Thursday, November 2, 2017

THE EVERLY PUTRAJAYA

10 Oktober 2017 rezeki bertandnag lagi. Aku dapat Email kena pi taklimat berkaitan Sistem eP baharu yang akan dilancarkan Januari 2018 nanti. Disebabkan aku sorang ja yang terpilih, maka bermulalah sesi aku memujuk Encik suami. Alhamdulillah.. lepas aku explain, tak cakap banyak..dia kata. ok, dia akan bawa aku kesana.. Pergh..tenang hati aku.. kalau tak aku nak kena travel sengsorang ke sana.. adeh.. sengsara rasa hati..

Sebenarnya pihak jabatan telah menyediakan tempat penginapan , tapi.. dah aku bawa keluarga, aku pilih nak lepak di The Everly , kalau korang masih ingat.. disinilah ahli keluarga mangsa MH370 ditempatkan sementara menunggu perkembangan semasa. Semoga semua keluarga yang terlibat kuat dan tabah menghadapi ujian tersebut.
Disebabkan aku sendiri yang pilih nak lepak sini.. jadi..aku kena la bayar sendiri. Tak boleh klim sebab tempat penginapan telah disediakan. The Everly terletak di sebelah Pasaraya Alamanda .. sangat-sangat dekat.. jalan kaki tak sampai 3 minit pun..

Aku bertolak dari rumah pada 08 /10 /2017 sekitar jam 8.00 pagi. Saja kami pi awal 2 hari.. nak ronda putrajaya katanya. Bila bergerak dengan family ni, macam -macam kisah yang ada.. jadi..pukul 4.00 petang baru kami sampai ke hotel. Proses check in mudah ja.. sebab aku dah booking melalui Agoda. Tetapi, aku tak berpuas hati berkenaan tempat meletak kereta. Tempat parking adalah parking berbayar. Jadi bila korang nak keluar dari kawasan parking, pastikan bawa tiket  tersebut ke kaunter hotel dahulu. Aku tak dimaklumkan hal ni.. Keesokan hari.. pagi isnin kami keluar dari hotel untuk ronda-ronda..  caj yang aku kena RM 30.00 ++  utk Parking.. adeh..banyak tu. Jadi aku search web The Everly ,dan terjumpa komen mengatakan parking adalah percuma. Balik jer dari meronda tengah hari tu.. aku terus ke kaunter dan bertanya.. barulah dijelaskan bahawa aku perlu membawa tiket parking tersebut ke kaunter sebelum keluar dari kawasan parking... adeh..lebur RM 30.00 ..dah tak boleh klim. Sepatutnya kerani yang bertugas perlu maklumkan hal ni semasa kami check in lagi.
Masuk je kat pintu The everly .. inilah yang korang nampak.. 

Ni ruang legar depan..

Ni pula arca di hadapan hotel.
Bila masuk bilik.. Alhamdulillah.. bersih .. sofa ni menjadi tempat anak teruna aku tidur pada malamnya. Tetapi, bila aku terjaga esok pagi..dia dah tergolek atas lantai.. kekeke... katanya dia tak sedar pun dia dah jatuh ke bawah. 

Toilet bersih..
Dua katil super single..  walaupun katil single, tetapi saiznya lebar. Aku dan Firas boleh kongsi 1 katil. Jadi kalau anak korang masih saiz kanak-kanak 8 tahun.. dan korang pun saiz medium ja.. memang boleh kongsi katil ni. 


Kemudahan asas yang disediakan


Bila aku tengok port ni.. wow.. sukanya hati.. tak perlu nak berebut utk caj Hp dan tab. Jadi.. semasa lepak di The Everly, kami 4 beranak tak bertelagah utk berebut siapa dulu yang nak caj.. hahaha...

Suasana petang di The Everly Putrajaya. Bilik kami menghadap tasik.. 


Apabila bercuti pada bukan musim cuti sekolah, maka..inilah jadinya. Kolam mandi amat lenggang. Danish ngn Firas berendam macam kolam tu diorang yang punya.
Kad akses ke bilik ni amat penting, tanpanya..korang tak boleh naik lif.. kena touch dulu kat dalam lif.. baru lif tu mau ikut arahan korang. Jadi, soal keselamatan penghuni lebih terjamin. Insyaallah...
OK, dah habis cerita tentang The Everly Hotel.. lepas ni aku sambung Ronda-ronda di Putrajaya pula.

Wednesday, October 4, 2017

ETS DARI ARAU PERLIS - STESEN TBS BANDAR TASEK SELATAN

18 September 2017 ... merasa gak aku naik ETS.. rezeki..sebab kena pi kursus nun di Putrajaya. Jadi.. lepas dapat tawaran, terus aku ngn sorang kawan buat keputusan nak naik ETS. Kami berdua memang tak pernah naik lagi.. jadi.. dah alang alang berteman.. nak juga merasa bila orang cakap.. ETS ni Lajuuuu... 1 minggu sebelum tarikh kursus, kami dah pi beli tiket. Nak beli tiket pun...punyala banyak syarat yang kami minta dari kerani tiket tu.. nasib dia mau layan. 

