Friday, June 10, 2022

GOLDSANDS HOTEL LANGKAWI

 Jomlah kita bersambung ke hotel seterusnya..

Untuk Hotel hotel sebelumnya, boleh klik Link di bawah..




Selepas Seaview dan Bayview, kami terus bergerak ke hotel ketiga dalam senarai, iaitu Goldsands Hotel. Opss.. sebelum ke Goldsand, kami singgah solat di masjid yg berdekatan Bayview. Aku tak ingat la pulak nama masjidnya, sebab kami berhenti di pintu belakang dalam keadaan hujan yg amat lebat. Tak sempat aku nak hulurkan muncung camera ke luar tingkap.. kompom basah.

Dari jauh dah nampak bangunan Goldsand. Sekali pandang, nampak biasa saja.. tak menarik sangat pun. Tetapi bila sahaja melangkah masuk, suasananya berbeza dari Bayview dan Seaview. Hiasan dalaman berkonsepkan klasik European. Rehat kejap di lobi sementara menunggu pegawai yang dijanjikan 
Kaunter apa ni ? 
Laluan dari Ruang Legar ke cafeteria.

Selepas selesai urusan memperkenalkan diri serba ringkas kepada wakil Goldsand kami terus di bawa melihat bilik-bilik yg terdapat di sini.
Apa yang boleh aku akui, bilik di sini sangat luass..
Lebih luas dari Bayview dan Seaview. Untuk makluman, hotel ini adalah milik bumiputera sepenuhnya.

Setiap Bilik ada karpet .Jadi jika anda jenis sensitif kepada debu karpet, memang kena pilih hotel lainlah.
Nampak..luas dan selesa.. Tetapi tak semua bilik ada balkoni.



Untuk makluman semua.. setiap bilik di sini ada bathtub . Horeeyyy..
Maklumlah, kat rumah aku takda bathtub, tangki air adalah.. hahahaha..
Bilik dan tandas pun bersih.. 
Selesai melihat bilik - bilik yg terdapat di sini, kami dibawa melihat bilik mesyuarat.
Alhamdulillah, tak mengecewakan. Seperti biasa, PA sistem dan segala kemudahan mesyuarat telah tersedia. Harga yang diberikan juga adalah boleh diterima dengan tenang hati.

Ruangan minum pagi di bahagian luar dewan.

Sama seperti hotel-hotel sebelum ni, kami boleh meyusun atur kedudukan meja seperti yang dikehendaki.
Kolam Mandi yang terletak di atas bumbung hotel adalah sesuatu yang amat menarik. Berlatarbelakangkan Lautan Andaman, memang boleh membuatkan hati rasa berbunga-bunga. Jiwa rasa tenang dan damai melihat hasil ciptaan Ilahi. Terpaku beb !!




Ruangan BBQ tang Juga terletak di atas bumbung Hotel, iaitu bersebelahan Kolam mandi.
Mengikut perancangan, jika cuaca mengizinkan, disinilah majlis kami akan di jalankan pada sebelah malam. Jika hari hujan, pihak hotel menyediakan satu lagi ruangan yang berbumbung.Tetapi masih berlatar belakangkan Lautan luas.



Di sinilah akan dijalankan majlis BBQ sekiranya hari hujan.
Ruangan ini hanya berdindingkan cermin .. jadi pemandangan masih tetap cun.
Satu-satunya hpotel yg menyediakan ruangan bagi aktiviti tambahan kami. Jadi adanya markah tambahan di sini. 

Ajk buat kerja key...
Ruangan Kafeteria yg menarik.. 
Goldsand berjaya memenuhi semua kategori yg kami tetapkan. Jadi dari 3 hotel yg telah kam lawati, goldsand berada di tempat pertama..
Pasni kita gi Hotel Lain pulak.. Jomm

No comments:

Nufnang