Wednesday, March 4, 2015

LADANG ANGGUR TASIK BERIS, SIK KEDAH

Alhamdulillah..Mac 2015 telah menjelma dan aku masih dapat merasai nikmat hidup di muka bumi ini.Bila Februari berlalu..maka usia aku pun bertambah lagi 1 tahun.. dan pada tahun ini juga pangkat aku berubah apabila dikurniakan anak sedara baru. Sebelum ni..pangkat tertinggi yg aku ada cuma ngah je ( makngah ) thn ni..dah jadi long pulak ( maklong ) . Alahai ..

Pada 20 Januari 2015 , lahirlah baby Boy dengan berat 3 kg. Lahir jam 5.30 pagi .
Semoga Mohammad Danial Haikal B. Asmawi akan membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya di dunia dan akhirat.

Jadi , selepas hampir 2 bulan aku memeram gambar Ladang Anggur Tasik Beris..aku rajinkan diri utk siapkan entry ni..hari ini jugak.
Lepas bayar tiket.. jalan sikit..jumpa la ruang luas ni..kiri kanan kwsn ni adalah lorong-lorong kecil untuk melihat pokok anggur.

Masa aku datang sini, bukan musim anggur berbuah. Buah tu ada..tapi tak banyak..

Anggur hijau. Anggur hitam pun ada juga. Aku beli anggur hitam..memang best.Manis dan ranggup.Aku tak tipu.memang ranggup dan manisss..segar beb..

 Ni kawasan rehat yg tersedia. ada cafe kecil di situ dan menjual produk makanan berasaskan anggur.

Ni kentang & nugget goreng..tapi takda anggur goreng. Anak aku la nak makan benda ni..

Yang ni pula.. anggur cokelat. Cam kita makan strawbery cokelat la.  Anggur dan krim pun ada juga.

Karipap berintikan anggur dan mufin pun berintikan anggur. Dah sampai sini.. rugi pula tak mencuba.


Ladang anggur ni terletak di tepi tasik beris. Jadi memang pemandangannya adalah tasik luas yang dipagari dengan bukit. Sungguh indah dan damai.

Percutian kami selama 2 hari 1 malam di Tasik Beris sungguh mendamaikan.
Jadi..jomla try..
Sekian ringkasan ringkas untuk kali ini 



Nufnang