Syarat pertama kami... nak Coach B, sebab orang kata.. kafe kat Coach C.. kalau duk di Coach C, macam sibuk sikit..org asyik berulang ke Cafe.Jadi dari Coach B, nak ke Cafe tak la jauh sangat..dan tandas pun ada di coach B. Syarat ke dua, kami nak kerusi yang menghadap ke depan.. tak nak bila nanti ETS dah bergerak, kami macam mengundur ke belakang pulak.. kan..pening..sapa yang susah ?. Ke tiga.. kami nak kerusi yang tidak menghadap ke muka penumpang lain.. sebab kat atas ETS..ada kerusi bersekali dengan meja.. jadi 4 orang akan menghadap satu sama lain..wooo.. ni susah..macam mana nak hadap muka orang yg tak dikenali selama 5 jam kat dalam tu. Syarat terakhir, tak nak kerusi yg ada meja..walaupun tak menghadap muka orang. OK.. kerani senyum panjang... Tiket yang memenuhi kehendak kami masih ada.. untungla..pi beli tiket awal. Kalau lambat, jangan harap orang nak layan kan.. 
Pastu kerani tiket tanya.. nak balik nanti nak coach mana ? Ha.. kedua-dua terdiam.. yang pasti..syarat di atas mesti di penuhi. Lepas kami diam seketika.. kerani kaunter yang buat keputusan.. dia cakap.. . "Ok, untuk balik apa kata ambil Coach E ? " Kerani tu cakap..semua syarat yang kami nak tu ada. Bila aku tanya.. kenapa nak bagi Coach E pada kami ? .. Kerani tu slumber jer jawab sambil senyum..        " Sebab , nanti bila balik Perlis, Coach E akan sampai dulu " ... hahahahahaha... hampes.. nampak gayanya macam dia saja tambah satu lagi senarai dalam syarat kami.. Oklah.. best jugak kalau kami sampai dulu selepas dreba ETS tu kan ... kekeke... Jadi..dapatla tiket untuk pergi dan balik dengan harapan, segalanya berjalan lancar.
 Naik dari Arau dan turun di TBS Bandar Tasik Selatan.. RM 98.00 . Balik pula naik dari TBS dan turun di Arau, tetapi pukul 11.00 malam.. harga cuma 
RM 73.00. 

Ni gambar sebelum aku naik ETS jam 9.30 pagi, Stesen Kereta api Arau Perlis. Gambar ni pun aku ambil dari arah Platform tempat menunggu. Kalau dari depan.. bangunan ni memang cantik.. Gambar kaunter tiket tak sempat nak ambik..sebab ramai sangat manusia.. 

Tudia... dah nampak kepala ETS. 5 bintang aku bagi untuk ketepatan masa. Memang tepat. Jadi kalau korang terlambat seminit pun.. dah cukup besar risiko untuk ditinggalkan.. bye..bye..
Terpampang di board masa tu  9.29:59... pagi.
Kalu ikut masa di tiket, kami akan bertolak jam 9.30 pg dan tiba di BDR Tasik Selatan 2.55 ptg.
Sepanjang dalam ETS tu, aku dapat lihat, kelajuan ada kalanya hampir mencecah 140 KM/ J. 
ETS bergerak jam 9.33 pg dari Arau..  -     9.49 pg sampai stesen Alor Setar .. wah  15 minit lebih kurang dah sampai Alor Setar.. kalau naik kereta..sekurang-kurangnya 45 minit baru sampai .
   10.17 Pagi  -       Stesen Sungai Petani Kedah
11.15 Pagi   -        Stesen Keretapi Taiping
11.35 Pagi    -       Stesen Keretapi Kuala Kangsar
12.05 Tengah Hari  -         Stesen Keretapi Ipoh
12.21 Tengah Hari  -        Stesen Keretapi Batu Gajah
2.44 Ptg  -    KL Central
2.54 Ptg  - Dah sampai Terminal Bersepadu Selatan ( TBS)( hentian Bandar Tasik Selatan la .. )
Jadi.. memang 5 bintang untuk ketepatan masa.
5 Bintang untuk kebersihan samada tempat duduk ataupun tandas,
Surau juga disediakan.. tapi ikhlas aku tak masuk ..sebab aku dah niat jamak . Adik aku yg selalu guna surau dlm ETS ni cakap..memang bersih..cuma biliknya kecil la..sekali masuk dalam 3 orang ja. dan kena tunggu giliran . 
Dah sampai TBS, aku dan kawan yang tak pernah jejak kaki ke TBS macma orang mati kutu jap. Ke mana kami nak menghala. Perut pun dah lapar.. dalam ETS ada ja cafe.. tapi kedua dua tak nak makan.. minum jer.. diet la konon..
Jadi, dengan sedikit petua dari adik aku, kami pun bergerak mengikut arah orang ramai menuju dan nampak ja bangunan putih besar yang tertulis Terminal Bersepadu Selatan. Kat dalam TBS ni.. KFC , Subway , Kenny Rogers , Food Court semua ada. 7 E , tandas, surau ..pun ada..gerai juai baju dan tudung pun ada.. pendek kata... utk keperluan asas ..semua ada..
Disebabkan kami belum makan nasi, kami pun menuju ke Food Court.. banyak gerai ada.. dah lepas puas siasat makanan yang menarik, kami pun pi la oder. maka bermulalah drama orang kampung nak makan kat TBS. Hahahaha...
Aku oder nasi goreng ayam , kwn aku pulak oder nasi putih , daging masak lada. Pergh.. macam sedap.
Dah oder, jurujual tanya.. " kad ada ? "  aik.. aku dalam hati tertanya ..kad apa ? aku terus jawab  
" takda kad " disebabkan aku jawab tiada kad.. maka diserahkan kepada aku sekeping kertas kecil dengan harga RM8.00 seorang. Dlm hati..pergh..mahal siott.. aku makan nasi goreng ayam kat Perlis baru RM 4.50 atau RM 5.00. Lainla kalau oder dalam hotel atau Cafe berstatus berbintang-bintang tu. 
Lepas tunggu dalam 5 minit, loceng di kaunter tu pun berbunyi.. aku pun bangun la pergi tengok kalau kalau makanan kami dah siap.. tetapi..tidak.. orang lain punya.  Aku dah laparkan..mana sabar nak tunggu lama-lama, terus aku tanya jurujual tu.. " Nasi goreng yang saya oder tadi belum siap ? " terus dia tanya aku balik.. " dah bagi kad? " , mungkin dia nampak aku memegang duit kat tangan kan .. " kad ?" aku pulak soal dia .. hehehe.. rupa-rupanya..di food court TBS, diorang tak gunakan duit tunai.. tapi kena beli kad macam kad touch & go tu.. alahai... sedih rasa hati bila duit tunai macam tak laku... hahaha... 
Jadi aku pun pergila ke kaunter yang dah ditunjukkan oleh jurujual tu untuk urusan membeli kad. Disebabkan aku dah tahu harga makanan kami, aku beli kad tu hanya cukup-cukup untuk kos makanan ja.. Penat nak makan pun.. kalau ku tahu begitu banyak urusannya, baik aku makan kat kedai segera lain.. harga pun tak jauh beza kan. 
Selepas kenyang makan, walaupun rasanya tak seberapa.. kami mencari teksi untuk menuju ke tempat penginapan. Alhamdulillah..berakhir hari pertama.

