Tuesday, August 23, 2011

Bila jejari sudah berinai...

Kalau dikenang kembali kenangan lalu..setiap kali hari lebaran, pasti semua sepuluh jari aku berhias dengan inai. Bau inai akan mengigatkan kembali pada zaman gembira dan nakal sebagai seorang kanak-kanak. Hari ini..tradisi memakai inai pada hari raya dah tiada aku rasa. Tetapi adik aku yang bongsu tu.. amat sukakan inai, selalu pakai inai (tetapi..dia pun pakai kat kuku jaa..).tak kira raya atau tak..kalau dah datang angin dia nak pakai inai..pasti dia akan cari samada inai segera atau menumbuk sediri daun inai .
Petang kemarin mak aku dah pakaikan inai pada Firas pula. Mak aku cakap..kejap ja pakai..lepastu Firas dah mula nak buang. Mak aku nih rajin teramat..semasa aku dan adik-adik masih kecil..selepas mak pakaikan inai di jari, mak pasti akan membalut dengan kain buruk pada setiap jari agar inai tak mudah tercabut dan kami tak sapu inai tu di muka semasa tidur. Pernah juga terjadi..aku garu muka dengan tangan berinai..bila bangun tidur keesokan harinya..adalah belang merah inai kat muka..nasib cepat hilang warnanya..
Semalam..Danish pula perasan mak dah pakaikan inai pada jari adiknya..apalagi..mula la membebel tak puas hati. Dia amat-amat tak berkenan pada inai kerana dia kata kotor dan busuk. Mak pun sebenarnya dah tahu pe'el Danish yg tak sukakan inai..so..pasti esok lusa apabila berjumpa dengan mak..Danish akan merungut pada mak. Jadi Mak..bersedia lah ya..cucu mak akan menyerbu nanti..


Monday, August 22, 2011

Pembakar semangat


Di suatu hari yang hening..semasa aku sedang sibuk bekerja ( tahla keja ofis @ personal ) tipun kesayangan aku nih berbunyi. Dari kejauhan aku dapat dengar sura en somi..soalan pertama yg dia tanya " mela nak beli oven berapa tingkat ?" ha ??? dalam hati aku. biaq betui laki aku ni..ni tanya ka perli ka ? Memang la aku ada cakap aku nak oven dan mixer..tapi..takyah la yg bertingkat-tingkat..aku nih buat kek pun tak berapa nak lulus lagi. Setelah aku membuat soal selidik..rupanya en somi berada di tempat jualan barangan letrik terus dari kilang ( leh caya ka terus dari kilang ?)..wah..kembang hati aku..pastila aku bagik jawapan yang positif. Nak la..nak la..Jadi..aku pun bagilah klu - klu penting berkenaan oven dan mixer yang aku nak tu. Selepas berkali -kali calling - calling..maka..inilah hasil yang aku perolehi. Disebabkan itulah..semangat aku nak membakor-bakor nih berada di tahap maksima.. Jadik..raya nih ..aku takyah beli kek dah.. Aku dah buat senarai pun barang yg aku nak beli utk buat kek nanti. Semoga menjadikla kek-kek aku nanti. Terima kasih ya abang sayang.

