Wednesday, July 21, 2010

Macam - macam kisahnya....

Antara aktiviti harian aku...makan...

Rumah Hamster yg baru..hasil kreativiti en.Suami.
Dah lama juga aku tak menulis kat blogni .Atas alasan malas dan kekadang sengaja sibukkan diri dgn macam-macam hal..aku sengaja tak menjenguk kat blog aku atau pun blog kengkawan. Hari ni memang aku dah bosan..sebab takda benda aku nak fikir..jadi..aku pun rajinkan jemari ni utk senaman ringan.
Dalam tempoh aku tak menulis ni..bermacam-macam hal juga terjadi. Memula sekali...Suami aku dan team Dart yg mewakili UNIMAP berjaya juga mendapat tempat ke3..gangsa...bolehlaa..dan kesuluruhan untuk sukan staf..UNIMAP yg tertinggi.
Yang seterusnya..hamster kami beranak lagi..Jadi.Jumlah sekarang dah bertambah kepada 19 ekor.Untuk elakkan kesesakkan..en haffiz dah buat rumah baru tuk diorang nih. Kali ni 3 tingkat gitu..cukup besar untuk mereka berlari dan kekadang berkelahi sesama mereka.

Hari ni Usia Baby lam perut dah 25 minggu. Dah cukup kuat menendang..kekadang boleh membuatkan aku terkejut dgn tendangannya. Kekadang rasa cam Baby sedang senaman lam perut ni..memang aktif sesangat.Bila time sunyii tu..tahula..baby sedang tidur. Moga baby sihat ya sayang..tak lama lagi..Baby boleh jumpa ngn Abang Danish dan Abah.Abang Danish dah tak sabar nak jumpa Baby. Hari ini juga aku belajar berpuasa. Aku tak pernah berpuasa semasa mengandung.Jadi hari ni aku nak rasa sangat ..nikmat berpuasa semasa mengandung.Moga aku berjaya mengaharunginya. Kalau berjaya..takda sebarang masalah..bolehla aku berpuasa penuh pada tahun ini.

Sementara tu..Teh (Wannie )pula telah ditawarkan menyambung pengajian di UPM. Dalam bidang Alam Sekitar dia lah..aku dah tak ingat apa nama bidang sebenarnya. Semoga Teh berbahagia kat sana ya. Belajar rajin-rajin..nampaknya tahun ni..Teh berpuasa di tempat orang lagi la yaa....

Ermmm...dah tak ingat nak tulis apa...so...lepas aku ingat nanti..aku tulis lagi.


Monday, June 21, 2010

Aku yg Cuai..

15 minit lagi tepat pukul 5 petang. hari ni nak kata aku sibuk sangat tak juga..cuma takda masa yg terlalu panjang untuk aku celoteh kat sini.Jadi masa yg ada ni aku gunakan utk update apa yang patut.
En.Haffiz dah 3 hari kat USM..mewakili UNIMAP dalam acara Dart.Dari berita yg aku dapat semalam UNIMAP menang tipis dengan Universiti Tentera Malaysia. Kemenangan cuma 7-5. Petang ni pasukan UNIMAP akan bertemu dgn kumpulan Dart dari UMS . Semoga mereka berjaya mengharunginya.
Dan aku pula..bila en suami tiada disisi..terasa sunyi la pulak..isk..isk..sedih kena tinggal.Dan pagi tadi aku menumpang Cik Fadzlina untuk ke pejabat.Dah 3 hari aku lepak kat umah mak aku.Bak kata kwn aku si Ejon..time suami takda kat umah la dapat pakej percutian kat umah mak ayah sendiri.Bukan senang nak dapat pakej ni..kiranya aku bertuahla..dapat pakej yg pjg ni. Pagi tadi..ayah aku yg tolong hantarkan aku ke ke rumah cik Fadzlina .Entah macam mana..apa tah yg aku kalutkan..masa sampai kat tempat aku nak tunggu cik Fadz ni..aku leh terjun dari kereta ayah aku. Maklumla..aku ni kan spesis comell gitu..jadi kaki tak berapa pjg nak turun dari Frontier tu.Bila aku jejak ja tanah..adoila...sakit perut aku.Camna lah aku leh lupa aku ni ngndung. Jadi selepas aksi terjun dari frontier tu..aku asyik memegang perutja..Terasa tak selesa dan sakit kat perut. Baby aku pulak diam ja..selalunya dia yang sibuk di waktu pagi camni.Aku rasa susah hati juga..kenapa la BB diam..dan kalau aku gerak banyak..terasa sakit kat perut.
Puas aku panggil BB..alhamdulillah..akhirnya dlm kul 2 petang tadi aku rasa dia gerak cam biasa.Gamaknya BB pun terkejut ngn aksi aku pagi tadi.Tersentak dia kat dalam perut. Rasa sakit kat perut ni still ada..tapi takla macam pagi tadi. Mlm ni aku balik rest..hope esok semuanya ok.
SO..dah semakin hampir jam 5 petang.Sebenarnya masih ada satu keja yg aku tak buat.Upload utk pertanyaan status kes kat web jabatan.So..adios...Rindu en suami la...

Thursday, June 17, 2010

Sarapan pagi..telur separuh masak ?