Kami di sana hanya 2 hari 1 malam. Jadi pada hari kedua, jam 8.30 mlm , adik aku datang jemput dari tempat kediaman. Kami lepak di kedai makan kejap baru terus  ke stesen TBS. Kat TBS, adik aku siap temankan kami hingga ke tempat menunggu kat tingkat 2 tu. Katanya lebih baik tunggu di atas daripada turun ke platform terlampau awal, sebab panas dan banyak nyamuk. Pesannya 30 minit sebelum ETS sampai, baru turun ke bawah. Pengumuman pun ada, minta penumpang untuk ke arah Padang Besar turun ke Platform 2.

Kaunter Tiket

Ni peta.. kalau ada sapa -sapa nak hafal.. kekeke..

Ni la platform 2 tempat kami menunggu untuk balik ke Arau Perlis. Waktu ni dah hampir 11.00 malam tetapi masih ramai lagi yang menggunakan aliran transit ni. Buatkan aku terfikir, pukul berapa mereka sampai di rumah ? bila masanya mereka bermesra dengan anak-anak ? atau sempatkah mereka memeriksa buku sekolah anak -anak , terutamanya yang masih bersekolah rendah .. Ya Allah, semoga semua urusan mereka dipermudahkan .

TBS di waktu malam
Di hentian Bandar Tasik Selatan ni, orang tak la seramai di KL Central. Jadi, bagi aku yang memang tak suka kesesakan, di sini adalah pilihan yang terbaik untuk aku pilih sebagai tempat transit.
Sampai ja sini, korang boleh pilih nak naik kenderaan awam jenis mana..semua ada.
Alhamdulillah, ETS kami bertolak tepat jam 11.03 mlm  dan tiba di Arau pada jam 4.40 pg.
Kalau korang nak tahu,di dalam ETS lampu tidak dipadamkan atau di kurangkan kecerahannya pada waktu malam. Kalu rasa nak tidur tu..pandai -pandai la cover kan.
Satu lagi.. di antara dua kusyen ( kat bawah kusyen tempat korang duduk ) ada point utk cas HP. Jadi.. kalau setakat nak cas HP atau Laptop..memang lepas la.
Jadi kesimpulan yang aku boleh buat, kalau di takdirkan aku kena kursus lagi di sana, aku pasti akan memilih ETS, sebab cepat dan selesa. Tak perlu nak henti di RNR bagai. Masa juga amat tepat, senang untuk merancang perjalanan.
Sekian laporan ETS.

Tuesday, August 22, 2017

PEJABAT DI PECAH MASUK PENYAMUN BERSIRI

12 Julai 2017 , tarikh bersejarah untuk aku dan geng- geng sepejabat. 

Meh akak nak cerita.. dah lama sangat tak bercerita kat sini. 


Masih lagi aku teringat.. ceewah.. pada 12 Julai 2017 jam 6.50 pagi.. 
Sedang aku leka berangan di hadapan peti sejuk yang pintunya aku buka luas-luas..merenung bahan yang ada di dalamnya.. Menu yang sesuai dimasak dlm sekelip mata untuk dijadikan bekal ke pejabat. Satu persatu barangan aku keluarkan.. kemudian mata aku menjeling ke arah HP yang berkelip-kelip.. Jadi... kesian tengok HP tu berkelip-kelip sengsorang, aku pun buka la tengok wsup yang masuk.. 

