Wednesday, January 29, 2014

SUNAN - Nanggroe Sang Kembara


Penantian Suatu Penyeksaan  !!!! 
bila nak keluar ni  ? bila nak sampai perlis ? aku nak tempeh online ker ? eh ada Hardcover la pulakkkk...- RM35.00 tetapi.. Cetakan Terhad &  Softcover cuma RM23.00 -kalau nak beli hard cover.. kena klik sini...    Arghhh...kalau beli online yg soft cover.. kat sini siap ada tandatangan Ramli Awang Murshid sekali...  waaa... takan aku nak beli kat kedua-dua tempat ni kut... kalau aku tunggu buku ni sampai Perlis.. memang agak lambatla.. baru leh pegangang...dan kalau dengan tak sengajanya aku terlambat pergi ke kedai buku.. sesilap..stok sedia ada akan habis... dan kena tunggu lagi.... GerRRRRRR .... memang menyeksakan..  Demi Sunan... akan ku fikirkan keputusan yg terbaik ..... wakakakakakka..... Sabarrrrr...sabar.... ah..aku dah tak sabar laaaaa !!!!

Monday, January 20, 2014

GUA KELAM PERLIS

Berkelah bersama keluarga..
Yahooo... lama dah tak buat aktiviti yg melibatkan keluarga mak-mak sedara aku sekali
Bila bersama macam ni..memang riuh jadinya..macam-macam pe'el ada..
Alhamdulillah, perancangan kami menjadi juga.. walaupun dekat..tapi ni dikira sebagai masa berkualiti bersama keluarga yg besar.
 
 
Awal pagi.. Danish dan Firas dah siap sedia dengan pelampung masing-masing..
Ibu pula sediakan makanan bekal ..
( hahahha...konon bawa bekal.. aku singgah beli kat kedai ja ..kekekke .. bwa pinggan kosong ja...)


Sampai ja di Gua Kelam.. Posing dulu.. dan ayah yg paling kedepan nak bergambar..
Love u dad... ( seorang ayah dan juga sahabat buat kami 5 beradik )
 
Masa kami ke sini.. ianya bukan musim hujan dan air agak cetek..
Sungai ni mengalir dari belakang gua, melalui gua kelam dan terus ke bahagian depan taman rekreasi ni.
Kami dikira antara pengunjung yg awal sampai.. tetapi...tempat paking dah penuh..

Bergambar sebelum masuk ke dalam gua.. siap bekalan..
 

 
Ok.. ini pula sungai di belakang gua.. kami dah Berjaya melepasi Gua yg panjangnya 370 meter dengan kemudahan titi gantung di dalamnya. . 
Air memang sejuk sungguh.... Firas berendam kejap ja... dah mula menggigil.

 
Nampak kan ..kesan lumut di tebing sungai..kalau musim hujan..memang air cukup banyak..
 

Secret Garden di Gua Kelam Perlis
Tangga ni membawa kepada sebuah lagi gua..tetapi kat dalam gua ni takda lampu..
Jadi kalau korang rasa nak meneroka gua ni.. bawa lampu suluh sendiri ya..









Inilah pokok sintok.. 
Firas dan Shipul siap posing atas pokok sintok lagi..
Pemandangan kat dalam gua key..
Macam-macam bentuk ada.. sambil berjalan..korang boleh dengar deruan air sungai kat bawah jambatan tu..

Geng Gua.... kekekeke..
Lupa nak Tulis..kalau nak masuk lam gua ni kena bayar tiket key..
Dewasa RM 1.00 kanak-kanak RM 0.50
Rugi kalau tak masuk.. bukan senang nak rasa suasana berjalan dalam gua dengan selesa dan akan menjadi pengalaman baru buat anak-anak meneroka keindahan dan keunikan alam ini.

Monday, January 13, 2014

The Carnival Sungai Petani Kedah

Jom kita main air di The Carnival Sungai Petani Kedah.
Kali ni kami mengikuti Family Day suami aku.. Jadi..tiket Free..Alhamdulillah.
Bila sampai sini Danish dan Firas dah gedik nak main air. Jadi..aku pun tak sempat nak ambil gambar banyak -banyak..mana yg sempat ja... maklumla... dah basah kan.. mana nak boleh pegang camera atau tipun . Yg pasti..memang best main ombak dan entah berapa kali kami membuat pusingan kat dalam tempat berendam tu. Untuk permainan lain.. aku tak berani main... kekeke... berendam sudahla..
 
 Saiz anak sedara yg pasti akan memotong saiz mak sedaranya tak lama lagi..
 
 Kasi lekat tiket kat lengan..
 
 Sukaneka untuk kanak -kanak. Semua diuruskan oleh pihak The Carnival..
 
 Pintu utama
 
 Kaunter tiket..
Sila Beratur yaa..
 
 Masa ni dah puas berendam..dah nak balik.. 
Muka dah letih .. bila keta bergerak sikit..adik dah siap lelap..
 
 Letihnya abang.. siap terbakar panas lagi.. tapi hati puas.. kira ok la..
 
Antara permainan yg disediakan...
 
 
 
 
 Penat bermain air.. dengan muka letih..kami singgah di Fishmarket di Amanjaya Mall ..isi perut sebelum balik Perlis

  Nama set hidangan ni..aku dah lupa... tapi ini isi ikan Dowry goreng 
Memang lembut dan berkrim .
 
 Yg ni pun aku tak tau nama sebenarnya... tapi ikan dowry panggang
Bila semua dah kenyang perut..baru boleh balik dengan aman...

Nufnang