Tuesday, August 28, 2018

MISI KE CAMERON HIGHLAND MELALUI SIMPANG PULAI DAN TAPAH

Harini Jumaat 27 Julai 2018. Aku nak sambung alkisah kami berhari raya di atas Cameron Highland. Kali ni aku rasa exited sebab kami rancang akan naik dari arah Simpang Pulai dan turun melalui arah Tapah. Setelah entah berap kali aku menjejak kaki ke Cameron, ini pertama kalinya aku nak lalu ikut Tapah.. waa... best..best.. pengalaman baru. Aku dah dengar pelbagai versi berkenaan laluan Cameron Highland -  Tapah. Jalan yang berliku..dan lebih banyak pemandangan hijau berbanding Simpang Pulai.



Kami bertolak dari rumah sekitar jam 8.00 pagi. Sebelum bertolak, sarapan nasi lemak yang mak aku buat.. Alhamdulillah... ni yg best jalan ngn mak nih.. semua siap sedia. Gambar di atas adalah laluan Simpang Pulai. Sepanjang jalan kami mendaki, memang selisih dengan banyak kereta. Jadi dah dapat bayangkan bertapa ramai manusia di atas Cameron. Bukan kami sahaja yang bercuti di hari raya.


Ni simpang menghala ke Kampung Raja.. maknanya..dah tak lama nak sampai puncak Cameron Highland.. Horeyyy..

Kami sampai di Lavender Farm sekitar jam 1.00 tgh hari. Tempat pertama yang kami dah planing nak singgah adalah Avant Chocolate, sebab..kalau naik dari Simpang Pulai.. ini adalah tempat tarikan pertama yang korang akan jumpa. Tetapi... mak aiiiiii....garu kepala aku tengok punyalah banyak kereta. Nak parking penuh..sampai di gigi jalan pun..aduhai... Jadi, keputusannya kami skip tempat tersebut. kami menuju ke tempat kedua iaitu Lavender farm. Adoi.. kat sini pun sama juga.. ramai... Syukur, ada sebuah kereta yg parking di gigi jalan dah keluar, jadi disitulah kami parking. Adik aku pula..paking rapat gila dengan kami..kalau tak..memang tak muat. Tak kisahla..kami kan ahli serombongan..nak keluar dari situ pun secara berjemaah. Maka dapatla masuk ke Lavender Farm dengan harga tiket yang dah naik.... Dewasa RM 10, kanak-kanak RM 7 .Suasananya dah tak sama seperti aku last sampai sini. Bunga lavender dah nampak tak subur, dan pokok lain pun sama.. macam tak terurus sangat. Kalau tak caya..klik sini.. LAVENDER FARM 2013  . Kali ni aku nak bergambar pun tak semangat sangat.. 


Selepas keluar dari Lavender Farm kami menuju ke kampung sedia. Sebab kami nak makan Nasi Lemak Strawberi. Hoyeyyy...dari perlis duk berangan nasi lemak strawberi dan juadah yg aku takan lepaskan setiap kali ke Cameron..Scone.
Malang tak berbau..kedai nasi lemak tutup... hahahaha...pilu hati akak. Lepastu..yang buka cuma Cafe YZ Farm. Ramai sedang makan di situ.. tetapi..nasi dah habiss.. yang tinggal cuma mihun kari.. Kami serogombolan ..semua oder menu yang sama. Nasib sedap.. selalu makan mee  kari..kat sini mihun kari. Kat sini pun ada scone.. tetapi..kami dah aim scone kat  KHM Strawbery Farm. Jem strawbery tu diorang buat sendiri..pastu tambah krim ...pergh..memang sedappp. Kami siap bungkus dan bawa balik bilik lagi.. huhuhu..nikmatnya... Buah strawbey gedabak tu..adik aku yg tambah.. Kat tempat lain yg aku dah makan.. diorang letak jem strawbery dengan salted butter... aku lebih suka cara di KHM Krim dan jem strawbery. Cayalah... tetiba rasa nak makan sekarang jugakkkk...

Selesai makan tengah hari.. kami terus check in di Iris House Resort . Rehat kejap.. dalam pukul 6.30 petang, kami dah buat keputusan nak makan steamboat di DeBamboo Tower Steamboat.

Kami pelanggan pertama haritu. Ni hiasan dalam kedai. Kedai ni pun tak besar mana.. tetapi selesa dengan hiasan utama berasaskan buluh dan payung payung kecil di bumbung.

