Tuesday, June 30, 2020

TAMAN BURUNG KULIM KEDAH

Assalamualaikum... 
Harini kanak - kanak sekalian, jom kita melawat Taman Burung pulak.
 Dah banyak kali aku ke Kulim, tak pernah pula tau adanya mini Zoo kat sini. Kecik ja tempatnya, tiket pun murah saja.. tetapi boleh buatkan si kecil anda gembira. Dan anda pun akan rasa gembira, sebab tak perlu jalan jejauh sampaui berpeluh tetiak. 

Kami ke sini pada hari kedua, iaitu selepas majlis kenduri, balik bilik..rehat kejap, dalam pukul 5 ptg kami keluar semula. 

Jarak dari Hotel Seri Malaysia Kulim ke Taman Burung ni sekitar 2.3 KM sahaja. Taman ni di tutup pada hari Isnin, hari lain buka dari jam 10.00 Pagi sampai 6.00 ptg.
Pendek kata , tak susah mana pun.. senang ja nak ke sini. 

Pintu masuk ke Taman. 
Kaunter tiket pun kecik molek ja.. sebab memula aku ingatkan kaunter tiket tu adalah gerai makanan ringan. Hehe.. 
Kat kaunter tiket ada di jual makan haiwan , jadi beli la sepeket dua.. anak-anak pasti gembira sebab haiwan kat dalam tu kebanyakan boleh di sentuh. Ikan pun bukan main mesra alam lagi.
Inilah ikan-ikan yang mesra alam sangat tu. Boleh gosot-gosot belakang lagi. Aku tangkap panggang sedap nih.. berlemak.
Arnab pun banyak spesis, bulu pendek, bulu panjang, bulu oren dan bulu-bulu-bulu..
Jinak -jinak Merpati.. 
Tapi ni bukan merpati, jadi..boleh pegang..boleh kiss.. selepas burung tu kiss biji mata ko kan.. 
Sesungguhnya.. mini zoo ni memang mesra kekanak. 

Itik Panggang..pergh..
Ni comel.. Prairie Dog berasal dari Amerika Utara
Jauh nya dia mai..sampai kulim.
Dia pandang aku kan ? 
aik...jeling nampak !!!
Ni Spesis Jinak-Jinak Merpati. Nak jadi hero sangat kan, habis ekor dah rosak.

Sebenarnya banyak lagi spesis haiwan kat dalam ni. Aku jer tak sempat nak ambik semua gambaq, sebab aku pun sibuk nak bermanja ngn haiwan haiwan comel ni. Tapi si ular sawa besar tu.. aku wakilkan anak aku ja pi bermesra, di usap-usapnya sambil memuji kulit ular tu cantik... aiyoo.. Setiap kali anak aku sentuh ular tu, aku yg rasa ada ketulan ais kat kepala.. hehehe.. 

No comments:

Nufnang