" Cik Ri*** Gemilang maklumkan pintu kaca pejabat JPPH kena pecah, ada orang masuk awai pagi tadi ..." 

Perghhh.. tu la wasup yg masuk di awal pagi..dan membuatkan aku mengulang baca berkali-kali. Masa tu..semua menu yg ada dalam otak aku dah terbang. Aku dah tak boleh nak memasak dah. Nasib sarapan anak-anak semua dah siap.. Jadi..bahan yang aku keluarkan tadi, aku masukan semula dalam peti sejuk. dah tak tenang dah.. aku susah hati.. macam -macam soalan yg muncul dalam otak. 

PC dan Laptop adalah barang yang paling aku risau.. Walaupun laptop tersimpan dalam kabinet berkunci, tetapi tak mustahil pencuri boleh membukanya. Satu lagi yang aku risau..adakah pencuri turut pecah masuk ke bilik server... mungkin ada niat untuk ainaya ? 
Kalau barangan pejabat hilang.. hemmm... siapla.. nak isi laporan berjela. 
Kalau aku ikutkan hati..nak saja aku terus terbang ke pejabat sesegera yang mungkin.

Bila sampai pejabat.. alahai..sedihnya tengok suasana. Mengikut cerita yang aku dengar, pencuri tersebut masuk melalui pejabat sebelah. Pejabat kami di tingkat 2 , macam mana dia panjat aku tak pasti. Tetapi, ada kesan pencuri tersebut mengopek grill di bahagian pentry pejabat sebelah kami. Selepas puas mengeledah pejaba tersebut, dia bergerak ke pejabat kami menggunakan balkoni luar. Memang berani sungguh pencuri tu, sebab balkoni antara pejabat kami dan pejabat sebelah adalah tidak berhubung antara satu sama lain. Maksudnya ada ruang pemisah.. tetapi kalau berani..memang boleh melompat pun.

Jadi jom layan apa bukti yang telah ditinggalkan untuk kami.

Ini tempat aku.. Laci aku tu berkunci.. tapi senang la pula dia buka. Dia silap la..pilih tempat aku..sebab aku memang tak tinggalkan barangan berharga di pejabat. 
Ni pun tempat aku lagi.


Ini Bilik PA... 

 Ini pula laci berkunci di dalam bilik bos. Kat dalam ni aku simpan laptop..  Tetapi..pencuri tu tak ambil barang.. dia cuma cari duit sahaja. Dan lagi best.. dia cuma nak duit kertas.. duit syiling.. dia tak layan...
 Memang kuat betul la manusia ni.. berapa tenaga kuda dia guna entahla. Satu lagi yang menarik..pencuri ni hanya mencari di tempat yang berkunci sahaja. Kalau tak kunci..memang dia tak kacau.. dia anggap di situ tiada barang berharga.. Hahaha...dia silap besar ....

Disebabkan dia tak boleh nak buka pintu bilik bos.. jadi.. dia tebuk dinding jadi macam ni. Nasib peti besi sebelah tu dia tak boleh buka. Kalau tak.. mau nagis CC  .. hahahaha...Berdasarkan saiz lubang yang di tebuk tu..maknanya..si pencuri tu spesis kecik sahaja..

Lagi bukti yang ditinggalkan.


Inilah pintu pejabat yang dikatakan di dalam wsup sebagai telah dipecah. Bila aku sampai.. pintu ni ok..cuma dah dibuka oleh pencuri tu secara paksa . Dia masuk ke dalam pejabat kami melalui tingkap kecil berhampiran siling. Bila nak keluar..dia terpaksa tolak pintu kaca ni, kalau tak..dia akan terperangkap di dalam pejabat. Kalau nak keluar ikut jalan yg dia masuk tadi..pun tak boleh juga.. kerana hari telah siang ..sah -sah guard akan nampak. 

Berdasarkan keterangan pengawal yang bertugas pada pagi tersebut, apabila beliau membuka pintu kayu besar yang memisahkan antara Lif dan ruang pejabat di tingkat 2 , dia nampak pintu kaca ni dah terbuka.. dan sebenarnya ketika dia membuka pintu kayu tersebut, si pencuri sedang bersembunyi di dalam pejabat kami. 
Apabila dia nampak pengawal terleka, masa itulah dia cuba melarikan diri. Pengawal perasan .. diorang kejar,, tetapi tak dapat... Si pencuri terlepas lari..
Ok.. ini unit Forensik. Pertama kali aku boleh tengok diorang buat kerja kat depan mata. Selama ni hanya tengok dalam tv ja.. Pagi tu, bila sampai ofice..semua org di beri pesanan..jangan sentuh apa-apa barang selagi unit forensik belum menyelesaikan tugas mereka.

Selepas pejabat kami di pecah masuk.. beberapa kejadian yang sama berlaku di pejabat-pejabat kerajaan sekitar negeri Perlis. Berdasarkan kesimpulan dan pemerhatian Oleh AKU.. kejadian pecah masuk tu ..dilakukan oleh orang yang sama.. Sebabnya..dia hanya ambil duit kertas, kalau duit syiling sebalang pun..dia tak ambil.. barang besar memang dia tak ambil..sebab susah nak lari .. dan saiz dinding yang dipecahkan, hampir sama sahaja.. sebab tu aku panggil dia penyamun bersiri....sekian oleh CSI Mela.. hahahahaha.. 


