Monday, December 31, 2012

COPTHORNE ORCHID HOTEL PENANG

Percutian pd 21-23 Disember 2012 hanya di Pulau Pinang. Bulan Jun 2012 kami baru ja ke MELAKA .. jadi aku rasa utk hujung tahun pi dekat-dekat sudahla ( sebab poket dah nipis , hahahah...) . Aku pun dah tak ingat kali keberapa kami ke area Batu Feringghi Pulau Pinang.. sebab dulu ini memang antara tempat kegemaran aku.. Tetapi..selepas aku pi kali ni..aku rasa sedih sangat dengan keadaan pantainya. Banyak sampah.. berbau hancing kencing kuda ( mungkinla ) , najis anjing yg berselerak di atas pasir.. dan entahla apa lagi..tapi aku rasa pantai dah tak sebersih dulu.Memang aku tak benarkan anak aku mandi laut .
Ok..kali ni aku menginap di Copthorne Orchid Hotel Penang.. first time duk sini.Hotel yg kami pernah duduk di sekitar Batu Feringghi sebelum ni dah penuh..sebabnya lambat sangat booking. Hotel ni pun ok juga..cuma untuk pertama kalinya dlm sejarah percutian kami, aku minta untuk ditukarkan bilik. Bilik pertama yg aku dapat ada masalah dengan tandasnya. Air dari tandas atas menitik dan masuk ke tandas kami.. Waaaaa...aku tak dapat terima masalah ni. Aku rasa aku dah bayar mahal dan aku harus dapat nilai terbaik dari duit yg aku laburkan.
Alhamdulillah.. urusan tukar bilik  amat-amat mudah. Aku cuma call kaunter receptionis dan bagitau masalah ni.Kemudia dia minta aku cakap dengan manager terus. Manager pun ok.. selepas aku terangkan masalah tersebut..dia cakap ada bilik kosong berdepan bilik kami.. Dia terus hantar Bell boy utk tolong kami pindah bilik dan untuk menyerahkan kunci bilik baru..
Jadi..jom tengok sedikit gambar kami di sana..
 
 Ini pandangan depan hotel pd sebelah malam. Hotel ni terletak kat Tanjung Bunga dan yg menariknya pihak hotel menyediakan bas untuk penghuninya ke Pasar Malam terpanjang di batu Feringgi tu.
 
  Baru ja chek in. Setiap bilik  ada balkoni tersendiri..jadi dapatla lepak kat balkoni dan ambil angin laut.
 
 Sebelum check out..bergambar bersama-sama dulu..
 
 Abang sedang paksa adik tengok ibu.. tapi adik biasala..banyak benda dia nak cek.. tak sempat dah nak ambil gambar.Ni kat ruang legar dia.. bagus..ada banyak sofa disediakan.. So sementara tunggu en suami chek in .. blehla aku rehat jap.. sebab penat sangkut dalam jeam ( ceewah..macam aku yg drive pulak ..)
 
Malam Pertama di Copthrone.. dah tak larat nak kuar beli makan.. jadi..ambik room service ja.

Dah hilang letih..turun ushar kolam mandi ..dan terjumpa pulak benda-benda ni.
Apalagi..tersenyum panjang la abg Danish. Adik pun bleh tumpang juga..nasib tak ramai budak yg nak main.


 Ronda-ronda kawasan hotel.. kat luar banyak lampu dan hiasan utk krismas.
 
Ok.. masa untuk berendam..
 
Laut yg luas.. Pemandangan dari bilik kami 1212
 
Nanti aku update perihal di Bukit Bendera pula.. bye.
 

Thursday, December 27, 2012

Update KisAH rEMOTE CONtROL



Yaa. inilah remote control yang fames tu.Kalau korang tak faham apa yang aku maksudkan..klik ja KLIK SINI Korang tengoklah keadaannya.. banyak yang dah rongak. Pandai remote ni ambik peluang meronda hingga ke Kuala Lumpur. Sehari selepas aku mendapat kembali remote ni..aku dihubungi oleh syarikat  terbabit dan memaklumkan kepada aku bahawa mereka telah mengepos remote tersebut bersama UPS yg telah siap di baiki.. Terima kasih kepada Puan tersebut yang tidak melupakan janjinya untuk mengembalikan remote tersebut..  Semoga dengan kembalinya remote tersebut dapatlah aku bekerja dengan aman tanpa memikirkan keadaannya yg jauh di sana.. hahahahah...