Yang menjadikan tempat ni special, adalah tempat steam ni ada 4 tingkat. Tingkat atas sekali adalah untuk kukus. Lepastu kami minta cheese..  asal nak makan..mesti nak cecah dengan cheese. Sup ada dua jenis, iaitu sup biasa dan tom yam.

Selepas makan, kami merayap lagi, terus mencari Pasar malam di tapak baru. Cari Golden Hills Apartment ..jumpala pasar malam tu. Tapi.. aku berpendapat.. pasar malam di tapak lama dulu lagi best.. lagi panjang. Yang ni dah pendek...lepastu nak sampai sini.. punyalah jem. Tak puas hati..kami merayau lagi.. kali ni kami terjah deretan gerai di tepi jalan.. Barang jualan seperti biasa.. teh, keychin, t-shirt dan lain-lain. Puas membakar lemak.. kami pun kembali ke kediaman kami di sebelah Smoke House.. kekekeke...

Keesokan paginya.. kami terjah Kea Farm pula. Bestnya ke pasar dalam suasana sejuk gedik-gedik. Tak sempat nak berpeluh pun..

Dah sampai Kea Farm.. jangan cakapla.. semua cantik dan segar.. Nak ja aku angkut semua letak lam bonet kereta.

Tengok ni.. rasa terancam poket laki aku.. hahahaha..

Comelnya.. macam bunga plastik.. tapi ni bunga segar key..

Pilih la mana yang korang nak...

Sekali pandang.. suasana macam di Wang Kelian Perlis dulu -dulu... sekarang 2018..dah takda cam ni.. 

Ok.. Selepas puas meronda dalam Kea Farm, kami balik ke Iris House untuk berkemas. Dalam 12.30 kami dah check out dan deposit aku RM100 dikembalikan setelah semua barangan yang diberikan awal tadi telah dipulangkan. Aku kembali teruja sebab akan turun melalui Jalan Tapah. Gambar di atas tu adalah Pekan Ringlet.  Tak silap aku..lepas pekan ni..dah tak jumpa pekan dah..sampai terus ke bawah.

Di tepi tepi jalan, banyak  gerai Orang Asli. Bilangan gerai di sebelah Tapah lebih banyak dari laluan Simpang Pulai. Jadi sukala hati aku bila aku sempat membeli tudung saji dari rotan yang saiz kecil. Sebelum ni aku dah beli yang saiz besar. Jadi..bertambahla koleksi rotan aku .. horeyy..
Ini pula Air Terjun Lata Iskandar. Kami tak berhenti pun.. Kat sini pun susah nak parking. Ramai yang berhenti lepak lepak dan ambil angin sesambil lepas angin.. kekeke...

Kesimpulannya... Laluan Tapah - Cameron Highland lebih mencabar dari laluan Simpang Pulai - Cameron Highland. Kalau tak kerana nak menghantar adik aku kembali ke tempat kerjanya di Tapah, kami tak mungkin akan lalu ikut sini. Dari Tapah nak balik ke Perlis akan menjadi lebih jauh. Suasana hijau di laluan Tapah ni lebih memukau, masih ada hutannya berbanding laluan Simpang Pulai. Jalan di sebelah Tapah lebih berliku dan sempit. Kalau sesekali selisih dengan bas dan lori ngeri la juga rasanya..sebab diorang naik laju jerrr...
Akhirnya harini 28 Ogos 2018 jam 4.30 petang, dapatlah aku mengakhiri kisah yang tertunda sekian lama. Bila rindu nak bercuti.. bolehla aku buka dan baca semula. 
Bye bye Cameron Highland 2018.

Thursday, July 5, 2018

IRIS HOUSE RESORT CAMERON HIGHLANDS

Apa rasanya bila bercuti ke Cameron Highland di hari raya..
Horeeyyy ... macam nak balik kampung..beraya di kampung halaman.. sambil sangkut dalam jem..sambil layan lagu raya.. waa..feeling balik kampung wei... Bila singgah RNR.. nak masuk tandas pun tak boleh.. jemm... padan muka..nak sangat rasa suasana balik kampung kan.. 
Nak makan kat RNR.. kena tunggu giliran..meja penuh... hahaha..

