Monday, October 19, 2020

KISAH SERAM : Ohh.. rupanya bukan aku saja MENYEWA di sini... PART 2

Jom aku sambung kisah seram lagi.. maklumlah.. dah takda ke mana -mana yang menarik, aku bagi kawan - kawan semua seram sikit. Sikit-sikit ja.. tak takut sesangat pun..

Ok.. sambungan dari kisah seram PART 1

Selepas aku alami peristiwa ternampak kanak-kanak perempuan di dalam bilik tidur, aku semakin resah dan sentiasa rasa lemah. Apabila balik saja dari pejabat, melangkah masuk ke dalam rumah, aku di timpa perasaan suram, rasa panas dan tak selesa dan kadang-kadang bau hanyir darah yang kuat. Aku tak tahu berapa jenis pencuci tandas aku dah guna. Setiap pagi sebelum keluar rumah, aku akan curahkan pencuci tandas di dalam mangkuk tandas.Pewangi bilik air, macam-macam aku beli. Pewangi rumah berjenis-jenis, sampah setiap malam dibuang...Tetapi bau hanyir darah akan muncul entah dari mana puncanya.

Pada sebelah malam , jika aku atau suami terjaga, kadang-kadang kami memang  boleh mendegar seseorang memijak anak tangga. Bunyi sudu dan garfu jatuh ke lantai atau ke dalam singki.. adalah perkara biasa. Suatu malam, aku terjaga dan dengan jelas aku terdengar bekas sudu jatuh ke lantai.Kuat bunyinya.. Aku kejutkan suami, aku katakan padanya aku nak ke tandas. 

Jadi , aku paksa suami teman aku ke bawah..sebab aku cakap takut nak turun sendiri. Sebenarnya, aku bukan nak ke tandas.. aku nak melihat benda yang jatuh di lantai tadi. Sesungguhnya, aku berdebar... tetapi, selagi tak melihat sendiri, aku tak puas. Apabila suis lampu dapur di buka.. sesungguhnya, semua alatan dapur masih di tempat yang sama. Tidak terusik segala barangan.

Bunyi - bunyi tu semua bukanlah setiap malam. Adakalanya, bila terjaga..hanya diselubungi kesunyian menggila. Rasanya seperti hanya kami berdua tinggal di taman tersebut. Untuk atasi rasa sunyi melampau & bunyian pinggan mangkuk di dapur, suami aku belikan sepasang hamster. Dua ekor hamster yang sentiasa berlari di tengah malam. Jika terjaga , jelas kedengan mereka sedang berlari dalam roda impian tersebut. 

Disebabkan rumah tersebut mempunyai 3 bilik, maka bilik utama adalah bilik kami, bilik kedua kami lengkapkan dengan katil juga, jika saudara bertandang mereka ada tempat untuk berehat dan 1 bilik lagi yang paling kecil kami jadikan tempat solat. Pintu ketiga-tiga bilik ini aku biarkan terbuka, senang aku nak jenguk. Tetapi..jika aku berada di bilik utama, aku selalu dapat melihat bayangan melintas ke bilik ke dua atau ke bilik solat. Kalau aku kat dalam bilik solat, selalu boleh dengar tangga dipijak seseorang. Pendek kata, aku selalu rasa diperhatikan. 

Disebabkan aku dah semakin rimas dengan suasana di dalam bilik tidur, suami mencadangkan kami tidur di tingkat bawah sahaja. Maknanya di ruang tamu rumah. Katanya lebih mudah aku nak ke tandas. Jadi, tingkat atas hanya digunakan untuk menukar pakaian sahaja. Sesungguhnya, bila bersedirian di tingkat atas,  rasa seram yang dirasai susah nak di lafazkan. Seolah-olah aku diperhatikan oleh banyak mata.

Apabila tidur di tingkat bawah, aku biarkan lampu dapur bernyala. Bunyi-bunyi aneh tersebut kadangkala tetap boleh di dengar. Cumanya semakin kurang. Kami rajinkan diri membaca Al-quran setiap malam.

Suatu petang, ketika menghampiri Maghrib, aku berbaring di ruang tamu, sambil menonton TV.  Waktu tersebut aku benar-benar rasa diperhatikan dari arah belakang. Aku membayangkan suami yang memerhatikan, maka aku menoleh kepala semampu yang boleh dalam keadaan aku tidur melentang. 

Pergh !!! berderau darah apabila melihat seorang wanita berusia sekitar 60 an bersanggul tinggi sedang merenung ke arah aku !. Ya Allah, apakah yang aku nampak ? Masih jelas , wanita tersebut memakai baju kurung kedah dan bersanggul tinggi. Dengan kejutan tersebut, aku terus bangun duduk dalam keadaan pecutan 200 km sejam. Apabila posisi aku dalam keadaan duduk, wanita tersebut telah pun hilang. Sama juga seperti aku melihat kelibat kanak-kanak di dalam bilik tidur. 

Kali ini aku yakin, aku tidak bermimpi !!! 

Ketika itu suami berada di hadapan rumah. Katanya tiada sesiapa yang datang . Ah, sudah. Aku semakin lemah dan letih. 

