Tuesday, November 6, 2012

Pantai Merdeka, Beach Resort .. Sg petani Kedah

Pergh...lama gila aku tak update Blog.
Kekadang Sebab aku memang sibuk.. kekadang angin malas datang menyerbu..dan kekadang.. otak aku blur.. tak tahu apa yang aku nak taip.
Disebabkan harini ada masa terluang yg banyak.. aku dah habiskan hampir sejam tadi search buku-buku baru kat MPH  dan PTS online..banyak yang aku berkenan dan yang paling aku berkenan pula dah out of stok. Ish.. frust pula.. 
Tetapi Semangat lain pula yg datang..  aku harus berbuat sesuatu pada blog peribadi aku ni.
Jadi hari nih meh aku nak story tentang Pantai Merdeka.. jadi kita jenjalan lagi ya.
Sebenarnya kami ke sini bersempena Hari Keluarga Jabatan..Alhamdulillah.. hari keluarga berjalan lancar..walaupun sebelum majlis berlangsung pelbagai dugaan yg kami hadapi.Berkat kerjasama semua yang terlibat.. Bos akhirnya cukup gembira dengan apa yg kami berjaya jalankan. Tahniah buat semua kakitangan JPPH Perlis, Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh..( Ceewah.. pandainya aku.. hahahha)
 Sbelum Jenjalan..pastikan semua barangan yg nak dibawa dah diletakkan setempat.
List utama aku yg wajib ada adalah First Aid Kit .
 
 Sampai ja Pantai merdeka.. rehat Jap..terus serbu sini. Lapar woo..
Danish oder ABC Gunung Jerai.. Tinggi.. boleh makan sekeluarga.
 
 Dah sedia nak terjum dalam kolam mandi. Kalau dulu.. takda kolam mandi..tapi skrg dah ada
3 kolam. Kolam yang berperingkat..
 Selepas sarapan pagi..tengok laut dulu..
 Abah dan Danish..
 Pantai yang sama ..
Tetapi..suasana persekitaran dah berbeza..
Sekarang dah cantik.. Gerai makan yang tersusun dan kawasan resot yang bersih dan menarik
 Masa ni Firas baru habis acara mengutip bola pimpong.
Memang riuh bila anak-anak kecik dari umur 2 tahun sehingga 4 tahun turut mengambil bahagian.
Riuh dengan suara ibu bapa yg kuat menyokong dan ketawa dengan kaletah kanak-kanak kecil ini.
 Disebabkan aku adalah AJK Hadiah..maka..wajibla letak gambar hadiah kan.
Terima kasih tak terhingga buat ahli Kumpulan aku..Ryna dan Fadzlina.
Alhamdulillah..kita berjaya melaksankan tugasan yg diberi.
 Gambar yang diambil oleh Cik Ryna.. Tq ya..
 Firas memang best.. enjoi ja dia.
 Pandanglah ..lihatlah..cantikkan.
Ini berhampiran kawasan Resortnya
 Kalau nak masuk bilik..mai sini dulu key..
Kalau dulu biliknya tak banyak..sekarang dah banyak.
Dah boleh pilih samada nak yg dua katil, tiga katil atau yang ada dua bilik terus..
 Antara bilik yang ada kat sini.
Kawasan sekitar memang bersih dan cantik.
Tetapi aku agak kurang berpuas hati dengan bilik yg aku dapat.
Aku ambil bilik 3 katil..dari segi keluasan memang dah ok..
Kemudahan pun ok .. cuma aku rasa ada banyak semut gatal.
Apabila aku masuk bilik.. aku boleh nampak laluan semut di dinding bilik..pergh..panjang..
lepastu kat atas katil ada tuala mandi..tetapi di tuala mandi..semut penuh wooo..
Nasib anak aku tak lepak kat atas tuala tu..dan kebiasaan aku memang bawa tuala sendiri.. jadi selamat ( sebab aku dah mula terbayang yg bukan-bukan tentang tahap kebersihan tuala dan brg kat situ )
Dan aku juga sebenarnya dah bawa ridsect bersama..sebab aku dapat bayangkan kalau biliknya kat atas tanah..tepi pantai..pasti aku memerlukan pembunuh nyamuk dan semut ni.
Dari segi harga pun aku rasa agak mahal..
Inilah kolam mandinya. Puas Danish berendam. Ini adalah kolam yang paling dalam kat sini.
Ini pula kolam yg paling cetek.Sesuai untuk budak kecik.
Kolam satu lagi ada papan gelongsor simple.
nak mandi laut aku rasa kurang sesuai...
Pada sebelah petangnya pula ada gerai jualan yang banyak..macam-macam ada di jual
karpet pun ada tau...
Danish ngn Firas angkut mainan la.. Danish dengan penyembur buihnya yg besar..dan Firas angkut Lori simen besar..
Jadi..kalau korang dah lama tak berkunjung kat sini..boleh la bawa keluarga berjalan-jalan.
Makan angin Laut.
Lepas lepak Pantai Merdeka, korang boleh terus menuju ke Tanjung Dawai , makan Mee udang di Pulau Sayak  dan Lembah Bujang ... Jom pusing Kedah..

2 comments:

juwita chalet said...

salam
kepada yang berminat utuk bercuti di pantai merdeka dan teluk nipah Kami menyediakan tempat yang sesuai untuk seisi keluarga bercuti dan berehat dan juga untuk group membuat sebarang aktiviti - aktiviti seperi flying fox, perkhemahan, jungle tracking, dan lain-lain pada kos yang sangat kompetatif.

berminat boleh hubungi
019 2752003
019 2357004
(Rofitah)

atau lawat blog kami
http://pantai-merdeka-chalet.blogspot.com/

Anonymous said...

https://m.facebook.com/Homestay-tepi-laut-Teluk-nipah-Pantai-merdeka-kedah-1928452254048510/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...