Thursday, April 28, 2022

HOTEL SEAVIEW PULAU LANGKAWI

 Assalamualaikum,

Jom sambung kisah di langkawi. Untuk makluman, sebenarnya Seaview adalah hotel pertama yang kami terjah apabila sampai di langkawi, tetapi saja ja aku post tentang Adya Hotel terlebih awal. Sebab aku jatuh cinta pada view di Adya Hotel. Kisah cinta yang sukar untuk dilupakan.. hiks.. 

Selepas aku berjaya calonkan diri sendiri untuk ke langkawi, maka aku pun mulakan sesi seterusnya.. Soalan.. Sapa Nak Ikott ?  hehehe... 

Maka.. muncullah 3 orang sahabat .. Pertama PA bos..sebab dia mewakili Bos, Kedua tentulah orang paling kaya di pejabat kami, iaitu ibu duit .. urusan bayar membayar semua di dalam otak dia. Wakil ketiga adalah AJK Persatuan jabatan. Sebab majlis yg bakal dijalankan juga ada melibatkan sedikit aktiviti persatuan. Aku wakil Apa?  hurm... susah gak nak jawab.. anggap jelah aku wakil diri sendiri..👧💁  

Perjalanan kami bermula pada 29 Mac 2022 feri jam 10.30 pg. Pada tika dan saat kami ke Langkawi , trip feri ke Langkawi dari Kuala Perlis cuma 2 kali iaitu 10.30 pagi dan  2.30 petang. jadi, sah -sahla kami memang wajib kena bermalam di Langkawi. 6 buah hotel nak serbu, memang tak sempat untuk balik dalam hari yang sama.
Maka, bernyayilah kami kegumbiraan..hahaha..
Sekitar jam 11.45pg, kami selamat berlabuh di jeti Kuah.. Horeyyyy..sedut udara Langkawi dalam dalam, dan melihat wajah-wajah gembira yg keluar dari perut Feri.
Sampai ja sana, aku terus call untuk dapatkan kereta Axia kami. Ibu duit plak dah call wakil Hotel Seaview maklumkan kami akan sampai ke hotel dalam masa terdekat.
Hotel Seaview terletak di Lot 40, Jalan Penarak, Kuah, Langkawi, Malaysia,
Pertama sekali.. mestilah terjah bilik dulu .Rasa macam nak buat kuak lentang dulu kat atas katil.
Suasana hotel adalah tidak mengecewakan..
Melangkah masuk.. ko rasa memang macam masuk hotel lahh..

Bilik Superior Double Room
Luas, dan ada pintu utk ke bilik sebelah

Susun atur setiap bilik adalah lebih kurang sama. Kecualilah bilik suite atau family room

Superior Twin.
Setiap bilik ada balkoni.
Kalau bilik menghadap laut, agak cantiklah. Tapi kalau menghadap bukit.. takda apa sangat yg nak dilayankan. 
Dan sesuatu yg aku perasan, balkoni agak kurang bersih. Lantai tak best.. mungkin bilik lain ok kott.




Hampa nampak apa yg aku nampak? tak nampak.. pendek umuq.. hahaha..
Kolam mandi, ada utk kanak-kanak dan dewasa. 
Kolam tak besar sangat, jadi kalau ramai yg mandi..memang rasa sesak lah.
Cumanya suasana agak menarik.

Cantik

Masih lagi di ruang kolam mandi
Kemudahan bilik gym. Semua penghuni boleh menggunakannya secara percuma.

Bilik ni wajib kami jejak. Bilik mesyuarat ada pelbagai saiz. Kemudahan utk bermesyuarat juga tersedia. Jadi tak yah susah hati, boleh meeting sampai bertanduk
Luas dan kemas

Ballroom

Masih di Ballroom. Susun atur boleh diubah suai mengikut kehendak penyewa
Ruang makan.. cantik kannn..
Of coz la cantikk... aku yang snap gambaq ni key. 
Sekali pandang ..macam gambar dalam majalah impiana plak.. hihihi



Rezeki kami pada hari tersebut, dipelawa untuk makan tengah hari.Katanya bolehla kami mencuba makanan diorang.
Yes, kami cuba.. alhamdulillah, memang sedap. Menu pelbagai dari juadah utama sehinggalah menu pencuci mulut. Rasa nak tambah, tapi malulah pulakk.. 
Cucuq ubi pun ada.. yg peliknya..sedap siot. entah tepung apa yg diorang guna.
Terbaiklah dari segi menu , rasa dan susun atur di ruang makan.

