Friday, December 30, 2011

FIKSYEN 302



Penulis kegemaran aku..Ramli Awang Murshid
Sekali lagi aku terpedaya dengan tulisan beliau. Benarlah katanya 'Jangan Percaya' . Tetapi aku hampir - hampir percaya ( 95% ) bahawa Zonan adalah Farid Ja'ah. Namun aku benar-benar tertipu. Dia bukanlah Zonan sepeti apa yang aku fikirkan. Namun Zonan adalah seorang lelaki yang diistiharkan sebagai pesakit mental dan telah mati di bunuh oleh Zonan sendiri.
Watak Noorhafiza Izura yang benar-benar ingin mencari siapa Zonan yang sebenarnya telah membawa padah kepadanya. Zonan akan memastikan sesiapa yang mencarinya akan mati ditangannya juga. Namun..semangat Noorhafiza Izura kembali hidup apabila pertukaran watak telah berlaku di dalam diri Rita. Segalanya terjadi apabila Rita telah kembali ke zaman 2014 melalui kembara masa dan ketika inilah Zonan juga berada pada tahun 2032 dan membunuh mereka yang cuba mencari dirinya.. Kisah lampau kembali berulang .

Tahun 2032 - Rita Yuzalina seorang peguam menyertai projek rahsia yang dikendalikan oleh dua orang pakar psikiatri bertujuan untuk merungkaikan misteri pembunuhan itu. Namun , is disabotaj, pertukaran watak berlaku.Lebuh menakutkan , tragedi lampau berulang lagi..lebih dasyat daripada apa yang dijangkakan.


Thursday, December 22, 2011

The King Of Torts





Raja Tort.. mula-mula aku baca tajuk..memang tak faham. Apa maksud Tort ?. Rupanya Tort adalah gelaran bagi sekumpulan Peguam yang mengambil tindakan undang-undang kepada pihak yang dirasakan bersalah secara berkumpulan.Manakala Raja Tort adalah gelaran bagi ahli Tort yang terkaya. Tindakan mereka ini selalunya akan membawa masalah besar kepada pihak yang disaman. Hal ini terjadi apabila pihak peguam bekumpulan menyerang, mereka akan mengenakan caj perkhidmatan yang terlalu tinggi. Manakala pihak yang menjadi mangsa pula iaitu pengguna..yang ingin mendapatkan ganti rugi bagi masalah mereka hanya akan mendapat sedikit pulangan. Raja Tort benar-benar mengenakan caj perkhidmatan yang terlalu tinggi sehingga mengundang kemarahan di pihak pihak pengguna.Namun, kerana tidak mengetahui tentang perjanjian-perjanjian yang ditandatangani, pengguna selalu tertipu.
Novel ini menceritakan kisal Clay Carter yang bermula dari seorang peguam biasa yang bekerja di jabatan guaman kerajaan telah berjaya menjadi seorang Raya Tort yang dikagumi. Perjalanannya untuk menjadi seorang raja Tort dilihat terlalu mudah. Namun disebalik itu, ada kisah yang terjadi. Pada mulanya Clay agak gusar untuk menerima kes yang dibawa oleh seseorang yang tidak dikenalinya. Tetapi bayaran yang dijanjikan oleh lelaki tersebut telah mengubah pendirian Clay. Clay berjaya menjadi seorang yang amat berpengaruh, Namun ada suara-suara sumbang yang mula mengkaji perjalanan hidup clay dan menjadi semakin menyesakkan.
Pengakhiran kisah Clay agak menyayat hati. Semuanya terjadi apabila dia ingin menyaman pihak Goffman berkaitan sejenis ubat yang dikatakan mampu menyebabkan kaser kepada wanita. Namun dia telah kalah ..dan dia juga mengadapi masalah dengan kes terdahulu apabila pengguna-pengguna yang pernah menggunakan khidmat Clay menuntut gantirugi seterusnya apabila mereka merasakan wang mereka telah banyak diambil oleh Clay. Clay diistiharkan muflis, namun syukur Clay mempunyai sahabat-sahabat yang pernah bekerja di syarikatnya terdahulu sedia membantunya.  Selepas semua ini terjadi, Clay mula menyedari kesilapannya dan ketamakkannya.