Malam tersebut, aku bermimpi lagi. Aku di datangi oleh seorang wanita sekitar usia 60 an. Ketika itu aku berdiri di atas tangga untuk naik ke tingkat atas rumah, manakala wanita tersebut berada di anak tangga bawah dia memandang aku dan meminta kebenaran untuk memegang perut aku !. Sesuatu yang aku tidak jangkakan. Aku berundur ke atas dan menolak permintaan tersebut. Tenungannya adalah meminta agar diberikan kebenaran untuk dia menyentuh kandungan aku. Aku tetap tak izinkan, dan ketika itulah aku terjaga apabila suami kejutkan kerana mendengar aku bercakap di dalam tidur. 

Setiap hari apabila pulang dari kerja, aku rasa semakin letih. Rumah terasa semakin panas, dan suami aku turut merasai sesuatu. Katanya terasa ada makhluk lain yang turut tinggal bersama kami. Akhirnya, setelah 2 bulan kami di menyewa di situ, suami aku memutuskan untuk berpindah keluar. Ya Allah, sesungguhnya keputusan itu adalah yang paling mengembirakan aku. 

Maka kami menghubungi tuan rumah, dan memaklumkan bahawa kami ingin keluar dari rumah tersebut. 

Tuan rumah, langsung tak banyak soal. Diserahkan kembali duit deposit kepada kami. Aneh kami rasakan. Beliau langsung tidak bertanya kenapa kami berpindah. Proses yang amat mudah. Sewaktu proses mengangkat barang untuk keluar dari situ, jiran sebelah akhirnya bersuara . Bertanyakan kepada kami, kenapa kami berpindah. Alasan Suami adalah kerana aku kurang sihat. Maka ketika itulah dia berkata, bahawa kami adalah keluarga keenam yang menyewa di situ dan kami adalah antara yang agak lama bertahan di rumah tersebut !!. 

Katanya rumah tersebut telah lama di tinggalkan kosong. Kalau ada penyewa, paling lama mereka boleh bertahan antara 3 @ 4 bulan sahaja.Paling cepat adalah 1 bulan sahaja. Memandangkan proses sewaan tidak melibatkan perjanjian hitam putih, maka urusan penyewa untuk keluar dari rumah tersebut adalah mudah.. Jiran tersebut juga memaklumkan bahawa penyewa sebelum ini sering mengadu mendengar bunyi aneh dan bunyi orang menaiki tangga. Iya, sama seperti yang kami alami. Cuma aku tidak pasti adakah mereka juga ternampak kelibat wanita tua dan kanak-kanak kecil seperti yang aku nampak.

Apabila kami berpindah , barulah bapa saudara aku menceritakan sesuatu kepada kami. Ketika kami berpindah masuk ke rumah tersebut, kami adakan jamuan kecil untuk saudara - mara terdekat. Kami buat bacaan yasiin bersama-sama. Ketika bapa saudara aku sampai ke rumah kami, aku dapat lihat dia berdiri lama di seberang jalan di hadapan rumah . Memangdang ke rumah agak lama, dan setelah di desak berkali kali barulah dia sudi untuk masuk ke rumah . Rupanya, ada sesuatu yang dilihat.

Katanya apabila dia sampai ke rumah sewa tersebut, apa yang dilihat adalah rumah tersebut dalam keadaan usang , gelap dan ada 'sesuatu' yang tinggal di dalamnya.. Bapa saudara ku tidak pandai untuk mengubat , sekadar hanya diberikan ke izinan untuk 'melihat'.

Peristiwa tersebut membuatkan kami berfikir panjang untuk menyewa rumah lain.Syukur juga semasa aku berada di rumah tersebut, aku hanya diperlihatkan wajah mereka yang elok, bukan dalam keadaan menggerikan. Apabila berpindah keluar, aku juga semakin sihat. Tiada lagi rasa bebanan yang memberatkan tubuh, dan tiada lagi mimpi-mimpi aneh yang sering menggangu tidur kami berdua.

Alhamdulillah.. berakhir dugaan tahun 2004 ... Aku tak nak lalui peristiwa yang sama lagi.. 

Kisah seram lain ???... yess.. ada.. nanti kalau rajin..aku taippp.

Thursday, October 8, 2020

KISAH SERAM : Ohh.. rupanya bukan aku saja yg MENYEWA kat sini.... PART 1

Nak dengar kisah seram yg aku alami ? tak yah dengar la..korang baca sudahla..penat aku nak bercerita berulang - kali ( alamak..terperasan pulak..ada ker yg nak dengar ??? ).

Kisahnya takla menarik sesangat..tetapi selepas hampir 17 tahun berlalu.. .kisah ni masih segar dalam otak aku. Kalau tanya suami aku ..pasti dia masih ingat apa yg telah kami lalui.

Sebelum berkahwin lagi..kami dah merancang..bila dah kawen, kami akan menyewa rumah asing. Nak cuba hidup sendiri.. Jodoh kami awal..Allah permudahkan segalanya ,habis belajar , dapat kerja , terus kawen,  jadi ketika kejadian ni umur kami baru 22 tahun. Ketika ni tahun 2004.