Pemandangan untuk Hill View. Sebelum nampak Hill, nampak bumbung rumah orang dulu.
Jadi control sikit mata tu..jgn duk zoom dalam rumah orang.. dose....
Sea View agak menarik walaupun pantai jauh dari hotel. Nak ke pantai, kena lintas jalan besar tu..

 Kat hotel ni ada beberapa perkara yang kami tak boleh nak terima. Ada yang tak sesuai dengan perancangan perjalanan majlis kami.
Tetapi masih boleh dipertimbangkan. 
Selepas kenyang perut, kami terus bergerak untuk ke Bayview pula. Kami cuma ada masa 30 minit sahaja untuk ke Bayview, dan dalam masa yg sama, kami punya keinginan untuk membeli cokelat.
jadi.. tau apa jadi pada kami ? 
hahaha... tunggu entry seterusnya...

Friday, April 15, 2022

ADYA HOTEL LANGKAWI

Assalamualaikum...

15 April 2022 bersamaan 13 Ramadhan..
Tahun ni aku direzekikan ke Pulau Langkawi , tanpa aku rancang atau bermimpi. Bak kata orang..rezeki datang bergolek, Alhamdulillah.
Jadi dapatlah aku update di sini..rezeki kawan-kawan untuk dapatkan info 6 buah hotel yang aku berjaya jejak atas tugasan kerja.
Penghujung mac, 29 Mac -30 Mac, bos arahkan kami ke Langkawi. Tanpa banyak soal, aku calonkan diri sendiri.. hahahaha...
Sebab utama , aku yakin aku boleh laksanakan misi yang bos nak, sebab aku suka hotel..aku suka bau hotel.. dan aku suka suasana holiday - eleh... macam lah org lain tak suka holiday... kihikihkih... 
Antara hotel yang aku jejak ni, ada ja yg bilamana aku melangkah masuk, dah ada bau yg kurang menyenagkan. Jadi awal awal aku dah tolak hotel tersebut dari terlekat masuk ke dalam senarai projek.

6 Buah hotel yang kami jejak adalah :

1. Seaview Langkawi
2. Bayview Langkawi
3. Goldsand Langkai
4.De Baron Resort Langkawi
5. Adya Hotel Chenang Langkawi
6. Adya Hotel Kuah Langkawi

Hari pertama , aku bersama 3 rakan lain berjaya jejak 5 buah hotel, dan hari terakhir adalah Adya Hotel Kuah.
Jadi harini aku post tentang Adya Hotel Kuah dulu.
Antara 6 buah hotel yang kami jejak, Adya Hotel adalah yang paling mahal bagi caj sewa untuk 1 Malam. 
Tetapi, Adya hotel adalah yang paling eksklusif antara semua hotel yang kami lawati.
Sebelum bertolak kesana, awal -awal lagi kami dah deal dengan pihak pengurusan hotel. Jadi tak sempat pun kami nak bersukaria atau shoping bagai.
Jadual dah padat mampat dan ketat. Tetapi alhamdulillah, masih sempat merasai mood bercuti. Bergelak ketawa dalam cik Azia yang kami sewa sebanyak RM 80 sehari semalam.

Melangkah masuk ke Adya Hotel, haruman hotel  bertaraf 4 bintang ni dah membuatkan hormon holiday aku tersenyum riang.  Lama aku tunggu nak snap gambar tanpa diorang berdua, tetapi apakan daya... banyak pulak isu yg diorang binchangkan di kaunter tersebut. Mungkin kawan lama yg dah lama tak jumpa kot.. 