Friday, March 17, 2017

PART I : PENGALAMAN PEMBEDAHAN MEMBUANG HEMPEDU & MEDICAL CARD

11 Dec 2016 adalah salah satu tarikh yang terpahat dalam sejarah hidup aku apabila satu organ dalam badan aku ni dah dibuang. Hempedu aku terpaksa dibuang apabila doktor sahkan terdapat batu di dalamnya.
 Gejala yang aku alami, pada mulanya adalah seperti serangan gastrik.. sebab aku selalu kena gastrik. Jadi.. aku ingat gastrik. Makan actal, makan ubat cecair putih tu.. tapi sakitnya semakin lain macam. Time sakit tu.. aku rasa dada aku berat seperti dihempap batu besar yg amat berat.. paling kuat kesakitan adalah di sebelah kanan ulu hati , dan rasanya seperti sesuatu tembus ke bahagian belakang badan . Sakit yang membuatkan aku sukar bernafas dan dah tak boleh nak bergerak. Nak bercakap pun susah.. duduk tak kena..tidur pun tak kena, memang menangis dibuatnya. Bila aku buang air kecil.. perghh.. warna air kencing seperti teh O yang amat pekat. Amat menakutkan..

Ok, atas tu baru mukadimah.. jadi ni aku nak cerita dengan panjang lebar kisah awal terjadinya dan perihal urusan menggunakan medical card buat pertama kalinya.

Aku kena serangan sakit ni pada hari Khamis 8 Dec 2016 . Memula sakit yang ringan.. macam gastrik .. pastu sakit bertambah kuat. Aku cuma makan Actal, untuk gastrik .Selepas 2 jam lebih kurang..sakit pun hilang.  Keesokannya ..selepas sarapan.. aku diserang kesakitan yang amat sangat...kali ni aku makan actal dah tak jalan. Sakit semakin kuat, puas disapu semua minyak yang ada. Akhirnya, suami cakap..jom kita pi klinik. Sampai klinik, doktor masih kata gastrik. Bagi ubat sama..ubat yg selalu aku dapat. 

Sebelah malam, sakit dah kurang, tetapi satu badan rasa sakit. Satu badan rasa lemah dan bila buang air kecil, terkedu seketika melihat warnanya. 
10 Dec 2016 hari sabtu, selepas makan tengah hari, sekali lagi aku kena serangan yang teruk. Sakit yang membuatkan aku rasa , aku sendiri nak buka tempat yang sakit dang tengok apa yang ada. Kali ni aku sendiri yang ajak suami  segera ke klinik. Kami ke klinik lain pula.. Kali ni doktor minta nak buat scan. Scan cam ibu-ibu mengandung tu la..  
Sekali ..sah nampak ada benda putih di dalam hempedu. Saiz yang agak besar.. tapi doktor cakap batu yang ada kat dalam hempedu aku tu  seperti pasir. Agak bahaya, kerana batu tu boleh keluar dan merayap kat dalam badan aku melalui saluran hempedu. Untuk seketika , aku dan suami tak terkata apa... doktor direct to the point, jadi..kalau macam ni..ubatnya hanya pembedahan ja. Buang terus hempedu. Sekali lagi aku ngn laki aku terdiam. 
Doktor cakap, dia akan buat surat refer ke hospital. Kalau ke hospital kerajaan, aku  kena tunggu giliran . Maklumla, ramai yang nak di bedah kan. Tapi kalau nak cepat, dia akan rujuk ke hospital swasta.
Disebabkan aku ada insuran..suami terus cakap nak ke hospital swasta.
Jadi , haritu doktor klinik bekalkan aku dengan ubat tahan sakit. Selepas makan ubat tahan sakit, dapatla aku menarik nafas dalam-dalam. Kalau tak, proses menarik nafas juga amat menyakitkan.
Suami aku call ke KMC untuk cek samada doktor terlibat ada atau tak. Jadi selepas panggilan , kami dimaklumkan bahawa doktor bedah laparoscopic ada pada keesokannya iaitu pada hari ahad 11 Dec . Disebabkan kesakitan aku semakin kurang, maka aku pun bersabar untuk menunggu esok pagi. 


Ini adalah hempedu aku bersama batu. Disebabkan aku diserang kesakitan, maka batu tu dah bergerak kepada 2 bahagian. Yang bahagian atas tu..dah dekat dengan saluran hempedu. Amat bahaya kalau batu tu semua keluar.. Tinggal kenangan, aku dah takda hempedu...

11 Dec 2017

Awal pagi kami dah keluar dari rumah. Memula hantar anak-anak ke rumah mak aku dulu. Aku sendiri dah siap bawa beg pakaian, kalau doktor buat keputusan untuk bedah haritu juga..aku terima. Aku tak sanggup nak tahan sakit lagi.

Sampai KMC, terus daftar untuk jumpa Consultant Surgeon, Dr Manisekar K. Subramaniam. Aku orang pertama menunggunya. Sekejap saja, doktor dah masuk dan nama aku di panggil. Aku masuk dan ceritakan masalah yang dihadapi, doktor minta nak scan, dan memang sah.. ada batu yang sangat banyak. Dr Manisekar juga mengatakan batu aku dalam bentuk pasir halus. Setelah berbincang, kami setuju untuk terus dibedah.