Thursday, November 29, 2012

AKU BERCERITA - RAM

Buku yang aku tunggu akannn.. keluar.. Horaayyyyy...Horayyy..!!! ( buat adik aku yg berangan nak pinjam.. bayar deposit dulu key .. kakakakakkak )
Tak nak cakap panjang.. aku rasa kerusi ni semakin panas..
kalau boleh aku nak buku ni berada di dalam genggaman aku sekarang jugak
Akan aku saluti dengan plastik buku yang paling jernih dan paling berkilat.
dan
 Cover kali ni memang lain dari yang lain..
 

Tajuk: Aku Bercerita
Penulis: Ramlee Awang Murshid
Harga: RM25.00
Halaman: 624
ISBN: 978-983-124-836-2

Daripada novelis thriller prolifik, Alaf 21 mempersembahkan karya terbaharu RAMLEE AWANG MURSHID! Bakal terbit Januari 2013, nantikan! =)

SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writer’s block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat ‘seseorang’ menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...
 
Info ni aku dapat dari  KELAB RAM. bESTNYEEERRRRRR...
 

 

Tuesday, November 27, 2012

Kisah Remote Control

 
Peristiwa yang membuatkan aku ketawa dan sedikit rasa malu..alkisahnya begini ya wahai sahabat -sahabat.. harap korang yang baca ni boleh mengawal tahap senyum dan sengeh panjang tu key..
 
Sekitar jam 11.00 pg tadi bertempat di pejabat aku.
 
Tut..tut..tut..tut.. ( phone tmpt aku berbunyi, tak sempat deringan ke-3 aku dah jawab tau )
 
Cik H  : Hello, boleh saya bercakap dengan Puan Mela
 
Aku     : Ya , saya bercakap. Ada apa Cik ?
 
Cik H  : Saya  H , dari Syarikat BR.. nak maklumkan pada puan , kami telah menerima UPS yang rosak tu . Tetapi saya ada sedikit kemuskilan.
 
 Aku    : Kenapa Cik, ada masalah ka dengan UPS tu ?
 
Cik H  : UPS tu tak bermasalah, tetapi saya pelik, kenapa Puan mengirimkan Remote TV kepada kami?
 
Aku   : Haaaaa !!!! ( terbeliak biji mata aku, posisi aku duduk pun turut berubah )
 
 
Cik H  : Betul Puan, Remote tv jenama Panasonic. Saya tak faham, kenapa puan kirimkan benda ni sekali.
 
Aku   : ( Aku dah mula gelak..dan sedikit malu ) OOO.. sebenarnya saya tak kirimkan remote tu..saya cuma serahkan UPS je kepada kurier, dan UPS tu belum berbungkus semasa diserahkan. Saya rasa kurier tu yang terambil sebab remote tu memang ada kat atas meja penyambut tetamu semasa proses penyerahan barang dibuat.Saya rasa dia terlebih ambil la..
 
Cik H : Oh..kalau macam tu ok la..kami cuma hairan apa yang patut kami buat.dengan remote ni..nanti saya akan pos kembali remote ni apabila UPS telah siap dibaiki.. hehehehe.. ( Cik H pun sebenarnya sedang menahan tawa semasa bercakap dengan aku )
 
Aku   : Terima kasih ya cik ( dalam hati aku malu gila..bukan salah aku ..). Maafla sebab dah buat cik konfiuse.
 
Cik  H  : Ok hal kecik ja..terima kasih ya puan.
 
Aku     : Sama- sama.. ( hahahaha... aku tak ngaku key..aku tak pos benda tu )
 
Selepas habis ja berbual ngn cik H..aku lagila tak boleh tahan gelak.. Patutla kat dalam ofice aku ni riuh mencari Remote TV..dan sebenarnya remote tu dah berjalan-jalan ke putrajaya. Oh remote..duduk bebaik kat sana ya. Terima kasih la buat Syarikat BR kerana sudi pos kembali remote tu.. Kami akan sabar menanti.
Ada sahabat aku lam ofice ni minta aku call Cik H sebab nak minta dia tolong tukarkan chanel TV kami nih.. kekekekek...sure Syarikat BR gempak menerima remote TV dari Pejabat yang jauh di Perlis... Waaa.... makcik malu...hahahahahha...
 