Ballroom Adya hotel, sangat cantik dan terasa mewah dari segi hiasan dan juga pencahayaan. Bila aku melangkah masuk ke sini, titik utama pandangan aku adalah lampu di siling. Ballroom ni boleh memuatkan hampir 400 orang.. dan diorang ada 5 buah lagi bilik mesyuarat dengan pelbagai saiz mengikut bilangan tetamu. Cara susunan meja dan kerusi untuk setiap bilik mesyuarat boleh ditetapkan sendiri oleh pihak yang menyewa. Lagi penting, PA system dan segala kemudahan untuk bermesyuarat telah disediakan.

Deluxe Room

Deluxe Room
Tiada Bathtub ok..

Setiap Bilik ada balkoni tersendiri. Kalau nak sewa di sini.. ambiklah yang menghadap laut. Sesungguhnya.. cantik yakmat !!!
Tahap kebersihan adalah tiptop !
Cumanya .. hotel ni jauh dari pantai.. 
Jadi kalau hampa target nak pantai, Adya bukanlah pilihan yang terbaik.
Tapi kalau tujuan nak shoping, hampa boleh masukan Adya Kuah dalam senarai.

Suite
Bilik sangatlah luas, ada ruang makan dan ruang tamu berasingan
Ruang tamu suite. 
Pentry pun ada ruang berasingan. Buka ja tirai tu, terus aku terkaku baku. Lawanyaaa .. Indah sungguh ciptaan Allah. Memang tak dapat aku gambarkan dengan kata-kata. 
Warna langit dan warna laut yang bersatu di ufuk laut, meghasilkan memori cinta daun pisang !!! haahahaha..

Inilah pandangan di sebalik tirai.... 
terus hati aku berlagu ...

Kamu yang buat hatiku bergetar.. Rasa yg telah ku lupa.. kurasakan... 
.....
Cobid telah membuatkan aku lupa nikmat Holiday sebenar... !!! CIS KOBID !!!


Aku tenung ke sana..dan kesana.. aku zoom berkali kali..tapi tulah... mata tua susah nak zoom berkali-kali.. peninggg oii.
Sesungguhnya..aku tak tipu.. lawa sesangat.
Aku boleh lepak di sini bersama secawan kopi dan sebuah novel.. sambil menikmati suasana alam.. 

Selepas kami habis pusing bilik dan dewan mesyuarat, kami di bawa ke ruang kolam mandi dan juga gym. Kolam mandi ada 3 kategori disini. 
Pertamanya kolam terbuka yang luas , dengan view yang mengancam.
Kedua kolam kanak-kanak yang bulat tu
ketiga..adalah kolam di bahagian dalam, khas untuk WANITA .
Aku tabik buat Adya Hotel, memang memahami hati para muslimah. Alhamdulillah.

Jom ,terjun.. 

Inilah kolam khas untuk wanita.. Luas wei.. Boleh mandi kuak lentang atau buat renang berirama dalam kolam ..yang kaki naik atas tu kannn... 
Pemandangan masih di tahap tip topppp

Ruang makan yang cantik , kemas dan bersih. 

Kami tak menginap di sini, jadi tak boleh la aku nak ceritakan bab makanan atau suasana malam di sekitar kawasan Adya Kuah ni.

Nantikan 5 lagi hotel untuk aku ulas. 

** Penghujung 2023 Aku direzekikan, dapat menginap di sini.. dan.. bilik yg aku dapat adalah bilik Suite.. antara bilik yg paling mahal.. Aku memang idamkan dari  kali pertama jejakkan kaki ke sini. Atas kesilapan pihak Hotel semasa mengambil tempahan, kami digantikan dengan Bilik Suite. 3Hari  2 malam.. Indah beb.. Hari hari hadap View lawa. Sesungguhnya, rezeki dari Allah adalah Rahsia yang sangat Hebat. Percayalah & Bersyukurlah. Kita akan memperoleh segalanya pada masa yang terpaling sesuai. Nanti aku update.. ( harap harap nya.. hahaha )

Nufnang