Wednesday, March 10, 2021

BUNGA - BUNGA CINTA DI BUKIT FRASER .. ewah.. ewahh..

Bukit Fraser memang best.
Suhu sejuk, kabus yang sentiasa berarak, ketenangan  dan bunga-bunga yang mekar di setiap penjuru kawasan menjadikan suasana sangat- sangatlah romantik. 
Bagi pengemar bunga, silalah berkunjung ke sini. Aku post gambar bunga, tapi nama bunga aku tak tau.. hee.. 
yang pasti ..semua lawa .. 
Si merah terang ni sangat-sangatlah menonjol. Hidup  subur di sepanjang jalan .

Jam besar ni adalah tempat wajib untuk bergambar. 

Yang ni pula berwarna pink terang. Digabungkan dengan warna hijau sekitar, memangla sangat memukau.

Bunga purple ni ada macam- macam nama.. kawan aku panggil bunga Siti Subaidah ☺

Aku pula panggil pokok bunga 3 bulan.. sebab bunga tu bertahan lama..  entah la siti subaidah atau makcik bedah.. hurmm..

Bunga ni aku snap dari dalam kereta.. cantik , berlapis-lapis. 

Macam bentuk bunga kertas , tetapi bukan bunga kertas.


Sekali pandang seperti ballet sedang menari.. 







Aku suka bunga, tapi masalahnya, kalau aku tanam pokok bunga.. semua hanya tahu keluarkan daun jer.. susah sungguh nak berbunga dengan banyak. Letak baja pun tak jalan. Jadi, sebagai langah selamat untuk tidak sakitkan hati sendiri, aku tanam pokok yang tak berbunga. Semua pokok berdaun, cumanya daun pelbagai warna. Sejenis lagi pokok yang subur  kalau aku tanam adalah pokok kaktus. Jadinya, aku ada banyak pokok kaktus yang besar -besar belaka.
Lepasni aku kena tanam pokok sayur pulak lahh.. Tukar kerjaya, jadi makcik sayur. 

No comments:

Nufnang