2 bulan selepas kawen, kami telah menyewa sebuah rumah yang terletak di Bandar Kangar. Kawasan perumahan yang biasa sahaja, tetapi dekat dengan pejabat aku dan suami. Rumah tersebut cantik, bersih dan tiada sebarang kerosakan. Tuan rumah telah mengecat bahagian dalaman rumah dengan warna hijau yang berbeza ton. Sangat cantik dan mendamaikan. Aku jatuh hati pada warnanya. .Rumah ni dua tingkat dengan 3 bilik tidur. Tetapi tandasnya hanya ada di tingkat bawah 
( ini yg tak best ni ). Sewa yang dikenakan untuk rumah ni lebih murah dari sekitarnnya, dan tuan rumah amat baik.

Setelah berpindah dengan alatan yg cukup asas, tiada set sofa, tiada home teater ( hanya tv bujang ), mesin basuh manual yg bersaiz comel, peti sejuk pun yg setinggi aku jer.. dan alatan dapur kebanyakan hadiah kawen. Maka terbinalah syurga kami di rumah tersebut. 

Alhamdulillah...rezeki Allah, aku disahkan hamil tidak lama kemudian, maka bermulalah episod aku yg sentiasa rasa lemah dan tak berdaya. Aku katakan pada suami. dia cakap " alaa.. biasala pompuan ngndung..memang macam tu kan ?". Ok ..aku terima ..tetapi.. sebelum tahu aku mengandung.. aku dah banyak kali berbau hanyir . Hanyir darah.. aku cakap pada suami..dia cakap takda bau apa pun.... jadi..dia belikan aku berbotol-botol wangian rumah utk aku spray .. .. dan bila disahkan hamil , suami aku cakap..patutla ..ngandung rupanya..tu sebab hidung aku berbau macam-macam... ( ok..aku terima lagi ayat tu dengan setuju 101 % ).

Apabila malam menjelma, sekitar jam1.00 pagi ke atas, suasana taman tu akan sunyi sepi. Sesekali diselangi oleh bunyi salakan anjing. Jadi kalau aku terjaga di tengah malam, aku boleh dengar bunyi sudu atau garfu jatuh di lantai atau di singki. Atau sesekali bunyi gelas berlanggar sesama sendiri, macam ada orang di dapur. Suami aku pun akan dengar kalau terjaga di tengah malam. Tapi katanya.. tu mungkin bunyi dari rumah jiran.. Oooo ..bunyi dari rumah jiran... aku iayakan juga. Percaya ja apa kata laki aku. Isteri Solehah betui... kekekeke...

Nak di jadikan cerita..
Suatu malam.. aku sedang tidur, suami kejutkan dan minta tukar tempat tidur, katanya dia tak boleh lena. Ala..aku pun tak banyak cakap...tukar saja. Selepas tukar tempat tidur...aku terus terlena..memang letih dan mengantuk sangat,rasanya. Baru beberapa minit aku terlelap.. aku terjaga seolah-olah ada yang mengejutkan aku dari tidur. Korang tahu apa yg aku nampak apabila buka mata ??????
Jeng-jeng-jeng... !!! sesuatu yg langsung tak menakutkan aku.. seorang kanak-kanak perempuan dalam usia 6-8 tahun berdiri di hujung kaki aku. Sungguh comel .
Rambut budak perempuan yang aku nampak lebih kurang macam ni ler (ni gambar en google yg punya...)  Aku hanya nampak bahagian atas badan sahaja..sebab aku tidur di atas katil.
Memang aku tak terkejut ketakutan, cuma aku seolah-olah terpukau kejap, budak pompuan tu pula hanya pendang je ke arah aku. Senyum tidak, marah pun tidak, wajah tanpa emosi... Sesaat, baru fikiran waras aku kembali.. anak sapa ni tengah-tengah malam masuk bilik aku ? Aku kejutkan suami, dan aku rasa ketika aku menoleh untuk kejutkan suami, budak pompuan tu dah hilang. 
Ala... tak sempat nak tunjuk .. dan suami aku cakap..aku bermimpi.. 
Tak..aku tak mimpi...!!!!

Selepas habis bercerita kepada suami, baru perasaan seram muncul dalam hati . Aku yakin, aku tak bermimpi. Untuk sedapkan hati aku yg dah mula berfikir entah kemana, aku cuba bersetuju dengan pendapat laki aku. Tetapi..lepas tu..aku dah tak boleh tidur, sampaila aku dengan azan subuh.. Keesokan harinya , aku diserang sakit kepala.. mungkin sebab tak cukup tidur.
Kisah malam tu aku cuba lupakan, sedapkan hati ianya hanya mimpi. Walaupun sebenarnya otak aku sedang berperang mengatakan itu bukan mimpi. Jelas dan nyata kelibat kanak-kanak tersebut.
Korang tak rasa ngeri ngn cita aku ni kan..  takpa, nanti aku sambung part ke-2 pula.
Tata...👧




Nufnang