Wednesday, July 29, 2015

PRODUK UNTUK KULIT SENSITIF

Pejam celik  , pejam celik.. harini dah 11 Syawal 1436 bersamaan 27 Julai 2015 jadi, selamat hari raya, maaf zahir dan batin..

Aku betul-betul  sedar yang aku alami kulit sensitif ni semasa aku di tingkatan 1. Kalau aku salah gunakan produk @ salah makan..maka... akan ada biji-biji kecil sepeti ruam akan muncul di kulit. Kalau setakat gatal ja aku boleh tahan lagi..tapi masalahnya, dalam biji -biji kecil tu ada seperti air bisa..bila dah pecah..ianya akan terasa pedih dan amat gatal. Kena air boleh tahan lagi..tapi kalau kena sabun..mak aiii...pedihnya. Itu baru masalah kulit.. jari aku lain pula ceritanya. 
Dah aku ni dilahirkan sebagai seorang wanita..sudah semestinya kerja dapur menjadi satu urusan wajib buat aku kan.. takan tetiba bila mak minta tolong uruskan hal dapur aku nak bertukar jadi lelaki pulak.. ( tapi kalau boleh..memang teringin nak tukar ..wakakakakaka..).
 Maka alkisahnya jari-jemari aku ni.. kalau salah guna sabun cuci pinggan..mak ai..nagis aku..jari aku akan menjadi keras dan pecah. Serius sakit sangat. Aku pula time tu seorang atlit ( kekekek..dedulu la ) . Aku aktif memanah..jadi apabila jari aku jadi macam tu..macam mana aku nak shoot ? asal aku shoot..pasti jari aku akan semakin teruk..pecah dan berdarah. Pernah..darah melekat di bahagian dagu aku semasa memanah.. sakit-sakit sangat. Aku ambil ubat kat klinik..sebekas kecil..berharga
RM 18.00 tu harga dulu..harga pada tahun 1995 - 1998. Aku guna 2 minggu ja..dah pun habis. Jadi..di sinilah aku mula mencari alternatif lain..yang lebih murah..tahan lama dan berkesan. Selepas mencuba beberapa produk.. akhirnya.. aku bentangkan disini.. untuk perkonsian bersama.

MANDIAN

Aku akan mencari produk dengan PH seimbang. Hish..tahap bebudak betui. Dan untuk itu..pilihan yang serasi dengan aku..tentulah Johnson baby.

Nasib masa zaman sekolah dulu mak aku belikan produk ni utk adik kecil aku yg masih baby. Jadi aku cuba menggunaknnya.. alhamdulillah.. dah takda bintik halus yg gatal lagi memedihkan. Tetapi bila dah lama guna satu produk..apa jadi pada aku ? aku bosannla..nak produk lain pula..produk yg boleh buatkan aku lagi gebu. Haa,,nah tukarrr..Padann muka beb.. gatal kembali menyerang. Jadi dengan muka tak bersalah.. beli lah balik produk johnson ni..

Ini pula produk yg anak aku gunakan. Tetapi bukanla 1 set..aku cuma ambil bubble bath dan shampoo . Anak aku yg sulung dah alami masalah kulit ni sejak dari bayi lagi..jadi doktor yg sarankan produk ni. Semasa aku lahirkan anak kedua..aku dapat kesan si adik pun ada masalah kulit sensitif ni. Jadi aku terus ja ambil sebamed ni. Aku gunakan produk ni sehingga mereka berusia 5 tahun dan selepas tu aku akan cuba tukarkan dengan produk johnson baby . Kalau ok..teruskan dengan Johnson baby ja. Si abang Alhamdulillah..dah semakin ok kalau gunakan produk lain...tetapi tak semua yg sesuai. Ada sesetengah tu masih akan membuatkan kulitnya bertukar jadi merah dan gatal. Adik masih lagi dengan sebamead tetapi syampo dah boleh guna johnson baby


PRODUK UNTUK WAJAH

Masa kecik dulu aku memang berangan nak jadi lelaki..boleh panjat sana..panjat sini..mandi sungai..jadi.. bab kecantikan wajah tak termasuk dalam diari aku. Ada kengkawan aku..semasa darjah 5 dah ada produk kecantikan. Apabila aku berusia 13 tahun..dah masuk sekolah menengah..dah nampak abang-abang hensem..kakak -kakak yang cun..aku pun teringin nak lawa cam diorang gak. Time ni muka aku masalah warna kulit tak sekata. Aku jenis kulit cerah..tetapi ada tempat yg nampak bertompok lagi cerah.. huwaaa..tak suka.. Jadi... aku buat rayuan pada mak..aku nak benda yg boleh cantikan kulit aku. Jadi..mak  belikan aku produk yg ada ekstrak lidah buaya kat dalam tu..ok..berkesan. Tapi dah tak ingat nama.

