Wednesday, February 12, 2020

MENARA CONDONG TELUK INTAN PERAK

Let's go to Leaning Tower my prendz.. 
Nak taip org puteh.. tapi aku risau kalau aku pun tak paham apa yg aku taip.. 

 Lepas Maghrib, kami anak beranak dah bersiap sedia nak keluar. Jarak dari hotel nak ke menara ni tak lah jauh mana pun , cuma 3 km . Tetapi bagi pelancong macam kami.. waze tetap waze.. hehehe..
Aku risau kalau tak waze.. kami akan sampai ke menara lain pulak.  Lagipun aku dah dengar bunyi keroncong kat dalam perut.  Tak baik biar perut nyanyi lama - lama .. kan..

Maka dengan langkah kanan..aku naik kereta.. laki aku ja asyik langkah  kiri naik kereta. Aku nak nasihat banyak-banyak  kali..kut aku kena jalan kaki pulak.. kan.. keh keh keh..
Dari hotel nak ke sini.. aman ja.. suasana malam kata kan. Bila sampai ja..aku dah kagum pada cahaya lampu yang di pasang. Tapi anak aku lagi kagum..sebab dia dah nampak banyak mainan yang terbang dan bercahaya. Bapaknya pula ..buat pengumuman  kedua.. kita jalan-jalan ja tau..bukan shoping-shoping.. 
Ok bapak..ahli rombongan pahammm. Cepat-cepat angkat kaki turun kereta..
Masa kami sampai, ramai gak pengunjung, nak parking kereta pun agak mencabar sikit. Akhirnya dapat kat deretan kedai pakaian. Wah.. berbunga hati aku.. banyak baju lawa lawa. Aku cuma sematkan dalam hati, sebelum balik aku nak jamu mata jap kat dalam kedai tu.
Maka, berjalanlah kami 4 beranak ke menara condong. Kalau tengok tak kena arah, memang tak perasan sangat tahap kecondongan menara ni . Jadi anak aku yang no 2 asyik bising..tak condong pun ibuuu...
pastu cakap kuat ya amat... " pasaipa menara ni condong ? sapa yang buat ? salah ukuq ka ? tak cukup simen ka !!!? "
adoila... anak sapa ni ha ? 

Menara ni asalnya adalah tangki air yang dibina pada tahun 1885 dan depa kata menyerupai menara Pisa di Itali. Wow... kawan -kawan..aku dah jumpa kembar menara Pisa la.. Gelaran untuk menara ni adalah Menara Condong ke dua di dunia selepas Menara Pisa . Waa.. hebat kan.. 
Kalau sebelah siang, pengunjung boleh naik kat atas ni.. Masa aku sampai , tak nampak pula penjaga tiketnya.  Jadi.. aku tak pasti sebelah malam boleh naik atau tak.. Kat atas sekali ada jam besar. Selama aku berlegar-legar di sini..aku boleh dengar dentingan jam ..memula tercari-cari..apa yang berbunyi.. Lepas dah tahu.. tak sabar pulak nak tunggu jam berdenting lagi.
Ini adalah jualan yang memukau mata kanak - kanak. Bapak kanak-kanak pula jenuh baca doa..takut anak terkena pukau.. hehehe.. 
Aku ni kan...nak ambik gambar.. tapi tahap pemalu tu tak boleh blah. Sebab ramai orang.. malu nak tunjuk bakat terpendam. Satu lagi..kamera aku tahap gaban punya zaman. Akak malu la dik.. hehehe..
Jadi, kalau sampai sini sebelah malam, memang enjoi la.. sebab tak panas. Boleh lepak lepak kat dataran ni dan teman anak main mainan comel-comel ni semua . 
Bersebelahan menara condong..ada tapak pasar malam. Aku tak pasti sama ada setiap malam di buka atau pada mlam tertentu ja. Kat sini cuma ada pakaian dan barangan hiasan kecil-kecil. Makanan tak da la pula, Tetapi... jangan frust, sebelah tapak pasar malam ni ada deretan kedai makan. Banyak.. pilih ja nak kedai mana satu.Kebanyakan jual nasi ayam, makanan bergoreng.. young tau foo pun ada. Kami oder goreng -goreng ja. Harga biasa saja.. tak murah.. tak mahal.
Baju jersi pun banyak.. T shirt biasa lagi la banyak.
ABC durian takda.

Lepas puas berlegar -legar di sini, makan -makan.. maka kami menuju ke  7e. Biasala..angkut mineral water, makanan ringan.. magie cup utk sarapan esok pagi dan tambahan kopi 3 in 1.. semestinya untuk aku.
Tadi masa paking kereta, aku dah planing nak jengah kedai baju kat situ.. sekali bila sampai..semua kedai dah tutup . Kedai - kedai kat sini semua tutup awal nampaknya. Padahal jam belum pukul 10.00 malam. 
Jadi.. pakat-pakat naik kereta lah.. jom lah kita balik . Perjalanan balik sebenarnya lagi mudah..sebab jalan semakin lenggang. 
Sampai hotel.. terbuka saja pintu lif.. sunyi ja aku rasa... biaq betoi..takan kami ja yang sewa sini...? hehehe...tapi betul la, aku tak selisih ngn penghuni lain kat tingkat kami.. tapi boleh dengar pintu bilik di tutup dan orang berjalan di tingkat atas. Mungkin tingkat kami untuk family room kott ? kan.. kann... 
Jadi malam tu..kami tidor aman damai.. takda ju on dan tak yah call goku anak beranak. Cuma aku terjaga banyak kali.. tak tahan..aircond sejukkkk. Dah naik kan suhu pun..masih sejuk. Nak buka tingkap, takut ada yang bagi salam pulak... fengsan hakak.

No comments:

Nufnang