Hari raya ketiga, kami saja cari pasal.. nak berhari raya di atas Cameron Highland.  1 Minggu sebelum raya, aku booking bilik. Punyala susah nak dapat bilik besar..pada harga mampu milik.. sebab kali ni aku bawa mak, ayah dan adik adik sekali.
Aku cari yang ada 3 bilik tidur. Akhirnya .. dapatla di Iris House Resort. RM270 satu malam.. ++ tax hampir RM 300.00 untuk satu malam.

Iris House Resort terletak di Tanah Rata, menghadap padang Golf Pekeliling. Lebih senang aku cakap, duk sebelah Smoke House saja.. Tak dapat duduk Smoke House, jadik jiran pun boleh laaa..
Dari sini nak ke Taman Sedia.. dekat yang amat.. naik kereta, lalu ikut roundbout yang pada aku boleh buatkan aku conpiuse, nak lalu ke tidak. Roundbout yang langsung tak bulat.. hahahaha.. tak caya korang try lalu ikut situ tengok.

Kat sini , masa untuk Check in adalah jam 3.00 petang dan check out jam 12.00 tengah hari.Semasa Check in, diorang akan minta deposit sebanyak RM 100.00 dan akan dipulangkan semasa Check out apabila korang serahkan barang-barang yang diberikan semasa Check In. Antara barangnnya 3 helai pengelap kaki, remote TV, shampoo dan gel mandian ( yg ni tak perlu dipulangkan) , username dan pwd wifi ( tapi slow tahap siput, ni pun takyah pulangkan ) kunci bilik, dan no petak untuk parking kenderaan korang. Kalau barang ni tak cukup.. deposit korang lesap.. di bawa bayu Cameron Highland. Kami dapat bilik di tingkat 4, dan paling hujung , setiap bilik ada 2 balkoni iaitu di bilik tidur utama dan di ruang tamu. Ini suasana dari bilik aku, menghadap padang golf dan bangunan yang sedang dibina. Suhu tak sejuk sangat..tapi tak panas. Maknanya..suasanya yang amat sesuai untuk masuk bawah selimut dan buka kilang taik mata. Hahahaha...
Disebabkan dlm gambar ni dah nampak tempat parking, biar aku ceritakan terus hal parking . Parking hanya disediakan untuk sebuah sahaja kenderaan , iaitu di bawah bangunan ni. Jadi kereta adik aku..kena la paking di luar.. nun di tempatyang korang nampak tu.. tak jauh pun..lintas jalan sahaja.

Bila masuk saja ke bilik.. taraa... alhamdulillah..  
kemas, cantik dan bersih. Ni ruang tamu..dan korang boleh nampak di belakang ruang tamu.. adalah dapur kecil yang comel. Di dapur disediakan periuk nasi, electric kettle , pinggan mangkuk, sudu , dan mug. Peti sejuk besar juga disediakan. 

Masih di ruang tamu.. dan tu pintu ke bilik tidur utama.. Siaran TV pun Ok.. Astro ada .. tapi tak semua chanel la. Datang Cameron Highland  nak menghadap TV.. baik balik duk rumah saja..

 Inilah bilik tidur Utama. Setiap bilik ada tandas.. jadi jangan sesaja nak pi rebut tandas di bilik lain yer..
Masih lagi di bilik tidur utama. Aku suka.. ada balkoni.. Buka ja sliding door tu.. bertambah kuatla aircond yang masuk. Bagi korang yg bawa anak kecil.. hati hati.. takut ada yg nak tiru spiderman pulak.. bahaya dik ioo.. nyawa bukan boleh dibeli kat Tesco ataupun Giant.. 
Tandas..

Ini Bilik tidur ke- 2. Bilik memang luas, jadi jgn susah hati. Kalau anak ramai..katil yg ada tak mancukupi, aku cadangkan korang bawa toto sebagai tambahan. Boleh lepak di ruang tamu atau di bilik saja.
Ni pula di bilik ke-3. Bilik sangat kemas.. dan setiap bilik ada tingkap. Jangan risau.. kalau rasa tak cukup sejuk, buka tingkap luas-luas. Di sini tak disediakan kipas atau aircond.


Jeng- jeng - jeng.. apakah ini ? .. Inilah juadah sarapan pada hari kedua.. rendang ayam aku bawa dari rumah..  siap bekukan..pastu masukan dalam cooling beg..sampai cameron..masih lagi keras.. Lepastu terus simpan lam peti.. cayalah.. yg lain.. mak aku bawa sambal ikan, gulai ayam ..dari tin..telur dadar. Nasi pun mak aku yg masak.. hehehe.. untungla bawa mak bercuti.. 