Hari Isnin lepas aku ada date ngn makcik Maria (jururawat desa). Slumber betul ke klinik makcik Maria ni..sembang-sembang sambil tetiba dia cucuk jari aku..alahai..dah berdarah pulak.Makcik Maria sepertia biasa..meneruskan celotehnya sambil tangannya ligat mengambil darah aku untuk check HB.Almaklumlah..ni kan cek rutin..tak sampai berapa minit..mesin sukat darah tu dah siap berbunyi..dah kuar pun keputusan. "ish..biar betol..makcik tak percaya ni..." alamak..apa yg makcik tak caya ni ?aku dah mula gabra dah. "Wati...kenapa Hb kamu rendah sangat..kamu ni nampak merah ja..masakan HB cuma 9.4 ?"Alamak..dia kata aku merah la pulak..pastu..Hb cuma 9.4...aku pun tak caya.Aku dah makan Ibret..dah makan mkanan penambah darah..masih rendah la pulak."wati...makcik rasa nak ambil sekali lagi darah kamu tu..mungkin benda ni rosak ."Ooo..camtu ka makcik..."aku pun sambil tersengeh menyerah kembali jari aku yg telah dilukainya tadi..maka..dia pun mula la..memicit utuk mengeluarkan darah.Fuhh..banyak juga darah aku walaupun lukanya kecik saja.Sekali lagi darah aku di chek.."haa....kalini ada peningkatan..tetapi masih merah cuma 10.4 .Boleh makcik picit sekali lagi jari kamu wati?"haaaaa....nak picit lagi....alamak..darah dah berenti la makcik.Selepas di cubanya..memang darah dah tak nak kuar.Maka kat atas report kad aku tu..tertulisla..dengan warna merah..10.4 sahaja.Jadi disebabkan Hb aku tak sampai 11.0..maka aku di rujuk ke klinik Simpang Empat untuk cek pengesahan sekali lagi.Dalam tempoh 2 hari..makcik pesan ngn aku..gi klinik simpang empat ya..sebelum aku balik..pjg nasihat yg dia bagi..jgn minum minuman bercafein..nanti Hb lagi rendah.Jadi..makanlah makanan penambah darah..setiap pagi dia suruh aku amik telur ayam 2 bijik.Tak kisah la nak buat sandwich ka..separuh masak ka..yg pasti..makan la telur ayam tu.
Maka..balik jer ke rumah..terus aku rebus telur ayam 2 bijik.Hehehe..sebenarnya memang peberet aku mkn telur ayam separuh masak.Masa aku kecik dulu..mak aku sampai sembunyikan telur ayam tu..kalau tak..aku asyik rebus telur atau makan mentah sahaja..tetapi..aku buang telur putihnya.Mak aku cakap..ayah tak beli telur ayam.hahahha...sian aku..kena tipu ngn mak la pulak.JAdi..dlm tempoh 2 hari tu..aku memang byk mkn telur ayam..mcm over pun ada.Hahahha...yg pasti aku suka.
Maka..dengan langkah berdebar-debar..aku pun ke Klinik Simpang Empat...dalam masa menunggu giliran tu..tetiba aku ternampak wajah yg aku kenali.Tetapi..dia agak keletihan dan tgnnya pula berbalut serta ada alat untuk tambah darah @ air tu.Tergejut juga aku melihatnya..sebab tak tahu pula dia dah mengandung.Rupanya..dia pun alami masalah macam aku...kandungannya dah 7 bulan..Hb nya tinggal 9.0 ja..jadi sebagai langkah keselamatan utk baby dan dia..ubat terpaksa di masukkan. Kasihannya aku tengok..dah la dia tu kurus ja..tak macam aku ni..semangat..anak sulung pun baru 1 tahun lebih..dan suaminya pula bekerja di Penang.Sedih aku tengok..Bila aku tengok terus timbul rasa takut.Aku mesti makan..tambahkan Hb aku.Dia terpaksa berulang ke klinik selama 3 hari..setiap kali ubat dimasukkan ..memakan masa sejam lebih dan agak menyakitkan.Kejap ja kami dapat berborak..nurse dah panggil nama dia untuk masuk ke bilik rawatan
Hampir sejam aku menunggu..maka nama aku pun di panggil..Ha..kali ni ni darah aku di ambil kat lengan lagi..lebam dah lengan aku.Lepas dapat darah terus aku bawa ke makmal..dapat jer result..bagi pada nurse.tak sabar aku nak mengetahui berapa keputusannya..jengj-jeng-jeng..Hb aku naik 0.5 menjadi 10.9.Fuhh..nasib ada peningkatan..ada kemajuan juga aku mkn telur ni.nampaknya..aku akan meneruskan sarapan pagi dengan telur rebus separuh masak setiap hari...nyumm..sedapp..
Sebelum balik..seperti biasa ..nurse bagi nasihat kat aku.Katanya..aku kena tingkatkan Hb ni sekurang-kurangnya 11.0.Kalau Hb terlalu rendah..risiko paling besar adalah pada bayi..sebab Hb memain peranan membawa oksigen kepadanya.Kalau dia kurang oksigen..risau akan bagi kesan pada perkembangan otaknya dan menimbulkan masalah lain.Kepada ibu pula..risiko ketika proses kelahiran.Takut berlakunya pendarahan berlebihan.Jadi kepada ibu-ibu..makanla makanan berkhasiat..jgn risau kita gemuk..nanti lepas bersalin..diet balik.Kalau kita elok slim ..tapi anak tak sihat..lagi kita susah hati.Semoga lepas ni Hb aku berada di tahap yg memuaskan.

Tuesday, June 15, 2010

Taiping..Zoo & Muzium..Taiping Golf Resort

Dah hensem dah..kena pi jenjalan la..
Gambar ni Danish yg Snap.Boleh tahan jugaa..

Cik Amid , Wanie , Ct Atas ketapi zoo


Sabtu lepas tercapai juga hajat Danish nak pi zoo dan muzium. Walaupun dah berapa kali ke sana..dia tetap juga nak pergi lagi.Cuma muzium ja dia tak pernah masuk.Jadi dia tertanya-tanya apa yang ada kat muzium tu. Kami bertolak dari perlis lebih kurang pukul 9.00pg...dalam pukul 1 tgh dah sampai kat hotel.kali ni kami mencuba di Taiping Golf Resort..Jana Condotel.Bilik dia agak kecik..kalau bilik standard sesuai la tuk 2 dewasa & 2 kanak-kanak.Tetapi dari segi kemudahan kira ok ..siap ada microwve lagi dan ada balkoni sendiri.Tahap kebersihan pun ok..
 View dari balkoni

 View dari balkoni

 Ini pun.. view dari atas

Kawasan paking kereta.. aman ja...

