Monday, September 26, 2011

Beskal BAru Firas..







Budak kecik nih dah dapat beskal baru.Umurnya baru 10 bulan lebih..tapi amat tergedik-gedik. Abah belikan abang Danish Beskal BMX baru..jadi..abah cakap..kesian adik Firas..abah belikan beskal besar walaupun sebenarnya adik firas tak pandai pun nak naik. Cuma bila ternampak beskal biru tu..adik Firas dah tak nak duduk dalam walker tu.Terjerit-jerit nak naik beskal. Abah....anak-anak dah dapat yang baru ..untuk IBU ???? nak jugaaaaaaaa.....

Friday, September 23, 2011

Persiapan Sambutan Raya 2011 JPPH Perlis


Seperti biasa..geng JPPH akan sepakat bersiap sedia menyediakan juadah Hari raya. Dari balut ketupat..sehinggala membuat rendang dan sebagainya. Juadah kami tahun ni.. Nasi tomato, rendang ayam, daging hitam, ketupat, mihun sup, mee goreng, juadah sampingan seperti coctail, kek dan sebagainya. Jadi..mulai pagi kemarin kami dah bergilir menyediakan bahan.sesiapa yang tak sibuk sangat..ada masa terluang..pasti akan menjengah ke bahagian penyediaan makanan nih. Seronok sangat buat reramai..gotong royong katakan, riuh sekampung jadiknya..Jadi hari ini masjlis sedang berlangsung. Diharap semuanya berjalan lancar aman dan damai. Sedapnya makan...ada gengn bawa red valvet..ditempah dari cupcakes With Love .
Aku pula buat Tiramisu..hehehe..belajar dari internet ja..Alhamdulillahh..dah dua kali aku buat..tapi aku lebih suka gunakan philidepia cream..rasa dia lebih pekat

Thursday, September 22, 2011

Anak Aku di buli..



Isnin lepas..Danish menangis kat sekolah..amat mengejutkan..tangisan di hujung-hujung tahun nih. Apahal pulak..kalau awal tahun semasa baru masuk sekolah..aku faham la sebabnya..ini dah nak masuk bulan 10 pun..nak nagis lagi ker? Cikgu call dan cakap Danish tak sihat..sakit kepala..jadik..cikgu minta kami gi ambil dan bawa dia balik. Ohh..tak sihat rupanya..okla... Kemudian..hari selasa..sekali lagi HP aku berbunyi..masalah yang sama..Danish sakit kepala. Aku dan suami dah tak sedap hati..ini mesti ada sebab lain. Kalau Danish sakit kepala..sure masa kat umah dia akan tidur atau tak aktif sangat..ni kat umah boleh lari-lari lagi. Jadi..selepas ambil dia dari sekolah, terus abahnya menjalankan soal siasat. Setalah disoal dan dipujuk-pujuk..akhirnya keluarlah cerita yang sebenar. Kawan Danish selalu minta duit dan nak tiru kerja sekola..kalau tak bagi ..Danish akan dipulaukan. Jadi..Danish dah rasa tertekan..dah rasa tak seronok berada kat dalam kelas bila ketua 'nakal' ni dah mula hasut kawan-kawan lain agar jgn kawan dengan Danish.
Jadi..pada hari rabu..semasa menghantar Danish ke sekolah..hal ni diberitahu kepada guru kelas..Masuk je ke kelas, cikgu terus bertanya kat depan.." Siapa yang selalu minta duit dari kawan-kawan nih ! ?" automatik semua kawan-kawan danish menunjuk ke arah ketua 'nakal ' tu..Hemmm...rupanya bukan Danish sorang ja yang kena..ramai yang kena..tetapi budak-budak tu tak berani nak mengadu. Jadik..budak tadi dah tak tentu arah..fuh..baru berumur 7 tahun..tapi dah pandai minta dan ugut kawan-kawan...Alhamdulillah..kemarin..hari rabu, Danish dah ok..budak nakal dah tak berani nak meminta-minta dan buat ugutan lagi.
Bila aku kenangkan kembali..macam tak percaya pula..baru 7 tahun..masih berhingus..dia dah ada idea untuk buat semua ni.Aku harap budak kecik ni akan berubah..menjadi lebih baik.Mungkin dia lakukan benda nih tanpa mengetahui ianya adalah satu kesalahan. Aku harap benda ni tak berulang..sebab semua nih benar-benar menggangu ketenangan Danish nak belajar. Ok Danish..semoga tabah menghadapi dugaan hidup ini.Ibu dan abah sentiasa doakan Danish.

Friday, September 9, 2011

Happy Birthday Danish



Happy Besday Danish.. Dah terlepas jauh entry nih..Besday Danish sebenarnya pada 09/09/2011 yang ke 7. Tetapi disebabkan sibuk dan masalah talian internet yg terputus apabila perlis diserang banjir..Kabel bawah tanah bocor dan tenggelam dalam air..maka semuanya tertangguh. Kerja-kerja ofis pun memang banyak yg tak boleh nak buat. Almaklumla..sekarangkan dunia IT..jadik semua nya diterima dan dihantar melalui talian. Lebih cepat dan mudah..Tetapi..dalam baiknya ada juga yg buruk.
Ok..kembali semuala ke tajuk asal..birthday Danish kalini aku buat sendiri keknya. Kek Cokelat kukus..Aku rasa aku lebih sukakan kek cokelat kukus dari yang dibakar.Sebab yang kukus lebih-lebih lembab.Terasa nyaman ja lam mulut.. Untuk anak ibu..Jadilah anak yang terbaik buat ibu dan abah. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan untuk Danish dan kita sekeluarga. Ibu dan abah sayangkan Danish dengan seikhlas hati..tanpa sebarang syarat dan balasan..kami akan tetap sayang Danish sehingga ke hujung nyawa yg Allah pinjamkan ini.

Nufnang