Tuesday, January 14, 2020

KUALA KANGSAR PERAK

Assalamualaikum…

Huiii...lama sungguh kakak tak bersiaran. Nak taip ni pun entah berapa kali padam dan taip… taip semula.. cepat - cepat tekan backspace.. pastu..masukan dot..dot..dot.. ………. tekan spacebar berkali - kali.. tenung siling … ops...sebelum tu..ejas tudung kejap..kasi muncung depan tudung tu tegak dan mancung… lepas tu... letup letupkan jari jemari … tapi nak habaq.... tak berbunyi pun.. sebab kakak takut sakit.. hahaha... pastu.. lapaq la pulak. Jadi.. apa yang perlu di buat ? Kita Rehatt dulu….

.. ok...akak terperasan macam novelllist la pulak… hahahaha...tampaq dai baru tau..

Jadi...jom kakak novelist tak menjadi nak mengarang ayat ayat seram sejuk untuk tatapan ...

Cuti sekolah dah nak habis.. kami tak rancang nak bercuti ke mana - mana pun.. cuma dalam hati aku dah susun kata -kata dan kalimah manis untuk suami terchenta..  " Jikalau di izinkan Allah , ada duit lebih , selepas shoping barang sekolah anak… JOM KITA PI BERCUTI..."  heeee…

dekat pun jadilah.. cuma nak ambik angin atas higway jer..

 ( betoi ka ? ambik angin saja ???!!! ) aku rasa soalan ni menerjah  tetiba dalam otak laki aku ... hahaha...

.. tahap bosan aku dah melambung -lambung sampai ke cucur atap rumah  ( jap nak search maksud cucur atap ) ok.. aku boleh guna ayat ni..

Makanya.. bila dah habis semua shoping nyoping moping barang sekolah.. horeyyy..ada budged lebih. Dari situ aku cari tempat yang boleh kami sampai dengan budged yang ada. Cuma 2 hari satu malam..

Maka aku uatarakan apa yang terpendam di lubuk hati...setelah info ringkas aku perolehi. Nak pujuk cik abang..kena ada fakta dan bukti.. baru proposal tu boleh di bincangkan.. kalau cakap atas angin saja... baik tak yah. Satu lagi kaedah nak pujuk cik abang jen jalan ... offer kan sikit duit belanja... @ duit hotel . Dengan cik abang tak yah nak berkira sangat... baru aman damai dan sepoi -sepoi bahasa anginnya.. haaa...

Dalam tempoh satu hari, aku siapkan anggaran kos dan tempat yang nak di lawati . Dekat jer.. jadi takyah nak stress - stres..

Aku bentangkan kepada cik abang dengan penuh keyakinan..

Dari Perlis kami akan terus ke Kuala Kangsar Perak - Teluk Intan Perak  - Batu Gajah Perak - dan kembali ke rumah.. .. kat setiap tempat tu.. aku dah set tempat nak di lawati.

Selalunya kalau ke Perak, mesti Taiping dan Lumut. Tetapi kali ni, saja nak cari arah lain. Dan sesungguhnya, banyak tempat menarik di Perak.. Nanti aku update semua tu. Untuk kali ni.. Jom kita ke Kuala Kangsar dulu...

Pukul 9.30 pagi, kami bertolak dari rumah

Perjalanan dari Simpang Empat Perlis ke arah Alor Setar aman dan damai.

Pemandangan dari Perlis ke Kedah  adalah lautan sawah padi. Hari hari aku nampak pandangan yang serupa.. tetapi pada aku ianya adalah antara pemandangan yang menenangkan. Anak padi sangat cepat membesar, jadi di kala usia pokok padi sekitar 1-3 bulan.. adalah suatu masa yang aku akan nikmati pemandangan hijau. Seolah - olah karpet tebal yang dibentangkan di hamparan muka bumi. 
Tapi jika di tanya bila musim aku paling stress.. ialah masuknya musim menuai dan membajak sawah. Aduhai..time ni, kereta boleh bertukar menjadi traktor. Pemandu akan menjadi over confident sebab nak mengelak ketulan tanah di atas jalan raya. Tapi kes special ni hanya terjadi di jalan - jalan kampung je la.. Kalau kereta baru ja masuk kedai dobi..jumpa ketulan tanah yang tak mampu nak di elak.. maka.. aku pasti..segala jenis bahasa akan meletup dalam hati dan jiwa .... Bahasa Jiwa Raga... hahahahaha
Perjalanan kami lancar..takda jem teruk.. cuma sesekali perlu memperlahan kan kenderaan. Di R&R memang ramai,  jadi kami banyak berhenti di hentian sebelah ja. Cuma nak ke tandas dan kasi peluang driver tegangkan urat serta luaskan biji mata...
 Tapi... lepas saja kami keluar dari terowong Menora.   Fuiyyyooooo...jem.. kat dalam waze ada macam macam info yg naik. Maka.. berlama - lama lah kami di situ. Cuba meneguk udara segar.. tetapi apakan daya..lori depan melepaskan asap bewarna.. kiri dan kanan... di apit lori chemical. Owhhh.. apalah nasib diri.. Tapi.. bagus jugak.. anak aku kagum tengok tank lori tu semua.. siap di bacanya nama - nama chemical yang ada di badan lori. Jadi faham - faham jela..apabila budak darjah 3 cuba menyebut perkataan tersebut dengan yakin... hemmm... hilang stress sat.