Ok, bila aku setuju untuk dibedah, doktor terus tanya..ada insuran atau nak guna duit poket sendiri. Aku cakap ada insuran, doktor sambung lagi tanya, dah berapa lama aku ambik insuran ni.. jawapan aku.. dah menghampiri  1 tahun 4 bulan. Terus doktor geleng kepala.. waaa... kenapa... ? susah katanya. banyak kes yang dia jumpa, insuran tak nak cover sebab belum cukup 2 tahun  tempoh polisi. Kalau sakit biasa, takda masalah, tetapi kalau melibatkan pembedahan besar, dan jenis penyakit yang makan masa untuk dikesan , selalunya selepas 2 tahun baru insuran akan cover tanpa banyak cakap.

Hah , aku dan suami dah cuak. Tapi aku tetap serahkan medical card  kepada PA doktor  untuk urusan selanjutnya. Kami diminta menunggu seketika. Masa ni kami lepak di cafe kejap, aku hanya makan cucur sebiji dan minum sedikit air. Sebenarnya aku takut nak makan, sebab bila makan.. sakit datang menjengah. Last aku makan pukul 8.00 malam semalam.

10 minit menunggu, aku dapat panggilan dari bahagian kewangan mengatakan insuran aku decline. Alasan diorang adalah insuran masih baru. Batu di dalam hempedu memerlukan tempoh bertahun untuk terbentuk. Jadi, sah-sah la aku dan suami rasa frust. Aku terus call ajen insuran  , yang juga merangkap sahabat aku. Katanya dia akan terus hubungi Office untuk mengenalpasti penyebab utama decline dan cara bagaimana harus aku lakukan agar insuran boleh cover kos pembedahan tersebut. Tak lama menunggu, ajen aku call  semula dan katanya pihak insuran nak aku lakukan blood test. Berdasarkan keputusan ujian darah tu, diorang akan buat keputusan samada meluluskan atau still decline aku punya insuran.

Aku bersetuju dan  kami kembali ke bilik Doktor Manisekar, dan jelaskan kehendak pihak insuran. Jadi , Dr Mani arahkan PA nya untuk membawa aku ke bahagian blood test. Kat bahagian ni pun, takda orang lagi.. kejap ja menunggu..terus dipanggil. Staf yang mengambil darah aku tu..pergh..memang pro, sekali cucuk jer, terus dapat. Aku ni dah banyak kali lalui, kalau kena ambil darah di lengan tu.. mau lebam dulu..baru nak dapat saluran yang betul. Lepas ambil darah..kena tunggu lagi.. nak tunggu result darah dan keputusan dari pihak insuran. 

Sekitar jam 10.00 pagi, aku dapat call dari unit kewangan, mengatakan result darah aku dah keluar dan pihak insuran pula tetap decline. Kerani tersebut mengatakan pihak insuran masih dalam keadaan 50/50 samada nak cover atau tak pembedahan aku ni. Aik , kenapa pula jadi macam tu ? . 

Lepas dapat keputusan darah dan keputusan pihak insuran, kami minta untuk berjumpa doktor sekali lagi. Sebenarnya semasa pertama kali pihak insuran decline , suami aku dah buat keputusan akan menggunakan budged sendiri. Yang penting aku terus di bedah dan boleh kembali sihat. Huhuhu.. terima kasih abang.

Sekali lagi aku hubungi ajen dan maklumkan tentang keputusan pihak insuran. Lepas tu masuk jumpa Doktor Mani untuk  bincang tentang kos pembedahan dan lain -lain kos yang perlu kami tanggung. Anggaran yang diberikan oleh doktor adalah sekitar RM12 000.00 . 

Dah dapat anggaran harga, kami terus ke bahagian pendaftaran wad. Di sini mereka telah maklum bahawa kami akan membayar semua kos sendiri. Jadi deposit yang perlu kami bayar adalah 
RM 15 ribu. Pergh... berlahak  aku dengaq. 

Kes aku ni jadi  lebih drama apabila hari tersebut, semua bank samada di Kedah atau di Perlis adalah TUTUP . Manakala hari Isnin 12 hb, adalah Maulidur Rasul , bank masih tutup. Jadi, mana aku nak cekau RM 15K tu. 
Setelah berbincang di bahagian warded dan kewangan, akhirnya aku hanya bayar deposit sebanyak RM 4000.00 sahaja. Itu pun selepas menandatangani perjanjian untuk melunaskan bayaran sebelum keluar ward. Kami memang nak bayar..tapi masalahnya, bank tak buka. Kalau cucuk ATM pun.. memang tak lepas, melebihi had dibenarkan. Aku hanya boleh keluar pada hari selasa, setelah bank buka dan setelah kami membuat bayaran. itulah perjanjian yang kami buat dengn unit kewangan KMC.

Setelah macam-macam dugaan, ajen aku call dan maklumkan pihak Insuran akan bayar segala kos pembedahan selepas mereka menjalankan siasatan terlebih dahulu. Diorang takut aku cuba menipu iaitu sakit sebelum ambik pelan insuran tersebut .Pendek kata, diorang nak tengok hasil pembedahan aku nanti, saiz batu dan lain-lain. Jadi bedah dulu, baru ada keputusan samada lulus atau terus decline. Maka selesailah sudah urusan nak masuk ward dan cabaran nak menggunakan Medical Card.
Pergh...baru urusan awal, dah panjang berjela. . Disebabkan panjang sangat...aku jadikan ini Part I . nanti di sambungan Part II aku ceritakan pengalaman di bilik bedah, pantang selepas pembedahan , dan berjayakah aku nak klim Insuran tersebut.. sekian.