Inilah rumah jiran kami.. Smoke House. Nak singgah makan scone..tapi tuan rumah tak jemput la pulakk... kekekeke..

Ok.. habisla cerita tentang Iris House Resort. Kalau di tanya pada aku... ok tak tempat ni ? Jawapannya..sangat ok dengan kadar harga yang dikenakan. Aku ada terbaca review yg tak berapa elok , tapi nasib aku baik, dapat bilik yg bersih , kemas dan cun. Kalau bukan time pick hour, harga sebenarnya lebih murah..
Kalau korang nak bawa ahli keluarga yang ramai.. cubalah datang ke sini. Kat taman sedia ,yang terletak di belakang Iris House Resort ni, ada kedai makan, kedai steamboat dan kedai scone yg sedap.. , jadi tak perlu nak bersusah payah ke tempat yg jauh. Kalau rajin, bawa bekal dan panaskan kembali saja. Bawa beras secukupnya.
Sekian, nanti aku sambung lagi. 

Tuesday, June 26, 2018

HARI RAYA ENAM SEKAWAN - 2018

Alhamdulillah.. akhirnya aku sedar diri untuk kembali menjenguk di sini. Harini 26 jun 2018, dah 11 Syawal pun. lagi 6 bulan Insyaallah.. kita akan berada di tahun 2019 .. pantasnya masa berlalu..
Selamat hari Raya buat semua .. Maaf zahir dan Batin.. 

Hari Raya ke 2,  16 jun 2018, 6 sekawan ni bersepakat nak berjumpa.. tetapi.. 2 sekawan terpaksa tarik diri..sebab kena balik ke rumah mertua yg terletak di Penang ngn Perak.
Maka 4 sekawan..nekad.. nak jumpa juga..nak raya bersama.
Setelah berbincang berjela -jela.. ( penuh wassup wei..) maka dapatlah keputusannya.. nak buat riuh di rumah aku..  
Seperti yg dijanjikan..sekitar 10.30 pg..sampaila sahabat - sahabat aku yg dirindu. 3 sekawan dalam geng 6 sekawan ni.. sebenarnya..berkahwin sesama rakan sekelas dan rakan sekolah.. 3 sekawan lagi..berkahwin dengan orang luar...  
Jadi..bila berjumpa.. bukan setakat kami 4 sekawan hawa saja yg riuh bercerita.. 4 sekawan adam pun riuh bercerita..sebab dah saling mengenali. Inilah reunion terbesar kami ..sebab melibatkan suami dan anak-anak bersama.

 Seperti biasa.. wanita dan kamera.. sukar dipisahkan.. kekeke.. tak kira di mana.. tapi.. tempat yg paling disukai.. di depan pintu. Tak kisah la pintu rumah atau pintu kedai. Tak caya.. cer tengok gambar lama kami.. mesti ada pintu..sebelum ni..pergi kenduri di rumah ana.. pun bergambar di depan pintu jugak... hahahahaha.

 Hasil paksaan Ana.. jenuh menghimpit. Kalau datang lagi 2 keluarga yg balik kg tu.. kompom !! tak celuih.. anak dah ramai..dan dah nak sama besaq dengan mak pak.

Dalam gambar ni, yg tiada adalah suami Has.. Sebab dia dipaksa relakan menjadi cameraman.. sebenaqnya..camera dia lawaaaa.. kami pakai kamera tipun ja.... 

Ni wani.. masa majlis di rumah aku haritu..dia balik perak.  Hari raya ke 7 ..boleh pulak kami bertembung di Giant kangar. Aku tengah kusyuk pilih kopi.. tetiba aku rasa aku terlanggar troli.. aku mengelak ke tepi.. lepastu.. tak sampai sesaat, aku kena langgar lagi.. jadi..aku pun pusing ke belakang..sebab nak cakap..maaf.. tetapi..yg ada di depan aku.. sorang pompuan sambil tersengeh panjang.. laaa. makcik ni rupanya.. patutla.. dia ni bukan reti nak bersuara.. yg dia tau senyum dan sengeh ja.. tabiat lama tu masih ada lagi.. 
Jadi.. selepas berjaya membuat pertemuan ni.. kami berenam dah ada planing baru.. jeng...jeng..jeng.. kami nak bercuti bersama pulak.. Tempat di Taiping Perak.. Tarikh belum tentu.. dan persetujuan pasangan masing -masing pun belum di perolehi... hahahaha... yg penting kami berenam dah mula planing . Jadi.. ibu - ibu sekawan.. jom mula menabung. Ada rezeki.. kita bercuti bersama...HoRreyyy.. Insyaallah.