Tuesday, November 20, 2012

Karya terbaru Ramli Awang Murshid " Aku Bercerita "

 
Jeng .. jeng..jeng... tak sabar ! tak sabar ! tak sabar ! kekekekkeke..ee...seronok aih...
Mau aku tak seronok.. novel baru RAM dah nak keluaq. Jadi.. yang menjadi masalahnya sekarang..aku akan mula tak senang duduk. Mula tercari-cari dan tertanya-tanya.. novel dah keluar ke belum..dah sampai Perlis ke tak lagi..nanti kalau aku lambat pi beli..habis pulak.. Ish..tekanan sebenarnya ni.
Disember lambat la pulak.. harini baru 20/11/2012.. ala.. susahla macam ni.
 
 
Ram kata kat dalam Novel tu ada lima cerita yang berlainan , tetapi di mainkan oleh watak utama yang sama. Beliau juga cakap..10 % dari kisah watak utamanya adalah dari kisah dirinya sendiri. Ha.. ni lagila buat aku tak sabar nak baca ni.. Jadi bermulalah edisi penantian oleh aku..
Aku dapat info ni dari Kelab RAM la.. klik sini  KELAB RAM. Tq for the info.
" Sabar Aku Sabar "

Monday, November 19, 2012

HARI INOVASI JPPH PERLIS


Mula - mula..pagi- pagi..Nyanyi laa.... Lagu Negara ku, Lagu Perkhidmatan Awam..
Lagu JPPH dan Ikrar JPPH.
Seronok juga sekali sekala nyanyi camni..

 Selepas puas test Power..masa untuk mendengar ceramah pula.
Baguslah ceramah ni dari AKPK
tentang pengurusan kewangan .Jadi kalau org tu ada masalah nak bankrap ka.. atau tak boleh nak bayar hutang dengan bank..cepat-cepatla call AKPK.Diorang akan bantu..bukan bantu bayar..tetapi diorang boleh tolong panjangkan tempoh bayaran atau boleh hentikan pembayaran hutang kpd bank dalam tempoh tertentu supaya si pemiutang dapat mencari wang utk meneruskan pembayaran. Kes ni selalu terjadi kalau si pemiutang tetiba dihentikan kerja.
nak maklumat lanjut.. call AKPK.. dulu aku tak faham fungsinya..sekarang..dah faham..amat membantu . Jadi kalau ada masalah kewangan ..call la..perkhidmatan diorang PERCUMA.


 
Selepas mendengar ceramah.. rehat jap..kami teruskan acara dengan aktiviti kuiz dan kotak beracun pula..
Memang best..puas bergelak ketawa.
Walaupun tak boleh jawab soalan kuiz..tetap kami gembira ..sebab jawapan yg diberi kekadang langsung tak boleh nak diterima.
Untuk acara kotak beracun pula..memang sah-sah la kami ketawa sehingga sakit perut.
Ada yg kena bersajak, bernyanyi dan berlakon. Nasib aku takda jodoh ngn kotak beracun tu.
 Untuk acara Kuiz.. kumpulan aku dapat tempat pertama.
Yahooo... tengokla hamper..hampir sama tinggi dengan aku..
Seronok makcik..
Dah puas bergelak ketawa dan makan Free..akhirnya majlis pun berakhir.
Jadi tangkap gambar reramai bersama ahli kumpulan.
Alhamdulillah..berakhir sudah
 Hari Inovasi JPPH Perlis pd 23 Okt 2012.