Friday, August 19, 2011

Cara Mencuci & Memasak Siput Mentarang

Siput Mentarang
Siput yg dah siap dibuang kulitnya 
 Hari ni meh kita belajar cara mengopek dan mencuci mentarang. Atas permintaan seorang sahabat yang sedang bunting..dan teringin nak memakannya. 
Siput mentarang ni habitatnya adalah di kawasan berselut, jadi apabila kita nak menikmatinya..amat wajiblah bagi kita mencucinya terlebih dahulu. Tetapi..kalau korang tak kisah nak makan selut atau pun nak cuba rasa kesedapan tanah selut pantai..takyah la susah-susah nak cuci..leh rasa kerangupan pasir sekali.Boleh tajamkan gigi sekali.
 Sebelum aku lupa..kalau korang beli mentarang ni sebelah petang..dan tak sempat nak memasaknya..jangan sesekali cuci dengan air tawar..sebaliknya letak dalam bekas yang kering..kalau dah kena air..mentarang akan mati dan memang tak sesuai di makan.Mentarang yang dah mati berbau busuk.Jadi kalau dah beli dan ada bau yang amat-amat busuk..maka..carilah..pasti ada sekor dua yang dah mati. Kekadang bau lumpur pun busuk juga..jadi jgn terkeliru ya.Tetapi kalau kopek, terus cuci letak lam peti ok la. 
Kalau korang nak buat masakan cam di atas tu atau yang seangkatan dengannya..memula sekali kenala buang kulitnya. Cara yang paling mudah..letakkan bahagian kepala (yg besar) ke arah korang dan tolak kulit bahagia ekor ke arah sisi. Kalau korang koyakkan kulitnya secara membuka terus..agak bahaya dan boleh menghancurkan isi mentarang yang lembut. Bahayanya adalah kulit mentarang mungkin pecah dan akan melukakan jari dan menjadi lebih sukar untuk mencuci sebab kulit yg hancur akan melekat pada isi mentarang. 
Sesilap bila dah masak korang akan kunyah kulit siput jer..ee..potong selera. Selepas dah berjaya tanggalkan isinya dari kulit..kena la buang giginnya pula (org cakap gigi..aku pun panggil gigi la. )benda ni selalu ada di bahagian kepala (bahagian isi yg besar tu ) rasala dengan jari..jika ada..buang lah ya..jgn dimasak sekali pula. Nanti asyik kunyah benda tu ja. Selepas tu..korang kena picit dengan jari di bahagian ekornya sambil menggerakkan jari kehadapan.
Maknanya dari bahagian kepala siput yg berekor tu..hingga ke hujung ekornya.Hal ini untuk mengeluarkan selut dan sisa makanannya yg masih ada di bahagian tu..sambil-sambil tu..cucila lendir yang ada di siput tu..di bawah air yg mengalir. Buat benda ni agak makan masala..tapi kalau dah selalu buat..sebenarnya kejap ja.. Mudah ja kan..
selalunya aku akan kopek semua sekali sambil buang gigi..selepas tu baru aku akan cuci bahagian -bahagian lain.Ini lebih cepat dan mudah. Kalau korang hanya nak rebus atau bakar ...cukup mudah..rendamkan dalam air ..dan gosot kulitnya dengan mengunakan berus sabut ataupun pulur kelapa. Kat kg adala pulur kelapa..kat pekan mana nak cari kan..guna ja berus sabut..lebih mudah dan cepat.Hati-hati..jari anda mungkin terluka..selepas kulit dah cuci..lalukan siput tu di bawah air yg mengalir biar air mengalir melalui bahagian dalam siput..hal ini untuk mencuci selut yg ada kat dalam kulitnya. 
Tetapi...semasa nak menikmatinya...sediakan lebihan air rebusan tadi di dalam mangkuk..sebab..bila kita dah kopek kulitnya..sisa selut masih ada..tapi tak banyakla..air rebusan tadi digunakan untuk mencuci selut ..kalau nak guna air biasa pun boleh..cuma akan hilang manisnya sebab dah kena air tawar. 
Untuk mengekalkan kemanisan siput mentarang nih..semasa nak merebus..jangan letak air terlalu banyak di dalam periuk rebusan..letak sikit sahaja..sebab..semasa proses merebus tu..siput akan mengeluarkan airnya sendiri. Air tersebutla yg manis original.Tak perlu letak garam dah..Samalah seperti kita rebus kerang..kalau letak air banyak..kerang kita dah tak manis dah.. ( aku kalau rebus kerang..langsung tak letak air..kerang akan lepaskan air dari badannya sendiri..amat manis )
 Kalau nak buat masakan simple cam aku buat tu..