Pada mulanya hajat kami nak masuk Zoo 2 kali..sebelah siang dan malam..tetapi disebabkan cuaca agak berhujan..kami masuk petang tu ja.dalam pukul 5 ptg.Itupun kena naik ketapi..sebab masih ada hujan.Selepas keluar dari zoo..kami memulakan pencarian kedai makan.Aku tak ingat nama kedai ni..tapi dekat ngn jln besar nak ke Zoo tu..Chef dia semua lelaki..3 org.Masakan pun ok..sedapp.Yang paling aku suka, dapat makan daging rusa.Aku minta buat goreng jer..pastu ikan masak 3 rasa..sedapp..Sup perut,Daging merah,telur dadar..+ sambal belacan.Danish pula hanya oder Mee Goreng.ni peberet dia.Pendek kata best dan kenyang sungguh.
Mlm tu..lepak kat bilik ja.Danish asyik main tipun..nak call bilik Teh dan Cik amid.Suka dia boleh dail sendiri ke bilik diorang.Esok pagi..lam kul 9 kami dah kuar mencari makan.Dari hari sabtu lagi aku dah persan kedai ni..nasi lemak jagung.Maka dgn semangat berkobar..kami menuju kesana.kat simpang jalan nak ke penjara taiping tu.Mak ai..ramai sungguh org makan kat sini..bila nak oder nasi lemak tu..sudah habis laa...waa..kempunan.Jadik..mkn yg lain ja..nasib sedap.
Lepas makan..terus gerak ke Muzium.Kami habiskan masa 1 jam lebih kat situ.Banyak ilmu nak di ambil.Danish pun suka sangat.Apabila dia tengok barangan lama..terus dia tanya.."depa ni semua orang susah ka ibu?".Maklumla..bila dia nampak sikat pun buat dgn kayu..senduk dgn kayu..pinggan dgn tanah..dia rasa hairan.Jadi, kenala aku membuat sesi penerangan..zaman dahulu belum ada kilang nak buat barang cam sekarang..jadi..kena buat sendiri.Aku cuba ringkaskan pernyataan tu agar dia faham.
Puas meronda dlm muzium..kami bawa danish main kat playground tepi tasik tu.Suka hati teramat la dia.Lepas puas bermain..terus balik hotel..chek out.Pendek kata..percutian 2 hari 1 mlm yg padat & letih.Kalau dilanjutkan kpd 3 hari 2 mlm..tentu lebih best..sebab tak kalut sangat.
Buat kengkawan..bawala anak-anak ke muzium..banyak ilmu yg diorang bleh serap..dan bleh kembangkan minda.Aku suka sejarah..jadi..bila dapat tengok benda sejarah mcm ni..siap ada penerangan lagi..memang amat mengujakan.Boleh buatkan aku terbayang suasana zaman dulu kala.
Gambar aku letak kat Facebook ya.kat sini sikit dah la.


Wednesday, June 9, 2010

Hamster & cats

Dulu memula beli 3 ekorja..disebabkan kes cemburu..seekor daripadanya mati dibunuh . Hal ni terjadi sebab hamster betina tu tak rela bermadu. Selepas dia berjaya membunuh pesaingnya..maka bermulalah era berumah tangga dgn pasangannya yg agak lemah lembut.Hamster jantan ok jer..tak ganas..senang ja nak pegang..tapi yg betina tu..silap haribulan kena gigit la jawabnya.
Rezeki mereka amat murah..dikurniakan 6 ekor anak yg amat kecik dgn warna merah yg cukup jelas.Disebabkan tuan hamster tu first time dapat cucu 6 ekor serentak..dia agak gabra..maka..dipegang-pegangnya cucu kecik tu.Konon nak ubah tempat bagi selesa. Si ibu hamster pula..bila mendapati anak-anaknya telah bertukar bau..ada bau yg pelik..dia telah membunuh semua anaknya.Semua anak kena makan.Masa ni kami dah ubah si bapak yg sopan tu ke tempat lain.So..memang sahla..si ibu yg membunuh mereka.
Setelah habis tempoh berkabung..si ibu hamster dan si bapak hamster telah dikembalikan hidup bersama.. maka..tak sampai sebulan..dia beranak lagi.6 ekor juga.Tempoh hamster bunting cuma 3 minggu jer.Sungguh cepat dan pantas.Jadi..belajar dari pengalaman yg lalu..tuan hamster tidak lagi menyentuh baby-baby kecik tu.Cuma si bapak ja yg dipindahkan.Rupanya..memang sifat si hamster..dia selerakkan anak dia merata kat dalam sangkar tu.Tapi bila time minum susu & time tidur..dia akan kumpulkan semua anak-anaknya.Alhamdulillah..kali ni dia berjaya membesarkan keenam-enak anaknya. Disebabkan ramai sangat cucu yg diperolehi..tuan hamster dah tak berminat nak bagi nama.Tak tahu yg mana satu.nampak sama ja...Rasanya lagi sebulan..tuan haster akan dapat cucu baru la pulak.Jadi..tuan hamster dah berjaya menternak hamster. Sapa nak beli hamster..call ya.hehehehehehe...
Tommy


Betty


Ini pula kucing kesayangan kakak dan abang ipar aku. Diorang beli kat mana tah..tapi memang gebu la. Setiap kali diaorang balik kampung..pasti kucing 2 ekor ni akan turut serta. Kucing 2 ekor ni macam suka sangat balk kampung..boleh ronda kat luar rumah..ushar sana..ushar sini..tapi tak boleh lalai sikit pun..pasti diorang hilang dari pandangan mata.Maklumla..sekali sekala balik kg..banyak benda diorang nak siasat. Kalau kat dalam umah pula..rata tempat diorang nak panjat.Nasib tak baik..adala hiasan yg akan pecah.



Monday, June 7, 2010

Hasil bertengkar dgn Tok ayah


Haaaa.....inilah hasilnya kalau bertekak ngn Tok Ayah.Aku balik keja petang jumaat haritu..tengok anak aku sedang tidor baik punya atas kerusi malas.Yang bestnya..ada satu lagi kerusi baru. Rupanya..hasil amukkan danish , Tok dah minta Paklang kamal belikan 1 lagi yang baru untuk Danish.tetapi danish tak nak yang baru..dia kata tak cantik.Yang lama lagi lawa.Jadi..

yang baru bewarna biru , putih dan merah.. diserahkan kepada Tok ayah.Tiada lagi pertengkaran merebut kerusi malas.Danish buat kerja sekolah pun duduk atas kerusi malas. Dasyat betul penangan kerusi malas.Jadi..semenjak hari jumaat lepas..bolehla dua generasi tersebut berdamai dan tidur sebelah-menyebelah. Senang hati Tok Ayah nak berehat selepas penat berjuang di sawah.