Maka.. 1 jam kemudian...baru berjaya lepaskan diri dari JEMMM... ada eksident..pergh lap peluh jap..
Untuk ke Kuala Kangsar, kami keluar melalui Tol Changkat Jering Perak.

Masjid Ubudiah senibina yang sangat cantik.. gambar ihsan Google

Akhirnya.... kami sampai juga ke Kuala Kangsar.. Bandar Diraja Negeri Perak. Sesungguhnya..suasana di sini sangat la menarik. Aku rasa macam nak turun dan ambil gambar seperti jurugambar terlebih profesional.. Tapi apakan daya... kami sampai waktu orang sedang solat jumaat la.. Ha... nak sangat berjalan di hari jumaat. 
Masa kami sampai..orang sedang bersolat .. jadi .laki aku cari port baik punya..sembunyi dendiam di dalam kereta.. Malu sebab tak pi sembayang Jumaat.. heee...

Muzium Diraja Perak

Dari jauh..aku nampak bangunan kekuningan ni.. bila dah sampai dekat..waa..warnanya memang kuning... Kuning yang terang key.. sangat cantik. 
baca kat bawah ni..aku copy dari web rasmi muzium negeri Perak

Istana Kenangan melambangkan senibina Melayu tradisional yang mengkagumkan. Pembinaan Istana Kenangan ini keseluruhannya menggunakan kayu jenis keras, berdindingkan tepas dan beratapkan kayu papan (kayu belian) bercirikan perabung lima dan pisang sesikat. Paku-paku besi (paku logam) tidak digunakan dalam pembinaan Istana Kenangan ini. Istana ini dihiasi dengan ukiran-ukiran Melayu yang menarik dan menggunakan tepas yang dianyam dengan corak-corak anyaman Melayu tradisional.

nak baca lebih lanjut..klik sini

Malangnnya..nak habaq..kami tak boleh masuk pun.. Muzium sedang dalam proses pembaikan ...huwaaaa.. jap.. jap... aku nak cari gantang...sebab nak melukut di tepian gantang.. eh.. boleh guna ka perumpamaan ni untuk aku ?

 Seterusnya..sebab nak merawat hati nan luka...kami terjah pula ke Galeri Sultan Azlan Shah

 Tudia... Galeri dah makin dekat... jeng--jeng--jeng...

 Tudiaaaa...sampai dah ke Galeri Sultan Azlan Syah..Aku bagi salam banyak kali wei.. takda sapa jawab.. Frust lagi..  tuan rumah tak sudi menerima kami. Siapalah kami.. hanya musafir lalu..  pilu dan syahdunya hati. Hanya mampu merenung dari sebalik tembok.. Galeri sedang renovate jugakk... adoila !!! . 
Ni yang buatkan aku rasa nak tampaq dai orang ni. Tapi tak tau nak tampaq dai sapa... 
Aku frust..sebab sebelum ke sini aku dah google..tapi tak jumpa makluman bahawa Muzium di raja dan Galeri ni di tutup untuk sementera waktu. 
Ok.. aku tak jadi menangis di tepi gantang tapi.. aku nak pi di tepi Sungai Perak sat.. kut -kut jumpa ikan kaloi kat situ. Goreng pun sodap.
Dari jauh aku merenung.. pintu ke Istana kah ini ? Boleh tak nak buat-buat lajak ? ?.
Cemburu aih aku kat orang kawasan sini.. perkampungan yang sangat cantik....aman...dan damai. 
Tengok laluan ni.. walaupun matahari memancar dengan terang.... tetapi... aman weh... aku yang duk tengok dari dalam kereta pun dah rasa nikmat.
Lagi gambar.. untung la orang sini...

Pokok pines kan ? kan ? aku minta kebenaran laki.. nak turun.... dia jawab..tok sah galak.. orang duk sembayang..kita duk perasan tang ni pulak... haa... ambik...

Jadi... kawasan ni..memang cun melecun. Dalam kawasan ni ada Muzium Diraja , Masjid Ubudiah dan Galeri Sultan Azlan Shah. Walaupun aku tak dapat masuk ke dalam bangunan, menikmati suasana di sini pun dah cukup mengembirakan. 
Kan aku dah kata.. nak makan angin saja...

Ok..next station.. Labu Sayong..
Horeyyy.... jumpa di lain siaran. Aku nak upload gambaq dulu.. nanti baru tulis.
Maklumlah.. kakak novellist.. hehehe...

No comments:

Nufnang