Aku panggil Mentarang masak Kunyit
Bahannya mudah saja.. 
Bawang Merah 2-3 ulas
Bawang Putih 1 ulas
Cili Kering 3 biji
sedikit air asam
Serbuk Kunyit
Sedikit gula / garam ( rasa dulu baru tambah )
Minyak masak untuk menumis

Cara Memasak

Tumiskan bawang merah , bawang putih dan cili kering,
Dah naik bau harum bawang tu..masukan Mentarang yang dah siap dicuci, 
Tunggu sehingga air agak kering, baru masukan air asam yang agak pekat.. sebab kalau letak yang cair, masakan akan menjadi berkuah dan kurang kick.
Masukan sedikit serbuk kunyit
Alih-alihkan mentarang tu agar sebati dengan kunyit dan air asam.
Perlahankan api dan biarkan sekejap.
Ingat ...Tak perlu masukan air , sebab mentarang akan keluarkan airnya sendiri.
Bila dah agak kering, cuba rasa terlebih dahulu sama ada kurang manis atau masin.
Selama pengalaman aku memasak mentarang masak kunyit ni, aku tak perlu masukan garam dah. Memang rasanya dah secukup rasa.
Tetapi, jika aku beli mentarang yang dah siap dikopek kulitnya, aku perlu juga menambah sedikit garam dan gula agar masakan lebih kawwww.

Jadi, kalau terasa nak makan mentarang , rasa susah nak mencuci..boleh ja cari yang dah siap dikopek kulitnya. Harga agak mahal sedikit, dan kekadang agak kurang segar. tetapi masih berperisa dan pandai-pandai lah edit semasa memasak..pasti sedap Insyaallah..
Menu Lain yg selalu aku masak untuk mentarang adalah 
- Sayur Manis di campur kulit tembikai
- Rebus / Bakar
- Masak Lemak
- Kenas Mentarang - potong bawang dan cili..perghh... lepastu alergik.. kekekeke...

Tuesday, August 16, 2011

Baiknya hati Danish...



Sekarangkan kita di bulan ramadhan, bulan yang paling banyak keberkatan.Amalan yang dilakukan mendapat pahala berganda-ganda. Jadi atas sebab tersebut..Danish pun nak juga buat amal jariah. Tetapi...TETAPI ..Danish sudah terlajak la pulak..huhuhuhu...
Ini kisah anak teruna aku yang nak buat amal kebajikan di bulan puasa nih..Kisahnya begini..di sekolah Danish iaitu sekolah rendah Kebangsaan Sungai Baru, yang letaknya dibelakang umah aku menggalakkan murid-murid dan guru -guru untuk menderma. Jadi..Danish pun ikut menderma. Aku tak kisahla Danish nak menderma kan..niat hati dia baik..katanya boleh diberikan kepada orang susah. Yang membuatkan aku tersenyum..dan abahnya menggaru di tempat yang tak gatal adalah...setiap hari dia akan dermakan semua duit yang dia bawa.
Huwaaa...banyaknya Danish menderma..dah tu setiap hari pula..katanya..dia tak tahu nak buat apa dengan duit yang abah dia bagi setiap hari. Dia tak membeli makanan, jadi duit tu banyak pula kat dalam poket. Setiap hari abah bekalkan Danish RM1.50..maka setiap hari juga Danish menderma RM1.50. Maka , terpaksalah kami menerangkan kepadanya..kita boleh menderma..tetapi..kita juga kena tinggalkan sedikit untuk kegunaan sendiri. Jadi..balik sekolah..duit baki mesti dimasukan ke dalam tabung seperti biasa. Untuk elakkan dia menderma semua sekali duitnya..kami bagi tambahan lagi 2 kupang. Jadi sekarang nih..setiap hari dia menderma 2 kupang....katanya kalau dia tak menderma..dia rasa tak seronok. Hemm...oklah..semoga dengan ini sedikit sebanyak akan membentuk jiwa Danish menjadi seorang yang soleh.