 Bilik 417 KMC




Thursday, March 9, 2017

ENTOPIA PULAU PINANG

Jom kita ke Entopia. Dulu Entopia ni dikenali sebagai Taman rama-rama.. Tapi lepas diorang buat renovation , semakin besar.. dan semakin cantik.. maka nama pun dah berubah menjadi ENTOPIA. Tempat,  masih di tempat yang lama .

Seperti biasa, aku sukakan perjalanan bermula di awal pagi, supaya kami punya lebih masa untuk meronda , untuk melepak seketika dan pelbagai agenda lain yg akan terjadi ketika dalam perjalanan. Iaitu mungkin sesuatu di luar perancangan. Walaupun Penang dekat, tetapi, jadual perjalanan mesti disusun terlebih dahulu. Maka, pada sebelah malam.. beg pakain dah siap masuk dalam kereta.
Lebih kurang jam 7.45 pagi, kami bertolak dari rumah. Alhamdulillah... jadual pertama berjaya di laksanakan.
Firas buat permintaan .. kali ni dia nak naik feri pula ke Pulau Pinang ..ok.. permintaan berjaya ditunaikan. Jam 9.30 pg lebih kurang..kami sampai terminal feri. Lepak lama juga..sebab nak tunggu feri.

Sekitar jam 12.00 tgh hari kami sampai Entopia. Singgah makan nasi kandar sesiap..sebab nak lepak lama kat dalam ni kan..

Sebelum masuk.. kenala beli tiket. Sebenarnya, tiket boleh dibeli secara Online juga .tiket online entopia klik link tu kalau nak beli secara online dan lain-lain  maklumat.

Inilah rupa tiketnya. Pakai di lengan.. dudukla kat dalam ni sampai diorang ligan suh korang keluar.

Masuk ja..terus pemandangan cam ni.. apalagi..bergamborla dengan sepenuh hati.

Ini Pelan dalam entopia. Keluasan di dalamnya berganda dari dulu. Lebih luas dan lebih banyak maklumat yang disediakan. Jadi.. aku ada sedikit pendapat yang aku nak syer . Ini pendapat peribadi aku la. Di dalam Entopia ni.. memang banyak maklumat yang korang boleh dapatkan..dan ianya perlukan masa untuk pembacaan dan penelitian. Setiap serangga dan haiwan yg ada dalam ni..ada penerangan yang jelas. Jadi..kalau korang masuk sini dengan anak-anak kecil..anak-anak yg belum boleh bersabar dan belum boleh memahami serta tidak berminat pada serangga.. aku rasa macam agak merugikan dengan harga tiket yang telah korang bayar. Kami habiskan masa kat dalam ni hampir 3 jam.. memang best bila banyak yg nak di ambil bab.. Aku tengok yg bawa ank kecill semuanya jalan laju-laju..sekali pandang ja..sebab anak dah merengek ..dah lapar dan sbgnya.  Jadi..aku cadangakan..kalau nak masuk sini.. pastikan anak dah bersedia..dah memahami..dah kenyang..dan korang sendiri bersedia untuk bersama-sama dengan anak bagi menerokai satu ilmu baru yg ada di sekeliling diorang.

Selepas meronda sekejap.. 3 beranak ni meneliti kembali peta yang di ambil di pintu masuk tadi.. Takut ada yang terlepas pandang. Kami masuk sini dah  tengah hari.. jadi..kalau di ruangan yang takda aircond..dah mula rasa peningkatan haba.Jadi..cadangan aku.. masukla di waktu pagi.  Kat dalam ni..ada tandas dan ada cafe kecil. Jangan risau.


Bunga ni..dah lama aku tak nampak. Dulu masa kecil, aku panggil bunga ni, bunga rama-rama. Selalu aku masukan dalam Al-Quran atau dalam buku teks yg tebal. Sangat wangi.. dan apabila kering..dah serupa rama-rama.. terbang di tiup angin.
 Escalator ni pula menuju ke Pandora Forest. Tinggi sungguh letaknya..

Inilah Pandora Forest. Lukisan ni semua nampak timbul dan hidup. Sangat menarik..

Ini Nenek nyamuk.. 

Disebabkan anak-anak aku tahu..yang aku ni sesangatlah anti dengan lipas.. maka..diorang pun nak la sesangat bergambar dengan lipas yang tak hensem ni. Tetapi.. diorang tak tau..aku sebenarnya bencikan si lipas yang bersayap tu. yang ni takder sayap..jadi..takleh terbang..so releks ler... Ibu tak ngeri pun.. kekeke..
Masa kami hampir nak keluar dari sini.. dah ada segerombolan kanak-kanak sekolah yang sedang buat lawatan. Pergh..memang riuh dan kami dah tak boleh nak meneliti dengan kushuk dah setiap bahan yang disediakan. Diorang main serbu serentak kat setiap tempat.. habis makcik-makcik ngn pakcik-pakcik kena mengalah. Sesangatlah exited kekanak tu semua. 

