Thursday, June 19, 2014

HOTEL PARK AVENUE SUNGAI PETANI

Cuti Sekolah menjelma lagi.. dan bila cuti..kena pergi bercuti....ohhh....kopak poket camni... Kali ni kami bercuti dekat sahaja... suami aku belum bersemangat nak bercuti, kami di uji dengan pemergian bapa mertua aku kepada Penciptanya. Segalanya secara tiba-tiba.. betullah janji Allah, bila sampai masanya sedetik pun tak akan dapat diubah.
Alhamdulillah, segala- galanya dipermudahkan untuknya.. dari saat dia menghembuskan nafasnya yg terakhir sehingga proses pengkebumian.
Al - Fatihah untuk abah Abdul Razak bin Omar ( 26 Julai 1948 - 4 Jun 2014 ), semoga abah ditempatkan bersama orang -orang yg beriman. Amin..
 
Jadi, demi memenuhi janji dan kehendak anak-anak.. kami hanya bercuti di
Sungai Petani Kedah.. Lepak di Hotel Park Avenue.
 Memula sampai daftar la dulu.. Kaunter ok..luas..layanan pun ok..maknanya takla terlalu lama menunggu.


Layan suasana hotel. Terpampang kat situ tahun 2014 adalah laluan untuk masuk ke café. Aku dah cek status café ni.. ada cop halal.. Alhamdulillah..

 Kedai kecik comey kat sini.. nasib la anak aku tak perasan..kalau tak..mau luar budged ni.. faham-faham jela standard harga hotel kan..

WIFI Free  !!! jgn lepaskan peluang. Entah berapa banyak game dia install dan remove.

 
 Buka ja pintu lif..inilah permandangannya. Sebenarnya boleh sesat juga ni..kalau tetiba keluar tanpa tengok lavel berapa..sebab setiap lavel lebih kurang sama ja suasana & susun aturnya.

Ok..laluan utk ke bilik.. Firas sedang membuat lawatan..

 Oppss.. TV belum update la.. kekekeke


Kemudahan yg disediakan.. peti sejuk pun ada dan 2 botol mineral water.Safety box..ermm..aku tak perasan ada atau tak..

 Anak aku mandi dlm bathtub .. sekali picit jer mandian tu.. licin.. seronok katanya banyak buih..
opcoz la banyak..

Pemandangan dari tingkap..Nampak highway dan Tol.. hotel ni memang duk sebelah Tol Sungai Petani Selatan jer.. Firas akan berdiri kat sini dan jerit kalau Nampak lori trelar yg pajang tu ..sambil jerit  ..  "banyaknya tayar ! "  . Almaklumlah..kami kat tingkat  9

Kalau ushar ke sebelah kanan pula..haa...Nampak kolam mandi. Ni yg buat Danish dan Firas takleh nak duk senang dalam bilik.. susah hati bebenor..bila la nak turun mandi ?
Sebelah lagi tu..pusat bowling. Memula kami memang planing nak pi lepak kat situ kejap.. entahla apa terjadi..lepas balik shoping.. aik..dah maghrib pulak..

Hari Kedua di sini.. Pepagi lagi..lepas sarapan.. terjun kolam la ..
Aktiviti yg sekian lama ditunggu selepas check in ke sini..

 Toilet.. tak la luas sangat.. tapi..boleh berendam... jadi badak berendam kejap..kekeke..

 Bilik.. Super Deluxe

 Yess.. Puas hati..boleh berendam akhirnya..

 Posing sebelum balik... acara wajib ni..

Jadi kesimpulan yg aku boleh buat semasa lepak sini.. Keluasan bilik.. ok..dengan harga RM 165.00 satu malam.. Kebersihan.. ok.. Toilet agak kecil.. tapi okla..bukan nak tidur dalam tu pun.. siap leh berendam lagi.. TV..agak ketinggalan..siaran banyak saluran juga.. tetapi... tak clear beb.. ada banyak belang-belang.. cuma siaran 1,2,3,4 & 9 ja yg ok..lain banyak zebra berlari-lari kat skrin. Rugila.. saluran byk disediakan..tetapi client tak leh nak tengok.. WIFI.. Freee...ni memang ok..laju pulak tu..
Semasa sarapan pagi..meja agak penuh.. terpaksa memanjangkan leher mencari tempat kosong.. padahal masih awal lagi..dari segi makanan ( sarapan pagi ).. ok.. dihidangkan seperti kebanyakan hotel iaitu secara buffet.. banyak pilihan..dan disediakan juga kiosk dgn chef sedang memasak kat situ.. so kalau kenan oder dan tunggu..  " dik.. kambing panggang sekor ".
Staf kat sini murah dengan senyuman.. bagus gitu.
 
 
 

Tuesday, June 3, 2014

Wang Kelian Perlis

Mai Perglih..kena la sampai ke Padang Besar dan Wang Kelian..kalau tak sampai..rugila.. Kalau nak pi Wang kelian.. mai la hari ahad. Sebab..hari ahad ada pasar yang dibuka dari sebelah Malaysia hingga ke Sempadan Thailand. Maknanya..kita boleh ke sebelah Thailand tanpa sebarang dokumen diperlukan. Tetapi ada had yang ditetapkan. Jadi..boleh borong sakan la. Sapa yang nak cuba Pulut ayam original.. carila..sebab ramai peniaga islam di sebelah sana dan kebanyakan mereka boleh bercakap bahasa melayu..almaklumlah..sempadan ja pun. Kalau nak shoping barang lain pun banyakk.. murah la aku cakap..yg penting..kena pandai tawar menawar.