Friday, January 19, 2018

SAMBUTAN HARI KELUARGA JPPH PERLIS 2017 - RUMAH TETAMU UNIMAP KURONG TENGAR PERLIS

Harini 18 januari 2018 .. jadi.. jom..kita berpatah balik ke belakang... 3 bulan dari sekarang...
Tara !!!  27 Oktober 2017 kembali menjelma..
Huishhh.... jauh sungguh tertinggal ETS.. dah basi busuk cerita pun.. tapi..tetap nak update.. sebab kisah macam ni..setahun sekali ja berlaku.. itu pun... itupun kalau persatuan banyak DUIITT.. Duit tara.. jangan berani cakap ar.. verangan sahaja dibenarkan.. sebab verangan adalah percuma... hahaha...

OK.. kembali ke Isi -Isi  penting.
Majlis berlangsung dari 27 Oktober  - 28 Oktober iaitu kalau mengikut kalendar orang puteh.. jatuh hari Jumaat dan sabtula.
Tempat yang terpilih tahun ni.. Rumah Tetamu UNIMAP  Kurong Tengar Perlis. Tepi laut beb.. boleh mancing.. 
Objektif tahun ni..  Mengumpulkan semua staf dan ahli keluarga untuk menambahkan keakraban , keeratan , kekuatan, kesatuan.. dan apa-apa lagi yg berkaitan dengan kekeluargaan.
Syukur..objektif tercapai.. cuma 2 orang staf yang tak dapat hadir.. atas sebab musabab yang memang tak boleh nak elak. Jadi..frust menunggunung di tepi kaki Bukit Lagi Kangaq la jawabnya..
 Memula..jom layan gambaq rumah tetamu dulu.. satu malam..cuma RM 63.60 sahaja.

Sebenarnya kan.. rumah aku dari sini.. tak sampai 5 km pun.. tapi.. aku tetap lepak sini... wakaka.. kalau aku tak ambik peluang ni.. takan sesaja aku nak menyewa plak kan. Saja cari bahan kena kutuk ngan geng jela. Disebabkan ada alasan... maka leh lah aku tidur semalaman di sini. 
 Semua 2 tingkat.. aku ambil tingkat atas, sebab hero -hero aku cakap..diorang suka nak duk atas.. Tapi kalau ada anak kecik..aku syorkan korang ambil tingkat bawah jer. Tu pun masih ada 3 anak tangga. Memang bleh senaman naik turun tangga la..


Kemudahan dalam bilik pun ok.. sesuai dengan harga yang ditawarkan. Tandas pun di dalam bilik..jangan risau.. siap ada air panas.1 katil Queen, tapi lantai..masih luas.. boleh tidur atas lantai tu.. setiap bilik ada aircond ,Tv dan peti sejuk kecil .
Disebabkan rumah tetamu ni di tepi laut... jangan lupa bawa semburan racun serangga..


Inilah lautnya.. dulu..zaman aku masih muda mudi.. ada pantai di kawasan ni. Tetapi.disebabkan faktor hakisan, pasirnya dah terhakis dan digantikan dengan batu besar ni..untuk elakkan hakisan yang lebih teruk.
Kalu korang rajin.. jalan lagi ke hadapan.. boleh nampak laut luas..
Laluan bot dan sampan kecil untuk nelayan.. Boleh memancing sampai bosan..
Hari Jumaat 27 Oktober..
pagi-pagi..kami dah mulakan gotong royong.. sesapa yang kurang sibuk..dipersilakan bersama AJK makanan..untuk buat persediaan awal. Malam nanti.. kami akan 
ber BBQ. Semangat semua.. perap daging ayam, perap daging kambing, bungkus kerang dalam aluminium foil.. nanti senang..main letak atas api jer.. 
Aku.. plak..dah menjadi adat.. tiap tahun.. AJK hadiah. Asal hadiah, akulah calon membelinya. Jadi..2 minggu sebelum majlis.. aku dengan team dah mulakan operasi merisik hadiah. Tahun ni..hadiah paling best.. microwave. Pergh.. ramai yang berkenan.. yg menarik lagi.. vacume cleaner, set periuk cun melecun  MENANG.. bleh masak terus atas api.. karpet.. dengan saiz yg maksimum.. jadi.. aku cakap..hadiah memang best. Nak hangkut dari pejabat ke Rumah tetamu pun dah jadi satu hal..sebab takder lori. Kalau ikut hati aku.. nak ja aku beli set dari kedai perabot tu.. nasib aku sedar diri... tak daya nak mengusung ke sana ke mari. 
Jam 5.00 petang.. kami check in di Rumah tetamu. Maka bermulalah sesi persediaan untuk BBQ. Lepas Maghrib.. dah boleh makan. Memang sedap.. juadah pun banyak.. AJK BBQ .. tahun depan boleh lantik lagi..

