Tuesday, June 23, 2015

BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

Rezeki bertandang lagi.. bos cakap..jom kita buat family day ...wah.. seronoknya.. Semua AJK pegang kepala jap..memikir kat mana pulak nak parking tahun ni. Idea yang di luahkan.. Pulau Aman Pulau Pinang, Bukit Merah Taiping Perak atau menaiki Cruise di Pulau Pinang.

Setelah puas AJK berdebat dan berfikr dari segi kos ( paling utama ) masa dan kesesuaian tempat...maka.. dengan sebulat suara semua bersetuju untuk ke Bukit Merah Laketown Resort.

Memula kami rancang untuk bermalam di Suria Apartmen lepas bincang punya bincang..akhirnya semua sepakat untuk bermalam di Bukit Merah Laketown Resort terus. Penyebab utamanya ialah.. jika kami memilih untuk lepak di Bukit Merah, kami akan mendapat harga secara pakej.Sama ada harga bilik, harga tiket, dan kemudahan lain. Selepas berbincang dan berbincang..maka adalah lebih baik memilih untuk bermalam di Bukit Merah Laketown . Jadi..sampai sana...ramailah terus menjadi badak berendam..chek in bilik dan kembali menjadi dugong..kekeke... ( jgn marah ya geng ).

Tapi yang sedihnya..pada saat-saat akhir ramai yg terpaksa menarik diri sebab terlibat dengan kursus. Bos pun tak dapat nak join..jadi perkataan Family Day tu bos suruh tukar...jadikan sebagai Perkelahan Keluarga ... ( kalau camtu..ada can Family Day lagi la tahun ni )  kekekeke...

Alhamdulillah 16 - 17 Mei 2015.. berlangsunglah Perkelahan Keluarga JPPH Perlis.

Jom layan gambar yg aku dah ambil..


Laluan untuk ke water park. Kiri dan kanan pelbagai jualan tersedia.. dah macam laluan merbahaya dah. Tak sempat nak jejak kaki ke dalam waterpark lagi anak aku dah beli mainan.
Katanya nak guna semasa menyelam.. 


 Akhirnya selepas melepasi laluan berhalang tersebut, nampaklah pintu gerbang ni.Kami sekeluarga sampai lebih kurang jam 10.00 pg. Jadi waterpark baru dibuka, Kebetulan pada hari tersebut ramailah pula manusia yang booking sini. Mungkin kursus team building.

 Orang kuat persatuan kami..


Selepas mendaftar dan ambil tiket, kami anak beranak terus menuju ke sini dulu. Kalau ikut jadual ecopark, sekitar jam 11.00 pagi ada pertunjukan haiwan. Jadi itulah yang tak akan dilepaskan. Rugila kalau masuk sini tapi tak tengok pertunjukan haiwan. Dalam web Bukit Merah ada jadual pertunjukan disertakan.

 Nah, aku belanja satu gambar semasa permulaan majlis. Si Kakak tua sedang menaikan bendera Malaysia. Ada beberapa acara yg dilakukan oleh kakak tua ini dan juga si Boboi seekor memerang. Budak- budak memang suka la benda camni, tapi aku rasa tempoh masa pertunjukan agak pendek. Selepas pertunjukan, korang boleh bergambar dengan burung -burung ni. Sangat jinak.

Kampung air ni terletak berhampiran ecopark. Menarik, tetapi agak jauh dari pintu utama.

Sesapa nak tengok pemandangan dari atas..silakan mencuba skycycle.. cam gayat ja aku tengok..pastu kena kayuh guna tangan..bukan kaki key..




Standard Room . Cukup untuk 4 beranak. Tapi..soal kebersihan, aku kurang berpuas hati.

Suasana di malam hari. Tak banyak kedai yg buka..sedangkan time kami keluar ni, baru jam 
8.30 mlm


Keesokan paginya,,anak-anak aku dah tergedik gedik nak mandi kolam. Jadi, Pagi tu Danish & Firas menjadi orang pertama berendam di dalam kolam yg terletak di hujung bangunan hotel.


 Pada waktu malam..kebanyakan tempat game ni buka. Jadi..bertoken -token la juga yang berjaya di sumbatkan oleh dua beradik ni.

Mee Udang Mak Jah kat Kuala Sepetang. Aku pesan kepada kawan ja..Masih lagi suam-suam masa mee ni sampai kat tangan aku. Aku boleh kata sedap..tetapi aku lebih sukakan Mee Udang 
di Pulau Sayak . Lebih memenuhi selera aku.

Hut yang kami booking. Terletak di hadapan pintu masuk.

Dah petang ..dah letih main air..jadi dah kena balik bilik la..
Tiket yg dah dapat tu..jgn ditanggalkan dari lengan..dari pagi sampai ke petang , hari yang sama..korang boleh keluar masuk sesuka hati selagi waterpark masih di buka. Jadi..memang best kalau lepak kat hotel dalam..senang nak ke bilik dan masuk bermain air semula.

Satu lagi, sebelum ke bukit merah ni..ada baiknya korang cek web terlebih dahulu..sebab kekadang ada promosi harga yang di sediakan. Kalau nak kepastian..call terus pun ok gak kan.. Kami dapat harga tiket RM 18 utk dewasa dan kanak-kanak. Kalau idak..tiketnya..RM 38 bagi dewasa dan kanak-kanak RM 22.00 . Bagi warga tua pula RM 10.00 kalau aku tak silap ler...kalau silap..memang silap la..
Kami juga berjaya dapatkan harga yang lebih murah untuk tiket ke Eco Park & sky cycle.
Jadi..memang berbaloi.

Alhamdulillah, semua staf yang hadir menyatakan keseronokan dan semuanya selamat. Insyaallah, ada rezeki kita pergi tempat lain pulak.


Nufnang