Hampir jam 3 petang, kami keluar dari entopia. Terus kami buat keputusan untuk chek-in Hotel. Aku dah la belum sihat sepenuhnya, lama pula berdiri kat dalam Entopia tadi, jadi, kat dalam otak dah terbayang katil hotel. Kali ni kami lepak di  Bay View Batu Feringghi pula. Jom..kita lepak dulu..


Friday, January 13, 2017

BAYVIEW BEACH RESORT PULAU PINANG

19 Disember 2016 , kami pi Penang pulak.. Penang lagi.. anak -anak aku nak sangat ke Entopia, nak tengok rama-rama katanya. Time ni , aku baru 1 minggu keluar dari wad, selepas menjalani pembedahan membuang hempedu. Nanti aku post tentang pengalaman aku menjalani pembedahan dan pengalaman pertama aku nak menggunakan Medical Card ( pjg ceritanya ).

Dipendekkan cerita, kami pilih Bayview sebagai tenpat nak melepak. Seperti biasa, aku book bilik ni melalui Agoda. Pilihan aku adalah jenis Family Room. 

Ringkasan tentang Bayview :

Bersih, bilik keluarga yang amat luas.. semua kemudahan ada, dan lagi best kolam mandi yg luas dan ada 3 kategori kolam utk kekanak, kolam utk dewasa dan play pool. Ini adalah penyebab utama aku pilih Bayview. Anak -anak aku dah cakap..diorang nak berendam ja. Lepas ke Entopia.. tak nak kemana dah.. cuma nak main dlm kolam. Lagipun dah banyak tempat kat Penang yang kami dah jelajah. Dalam keadaan aku yg masih sakit , kesan pembedahan, jadi Bayview memang pilihan yg tepat. Aku boleh berehat dan diorang boleh berseronok kat kolam mandi atau di pantai.


Chek in jam 3.00 ptg. kami sampai lebih kurang jam 3.05 ptg. Tak ramai yg nak chek in.. jadi amat mudah sesangat. Aku sampai kat kaunter, serahkan booking yg telah dibuat melalui agoda.. isi borang sikit utk kenderaan , terus dapat kunci. semudah ABC. Tetapi, tiada welcome drink.

Inilah kaunter pendaftaran,luas dan selesa.
Tetapi masa aku nak check out jam 12.00 tgh hari keesokannya , mak ai,, punyala ramai yang beratur. Anak aku siap bilang.. " kat hadapan ibu ada 20 orang lagi.. dan di belakang ibu ada 10 org " hahaha.. Firas dah bagitau semua org yg beratur di situ..sora bukan main kuat lagi. Tetapi takla lama sangat nak menunggu, 3 kaunter di buka. Kejap ja dah sampai giliran aku. Jadi proses check in dan chek out amat mudah dan pantas.

Bilik lebih kurang macam Huruf L yang GEMUK .. kekeke.. Ini bahagian utk anak-anak.. 2 katil Single. Bilik ni ada 2 Balkoni. Yg bertirai tu..adalah sliding door ke balkoni. Kalau ada anak kecik..pastikan sliding door tu berkunci elok ya.

Ini utk ibu dan abah. Katil yang besarr. Jadi kalau korang ada 4 orang anak .. bilik ni still pilihan yang terbaik. Memang luas..

kali ni.. aku tak berminat pun nak berendam..samada dlm kolam atau dalam bath tub ni.. sebab luka pembedahan aku masih merahhh.. 3 lubang di tebuk di perut.. guna kaedah laparoskopik.

Toiletris biasa sahaja. 


Kemudahan lain, iron dan iron board, safety box, sejadah.


Ermmm .. yg ni aku tak puas hati. Sikit sangat. Semasa aku lepak di Holiday Inn, teh, kopi, milo amatt banyak. Puas hati tahap senyum dalam mug. Kali ni..alahai... sedihnya makcik tengok. Jadi ptg tu ..kami borong pelbagai lagi minuman sachet.

Ini adalah aktiviti sebenar yang di tunggu -tunggu. Kat sini kalau nak mandi, korang takleh pakai T-shirt biasa key. kalau tak.. pasti ada yg akan menegur korang untuk keluar dari kolam, atau tanggalkan saja baju tersebut... 

Ini Play pool . 

Ni kolam yg paling cetek.. sesuai utk kekanak kecil.

Lepas puas berendam dalam kolam.. berendam dalam laut pulak. Tapi diorang tak berendam sangat pun kat sini.. katanya takut obor-obor. aku jadi pemerhaku kejap ja.. pastu.. masuk lepak lam bilik..sambil layan cerita korea.. Wifi free kan.. yg penting..laju pulak tu.. puas hati aku.

Ni di bahagain belakang hotel. Sejuk mata memandang.


Dewan makan terbuka. Luas dan selesa.

Ini pula pemandangan dari bilik aku di tingkat 7. Pemandangan rumah-rumah mewah yang sangat comel. Entah berapa puluh kali aku merenung rumah-rumah di sini. Bila malam, rumah-rumah ni kelihatan semakin comel dilimpahi cahaya kekuningan lampu.

Bayview pada waktu malam.. cantik. sebelah siang nampak cam tak berseri pun.
Alhamdulillah.. penghujung tahun 2016 yang mengembirakan walaupun ada sedikit ujian yang Allah berikan utk aku, namun segalanya tetap ku syukuri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...