Wednesday, November 19, 2014

PADANG BESAR & EMAS KERAJANG ( FREE DUTY ) PERLIS

Yey.. akhirnya aku berjaya !! berjaya dan berjaya!!! mengambil gambar di  Padang Besar... hakhakhakha... hek  Eleh..ingatkan apa tadi... wooo... susah tau aku nak bagi perhatian ambil gambar kat padang besar. Bila sampai sana..mata aku berpinau tengok pin tudung yg berbagai tu. liplapliplap..belum masuk lagi bab kain baju, pinggan mangkuk dan barang kemas pun ada tau... Korea mari beb.. org cakap padang besar punya emas.. made in korea punya..tahan lama... warna emasnya lambat luntur.. jadi kalau nak beli Tanya la yer..emas Korea ker ni ? heheheheh..kalau korang kena tipu..jangan salahkan aku...
Aku pernah beli.. gelang kaki.. cun.. org jual tu cakap..Emas Korea.. wah.. tak dapat pi korea..beli kat Padang pun oklah. Dan aku pakai..ermm..boleh tahan la..lama juga warna emas tu baru hilang. Dan ketika gelang kaki tu terputus..warna emasnya masih ada.. so..bagi aku..aku puas hati gila. RM15.00  jer pun.tak puas hati saja la tu.. Sekali pandang...dua kali pandang..memang macam emas Ori.. Jangan tak caya.. isteri-isteri bos-bos aku yg besar-besar..kalau datang Perlis..diorang akan angkut emas Padang Besar. Kata diorang.. seronok pakai tukar-tukar design setiap kali majlis.. dan kalau hilang pun..diorang tak kesah.. ooo...gitu sebenarnya.
Sudah..jgn cakap panjang..jom layan gambar.. aku snap sampai free duty...minyak Wangi laa...
 


 Dah nak sampai Padang Besar... Area ni banyak Lori Besarr
 Sampai sini.. terus singgah basahkan tekak kat gerai dulu.. bukan sebab dahaga pun..tetapi..kami sampai awal..gerai belum buka habis lagi.. hahkhakhakah..
Ini baru gambar 1 gerai.. kat dalam ni ada..banyak gerai ..berapa ? entah aku tak pernah kira berapa gerai.. mata aku Nampak apa yg diorang jual jer.... liplap...liplap.. boleh pasang semua ni kat tudung tak ?

Aku tak tergoda sangat dengan pakaian.. Jersi pun banyak kat sini..

Yang ni.. produk kecantikan. Ori atau Tak ? aku tak tahu..tetapi harga memang murah banyak.. kalau yg RM160.00 tu..tinggAlla dalam RM 140.00. Banyak yg fames kat Malaysia ni...ada di jual disini. Bagi sesapa yg gila produk kecantikan ..memang boleh nagis bila tahu harga yg diorang jual. Aku try risik pada penjual..katanya ori..stokis bagi murah sebab diorang sesame peniaga berpakat ambil serentak.. jadi dapat harga murahhhh... entahla..  terpulangla korang nak percaya atau tak.

Ini makanan penambah berat badan. Nampak macam kecik-kecik jer..takda efek kat body..tapi kalau tiap hari ngadap ni..memang boleh tambah lemak cute oo.. Aku suka beli biji gajus bakar..waa...marbeles.. lepastu boleh kentut dendiam... hahahahha.. kalau aku makan biji gajus bebanyak.. memang aku rasa kembung perut. Tapi sedap..makan dulu..sakit tanggung kemudian. Pergh ..ayat tak sedar diri.. bila sakit..sibuk nak ngadu kat suami.Buat muka sekupang. Hehehehe..

Lepas habiskan separuh dari duit yg korang bawa kat Padang Besar..pi usher kat Emas kerajang pula.Minyak Wangi..murah sikit dari pasaraya la.. Kalau nak masuk sini..tak perlu passport atau apa-apa..

 Korang masuk ja ikut sini.. bila nak lalu tu cakap la kat encik kastam & Imegresen..nak pergi Free Duty.. So..lambai-lambai tangan..tekan minyak keta sikit..dah pun sampai.
Jadi..jangan buat-buat terlajak ke Hadnyai key. Kalau nak lajak juga boleh..bawa ja Pasport sekali.
Minyak wanigi kat free duty ni murah la dalam RM20.00- RM30.00 ringgit. Tetapi..kalau diaorang buat sale.. lagi murahla. Dari info yg aku dengar 01/12/2014 ni ada sale kat sini. Harga cokelat pula.. okla.. tapi aku lebih suka cokelat di Langkawi ..
Jadi.. Mai la Perlis... Jalan - Jalan makan angin. Cuti sekolah tahun ni..aku ada misi.. pusing Perlis dan ambil gambar untuk tatapan kengkawan semua kat blog nih. Boleh jadikan rujukan dan glamer kan Perlis lagi. Perlis Indah Lagi Permai... cewwahhh.... 
 I Love Perlis.. I Love Malaysia.
 