Tetapi..kalau korang datang sini bukan pada hari ahad..jangan susah hati.. tetap ada jualan..cuma sebelah Malaysia jela.. Harga tetap boleh ditawar.Lepas tu..boleh pi rehat kat Gua Kelam dan sambung perjalanan ke Padang Besar & Emas Kerajang. Kat padang besar..boleh masuk ke kawasan bebas cukai.. Emas Kerajang namanya. Kalau tak nak ke sana ..boleh shoping kat Bazar Padang besar tu ja.. tu pun dah cukup buat kepala pening .. nak pilih yg mana satu. Nasihat aku.. Pi awal pagi ya.. sebab boleh menikmati suasana segar di atas tu.. dan tak panas sangat nak shoping.. baru best...

 
Inilah antara laluan untuk ke Wang Kelian. Jalannya memanjat dan agak berselekoh.. jadi hati-hatilah memandu.. Jalannya lebar dan cantik..cuma berselekoh tajam  sikit.
 
 
Ini pasar di sebelah Malaysia lagi..
Sayup ja mata memandang..
 
 Sesapa bawa anak yg dah pandai bershoping... bawa duit bebanyak key..kekekke..
Apa yg aku boleh kata..harga kereta &  Heli remote ni lebih murah di sini jika nak di bandingkan dengan tempat lain di perlis ni.Kalau saiz kereta ni..kat K/Perlis @ Kangar mencecah RM80.00.
Kat sini boleh minta kurang lagi key.. jgn lupa tu.
 
 
Haa.. yang ni..mak bapak pun tergoda tengok.. Harga best..
 
Ok.. Sekarang kita berada di Sempadan Malaysia - Thailand.
Nampak tu bendera Negeri Perlis dan Jalur Gemilang.
Pada hari ahad.. kita jalan kaki ja masuk ke sebelah sana.
Jadi.. jangala nak gatal-gatal pakai kasut tinggi kan.. kut ada yg nagis tak boleh nak jalan balik Malaysia.. kekekek...
 
 Bagi penggemar kacang..gajus..segala jenis kuih yg kadangkala kita pun tak pernah tengok.. bolehla mencuba.
 
 Kat sini.. ada di jual Selimut, Tuala, Tikar , Karpet, Tilam yg ketul-ketul tu.. Pelapik kaki yg kat kedai luar punya la mahal..Periuk belanga  .. macam-macam  ada.
Dan setelah beberapa kali lawatan aku ke sini.. boleh aku katakan.. harga di Pasar ahad ni..lebih murah dari Padang Besar.
 
 Dah Puas berjalan, poket pun semakin menipis.. kenala melangkah balik ke tempat asal. Ini pandangan dari arah Sempadan Thailand.. Nampakkan bendera Thailand tu. Sesapa yg rasa tak boleh nak jalan tu.. sebenarnya ada perkhidmatan motorsikal . Macam teksi la..cuma guna Motor.. ada driver lelaki dan perempuan.. caj pun murah saja. Diorang tolong hantarkan ke pintu sempadan ni. Kalau kat sebelah Malaysia pun ada.. diorang hantar sampai ke kereta.
Tengokla kat gambar ni..macam-macam diorang borong..memang murah...

Buat anak aku.. Berjaya angkut dua biji benda ni.. telah dikira sebagai kejayaan besar la ..
Tidur pun dengan mainan..
Jadi.. habisla perjalanan di Wang Kelian Perlis.
Aku Patut update suasana di Padang Besar pula.. tetapi masalahnya bila sampai Padang Besar.. aku lupa agenda lain selain bershoping. kekekeke.
Mai la perlis key..
 
 
 
 
 
 


Heritage Hotel Cameron Highland

Ok.. sebenarnya ni kisah lama.. tetapi..disebabkan aku tiada yg terkini nak di hupdate..maka jadilah hupdate yg terdelay.. wakakakakak... lingkup aku punya ayat. Nak cita pepanjang pun aku dah tak ingat sangat.. tetapi..yg aku ingat..aku duk sini free ja..sebab office laki aku yg bayar..aku ikut menjadi peserta mesyuarat yang hanya melepak kat dalam bilik dan menunggu hari petang untuk dibawa berjalan-jalan... rezeki..takan aku nak tolak.. 5 hari di sini.. banyak novel aku baca .. banyak siaran tv yg aku leh tengok.. kira puas hatila.... Bila suami aku dah habis agenda..merayapla kami anak beranak.

 
Aku memang tak ambil gambar hotel penuh cam gini.. jadi aku dapatkan gambar ni dari web Heritage Hotel laa... Bangunannya memang cantik.. dari jauh dah Nampak.



 
Biliknya lebih kurang cam gini la.. tetapi ni aku amik kat tenet ja..
Aku takda gambar bilik yg cun..
Apa yg boleh aku kata....biliknya luas..aircond memang tiadala..
Kemudahan lain..macam hotel yg setaraf dengannya..
 
 
Bilik untuk berendam... kalau sanggupla...
 

Ha.. ni gambar yg aku ambik.. Hari-hari lepak kat balkoni ni.. aku suka hotel yg ada balkoni.
Lepak sambil baca Novel dan minum Kopi panas... kekekek... bestnya..
 
 pemandangan sekeliling memang mengasyikan..Memang Cantik.

Nufnang