Naik tingkatan 2 ..aku dah aktif memanah..jadi dengan duit elaun memanah yg aku dapat..aku cuba produk Olay.. Pergh..memang berkesan ( takda gambar nak letak..jenis lama punya bekas. Olay dah banyak kali tukar bekas ). Aku takda masalah jerawat dan aku takda masalah sun burnt yang teruk. Mungkin time ni kulit remaja kan..halus dan suci gitu.Tetapi pada usia 34 tahun..kulit aku mula tak dapat menerima Olay. Kulit aku menjadi terlalu berminyak dan nampak kusam. Kadangkala muncul jerawat (cuma kadang-kala ). Mungkin disebabkan faktor umur , pekerjaan dan stress. Jadi aku mula mencari produk lain. Maka bermulalah era di mana kulit aku menjadi semakin teruk dan teruk.Penuh jerawat dan kusam. Sampai satu tahap aku malas nak tangkap gambar atau tengok cermin lama-lama. Mula hilang keyakinan untuk berdepan dengan org ramai.
Aku dah mencuba berjenis-jenis produk..nampak iklan TV macam sesuai ( katanya 4 sensitive skin ) aku cuba...last muka aku makin teruk. Sehinggakan akhirnya aku beralah. Aku ajak hubby ke klinik kulit ja. Doktor cek dan cakap muka aku ni dah tahap kena jangkitan dah. Dan doktor juga ada tanya..ada tak aku ambil apa-apa produk untuk kulit. Aku jawab  " Ya ". Produk tu kata utk kecutkan jerawat, mencerahkan kulit dan menggebukan. Betul kulit aku semakin nampak cerah..tetapi jerawat semakin byk dan semakin besar..ada nanah key ... huwaa....nagis lagi. Maknanya produk tu tak sesuai utk aku makan..


Doktor cakap..dah ..jgn nagis...kekekeke...tukar semua..pakai produk ni ja dan berhenti makan apa sahaja produk yg aku baru ambil tu. Sempat lagi aku tanya..kalau saya pakai produk ni..boleh saya pakai foundation tak ? ish..ish..ish..masih tak sedar diri..doktor geleng kepala jer...dan sempat cakap.. orang perempuan ni.. susah nak rasa serik ya... hek eleh..nasib doktor lelaki...kalau tak..sure faham perasaan perempuan ni.. kekeke..ok dok saya tak pakai apa dah..pakai ISIS ni ja. Janji !!!
Doktor bagi aku antibiotik untuk di habiskan dalam masa sebulan..makan seminggu 2 kali ja..dan produk ISIS... dia caj aku semua RM 290.00 mak ai..nasib bawa duit lebih. Hehehe..tapi dah suspec dah..mesti mahal..semua org cakap mahal kalau bab kulit.
Alhamdulillah..bila aku mula pakai ISIS ni..jerawat baru dah tak naik..Hanya tinggal parutja. Muka pun dah tak berminyak.
Masuk bulan ni dah 3 set ISIS ku gunakan.
Dan raya baru ni..aku sedap menikmati BBQ udang , Sotong..Tomyam pun letak udang  yang banyak.... Hasilnya tahniah 4 biji jerawat baru muncul di muka aku. Dah tahu spesis alahan pada semua tu..nak juga makan sampai sengkak ? Ni yg laki aku cakap mudah lupa daratan ni.


Lipstik  aku hanya boleh guna produk Maybelin..itu pun sebelum sapu ke bibir..aku kena alas ngn lipice dulu. Bedak pun Maybelin..dah tak pakai sebarang foundation dan eye liner pun Maybelin. Sebelum jerawat teruk..aku guna blusher juga jenis Maybelin. Sejenis lagi produk yg serasi ngn aku adalah silky girl. Tetapi tak semua produknya sesuai. 
Aku ada sejarah dengan eye liner dan lip liner jenama lain..sungguh ngeri. Aku cuba gunakan eye liner dari produk yg fames gakla.. mata aku gatal yg amat. Gatal pula di bahagian bulu mata tu..susah o nak control. Aku rasa nak cabut semua bulu mata tu utk hilangkan gatal.
Lip Liner pun aku ada sejarah tragis.. selepas 2/3 kali aku gunakan produk tersebut..garisan bibir aku membengkak dan menjadi kehitaman. Korang bayangkan..seolah olah aku lukiskan line mulut aku tu dengan menggunakan celak mata hitam  ..dan bengkak + gatal pula tu.. Aduh...malunya hanya tuhan yg tahu. Aku ambil ubat dari doktor..dan bengkak tu surut dengan cepat..tetapi kesan kehitaman di garisan bibir aku tu makan masa berbulan-bukan utk hilang dan kembali ke warna asal. Jadi sejak haritu sehingga sekarang..aku dah tak pakai sebarang jenis Lip Liner.