Friday, June 4, 2010

Kerusi Malas Rebutan

Gambar kerusi ni aku amik dari internet ja..tak sempat nak tangkap gambar kerusi sebenar kat umah. Sehari dua ni, Danish dah ada idea baru nak kacau tok ayah dia. Tok ayah baru beli kerusi malas ni untuk rehat-rehat dan tidur kejap di tengah hari. Tetapi si cucu ni pula dah mula nak amik alih kuasa hak milik Tok Ayah.Jadi di tengah hari yg panas..selepas balik sekolah..bermula lah era bertengkar dengan tok ayah siapa yang akan tidur kat atas kerusi tu.
Setelah puas bertekak..akhirnya kemenangan menjadi hak milik Tok ayah..hahahaaha...Danish pula..akan tunggu Tok ayah bangun..baru sampai Turn Danish nak lepak kat kerusi tu. Jadi..Danish memang tak puas hati.Macam-macam yang dirungutkan pada Tok(nenek)nya.Lepas tu..Tok pun memujukla..Tok kata,kita beli kerusi baru..Danish kata tak nak..nak kerusi tu juga.Ok, Tok kata lagi..takpa..Danish ambik kerusi tu..Tok beli kerusi baru bagi dekat Tok ayah..tapi Danish tetap juga tak setuju.Dia kata biar ada satu ja dalam umah. Laa...kalau camtu..jenuh la Danish nak berebut ngn tok ayah. Danish kata takpa..nanti dia boleh berkelai ngn Tok ayah lagi. Wooo...rupanya dia seronok berkelahi ngn tok ayah jelaa....Semakin besar, semakin banyak pula karenahnya. Nasib Tok ngn Tok ayah masih sihat nak melayan.Aku rasa, harini pun pasti benda ni berulang lagi.Nak tengok sapa pula yang menang.

Monday, May 31, 2010

Alhamdulillah..akhirnya tercapai Juga



Syukur sesangat sebab impian adik aku yg ke-3 untuk menjejakkan kakinya ke Politeknik berjaya juga. Minggu lepas aku tolong cek bagi pihak dia..sebab dia dah buat rayuan. Memang tak menghampakan. Maka dengan senang hati aku menyampaikan berita ni pada dia.Kemarin selepas dia melihat surat tawaran..terus tersengeh macam kerang busuk.Tapi still nak cover .... kegembiraan dia tu. Petang kemarin juga dia terus keluar fotostat dan tangkap gambar. Nampak sangat dia seronok.Kemasukkan dia bulan 11 nanti, tetapi..kena jawab dalam tempoh 2 minggu.
Semoga Hamid tak mensia-sia kan peluang yang telah diperolehi. Dia ditawarkan bidang Diploma Ukur Tanah. Tempatnya pula boleh dikatakan masih dekat.Cuma di Kulim sahaja. So..semoga sabar tunggu bulan 11 nanti.Skrg..melepakla sepuas hati.

Thursday, May 27, 2010

Kami Rindu Padanya..

Sudah hampir sebulan..kami merindukannya.Kekadang aku terkenangkannya.Jadi..untuk menghapuskan rindu yg bertandang di sudut hati, kami sanggup melalui jalan yg sesak hanya untuk melihat kelibatnya.Tetapi petang semalam..dia dah tiada di situ..entahla kemana dia di bawa pergi.Semoga dia memperolehi tuan yang juga menyayanginya sepenuh hati.
Usianya hampir 5 tahun..maknanya dia telah bersama kami dengan memberi baktinya yang terbaik.Dahulu warna bajunya adalah hitam ..tetapi dek kerana kasihnya suami aku pada dia segalanya telah bertukar.Dia di beri warna baru..Light Purpel..siap bersama skirtnya..dia dihias dengan sepenuh kasih sayang.Harganya melebihi set barang kemas yang aku inginkan.Fuh..kekadang aku cemburu juga padanya.Dia bagaikan awek buat suami ku..dan aku ni..ibarat isteri tua pula.heemmm...jeles...jeles.Tetapi bersamanya juga aku merasa nikmat sesat dijalan..dan detik ketika aku menumpahkan jagung manis atas kusyen empuknya...sehingga berjaya mendengar ceramah percuma dari suami ku.
Kini ..setelah dia tiada..baru aku menyedarinya.bahawasanya..aku juga terlalu menyayanginya.Terasa sedih untuk membiarkan dia menjadi milik orang lain.Semoga dia juga dimiliki oleh sesorang yang mengasihinya.Setiap petang..bila aku melihatnya..terasa seolah dia memanggil aku kembali padanya.Ohh..terasa sedih dan pedihnya.
Pasti kengkawan aku juga pernah merasakannya.Mungkin apabila kami mendapat penggantinya..perasaan ini akan hilang dengan sendirinya.Adios..semoga kita berjumpa lagi.

Wednesday, May 26, 2010

aku mengantukkk...mengantuk...

aku yang mengantuk *_*


Di awal pagi tadi..tetiba.."you are not alone..i'm here with you..."fuh..berdendang sayu la pulak.Ohh...bestnya lagu ni..layan tidur lagi...tetiba.."ibu..ibu..msg ni..." alahai..anak ibu...dah kejutkan ibu la pulak."ok..ok..ibu bangun..."...Danish terus berkalih...dan sambung tidur balik.Aku pula..sapa la msg aku pepagi buta ni.Baru pukul 4.44minit pagi.Tengok..tengok..alamak..Maxis la... Aku dapat msg yg memang tak penting ni pada jam 4.44minit pagi !. Tension..tension.Oklah..aku nak sambung tidur.

Sepuluh minit berlalu...pusing kiri..pusing kanan..sedapnya En.suami tidur..Danish pula..hemm...bantal peluk,bantal tidur..semua terkumpul kat hujung kepala..tetapi..dia pula tidur tanpa beralas bantal..dan memeluk dinding katil F1 dia jer.Macam-macam gaya ada..dan aku..masih terkelip-kelip.Pandang ja..syiling umah..dengar bunyi kipas siling..ada sebiji dua kenderaan melintas kat atas jalan & tiada lipas merayap kat dinding...ishh..takleh jadi nih.Mungkin aku kena gi tandas dulu.Ok..bangunn...gi tandas dulu.