 
 

Tuesday, November 11, 2014

ZOO TAIPING , MUZIUM TAIPING & TAMAN TASIK TAIPING PERAK

Memula..aku fikir aku nak buat entry berasingan bagi Zoo Taiping dan Muzium Taiping , tetapi disebabkan aku yang kesuntukan masa.. maka timbulla tajuk di atas. Aku  gabungkan sekali kisah di sana.
Hari pertama kami bertolak terus ke TELUK BATIK untuk menjayakan sambutan hari keluarga. Di sana kami menginap di MARINA COVE RESORT .  Keesokan harinya kami sekeluarga bergerak ke Taiping. Di Taiping kami lepak  kat KAMALODGE RESORT, memang best di sini. Jadi..semasa lepak kat sinila kami meronda sekitar Taiping. Menikmati keindahan Alam ciptaan Allah. Last aku sampai ke Taiping pada tahun 2010 semasa sedang mengandungkan Firas. Time tu kami lepak di TAIPING GOLF RESORT . Jadi selepas 4 tahun..kami kembali lagi ke sini.



Suasana di Muzium Taiping





Anak -anak aku seronok tengok kereta ni sebab spare tayer duk kat tepi.

Jenjalan dalam Zoo
 Ok.. Harga Tiket

 Orang utan

Entah manusia mana yg buang sampah kat dalam kandang ni, sungguh tak prihatin. 

 Lepak di Taman Tasik sambil Makan Ais krim


Telah berkali-kali aku ke Taman Tasik Taping, dari zaman aku masih kekanak comel..sehinggalah dah beranak dua, namun suasananya masih tetap aku rindui. Pokok-pokok  besar yang berusia melebihi umur aku masih gagah memayungi sekitar tasik. Rezeki kami pula haritu, ramai sekali pasangan pengantin yang sedang bergambar. Semoga keindahan dan kedamaian yang sedia ada di sini akan terus kekal dan terus di lindungi dan dapat dinikmati oleh generasi yang yang akan datang.

Monday, November 10, 2014

Masa Berlalu

Jenuh aku mencari masa nak update blog dalam bulan nih. Masa aku penuh ...  dasyat sungguh. Tapi bile cek balik kalender..rupanya dari bulan September sampai Oktober.. aku ada banyak due date yang nak kena ikut. Patutla aku rasa masa berjalan dengan laju ja.  Aku dah tahap berlari..tapi masa pula dah tahap memecut. Tetapi Alhamdulillah.. walaupun masa berada di tahap memecut..akhir sekali aku tetap mampu mengikut due date yang dah diberi.

Kalau kerja harian biasa tak termasuk dalam jadual aku..memang due date semua ni takda masalah.. sure aku boleh laksanakan dengan tenang dan boleh sembang-sembang lagi. Tetapi..kewajipan tugasan yg lain.. wajib aku selesaikan. Masalah sistem..aku ada 3 sistem utama..VIS, GIS & SPDDS. Sistem Kewangan pula...ESPKB, e-Perolehan & e-Terimaan. Segala masalah PC, Printer, Server.. aku jugak yg kena.. dah memang kerja aku..tetapi..Mesin Fotostat rosak pun aku kena jugak ? dan nak baca bilangan Photostat mesin pun aku jugak.. mesin faks tak jalan..aku juga kena...dan letrik tetiba takda kat tempat pun..aku jugak ??? aik.. apa koja aku nih ??? .
                            

                             

Tu belum lagi dikira kerja-kerja lain lagi yg dah tersenarai dari bos.Tengah pening pikir masalah PC..tetiba bos panggil..nak data ..ala..nak data..macam-macam pulak..pastu..kes berlambak nak daftar ke sistem jabatan ..urgh...memang aku makan sambil ngadapa PC la jawabnya....tetiba rasa....WAAAAA !!! AKU NAK CUTIIIII ... tapi tak boleh..kalau aku cuti...sapa nak buat keja aku..masuk keja..aku jugak yg kena.padanmukaaku !!. Kat sini..aku sorang ja title F... jadik..pahit manis tanggung sendiri la..


Tapi adatla bekerja.. ada pahit dan ada manis..cabaran kekadang menjadikan aku lebih sabar dan masalah yg timbul adalah sebahagian dari ilmu yg aku perolehi. Ada hari tenang..ada hari aku terpaksa berlari dan melompat. Sesudah selesai.. rasa syukurnya.. Allah sentiasa memberikan aku Ilham untuk menyelesaikan masalah yg timbul. Yang penting..hati sentiasa ikhlas dan tidak membandingkan kerja kita dengan org lain...pasti rasa gembira dan kita pun muda selalu..kekekek....

Minggu ni 12 bijik PC baru akan di setup..dan bila PC baru di setup..maka aku pun takan boleh duduk diam kat tempat. Aku kena pastikan semua pc link dengan network, semua pc kena install sistem wajib lam office ni, siap install keperluan mengikut user.. dan yg akan membuatkan aku lebih pening kepala..adalah user error. Adoi..  Staff kat sini tak ramai yg pernah guna Windows 8. Jadi.. korang bayangkanlah apa yg akan terjadi. Dari segi sistem pula.. tak semua yg akan mesra dengan Win 8 ni.. hai..masakla la aku... kekekekeke .



Nufnang