Tuesday, November 6, 2012

Pantai Merdeka, Beach Resort .. Sg petani Kedah

Pergh...lama gila aku tak update Blog.
Kekadang Sebab aku memang sibuk.. kekadang angin malas datang menyerbu..dan kekadang.. otak aku blur.. tak tahu apa yang aku nak taip.
Disebabkan harini ada masa terluang yg banyak.. aku dah habiskan hampir sejam tadi search buku-buku baru kat MPH  dan PTS online..banyak yang aku berkenan dan yang paling aku berkenan pula dah out of stok. Ish.. frust pula.. 
Tetapi Semangat lain pula yg datang..  aku harus berbuat sesuatu pada blog peribadi aku ni.
Jadi hari nih meh aku nak story tentang Pantai Merdeka.. jadi kita jenjalan lagi ya.
Sebenarnya kami ke sini bersempena Hari Keluarga Jabatan..Alhamdulillah.. hari keluarga berjalan lancar..walaupun sebelum majlis berlangsung pelbagai dugaan yg kami hadapi.Berkat kerjasama semua yang terlibat.. Bos akhirnya cukup gembira dengan apa yg kami berjaya jalankan. Tahniah buat semua kakitangan JPPH Perlis, Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh..( Ceewah.. pandainya aku.. hahahha)
 Sbelum Jenjalan..pastikan semua barangan yg nak dibawa dah diletakkan setempat.
List utama aku yg wajib ada adalah First Aid Kit .
 
 Sampai ja Pantai merdeka.. rehat Jap..terus serbu sini. Lapar woo..
Danish oder ABC Gunung Jerai.. Tinggi.. boleh makan sekeluarga.
 
 Dah sedia nak terjum dalam kolam mandi. Kalau dulu.. takda kolam mandi..tapi skrg dah ada
3 kolam. Kolam yang berperingkat..
 Selepas sarapan pagi..tengok laut dulu..
 Abah dan Danish..
 Pantai yang sama ..
Tetapi..suasana persekitaran dah berbeza..
Sekarang dah cantik.. Gerai makan yang tersusun dan kawasan resot yang bersih dan menarik
 Masa ni Firas baru habis acara mengutip bola pimpong.
Memang riuh bila anak-anak kecik dari umur 2 tahun sehingga 4 tahun turut mengambil bahagian.
Riuh dengan suara ibu bapa yg kuat menyokong dan ketawa dengan kaletah kanak-kanak kecil ini.
 Disebabkan aku adalah AJK Hadiah..maka..wajibla letak gambar hadiah kan.
Terima kasih tak terhingga buat ahli Kumpulan aku..Ryna dan Fadzlina.
Alhamdulillah..kita berjaya melaksankan tugasan yg diberi.
 Gambar yang diambil oleh Cik Ryna.. Tq ya..
 Firas memang best.. enjoi ja dia.
 Pandanglah ..lihatlah..cantikkan.
Ini berhampiran kawasan Resortnya
 Kalau nak masuk bilik..mai sini dulu key..
Kalau dulu biliknya tak banyak..sekarang dah banyak.
Dah boleh pilih samada nak yg dua katil, tiga katil atau yang ada dua bilik terus..
 Antara bilik yang ada kat sini.
Kawasan sekitar memang bersih dan cantik.
Tetapi aku agak kurang berpuas hati dengan bilik yg aku dapat.
Aku ambil bilik 3 katil..dari segi keluasan memang dah ok..
Kemudahan pun ok .. cuma aku rasa ada banyak semut gatal.
Apabila aku masuk bilik.. aku boleh nampak laluan semut di dinding bilik..pergh..panjang..
lepastu kat atas katil ada tuala mandi..tetapi di tuala mandi..semut penuh wooo..
Nasib anak aku tak lepak kat atas tuala tu..dan kebiasaan aku memang bawa tuala sendiri.. jadi selamat ( sebab aku dah mula terbayang yg bukan-bukan tentang tahap kebersihan tuala dan brg kat situ )
Dan aku juga sebenarnya dah bawa ridsect bersama..sebab aku dapat bayangkan kalau biliknya kat atas tanah..tepi pantai..pasti aku memerlukan pembunuh nyamuk dan semut ni.
Dari segi harga pun aku rasa agak mahal..
Inilah kolam mandinya. Puas Danish berendam. Ini adalah kolam yang paling dalam kat sini.
Ini pula kolam yg paling cetek.Sesuai untuk budak kecik.
Kolam satu lagi ada papan gelongsor simple.
nak mandi laut aku rasa kurang sesuai...
Pada sebelah petangnya pula ada gerai jualan yang banyak..macam-macam ada di jual
karpet pun ada tau...
Danish ngn Firas angkut mainan la.. Danish dengan penyembur buihnya yg besar..dan Firas angkut Lori simen besar..
Jadi..kalau korang dah lama tak berkunjung kat sini..boleh la bawa keluarga berjalan-jalan.
Makan angin Laut.
Lepas lepak Pantai Merdeka, korang boleh terus menuju ke Tanjung Dawai , makan Mee udang di Pulau Sayak  dan Lembah Bujang ... Jom pusing Kedah..

