Tuesday, August 2, 2022

DE BARON RESORT LANGKAWI

 Assalamualaikum, 

Selamat kembali aku ucapkan pada diriku sendiri.. hurmm... 👀.

Kita teruskan ke destinasi ke-3  kami iaitu De Baron Resort Langkawi.

Sebelum tu, meh kita tengok apa Maksud Resort.. aku copy kat google jer.. 

Resorts adalah tempat yang menawarkan kelonggaran dan rekreasi selain penginapan, makanan dan amnesti asas lain. Resorts biasanya dicipta berhampiran dengan alam semula jadi, persekitaran yang indah dan menawarkan tetamu pelbagai aktiviti rekreasi dan kemudahan seperti spa, gim, kolam renang, lawatan dan lain-lain. Resort sering dibina di atas penyebaran tanah yang lebih besar. Sebuah resort pantai / tepi pantai adalah resort yang terletak berhampiran dengan pantai dan menawarkan aktiviti seperti melayari, menyelam, belayar, sukan pantai dan lain-lain. Tempat peranginan bukit / bukit bukit biasanya terletak berhampiran gunung dan menawarkan aktiviti seperti trekking, mendaki gunung, mendaki dll. Istilah, resort adalah destinasi percutian yang hebat.

Maksud Hotel.. ni pun aku copy dari pakcik Google jer..

Hotel adalah sebuah pertubuhan yang menyediakan tetamu, penginapan dan makanan. Pada asasnya, hotel adalah tempat di mana anda boleh tinggal jika anda menghadiri acara (persidangan, perkahwinan, mesyuarat rasmi dll) jauh dari rumah, atau jika anda ingin bermalam di persekitaran yang baru. Hotel-hotel ini ditubuhkan di kawasan-kawasan yang popular dan sibuk seperti bandar-bandar utama dan bandar-bandar, berhampiran lapangan terbang, stesen kereta api dan sebagainya. Hotel resort adalah hotel yang terletak di dalam resort.

Makanya.. De Baron Resort ni, memang memenuhi kreteria sebuat Resort.

Bila kami nampak ruangan ni, sebagai wakil AJK yg ditugaskan melihat, menilai dan bergossip hal hotel yg dilawati, maka ianya memenuhi kehendak kami. Iaitu ruangan untuk melaksankan aktiviti sampingan nanti.
Pemandangan di De Baron Resort Langkawi adalah antara yang terbaik.Sangat cantik dan santai. Selesa walaupun tiada kawasan pantai di sini


Cafe di bahagian luar bangunan. Best..angin laut sepoi sepoi bahasa gitu.. jgn tanya sedap atau tak menu sini, air kosong pun tak merasa.. 😂😆
Cantik..
Cun..
segakk
hensome... 😁
Satu lagi kreteria yang menjadi nilai tambah kepada resort ni, iaitu kolam mandi dan taman tema mini untuk keluarga anda bergumbira.


Satu lagi..ada mini zoo .. jadi kalau hampa dah jemu tengok ikan duyung..jerung dan paus.. boleh layan arnab ..ayam serama..dan dinasor jika ada.. 😎

Ok, habis dah cerita hal di bahagian luar Resort. Sekarang mehla kita masuk ke dalam bangunan Pulakk. Penceritaan aku ini adalah berdasarkan pendapat peribadi tentang apa yang aku lihat dan aku rasa.. jadi.. tolong faham..hanya pendapat peribadi  AKU.
Bilik Agak Luas, tetapi... semasa aku melangkah masuk ke lorong lorong bilik ni.. aku dah rasa suram.. seterusnya, ada bau asap rokok yang agak kuat. Aku pun tak pasti mungkin kerana baru habis tempoh PKP, jadi mungkin itu penyebabnya.

Keadaan bilik juga tidak memuaskan hati aku dan para sahabat yang bersama pada hari utu. bandingan kami adalah bilik Latihan kami di Kajang adalah lebih baik ..walaupun ianya bukan bertaraf hotel atau resort. Jadi apabila ditanya ulasan tentang De Baron, kami cuma keluarka ayat penyata..
 "Bilik penginapan di Pusat latihan kita lebih baik.." 
Jadi.. Bos dan staf staf lain mengganguk paham. Tak perlu ulas panjang.
jom bancuh kopi.. Pesanan aku sekali lagi..pastikan gelas tu semua korang cuci sekali lagi..dan utk minuman, sebaiknya gunakan air mineral atau air bertapis.. bukan air dari singki hotel. Hotel 5 bintang sekali pun.. pastikan korang minum air yang bukan dari tangki hotel.


Suasana di ruang legar amatlah suram dan tidak ceria.. entahla mungkin masa kami sampai , ada masalah elekrtik atau diorang sedang test lampu. Nak komen pun tak tau..
Seterusnya, adalah bilik mesyuarat. Aku pun tak tau nak ulas, konsep hiasan apa yg diorang gunakan disini. Suasana bilik mesyuarat tak best..entahlah.. aku tak rasa aku boleh bertahan kalau kena mesyuarat seharian di dalam bilik yg agak kurang selesa. Tetapi utk kemudahan mesyuarat seperti projektor ,layar dan PA system tetap disediakan.


 Inilah lorong -lorong bilik yg aku katakan agak kurang ceria.. Bagi kami ber4 yg ada ketika itu, memang tak berpuas hati. Lif pun kecil dan comel ja.. . Semasa kami berada di sini, kami dimaklumkan bahawa bilik-bilik banyak yang berpenghuni, kerana telah disewakan untuk peserta realiti tv oleh salah satu program TV swasta di Malaysia. Aku rasa .. mungkin ini juga penyebab bau rokok yang agak kuat.
Ok, untuk De Baron Resort, kalau korang memang nak cari kelainan..boleh cuba di sini.
Tetapi bagi kami yang bertujuan untuk Bermesyuarat sepanjang hari, ini bukanlah pilihan yang terbaik. 
Keselesaan semua ahli mesyuarat lebih penting. 
Sekian, terima kasih
Banyak lagi aku nak update.. tapi tula.. tula.. entahlah.. hermmm...

No comments:

Nufnang