Masuk ke bilik..ok..landing balik..fuh..selesa ni..tapi..mata tak nak pejam la pula...Aku dah rasa cam nak nagis..tidurla-tidurla....Jelesnya aku tengok dua orang lelaki kat kiri kanan aku ni. Masyuk ja diorang dilayan mimpi..Time macam ni la aku sebenarnya dapat menatap wajah mereka dengan sepenuh hati dan jiwa.Cukup membuatkan hati aku damai dan aman.Terasa berjuta kasih sayang yg aku miliki dari mereka. Tapi..semua tu tak membantu untuk aku tidur.aku masih belum tidur.Jam dah pun berbunyi pukul 5pg. Dah macam-macam cara aku buat...kali terakhit aku tengok jam..dah pukul 5.45minit pagi..selepas tu..aku dah tak sedar apa yg terjadi.

Kemudian..ada lagi bunyi yang menganggu aku.Baru ja aku menikmati tidur yg lena dan kusyuk.langsung tak di ganggu mimpi...Berat ja nak angkat mata ni...cuba la ...rasa macam aku dah cam sangat bunyi ni...Alamakkk....6.18 Pg.Aku sudah lewat la...tak boleh jadi ni..kalau aku tak bangun lagi sampai 6.30.sure mak mertua aku yg akan tolong kejutkan.Wohh..malu aku malu.Maka..dgn sepantas kilat..capai apa yg patut..let's go to toilet.

Maka kesimpulannya..pagi ni..hasil yg aku dapat...aku mengantuk....semalam dah tidur lewat...layan Ghost Wishper..(sebab sekarang..kul 9mlm aku dah tidur..jadi..kul 11.00mlm dah dikira lewat la.hahahahhaha...)So..aku kena lawan ngntuk ni.Mungkin makan dapat menyegarkan aku.Makan..dan makan, hahahahahahahahahahahaha....

Tuesday, May 25, 2010

Cinta Sufi - Ramli Awang Murshid


Kegilaan aku pada buku tulisan Ramli Awang Murshid bukan lagi rahsia.Aku sentiasa menunggu tulisan beliau yang terbaru. Lebih menggila lagi , apabila aku mendapat tahu Ramli akan menyambung watak Laksaman Sunan atau nama sebenarnya Saifudin. Seorang pemuda yang berasal dari Tanah Rencong. Bagaikan sesuatu yang penting akan hadir dalam hidup aku apabila aku mengetahui akan kelahiran novel tersebut. Puas aku menunggu sehingga ianya dilancarkan.Kemudian..bermulalah episod aku cuba menjejakki buku tersebut kat Kangar ni..tetapi..susah maa.....Stok tak sampai ke sini lagi.Frustnya aku...kemudian..aku mencari di pameran buku di Dewan 2020..dengan harapan yang satu..cuma cinta Sufi yang aku cari..namun...buku tersebut telah habis di jual.....Frust lagi. Akhirnya rezeki menyebelahi aku apabila seorang teman akan ke KL.Maka kepadanya aku titipkan pesanan..( tetapi...lupa bagi duit la pula ) carikan aku Cinta Sufi.Alhamdulillahh...akhirnya..buku tersebut berada jua dalam genggaman ku.

Dengan sepenuh jiwa aku menatap lampiran demi lampiran.Aku ingin cepat bertemu dengan Sunan,ingin mengetahui nasibnya yang seterus. Apakah masih ada peluang untuk dia bersama Haryani..sesungguhnya...jodoh Sunan bukan dengan Haryani..Sunan telah kembali ke Abad-15.Tiada lagi Haryani,Semuanya telah menjadi kenangan.Di hati Sunan cuma ada Penciptanya, Allah yang Esa dan kasih sayang pada arwah isterinya yg tercinta serta kasih Ibu yg sejati.

Namun..Sunan kali ini tidaklah segagah dulu..segala tenaganya telah hilang, akibat dari perjalananya merentasi masa ke abad -21 dan kembali semula ke abad-15.Pertembungan kali ini adalah musuh yg ingin menjajah Melaka.Portugis telah mula menyerang Kota Melaka pada tahun 1511.Ditakdirkan Sunan ditemui oleh seorang janda Pahlawan Portugis yg terbilang iaitu Catalina.Kedatangan Catalina ke tanah melayu cuma dengan 1 tujuan..mencari siapakah Mariam yg seringkali muncul di dalam mimpinya .Mariam yg ditemuinya sering mendendangkan sebuah lagu yg tidak pernah didengarinya..alunan yg menusuk kejiwa dan mampu membuat Catalina menangis.

Sunan menjadi hamba kepada Catalina..namun tetap menegaskan dia bukan Hamba kepada sesiapa..cuma hamba kepada Allah yg Esa.Kesabaran yg ditonjolkan oleh Suanan benar-benar membuatkan Catalina tertnya-tanya siapakah lelaki Ini? Rahsia siapa sebenarnya sunan akhirnya bocor apabila sunan diselamatkan oleh bangsa Polip.bangsa yg memiliki sayap dan juga mengakui Keesaaan Allah.

Setelah Sunan kembali memiliki tenaganya..dia kembali membantu Catalina mencari Mariam di hulu Melaka.Catalina telah dikhianati oleh bangsanya sendiri ,iaitu tentera Portugis yg sebenarnya telah membunuh suami kesayangannya.Maka dengan bantuan Sunan..Catalina dan pembantu setianya Renata (pengamal sihir) telah mengharungi perjalanan ke Hulu Melaka.Sepanjang perjalanan mereka sering diganggu oleh makhluk Allah yg tidak mengakui KeEsaan Allah.Musuh-musuh Sunan dan Wali sufi sentiasa mencari jalan untuk membunuh Sunan kerana pada anggapan mereka..Sunan adalah penghalang kepada usaha mereka untuk menyesatkan umat manusia.

Wahh...penjang la pulak...tapi tak abis lagi ni..kalau nak..beli sendiri la ya.Kalau tak pernah baca..cuba beli dari novel pertama..iaitu BAGAIKAN PUTERI, CINTA SANG RATU,HIJAB SANG PENCINTA & yg Last CINTA SUFI. Tapi aku harap..cinta sufi ada sambungnya .Aku masih tertanya-tanya..kemana Hang Tuah membawa Sunan dan adakah Catalina atau nama islamnya Mariam..berkahwin dengan Sunan ?.hemmm...tak puas aku membacanya sekali.Aku pasti akan mengulanginya lagi dan lagi.