28 Oktober 2017 hari sabtu

Pepagi lagi dah terpacak di khemah untuk sarapan. Sarapan pagi.. nasi lemak, roti bakar kueh mueh.. teh tarik dan kopi O , jadi.. AJK sarapan pagi.. tahniah.. 

Masa aku nak update blog family day ni.. puas aku mencari kemana hilang gambar yang beribu-ribu lemon tu. Entah sapa yg sabotaj. Tinggal gambar yg aku ambik sendiri ja.. Folder gamabar di dalam PC library dah lesap.. sedangkan gambar itulah aku nak pilih dan hantar ke HQ untuk laporan tahunan. Kena cari tok bomoh menilik lah camni...kekeke..

Sambung kembali.. lepas sarapan.. bermulalah aktiviti pertama...

Aktiviti pertama.. senaman Taichi
macam-macam gaya ada.. . semua enjoi. Besar, kecil, tua muda.. bersama- sama bertaichi.
aku... aku lepak tepi ja.. sambil buat-buat sibuk ambil gambar..

Ni gaya Taichi atau bersilat ni ? ker gaya jirus angin dari Goku  Dragon Ball ?
Nun di hujung sana.. Tok guru Taichi.. Uncle Chun nama diberi.

Si Badut.. 
Dah 2 tahun berturut -turut kami menjemputnya ketika sambutan hari keluarga. Sebenarnya Si Badut ni banyak meringankan urusan kami ketika majlis berjalan. Semua kanak-kanak dari usia 4 tahun.. dikawal olehnya. Dengan silap matanya.. belon ajaibnya yang pelbagai bentuk.. jadi.. mak bapak lebih mudah nak enjoi dalam sukaneka. Tak percaya.. korang boleh cuba.. Mak bapak pun sebenarnya terhibur dengan magic si badut.. maka majlis berjalan dengan aman bila anak-anak kecil tak merungut kebosanan.. 


Acara Seterusnya untuk mak bapak.. Pancing Botol.
Ketaq tangan woo.. terutama bila angin kuat bertiup.. Lepastu geng asyik jerit.. CEPAT !! CEPAT !! WOII  CEPATTT!!!..nak ja aku lempar terus pancing tu... stress... hahaha..

Bowling Kelapa
Nampak cam mudah... buah kelapa tu dah la macam ada segi segi.. aku baling ke tengah..ke tepi juga yang dia nak pergi. Selepas habis semua buat balingan.. sedih plak aku tengok buah kelapa tu.. hancussss... Botol air yang jadi pin plak.. masih maintain.. hahaha.. jarang sangat yang mengenai sasaran.

Acara Kanak-kanak 

2- 4 tahun.. kutip bola pimpong.. sesangat comel..
5-7 tahun... bawa bola dalam sudu
8-10 tahun.. isi air dalam botol dengan menggunakan span
11-12 tahun.. baling bola pimpong ke dalam bekas biskut.. 

Ni yang sedih.. gambar kanak-kanak comel tu semua lesap.. 
tapi..nanti kalau aku berjaya menemui folder gambar kekanak kecil dengan acara diorang.. aku pasti upload di sini.
Gambar hadiah-hadiah yg aku beli pun tara.. habis bukti kerja kerasku mencari hadiah..
hishh.. sapa la yg ainaya folder gambar ni.
Keluarga Besar Kami

Tahun 2017 .. tema kami purple.. Sangat cantik dan ceria..
Untuk rekod.. tahun ni aku menang semua acara yg aku masuk..horeyy.. rezeki si pencari hadiah..alhamdulillah..
Cabutan bertuah.. aku dapat pengisar.. tetapi aku minta tukar suka sama suka.. aku nak tikar buluh yg cun tu.. masa cari hadiah..aku dah aim dah tikar tu.. akhirnya menjadi milik aku juga..