Thursday, September 13, 2012

meja tulis adik VS abang

 Hai .. tengokla abang saya Danish..rajin dia buat kerja sekolah. Dan saya sebagai adik sentiasa ingin membantu abang menyiapkan kerja sekolahnya. Tetapi saya hairan , setiap kali saya nak membantu abang, pasti abang akan adukan pada ibu atau abah. Saya betul-betul tak puas hati.
Jadi.. abah cakap dengan saya yang abah akan sediakan meja tulis saya sendiri.
Yes !! sukanya hati saya. Jadi..nampak tak kepala saya kat hujung meja tu... saya pun rajin tau..
 Baguskan saya buat kerja sekolah?
Tapi.. saya masih tak berpuas hati..kenapa buku abang semuanya tebal dan ada gambar macam-macam. dan saya pula hanya dapat kertas kosong sahaja. Tetapi..saya cukup berpuas hati apabila berjaya mendapatkan kaler abang yang berbagai warna tu. saya tak ingat semua kaler tu..cuma saya tahu kaler hijau ja. Jadi..kalau sesiapa tanya saya..ini warna apa ? jawapannya hanya satu ja.. HIJAU ... yey..kalau nasib betul.. saya cukup bertuah.
 saya takda kotak pensil macam abang.. jadi apabila saya ternampak kotak hitam ni..yang saya selalu letak kat kepala tu..saya jadikan tempat mengisi kaler ni semua. Kreatifnya saya... tapi ibu tak setuju..
 
 Comelkan saya lepak kat sini ?
 
 Argh..susahnya nak pilih kaler yang cantik nii

Aik..kenapa abg ushar saya cam tu ? abg jeles pada tempat saya ya?? 
 
Yey..kerja sekolah semua dah siap. Dekat meja pun saya turut buat ukiran baru. Sebab saya berpendapat gambar kat meja ni tak cukup lawa. Dan saya rasa lengan saya pun patut saya letakan warna hijau. Supaya ianya lebih berseri-seri.
Setelah puas menconteng semua.. ibu pula ambil giliran..sapu minyak Jonhson BB kat ukiran kreatif di lengan saya ni.. Saya suka sangat.
Ok kengkawan.. kita jumpa di kisah yg lain pula..


Tuesday, July 31, 2012

Mari membaca - Bersama Firas

 Saya suka membaca.. tak kisahla apa jenis buku pun.

 Buku yang paling saya suka adalah buku yang ada gambar kereta.
Kalau ada gambar macam  kereta abah, kereta wan, kereta mak, kereta onjang, kereta alang
kereta ongah, dan kereta sesapa yg saya kenal.. lagi saya suka..
Saya pasti akan sebut kuat-kuat..sehingga ibu , abah dan abang akan mencantumkan kening mereka kerana cuba memahami apa yg saya sebut.
hahahahahahhaha...  
 Tapi kadang-kadang.. ibu , abah dan abang tak faham apa yg saya sebut.
Saya cakap benda lain.. lain pula diorang faham..
Kesian... saya pernah minta air dari ibu.. dan ibu pun bagi air utk saya minum.. tapi saya tak nak..
ibu salah faham ni.. berkali -kali saya cakap.. nak air..nak air..
sehinggalah saya terpaksa cakap dalam ayat yg lebih panjang,
"Ibu, nak air ambut !"
bila saya cakap macam tu..ibu boleh gelak panjang pula.. dan baru ibu kasi saya benda yang sebenar-benarnya ..
ibu cakap.. ini minyak rambut..bukan air rambut..
eh.. iya ka.. saya rasa air dan minyak sama ja..kalau tumpah mesti acah...
opss..terkeluar pelat pula..mesti basah.

Ha.. dan ini pula antara tempat kegemaran saya ketika membaca. Saya suka masukan kaki kat dalam tirai ni.. boleh rasa dinding kat kaki.Boleh sembunyi kaki kat sebalik tirai..
Barulah tirai ibu ni berguna.
Kekadang..bila saya dah bosan..saya akan masukan badan, kaki dan muka..semua sekali kat dalam tirai ni.. biar ibu penat cari..
hahahhaha... ok..kita jumpa lagi nanti..