Apapunn..Cahiyok Ramli Awang Murshid..Novel dia sentiasa lain dari yg lain.Love It.

Wednesday, May 19, 2010

Alamak..misi mai umah la..

Pagi ahad lepas..dlm kul 10 pg..ketika aku sibuk membasuh dan sesungguhnya aku sibuk..tetiba..Assalamualaikum.... alahai..sapa la pulak mai umah mertua aku ni..? Dah la time ni tinggal aku dan Danish ja..en suami kuar beli makanan tuk tukang rumah..emak mertua sefamily plak dah pi umah kakak ipar aku kat sungai petani.Aku ni bukan kenal sangat org area sini..boleh di bilang dengan jari berapa orang ja yang aku kenai.Tak bermasyarakat ka aku ni?(hehhe..tak sempat la...Kebanyakannya ..kenal muka..tapi..tak tahu nak panggil apa)
Buka ja pintu..jeng..jeng...jeng...makcik misi la....Ish...terkedu kejap aku..bila masa pulak aku buat date ngn misi ni?Tak ingat la pulak aku...apapun..maniskan muka (walaupun sebenarnya rupa aku hudoh sungguh..panas beb ) Waalaikumussalam......(fikir kejap..apa aku nak cakap ye ). Tak sempat aku nak bersuara seterusnya..terus makcik misi sambung.."haaa..nasib wati ada..makcik maria datang ni nak buat lawatan ke rumah".Fuh selamat aku..dia dah bagi tau suh aku panggil apa kat dia. Yang bestnya..terus dia panggil aku Wati..alahai..ok jelah mak cik Maria..apapun boleh la..asal betul nama aku.
Maka selepas selesai sesi pembuka kata..maka..makcik misi pun memulakan operasinya.."haa..Wati pi ambil bantal..tidur kat sini..makcik nak cek" alamak..nak cek ker..maka..dengan muka penuh sopan.. aku menjawab.."oo..makcik duk sat na..saya nak pi tukar apa yang patut..rasa cam berbau pulak" (malu la pulak aku..dia dah nampak ropa menantu tok timah yg sangat sememeh ni).Sebenarnya...time makcik misi tu sampai..anak teruna aku baru lepas mandi..pastu melepak kat depan TV dengan hanya memakai tuala..jadi..lepas je dia nampak makcik misi tu..terus berlari masuk sembunyi di dalam bilik.Lepas tu banyak soal pula..nurse tu nak buat apa ibu?awat dia mai rumah?dia bawa apa dalam beg besar tu ?laa..tak terjawab pula aku.Jwpn aku bagi senang ja..nak cek baby ni...bukannya nak cek danish...."OOOO...kalau macam tu takpa la".Hem..sebenarnya dia risau kalau misi tu nak cek dia.Apala Danish...
Setengah jam kemudian..operasi selesai..maka..aku pun mengiringi makcik misi ke pintu...ramah betul la makcik misi ni..maklumla..dia sebenarnya jiran kami juga..cuma berselang 4 buah rumah dari klinik yg merangkap rumah dia juga.Tetapi..ini baru kali kedua aku bertentang mata dengan dia.First time jumpa..aku tak tahu pula dia adalah misi bagi area kg sg baru ni.Teruk sungguh aku ni.Ingatkan lepas tu makcik misi nak terus balik..dia melangkah ke rumah aku la pulak.."makcik nak tengok rumah watila..boleh?", ish..takan aku nak nak jawab tak boleh..tentula boleh saja..alahai..malu la pulak aku pada tukang umah,nasib tukang umah ada kat belakang..tak nampak la rupa sememeh aku ni.
Selepas puas meronda lam umah..bagi penerangan serba sikit..dia pun..dah penat gamaknya.. "oklah wati..makcik pergi dulu la..ada rumah lagi nak kena melawat"...haaa...akhirnya..
Apapun..aku bagi lima bintang la untuk makcik Maria.Misi yang best.Tahun depan..makcik Maria dah nak pencen..patutla banyak pengalamannya.Lepas tu Happy jer cerita hal umah dia katmelaka..dia dah ada angan-angan nak balik kampung lepas pencen nanti.Dah 29 tahun dia tinggal kat perlis..semasa bercakap..dia suka tersenyum,sampai aku pun terikut-ikut.Bagus la makcik Maria.Selamat menunggu hari pencen dengan sabar ya.

Tuesday, May 18, 2010

Kad Hari Guru dari Danish

Tulisan Anak Teruna aku..

yess..dah siap pun

Sedang kusyuk menghias
Jeng-jeng-jeng..kad Khas dari Danish untuk cikgu Masniah dan pembantu guru..kak Ros. Idea untuk semua gambar kad atas kad tu adalah idea Danish..cuma hiasan tepi kad dan tulisan SELAMAT HARI GURU tu ja dari aku.yang lain..atas usaha dia sendiri melukis, mewarna dan lekatkan kat atas kad tu.
Sehari suntuk juga kami mengerjakan kad ni..sampai lenguh pinggang aku.Lepas Danish dah siap tulis semua..aku kena la buat sampul pula.Danish ada banyak idea nak dilukis tetapi dia rasa susah pulak nak lukis. Apa saja dia kata nak lekatkan kat atas kad tu..aku ikut sahaja.Biar dia rasa yakin untuk membuat keputusan atas kerja dia sendiri.Hasilnya..memang dia cukup gembira dengan apa yang diperolehi.Mungkin pagi ni cikgu dia akan tergelak besar melihat kad dari Danish.
Sebelum aku lupa..aku nak ucapkan Selamat menyambut Hari Guru buat semua sahabat -sahabat aku yang bergelar cikgu.Aku ada ramai sungguh sahabat yang menjadi cikgu.Tak mustahil suatu hari nanti..mereka akan menjadi guru kepada anak-anak aku pula.Semoga cikgu-cikgu semua berjaya mendidik anak bangsa menjadi pelapis negara yg cemerlang di dunia dan akhirat.Sesungguhnya jasa cikgu tak akan terbalas sampai bila-bila pun.
TERIMA KASIH CIKGU