Monday, August 15, 2011

Oreo cheese cake


Alhamdulillah..percubaan pertama yang tidak membazirkan. Aku dapat menu ni dari majalah Rasa keluaran september. Macam-macam menu yang ada. Apabila aku nampak ada cheese kek..aku rasa nak buat time tu jugak. Aku ni memang penggemar cheese..jadi..apa sahaja menu yg ada cheese..pasti membuatkan aku teruja. Dengan dorongan dari en suami yang belikan aku oven & mixer baru..maka semakin membaralah semangat nak bakor-bakor nih. Setelah aku mencubanya..aku rasa taklah susah sangat .. Komen yang aku dapat pun amat-amat positif. Adik-adik aku dah tempah suh aku bakar sebijik tu diorang raya nanti..Jom tengok bahan-bahannya..

Bahan Asas biskut

100 gm biskut Jacobs
100 gm biskut Oreo
75gm mentega lembut

Lapisan kek keju

570gm krim keju
170gm gula
15gm tepung jagung
4 biji telur
80gm dadih biasa( yogurt biasa )
50gm mentega lembut
100gm biskut oreo

Cara Memasak

1.Sapu marjerin pada acuan dan dilapik dengan kertas aluminium.
2 hancurkan biskut jacobs dan oreo bersama-sama & masukan mentega lembut. Gaul sehingga
rata dan tekan ke dasar acuan.
3.Adun keju, gula & mentega sehingga lembut. Kemudian masukan telur sebiji demi sebiji.
4.Masukan tepung jagung ,dadih dan biskut oreo. Sebatikan dan tuang la kedalam acuan. Bakar dengan menggunakan kaedah water bath..Tunggula agak-agak 70-90 minit dengan suhu 160 darjah.

Wednesday, August 10, 2011

Paru goreng Berlado ala Minang



Ceewahhh..dah masak ala minang la pulak..resepi ni aku dapatkan dari jiran sebelah meja..cik rina.Tetapi.....ada tapinya..aku tak ikut menu dia sepenuhnya. Sebab kalau ikut minang punya cara..aku sepatutnya goreng paru sampai garing dulu..lepas tu baru goreng bersama bahan-bahan tumis tadi. Satu lagi..paru harus dipotong nipis-nipis..aku pulak potong agak tebal..ini kerana aku mengikut selera suami. Dia tak nak paru jadi terlalu kering dan keras. Dia suka rasa lembut dan liat paru tu. Jadi..aku layan ja..semalam dah pun dijadikan juadah bersahur. Jom tengok menu cara aku.

Bahan -bahannya

Paru
-- rebus dahulu..kalau nak goreng..potong paru, gaul garam + kunyit & goreng

Ditumbuk

Bawang besar
Bawang putih
serai
kunyit hidup ( aku gantikan dgn halia )
Cili padi..letakla banyak kalau nak pedas

Daun kunyit --- ( aku tak letak pun daun - daun ni )
Daun limau purut

Tumis bahan-bahan yg ditumbuk sehingga naik bau yg harum semerbak. Masukan paru..tambah air dan goreng la sehingga semua bahan menjadi garing / melekat kat paru tu. Sebelum tu..jgn lupa letak garam dan gula. kalau nak letak ajinomoto pun buleh..tapi kat umah aku memang takda ajinomoto. Dah semua masak..taburla daun kunyit dan daun limau purut. Balik-balik kan kejap ..emmm..sedap dimakan.

Tuesday, August 9, 2011

Puding Roti Marble


Haa...satu lagi hasil cubaan aku. Puding roti marble.Daripada aku membazirkan roti yang hampir tamat tempoh luputnya..aku try-try buat benda nih. Aku buat hari ahad lepas. Dapatla makan semasa berbuka..Niat asal nak buat pada hari sabtu..hari ahad nak masak yg lain..tapi disebabkan en suami ajak gi shoping..maka semua angan-angan sengaja dibatalkan.Jenjalan pon best..walaupun tekak den kering gila. Meh kita tengok menunya yg aku ambil dari tenet..tapi dah lupa link nya pula..