Kalau korang datang Perlis dan nak lepak dekat dengan laut..serta nak makan ikan bakar di Kuala Perlis.. boleh cuba menginap di sini. Jarak ke Kuala Perlis pun dekat sahaja.. Petang -petang boleh lepak di seagate  Kuala Perlis.. Banyak kedai makan di situ.. kalau musim cuti sekolah.. boleh jem jadinya. Lepastu.. boleh terus makan Laksa Kuala Perlis.. Banyak kedai yang boleh dipilih. Nak balik..jangan lupa beli belacan Perlis. Kalau korang terus susuri laluan tepi pantai menuju ke arah Sungai Baru...korang akan jumpa kedai ikan kering, dan banyak lagi tempat memproses belacan.. boleh beli terus dari diorang. Pekasam pun banyak.. samada pekasan ikan laut atau ikan air tawar.

Satu lagi aku nak habaq.. kalau korang datang perlis dari bulan Februari hingga Oktober 2018 ni.. pastikan korang menyusuri pantai untuk melihat Ikan Lumba-lumba Putih atau nama sintifiknya
Sousa Chinensis . Ikan ni bergerak secara berkumpulan , antara 30 hingga 50 ekor. Rezeki aku.. di suatu petang, balik kerja..sesaja ikut jalan pantai..dan ternampaklah sekumpulan ikan ni.. wahhh.. riuh rendah dalam kereta..padahal aku ngn laki aku jer pun . Bukan senang nak nampak ikan ni.. Selalunya ikan ni berada di sekitar Pulau Batu Layang .. dekat dengan kuala sungai baru dah.. Jadi.. apakata..kalau dah sampai sini.. trylah mencuba nasib.. boleh nampak ikan ni live depan mata..dalam kumpulan yang banyak... rasa kagum dengan ciptaan Allah. Lepastu..adalagi.. tunggu matahari terbenam.. nikmati suasana petang melihat bot-bot nelayan kembali ke daratan.. rasai kedamaiannya.
Perlis Indah Lagi Permai.. 

Jadi.. sekian laporan hari keluarga utuk tahun 2017 .
Insyaallah .. moga ada rezeki untuk tahun seterusnya.

Kalau korang nak booking  hubungi
Encik  Husairi 04-9798136 ..  call waktu Office hour .

Wednesday, December 27, 2017

HOTEL NOVOTEL TAIPING PERAK

Majlis Forum Pengguna 1 Gov* Net - Zon Utara 24 Oktober 2017 (Selasa) bertempat di Novotel Hotel, Taiping, Perak.

Balik taklimat dari Putrajaya, aku cek email.. jeng... jeng.. kena pi Taiping la pulak... kalau tak pi..aku kena cari pengganti... alahai..sapa la nak gantikan tempat aku kan.. nak tak nak.. pi la juga.. 
Jadi hari Isnin 23 Oktober, lepas anak aku yang no 2 balik KAFA, sekitar jam 6.00 ptg baru kami keluar dari rumah. Jadinya memang sampai malam la di Novotel. Keluar dari rumah, terus ja ke Novotel, memang tak stop mana mana dah. Dalam pukul 10.00 mlm, kami sampai ke Hotel. Dah sampai.. apalagi..kelaparan la anak beranak.. 

Hotel Novotel ni berada di tengah-tengah pekan Taiping, kat atas Taiping Mall . Jadi, memang susah nak sesat, kami sampai waktu malam, dari jauh dah boleh nampak cahaya lampu NOVOTEL. Disebabkan aku sampai di malam hari, jadi takda la gambar hotel di siang hari. Aku ambil gambar dari web Agoda ja. Sebab aku booking pun melalui Agoda.

Novotel ni hotel baru.. jadi memang amat-amat selesa dan bersih. Penyambut tamu dan staff sangat friendly.. mudah senyum.. sangat bagus.
Pintu hotel ni di bahagian bawah, tapi parking untuk tetamu hotel adalah di tingkat 6. Parking luas dan dikawal, jadi tak risau keselamatan kenderaan.


 
Bilik kami di tingkat 9 . Kat sini lif hanya boleh di akses oleh pemegang kad kunci bilik jer. Jadi kalau takda kad tu.. lif hanya menerima arahan untuk acsess ke bilik mensyuarat / kafe / swimming pool dan bahagian receptionis sahaja. Konsep yang sama seperti di The Everly Putrajaya .