Thursday, May 13, 2010

14 Minggu 5 Days

Alhamdulillah..petang kemarin aku gi scan dan membuat pemeriksaan rutin.Semuanya ok,cuma HB aku ja agak rendah.Dan kali ini aku telah mengetahui usia kandungan yang sebenarnya. Ikut pada scanning yang di jalankan usia kandungan ku dah 14 minggu 5 hari..maknanya dah 3 bulan lebih dan menghampiri 4 bulan.Sekiranya kiraan ini tepat..aku dijangka bersalin pada 10/11/10..sempatla aku makan kueh raya sepuas hati.
Pengalaman ke Kilinik ibu-ibu mengandung petang kemarin agak memenatkan juga.Aku sampai di klinik lebih kurang jam 2.50 petang..semasa pendaftaran..ok..cepat dan pantas.Kemudian, aku terus ke bahagian ibu mengandung..pemeriksaan pertama..tentulah cek tekanan darah dan berat..ok..pantas..kemudian..ambil darah. Bab ni yg aku lemah sikit ni..tiap bulan darah aku di ambil dekat lengan ni.Sakit juga..masuk ni dah 3 kali ..2 kali kat sebelah kanan..sekali kat sebelah kiri.Nasib nurse yg amik tu lemah lembut..selamat sikit.Kat sini pun ok..lepastu aku ke makmal pula..antar urine dan darah yg di ambil tadi..kat makmal ni..aku memang suka..cekap dan pantas..kejap ja duduk..dah siap.
Selepas selesai ambil keputusan di makmal..aku pun kembali ke bahagian ibu-ibu mengandung.Letak kad aku kat bilik pemeriksaan kandungan.Ha...kat sinila bermulanya era menunggu dengan perasaan penuh kebosanan.Mata aku asyik tengok jam kat dinding tu..semasa jarum jam menghampiri 4.30 petang..baru dengar nama aku di panggil.Fuhh..penat..kalau cek tekanan darah aku time ni..tentu tinggi sikit.Masuk kat bilik tu..macam biasa..nurse tanya..apa masalah aku..makan ubat tak?kenapa HB still rendah..hemm..maka aku pun jawabla apa yg patut.Nurse-nurse kat sini semuanya bagus-bagus.Dah mesra pengguna..tak macam dulu-dulu. Masa kat sini la aku dapat detac kenapa kat bilik ni slow sesangat. Kalau dulu...cek..terus tulis atas buku pink tu..tetapi..sekarang diaorang terus masukkan lam komputer.Guna program yg diselaraskan. Aku tengok diorang macam tak diberi latihan untuk menggunakan program tersebut. Masih tercari-cari dan tertanya-tanya apa yg patut di isi di ruangan yg disediakan.Lepastu..bila tak tahu..main redah ja..bila silap..kena ulang sekali lagi pengisian borang tu.Alahai..lambatnya.Tempoh masa utk cek kandungan tak sampai 10 minit pun.Masa yg di ambil utk isi sistem tu..hampir 30 minit.
Tunggu punya tunggu..dalam 4.55 ptg..baru aku dapat jumpa doktor.Masuk jumpa Dok ,kejap ja..sebab aku memang nak scan ja.Jadi..jam 5.05 minit lebih kurang..baru aku selesai semua dan boleh balik.Aku adalah orang kedua terakhir untuk hari itu.Kesian en Haffiz yg menunggu aku kat luar.Mesti dia telah bergurau-gurau dan bermesra-mesra dengan otak dan hatinya sebab letih menunggu aku. Tepat seperti dugaan aku..en.Hafiz dah memenuhkan masanya dengan termenung..layan tenet kat HP ..keluar beli air kat depan klinik.Nasib ada air..aku pun dah separuh kering.
Jadi..20/05 ni..iaitu minggu depan..sekali lagi aku kena scan.Untuk pengesahan.Hope kejadian ni tak berulang lagi minggu depan.

Monday, May 10, 2010

Selamat Hari Ibu

Main Lekat ja

3 Love..utk adik,Ibu & abah


Cikgu tlg tulis

Alhamdulillah..tahun ini merupakan tahun ke 6 aku menyambut hari ibu.Dan buat pertama kalinya aku mendapat hadiah dari Danish.Tahun ini dia dah faham maksud hari ibu.Walaupun hadiah tu disediakan oleh pihak Pra Sekolah Sungai Baru..tetapi Hiasan tu..dilekatkan sediri oleh Danish.

Hari Jumaat lepas, bila aku sampai umah..terus dia ikut masuk dalam bilik.Sambil tu bawa hadiah....tuppawer.Aku ingatkan dia menang apa-apa kat sekolah..sebab kat dalam tupawer tu ada gula-gula dan sumi. Terus dia bagi pada aku "ni hadiah hari ibu untuk ibu, adik pelekat sediri love dan bunga tu".Heheheh...pastu dia siap pesan " ibu jangan isi makanan dan jangan bagi kena aiq, ibu isi gelang..keronsang..letak dalam bilik tiduq ja tau". Haaa..pjg juga pesanan dia..aku sempat cakap ok ja.Pastu dia sambung lagi "ni adik pelekat 3 Love, 1 love untuk ibu,1Love untuk abah dan 1 love lagi ni untuk adik". Alahai..shahdu la pulak.Okla...Ibu suka apa pun yang Danish bagi. Lepastu bermula la upacara memaksa aku makan gula-gula dan sumi kat dalam bekas tu.
Last sekali dia pesan pada aku..nanti masa hari guru..adik nak beli hadiah untuk cikgu pula.Laaa..dah siap pesan.
Untuk semua kengkawan..selamat Hari ibu..semoga kita menjadi isteri yg dibanggakan oleh suami..dan ibu yang dikasihi oleh anak-anak.Moga kita berjaya mendidik zuriat yg dikurniakan ini sehingga menjadi Umat Muhammad yg berjaya di dunia dan akhirat.

Friday, April 30, 2010

Letih + Mengantuk + X Bau-bauan = Mengandung ?