Bahan- Bahan

4 kpg roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gm serbuk agar-agar
1/2 cawan gula ( aku letak sikit ja..takut manis sangat)
2 sudu besar marjerin yg dicairkan
31/2 cawan air
1 sudu besar coklat emulco

Cara-caranya :

Didihkan 3 cawan air bersama agar-agar dan gula di dalam periuk
kisar roti, telur, susu pekat,susu cair dan baki air 1/2 cawan tadi. Apabila dah kisar..masukan kedalam periuk agar-agar tadi.
Masukan marjerin yg telah dicairkan tadi..kacau rata sampai mendidih.
Kemudian..padamkan apinya. Bahagi adunan tadi kepada dua bahagian..1 adunan dengan warna asal, manakala adunan kedua masukan coklat emulco.
kacau rata ya.. Masukan adunan tersebut kedalam loyang secara berselang -seli.
Sesenduk demi sesenduk keyy..tapi jgn lambat -lambat..nanti puding cepat membeku. Dah siap semua..masukan dalam peti..tunggula sehingga rasa sesuai tuk dimakan. ..Enak semasa sejuk..

Thursday, August 4, 2011

Sosej ada DNA BABI !!!

Inilah antara sosej yg dijual dan menimbulkan keraguan..jgn beli dah pasnih !

Hishhhh..kuang hajorr..memang kuang hajorr.EEE....geli bila aku bayangkan. Sosej ni sebenarnya bersepah-sepah dijual di sekitar Perlis .Terutamany di Sea Gate Kuala Perlis tu.Siap buka meja lagi. Petang-petang..ramai sangat umat islam yang membawa keluarga lepak-lepak kat situ sambil menikmati Sosej yang berbagai jenis ni. Memang tak dinafikan..rasanya sedap ( Patut la sedap sangat , Ada BABI rupanya ! ) . Petang kemarin..semasa aku melalui Jalan Behor pulai.. sekitar depan Maktab perguruan & sekolah Sains tu..ada bazar Ramadhan..dan kat situ juga ada di jual sosej ni. Jadi..bayangkan..setelah seharian berpuasa..tetiba berbuka puasa dengan adanya DNA menatang ni. Cukup Menyedihkan..Aku pun tak nak cakap banyak..sebab aku pun pernah beli. Uwekkk...aku rasa macam nak samak perut dan mulut pula. Geng ofis aku pun rasa benggang dan cukup terainaya..maklumla..ramai yang sudah memakannya..dan berulang kali pula. Semoga Allah mengampunkan kami yang telah menikmatinya kerana ceteknya ilmu untuk mengenali status HARAMNYA sosej tersebut.

Wednesday, August 3, 2011

Mihun Goreng Berlada


Satu lagi menu yang aku buat pada pg ahad lepas..untuk sarapan pagi. Menu ni aku dapat dari sahabat jauh nun di Shah Alam. Terima kasih ya Puan Afai. Sedia melayan pertanyaan aku di tengah-tengah malam berkaitan menu mihun nih. Ok..jom kita tengok apa bahan-bahannya..

Bahan -bahannya :

Dikisar

Bawang Merah
Bawang Putih

Tumbuk

Cili Padi
Lada Hitam - kalau nak pedas..letakla cili & lada hitam banyak sikit.
Ikan Bilis

Bahan -bahan lain ( kalau ada letakla..kalau takda..pun tak kisah ..)

Sos Tiram
Kiub ayam..dipotong kecil yaa..
Daun Limau purut
Udang

Cara Memasak


Tumis bahan -bahan yang dikisar dan yang ditumbuk ( kecuali ikan bilis )
Apabila dah naik bau wangi..masukan ikan bilis, sos tiram , kiub ayam dan udang..kacau sehingga semua sebati dan masak..masukan daun limau purut ( aku tak letak pun kiub ayam & daun limau purut ) Masukan mihun yg telah direndam dan sayur. Kacau sehingga sebati dan mihun menjadi lembut seperti yang dikehandaki. Jadi..siap..masak dah..
Untuk menyedapkan lagi..bolehla buat cili kicap. Fuh..harum serumah bau lada..Suami aku tak berapa suka lada..jadi aku tak letak banyak sangat lada..dan aku tumbuk lada sampai lumat agar dia tak nampak sangat ada banyak lada. Selamat mencuba..