Tuesday, July 10, 2012

Mee Udang Kekasih


Besarnya udangg..manis..

Namanya Mee udang kekasih..sebab menu ni di cari oleh kekasih hati aku. nak sangat dia makan mee udang.. jadi bila dia dah jumpa yang berkenan.. kena la aku buat. first time aku buat Mee Udang dan  dibantu oleh en hubby.
Menu yang kami dapat ni agak mudah..aku pun tak tahu dari blog mana cik hubby dapatkannya.
yang pasti mudah dan sedap buat tekak kami.
Anak-anak pun suka.. Firas pastinya suka sebab dia tak pandai nak komen kan. Danish pula cakap..sedap ibu.. ha..seronok ibu dengar.
Lain kali kita buat lagi keyy..

Thursday, June 21, 2012

Lone Pine Batu Feringgi Pulau Pinang

Bercuti ke Pulau Pinang adalah sebahagian dari jadual kewajipan kami. Suami dan aku amat sukakan batu Feringgi. Sekurang-kurangnnya 2 tahun sekali pasti kami sampai disini..kekadang tak tidur pun..cuma meronda ja ..Sebabnya... kami rasa pantainya cantik..kos perjalanan yg lebih murah (brbanding Langkawi ) . . Ada pantai dan bukit.. banyak tempat menarik utk dilawati. Bulan Madu kami pd tahun 2003 juga sebenarnya adalah di Batu Feringgi Pulau Pinang.. (maklumla..gaji kecik..kat sini jela yg mampu ). Tetapi Masa tu kami menginap di Hydro Majestic Penang. Aku dah dua kali menginap kat situ. Suasananya cantik..kat atas bukit dan mengadap laut. Tetapi untuk ke pantai..kita kenala Melintas jalan besar kat depan tu. Namun Suasana di situ juga amat menarik..

Kemudian..kami menukar angin pula.. Mencuba tempat baru iaitu Lone Pine Penang boutique hotel menjadi pilihan.
Setelah 2 kali menginap di Hydro majestic..kami ingin mencari suasan baru. Setelah puas mencari info kat tenet nih.. makan terbekenan lah pada Lone Pine Hotel. Hotelnya betul-betul di atas Pasir dan berada di kawasan Batu Feringgi juga. Jadi kalau korang nak pergi Pasar malam yg terpanjang kat Penang ni..inilah kawsannya. Keluar ja pintu pagar hotel..terus boleh nampak pasar malam. Jalan lah sepuas hati..memang panjangggg..

Makan Malam di Lone Pine.. enaknya makan kat bilik..

Menunggu matahari terbenam..cantik..Kejadian alam yang amat menakjubkan.
 Banyak aktiviti yang boleh korang buat kat sini. Sedia duit ja..dan naiklah apa yg ada.
 Menunggu saat-saat matahari terbenam.
 Danish sedang mengambil angin petang.. Seronok katanya. . Melepak kat balkoni sambil melihat pemandangan.Amat menyenangkan dan menyegarkan.
 Pemandangan dari bilik aku..terus mengadap laut. Cantikkan..
 Gambar ini pun di ambil dari bilik aku. Selepas berendam kat dalam laut..terjunlah kat dalam kolam ni..
 Rasa nak lepak kat pantai ni sepuasnya. Pantainya cantik..tetapi..pasirnya tak sama macam pasir Langkawi. Namun..setiap tempat ada keindahannya tersendiri.

 Lone Pine sebenarnya adalah bangunan British pada suatu masa dahulu. Jadi senibina kat sini masih dikekalkan.
Bilik ni hanya ada satu katil Queen ja..Jadi kalau bawa anak..kenala minta tambahan katil ya.

Laluan untuk Ke pantai..

Pemandangan di belakang hotel yg mengadap pantai
Malam yg cukup indah di sini.

 Masih mengekalkan senibina British
 Amat terasa kelainannya.. memang amat-amat cantik.
Dulu bertiga..sekarang dah berempat..jadi kalau nak lepak sini lagi..kenalah amik lebih besar.
Semoga ada rezeki untuk ke sini lagi.
Klik sini untuk maklumat lanjut Lone Pine Boutique Hotel


Nufnang