Bila Pintu dibuka.. tara.. inilah biliknya. Bilik tak la berapa luast sangat, tetapi... karpet yang amat-amat tebal.. rasa macam pijak tilam nipis dah.  Katil super single. 3 Beranak boleh landing atas katil.. Bersih dan selesa.. itulah untungnya kalau lepak di hotel baru. Disebabkan ini hotel baru, jadi.. almari masih berbau kayu.. Kepada yang alah kepada bau kayu ni.. memang rasa tak selesa la sikit. 


Inilah almari- almari baru tu.. 



                       Sinki dengan cermin yang besarr..          Iron dan iron board

                                                              Shower dan Tandas .. berasingan

Coffee & Tea maker.. yang ni... sikit... tak cukup utk kami  


Toiletries 





Kolam Mandi..  Ini adalah kegembiraan anak - anak. Panas atau hujan tak menjadi masalah buat diorang berdua. Asal boleh berendam.. tak kisahla walaupun terbakar dek panas mentari. 

Cerita yang sama seperti di The Everly Putrajaya, kolam mandi tersebut, mereka yang punya... Orang lain ke sekolah, dua beradik ni gembira berjemur di tengah panas. Bila sampai rumah, baru aku perasan .. paha Firas berbelang .. kekeke.. muka .. jgn cakap la .. terbakaq panaih.


 Kami sampai ke hotel dah hampir pukul 10.00 malam. Lepas check in , kami 4 beranak terus turun mencari kedai makan. Alhamdulillah, amat senag nak cari makan di sini. Di hadapan Novotel ni ada medan selera. Banyak gerai yang ada. Cuma perlu lintas jalan ja. Maka.. mula lah aku gelabah mak limah bila kena lintas jalan . Padahal jalan 2 line jer pun.. 

Bila masuk medan selera ni.. pergh...nampak young tau foo la pulak. Jadi kaki dah tak nak jalan dah. Sotong yang tergantung sekoq - sekoq tu..aku nampak sedap gilos. Padahal aku ni kalau makan makanan laut. mau naik jerawat 3 - 4 ketul. Tapi aku tak kisah dah.. aku nak juga makan Yong Tau Foo Taiping. Lepas ni kalau naik jerawat, aku telan ubat banyak-banyak.
Akhirnya... yang ditunggu muncul juga... Masa oder, rasa boleh habiskan semua makanan di situ... bila makan.. tak habis punn... Last bungkus.. bawa masuk bilik. Nasi Goreng udang tu best juga. Young Tau Foo , aku rasa biasa saja.. sebab di Perlis aku boleh dapatkan yang lagi sedap.. tetapi..harga kat Taiping ni, jauh lebih murah.. tabiat aku, kalau dah berjalan.. memang aku nak makan semua jenis makan yg ada di negeri tersebut. Tamak haloba sungguh..



Majlis berakhir jam 6.00 petang. Disebabkan kami chek out lambat.. maka kena la tambah duit . Pihak hotel bagi aku chek out lewat sampai pukul 2.00 ptg saja.. itu pun kalau takda orang yg booking. Lebih pukul 2.00 kenala top pup.  
Gambar di atas  adalah sebahagian pemandangan pekan taiping berlatarbelakangkan Bukit Larut.  Sejuk mata memandang.. hijau....

Sebelum balik, kami singgah makan di Doli Kuey Teow Goreng. Dari 5 bintang.. aku bagi 3 ja kut. Ramai yang cakap, rasanya dah tak sama macam dulu.. Bagi tekak aku pun... ianya tak membuatkan aku mengigau utk kembali ke sana buat kali yang seterusnya. Anak aku oder nasi ayam. Lepas makan, kami ronda-ronda sekitar tasik dan terus bergerak ke Perlis. Sebab keesokan harinya , anak-anak aku bersekolah. Tak boleh ponteng banyak banyak hari. 

Jadi tamatla perjalanan ke Taiping atas urusan kerja bagi tahun 2017. Tapi , hujung minggu tersebut, kami buat sambutan hari Keluarga di Rumah Tetamu UNIMAP di Kurong Tengar pulak. Wah.. Penuh jadual aku untuk bulan 10 ni. Ok, next entry, Sambutan Hari Keluarga 2017 pulak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...