Betul la kata orang, mengandung di kala umur dah meningkat ni memang agak memenatkan.Dulu masa kali pertama aku mengandung, aku still muda nyet-nyet.Baru 23 tahun ( perasan la muda ).Sekarang aku dah 29 tahun, jadik memang terasa kelainannya.
Selalu diterjah rasa mengantuk dan mamai.Terutama apabila jarum jam telah berganjak ke pukul 4 petang.Apabila aku sampai kat umah..sekitar 5.45 ptg,aku rasa seolah-olah semua tenaga aku telah diperah keluar.Yang aku nampak cuma nak tidur.hilangkan lelah kejap.
Tetapi kali ni alhamdulillah..aku takda morning sikness.Masa ngndungkan Danish dulu..pepagi mesti buat hal.Kali ni takda rasa camtu,tetapi aku tetap alah pada segala jenis bau,(bau makanan ok plak ..heheeheheh..)
Harini 30/04/2010..kalau ikut kiraan aku dah 13 minggu usia kandungan ni, tetapi..aku tak sure juga..sebab period aku selalu missing in action.maknannya..aku kena la tunggu keputusan selepas Scan kali kedua nanti.mungkin seminggu dua lagi..dok akan Scan semula.
Semasa aku anak dara, aku selalu risau memikirkan bahawa aku ni mungkin tak boleh mengandung..sebabnya..period aku yg masalah..alhamdulillah..Allah murahkan rezeki buat kami.Kali kedua ni..selepas 6 bulan kami mencuba..aku still tak ngndung..jadik aku pun gi buat chekup..memang mengejutkan..rupanya aku alami masalah rahim kebelakang.Sekali lagi aku frust..aku ingat..sah kali ni aku tak dapat tambah anak.Tetapi keluarga dan sahabat terus memberi dorongan.Kata mereka aku boleh cuba mengurut dan sbgnya.Doc pun ada kata pada aku..dia banyak jumpa kes cam aku , dan akhirnya mereka berjaya mengandung juga.
Maka dgn diiringi doa dan semangat dari semua..aku memulakan langkah. Aku mula mengambil produk yg bersepah kat luar sana.Aku amik yg fames sekali tu..lepas 3 bulan..aku still tak ngndung.Aku dah mula rasa frust.Kemudian timbul di hati..aku rasa aku kena turunkan berat badan dulu..jadi..aku pun beli produk khas untuk menurunkan berat badan.Kebetulan aku ada terbaca testimonial dari seorang pengguna yang telah tiada period hampir setahun.Selepas sebulan dia mengambil produk tersebut, dia disahkan mengandung.
Tujuan Utama aku mengambil produk tersebut adalah untuk menurunkan berat badan..Dalam pada masa yg sama, aku semakin berhati-hati menunggu hari subur..dan selepas 2 minggu period aku still tak datang.Aku mula berdebar..selepas lewat 2 hari..aku dah tak sabar nak buat test.Seminit pertama..dua minit pertama..hanya 1 garisan sahaja..aku dah mula frust..tetiba..aku nampak jalur satu lagi muncul...jeng..jeng..ish...macam tak caya pula aku time tu.Hari tu adalah Birthday suami aku..hadiah hari jadi terbesar untuk dia.
Alhamdulillah..doa kami akhirnya menjadi kenyataan.Semoga kandungang aku akan selamat dan dipermudahkan kelahirannya.Semoga dia menjadi adik yg terbaik buat abangnya Danish yang telah lama menanti kehadiranya.Semoga dia menjadi anak yg soleh dan solehah, anak yg membahgiakan keluarga dan berjuang menegakkan agamanya.
Untuk kengkawan yang mempunyai masalah seperti aku..teruskan usaha dan berdoa.Aku pernah terbaca..Berdoalah untuk sahabat-sahabat kita dan saudara kita dengan seikhlas hati tanpa pengetahuan mereka, Insyaallah..Allah akan mengurniakan kepada kita seperti mana yg sahabat kita perolehi.Aku juga mengamalkannya. Insyaallah..Yakinlah pada kuasa Allah, sesungguhnya dia lebih mengetahu akan segalanya.Marilah kita sama-sama berdoa.

Thursday, April 29, 2010

Sukanya..sukanya...Khas untuk Ibu Ayra.

Memula sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada http://rosrusli.blogspot.com/ ibu ayra. Sebabnya dia dah ajaq aku camna nak bagi blog aku ni nampak cun.Aku budak baru belajar.Harini ibu ayra dah ajar aku macam mana nak buat 2 layer dan 3 layer.Ok ..untuk langkah permulaan harini aku buat 2 layer dulu.So..sayang kak Ros..Terima kasih dia atas jasa cikgu Ros.

Tuesday, April 13, 2010

Aku Nak lepak Kat Blog la pula.




Tah apa angin yang aku dapat,tetiba ja aku berpusing-pusing di blog pula. Kalau tak aku berada di wordpress.Banyak catatan yang aku dah buat kat situ http://www.whitefreesia.wordpress.com/ terutamanya tentulah kegilaan aku pada novel Ramli Awang Murshid. Kemudian, banyak pula gambar family aku dan geng office kat http://haffizmela.fotopages.com/


Rasanya tak salahkan kalau aku ada sampai 3 diari online nih kan?.Bervariasi la sikit. Dari Wordpress aku ke fotopages, dari fotopages aku ke blog pula. Bukan apa..kalau kat satu tempat ja...rasa bossan la pulak. Dah tu aku tengok kat blog ni banyak la pula kemudahan yang disediakan. Geng aku pun ramai yg ada blog.Jadi, senang la sikit aku nak jadik followers ngn diorang ni.


Hari ni hari rabu, 21/04/2010..lagi 2 hari aku dan gengn ofis akan ke Pulau Langkawi pula.Ada mesyuarat jabatan. Majlis diadakan di Hotel Langkasuka. Tetapi aku dan Hafiz dah buat keputusan tak nak menginap kat situ.Kami pilih Sun Set Beach Resort. Saja nak bagi can pada Danish berkubang lam pasir tu.Kami dah pernah duduk sini..aku memang sukakan suasana persekitarannya yang amat privasi.Pantainya tak ramai orang..ni area pantai chenang..dekat ngn pantai tengah.


So..Danish dah tak sabar nak ke langkawi. Semoga nanti semua berjalan dengan lancar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...