LOSYEN


Aku tak boleh menggunakan sebarang Losyen . Kalau pakai juga..selepas 1 atau 2 hari..aku akan mula rasa gatal dan pedih. Aku ada semua size losyen Johnson Baby yang botol pink ni. Kalau aku pakai jenis lain..walau dari produk johnson..aku takla gatal..cuma kurang berkesan untuk jejari aku yg mudah kering dan pecah.
Jadi..dengan benda ni ( hanya bekas pink )..aku dah tak perlu ambil ubat khas utk jejari manja aku ni. Losyen ni dah cukupkan keperluan aku. Jadi..di pejabat.. di rumah..dalam kereta..botol losyen ni akan di temui di mana-mana. Dalam handbag, wajib ada botol kecik tu.
Apa yg aku lakukan mudah ja.. selepas cuci pinggan atau menyental baju anak teruna aku ..aku akan keringkan tangan dan terus pakai losyen ni. kalau di pejabat, selepas aku cuci tangan, aku akan kembali memakainya..sedikit pun dah ok..asal rata. Jadi disebabkan aku dah guna benda ni dari zaman anak dara..aku tak mengalami masalah tumit pecah atau selulit akibat mengandung. Bahagian kaki dan tumit kaki adalah bahagian wajib aku sapu.Semasa mengandung..aku tambahkan kekerapan menyapu losyen ni di bahagian perut dan bahagian-bahagian yg mudah muncul selulit. Bila dah menjadi tabiat..aku kekadang tak boleh tidur kalau tak sapu losyen di kaki & tgn.. huhuhu..sebab aku rasa ada benda aku tak buat. Kalau losyen ni habis..maka akan terjadilah episod aku membedah botol losyen ni. Sebenarnya kalau dipecahkan botol ni.. (guna gunting la..) masih ada banyak sisa losyen kat dalamnya.. terutama kalau botol besar tu..
Jadi botol ni juga boleh di temui di hujung kepala katil aku.. kekekeke.
Untuk baby oil tu, anak -anak dan aku yg gunakan. Johnson Baby Colonge  aku suka baunya..morning dew..tetapi..aku tak boleh gunakan di kulit aku. Gatal dan pedih nanti..jadi aku gunakan utk letak kat tudung atau baju jer...kekekekeke.. 


DEODORAN

Aku rasa ramai yg mengalami masalah kulit sensitif akan berhadapan masalah untuk mencari deodoran yg bersesuai dengan kulit. Aku dah mengalaminya..kalau dulu macam-macam produk aku try..sampai last kena ambil ubat dari doktor juga. Sebab akan naik bintik merah, kemudian pecah dan menyakitkan. Hanya yang mengalami yg akan faham rasanya. 
Jadi aku telah menemui penyelesainnya.

Pertamanya DR MIST..tetapi..harus diingat..hanya gunakan yg tanpa sebarang wangian. Aku dah cuba yg ada wangian..hasilnya amat sakit. Jadi,,,guna yg ori ni ja..tanpa sebarang bau.


Selepas sekian lama menggunakannya.. aku rasa cam nak tukar yg lain pulak ( dia buat dah... )  Jadi aku memulakan pencarian baru..dan hasilnya aku temui 
produk Body Shop 

Kandungan utamanya adalah Aloe vera. Sejak kali pertama menggunakannya..aku terus jatuh cinta. Harganya memang agak mahal tetapi..sebotol ni aku dapat gunakan hampir sebulan lebih. Dan kalau nak best lagi..pergi beli masa ada less dan masa birthday. Jadi ahli dan dapatkan kelebihan tu.


Tengok..akibat jatuh cinta..dan akibat aku berulang ke Body Shop beberapa kali kerana stok dah habis..aku angkut sekali 4 botol. Lepastu yg best lagi..amoi tu cakap..kalau aku gunakan kad kredit yg terpilih..aku akan dapat less lagi 10 % . Ohh..dah tarik cash..sebab less 10 % setiap botol tu.. aku pun tarik kad.. dan aku dapat lagi baucer RM 15.00. Jadi terus aku angkut lagi sebotol..jadikan 5 botol terus... Haaa...cukup utk 6 bulan guna nih..  Aku syer ngn anak teruna aku ni.. jadi mungkin tak sampai 6 bln.. 
Kalau korang perasan , botol yg tinggi sikit tu adalah pek lama..yg baru..dah jadi pendek..tetapi kandungan masih sama.

Seriuse kekadang aku tengok macam-macam produk di pasaran..aku amat teringin nak mencuba..tetapi apa kan daya..aku insan yg terpilih untuk merasai nikmat kulit sensitif.
Kengkawan aku selalu cakap..aku ni penyabar dan amat berjimat cermat..sebab tak shoping produk kecantikan macam diorang..maklumlah..AVON ada, produk Zhulian pun ada, di Guardian & Watson tu..memacam ada.. tetapi..aku tetap cool kata diorang. Kekekekek.... inilah hikmah untuk aku . 
Jadi kengkawan semua pilihla yg sesuai dan terbaik utk diri kita sendiri..sebab kalau kita tak jaga diri kita.. takda sapa nak tolong jagakan key.. 
Menjadi seorang Wanita, Isteri & Ibu.. adalah sesuatu yg amat berharga.. maka kesihatan & keceriaan yg kita miliki akan membuatkan suami & anak-anak semakin sayang dan berbangga memiliki kita..Semua wanita adalah hebat..berfikirlah secara positif...maka sekeliling kita akan turut menjadi positif.

Senyum Selalu  :)



Nufnang