Tuesday, December 1, 2020

Japanees Village & Rabbit Park Bukit Tinggi Pahang Malaysia

30 Oktober 2020 , Hari ke - 2 kami di Bukit Tinggi Pahang . Selepas sarapan, dan membeli sedikit cenderamata, sekitar jam 10.15 pagi, kami check out dari Colmar. Bagi sesiapa yang menginap di Colmar Tropicale, jangan lupa untuk klim semula tiket masuk ke Bukit Tinggi yang dibayar  di Pondok Guard. Aku dah klim pada hari pertama semasa chek-in. Walaupun dah chek out dari Colmar, tiket untuk masuk ke Japaness Village dan Rabit Farm masih sah laku.  
Jarak dari Colmar ke Japaness Village tidaklah jauh mana. Pengunjung boleh pilih sama ada nak naik kenderaan yang disediakan atau naik jer kenderaan sendiri. Kami tentulah naik kereta sendiri, sebab kami nak sampai awal di Japaness Village dan selepas itu kami akan meneruskan perjalanan ke Bukit Fraser . Japanees Village ni, pukul 10.30 pg baru buka. Kami sampai tepat pada masanya, pengunjung pun belum ramai, dan cuaca pun masih di ulit bayu ..
Gambar di atas adalah dari tempat parking. Nak naik ke atas tu, boleh longgar juga kepala lutut. Jadi agak tidak sesuai untuk warga emas yang ada masalah lutut.

Selepas habis sahaja berpuluh-puluh anak tangga tadi, maka... dipersembahkan laluan ini pula..jenggg..
Laluan ni adalah memanjat ke atas.. jadi.. awas, ketiak anda boleh basah !!! 
Rezeki kami datang awal pagi, cuaca masih mengasihani. Bunyi haiwan seperti Lutong, monyet dan spesis yang berkaitan adalah sangat meriah. Aku rasa depa lawan  test gema atau lawan suara sapa yang paling best. 
Kami 4 beranak pula entah berapa kali berhenti rehat. Acah-acah layan pemandangan dan aku seperti biasa, halakan HP ke serata arah, buat-buat sibuk... Tapi sebenaqnya, penat woii !!! 
Nampak ja sign board ni... perghh...lap peluh.


Alahai, tangga lagi..





Rumah Oshin cam ni la kutt..

Sesapa nak urut.. silakan ?

Kami terus menyelusuri denai kecil  ni.. 

Di pertengahan denai tersebut, terjumpalah Tatami Suite. Entahla ada tak orang pernah menyewa kat sini. Hampa berminat dak? Kalau ya.. teruskan scrool ke bawah...

Inilah rupanya Tatami Suite. Hehehehe.. nampak pun dah seram, berani nak lepak sini.. layan hantu.
Rasanya suite ni memang dah lama tak digunakan. 

Setelah beberapa minit, akhirnya kami berjaya keluar dari taman tersebut. Rupanya kami yang salah jalan..sebab laluan denai tu telah membawa kami ke penghujung taman tersebut. Jauh laaa.. Kalau kami berpatah balik dari awal, iaitu selepas sahaja Tatami SPA taklah lencun ketiak dibuatnya.. hermmmm...
Kami singgah kedai kecik ni kejap.. borong ais cream yang harganya boleh buatkan hati ko rasa nak senyum sinis.. Tapi dah tak tahan ..lapaq aiqq.. masuk ais ke tekak..perghh legaaa.. 
Cuaca pun dah semakin panas.. cuma sesekali angin sejuk lalu..rasa cool gitu.

Selepas kering peluh..kami pun bergerak ke Rabbit Park. Tiket adalah termasuk harga yang di bayar pada guard hadapan nunn.. Sebenarnya..kami terlajak..sampai jumpa lori hantu duk angkut tanah merah, dan dreba lori pulak semua bukan muka Malaysia.
Punca kami terlajak... ni haa..bangunan yang kami jumpa sepi macam ni. Macam dah lama tak digunakan.Tu pasal kami teruskan lagi perjalanan.. cuba mencari hidupan sebenar. Sorang manusia pun takda wei... hahaha..

Rupa-rupanya..
Tempat asal Rabit Park ni dah di tutup.. sebabnya alasan COVID. Tempat sementara di bina di belakang tapak asal. Tetapi semua arnab dan haiwan kat situ diletakkan di dalam sangkar dan semuanya berada di dalam bangunan ni. Memang tak best pun.Sebab rabbit terkurung. Boleh pandang-pandang jer .. tak boleh sentuh yaa. 
Kesian rabbit ni..dia tenung aku..aku tenung dia. Kat dalam ni, lantai pun basah.. mungkin diorang baru cuci bahan buangan haiwan-haiwan comel ni, sebab ada bau yang tak best. Masa ni, hanya kami ja pengunjung yang ada dan seorang penjaga di pintu masuk. 

Jadi, kesimpulan tentang Japaness Village .. Nampak agak tak terurus ,sayu dan dan tak ceria.
Rabbit Farm pula, mungkin faktor tempat sementara, jadi memang tak best pun.Si arnab ngn ayam yang ada kat sini pun nampak sedih.. 
Sekian la lawatan kami di Bukit Tinggi Pahang. Jom kita ke Bukit Fraser pulak.. Lepak di Silver Park Bukit Fraser

No comments:

Nufnang