yang ada anak kecil, beli tiket awal. Satu kerugian jika anak-anak tak boleh melihat pemandangan laut dan pulau-pulau semasa dalam perjalanan ke Pulau Langkawi. 
Jadi sekian cerita simple dari akak. 
Oppss.. sebelum terlupa , nak bagitau.. kepada anak-anda yang membawa kanak-kanak naik feri, bersedialah.. ada jualan janjan yang berbagai jenis.. hehehe.. pekerja feri akan tolak troli makanan ringan  slow-slow gitu, Apabila ada ja budak bersuara.. nakkk... maka diorang terus berhenti.. bagus diorang berniaga. Yang pening mak bapak la.. hahaha.. sebab tak nak bagi anak menagis dan riuh rendah dalam feri.. terpaksa lah layan jugaa.. nasibla ... maka...
Selamat Bercuti dan jaga Kesihatan diri serta keluarga.

No comments:

Nufnang