Tuesday, August 2, 2011

Sagu Gula MelakA


Menu yang cukup sedap dijadikan juadah berbuka puasa..sebagai pembuka selera atau sebagai pencuci mulut..aku kan suka yang mudahh..dan ini memang dijamin cukup mudah.Aku dapatkan menu ni dari seorang sahabat bbreena . Terima kasih banyak-banyak ya BB. Memang menjadik. Tapi aku buat ni sebelum Ramadhan..maka..dapatla bagi ibu dan bapa mertua aku merasa sekali. Petang kemarin..dalam sesak - sesak pekan simpang empat tu..sempat lagi aku paksa encik suami belikan sagu. Terima kasih ya abang.. Jadi..kalau nak dijadikan juadah berbuka..ada baiknya korang buat awal..masuk lam peti..bila dah sejuk..amat-amat nikmat menikmatinya. Ini bahan-bahannya .. BB izinkan saya ambil menu tu ya..

Menu asal dari sini key :http://bbreena81.blogspot.com

Bahan-bahan :


1. Sagu
2. Gula Melaka
3. Daun Pandan
4. Susu Cair
5. Pewarna

Cara-caranya :

Sagu


1. Basuh sagu dahulu sehingga bersih.
2. Rendam sagu yang telah dibersihkan tadi dengan pewarna pilihan lebih kurang 15
minit.
3. Masak air sehingga mendidih dan masukkan sagu yang telah di rendam tadi.
4. Kacau sagu sehingga biji-biji menjadi kembang dan bertukar menjadi warna jernih.
5. Tutup api.
6. Kemudian, tuangkan sagu yang telah di masak tadi ke dalam penapis dan lalukan dgn air sejuk.
7. Kacau sagu tersebut dengan air sejuk agar kanji2 keluar dari penapis...baru sagu tak liat.
8. Akhir sekali, tos dan tuangkan sagu tersebut dalam bekas

Gula Melaka

1. Masak 2 cawan air sehingga mendidih bersama dengan sehelai daun pandan.
2. Kemudian masukkan gula melaka.
3. Setelah sebati tutup api dan siap.


Alhamdulillah..dah siap..letak dalam peti kejap..dengar azan maghrib..baru makan key..

Monday, August 1, 2011

Ikan Bilis MasaK TeMPOyak

Menu dari sahabat sepejabat. Dia selalu bawa masakan ni untuk kami. Selalunya aku cuma masak sambal bilis, tetapi dia pula suka buat masak tempoyak.Disebabkan aku sudah tergoda dengan rasanya..maka aku pun menuntut ilmu dari Puan Jamilah. Halalkan ilmu ni ya mama milah. Ok..aku tak pandai nak bagi sukatan..jadi..korang agak-agakla berdasarkan saiz hidangan yg nak dibuat.

Ikan Bilis
Bawang Besar ( dipotong macam nak makan ngn laksa tu )
Cili hijau ( kalau nak pedas, letak la banyak )
Tempoyak (Kalau kurang masam..letakan asam keping )
Minyak masak

Caranya :

Kisar cili hijau sampai halussss..
Bancuh tempoyak dengan air ..sukatan air bergantung la..

Panaskan minyak masak..jgn banyak sangat..cukup untuk menumis sahaja.
Tumis bawang besar sehingga agak-agak kekuningan la..
Masukan cili kisar ..tunggu sehingga cili benar-benar masak.
Masukan tempoyak yang telah dibancuh dengan air
Masukan bilis..biar semua adunan menjadi pekat/kering (Tempoyak akan bersalut pada ikan bilis)

Jangan lupa merasa . Campaklah garam dan asam kiranya tempoyak itu kurang rasa masan dan
masin.

Jadi..siap satu menu yang cukup mudah..tetapi memberi kelainan pada rasa.

Nufnang