Wednesday, December 14, 2011

Sukan Dalaman JPPH Perlis

 Dengan penuh bergaya..

 Pemain cuba menipu..haa..kan dah kena warning..
Fuhh..gaya mengalahkan pemain PRO..tapi...hemm 1/2 jam main pun belum masuk-masuk lagi
 Ok..kami sedang seriuse..jgn kacau..
 Goaallllll.... Boleh ka guna perkataan gol ?

Para penyokong setia memberi sokongan

Masa riang ria di pejabat.. bila jarum jam mencecah pukul 1.00 ptg..maka bermulalah acara kami. Acara sukan dalaman. Memang main sukka-suka..dipenuhi gelak ketawa. Tetapi..dalam suka-suka itu ada juga tujuan disebaliknya. Iaitu mengeratkan lagi hubungan sesama staff, dapat menghilangkan stress bekerja ..dan memenuhi SKT bila hujung tahun. Walaupun hanya sukan dalaman..namun..setiap pemenang pasti akan mendapat hadiah. Ada satu lagi acara , iaitu Dart..kena tunggu semua peserta ada..baru dapat lawan.Jom..kita training Dart dulu.


Monday, December 12, 2011

The Last Juror


Juri terakhir.. bersungguh-sungguh aku membacanya. Bagaikan sebuah kisah benar sedang ditayangkan dihadapanku . Sungguh menarik dan nyata. Penulis memulakan kisah ini dari mata seorang pemilik akhbar.
Adakalanya Willie Traynor , pemilik akhbar The Ford Country Times berasa bersalah menulis kisah seorang wanita yg telah kematian suami, dirogol dan dibunuh di hadapan dua anak kecilnya. Seolah-olah dia sengaja mensensasikan kisah tersebut bagi mendapatkan keuntungan berlipat ganda dari edaran akhbarnya. Namun , di dalam hati Willie dia sebenarnya inginkan si pembunuh yang berketurunan Padgid tersebut dihukum dengan hukuman setimpal. Keluarga Padgid amat dikenali di kawasan tersebut kerana keangkuhan dan kekayaan yang mereka miliki. Kekayaan mereka bertambah dari tahun ke tahun hasil jualan balak dan dadah. Sehinggakan mereka mampu membeli sesiapa sahaja termasuk hakim dan juri. Namun keadaan menjadi sedikit sukar kepada keluarga Padgid apabila Willie telah berjaya membuka mata ramai pihak melalui penulisannya.
Namun begitu..hukuman penjara seumur hidup yg dikenakan keatas Danny Padgitt bukanlah keputusan yg dipersetujui semua org. Ini kerana Danny tetap bebas walaupun tinggal di penjara, dan dia juga diberikan bilik yg lengkap segalanya. Masalah semakin berat apabila seorang demi seorang Juri yg menghakimi kes Danny mati dibunuh. Penduduk pekan itu menjadi gempar..terutama apabila Danny pernah mengugut untuk membunuh semua Juri yg terlibat apabila dia bebas kelak.
pelbagai komflik dan peristiwa yang berlaku sehingga akhirnya Danny sendiri dibunuh oleh seorang bekas peguam yang mengalami tekanan perasaan kerana Danny sebenarnya telah membunuh teman wanitanya..Dialah si Juri terakhir yang telah menjatuhkan hukuman mati ke atas Danny dengan caranya sendiri.. Kematian Danny benar-benar menenangkan hati semua pihak.

Friday, December 9, 2011

hADIAH bIRTHDAY dari DRYPERS





Dua hari lepas aku dapat kiriman dari Drypers lagi. Tapi terasa pelik pula sebab bungkusannya kecil.Selalunya kalau kiriman dari Drypers..mesti tebal punya. Sebab isinya adalah pampers. Bila aku buka dan cek..rupanya sebuah buku comel untuk Firas bersempena hari lahirnya yang pertama. Ok..sebuah buku yang cukup comel dan bewarna - warni. Si kecil pasti suka kerana warnanya yg cukup terang dan ada plastik bersinar gitu. Pendek kata..terima kasih kepada Drypers di atas hadiah comel ini.


Thursday, December 8, 2011

dEMAM cAMPAK pulakkkk



Sian Firas..baru 2 minggu lepas kena demam panas. Kemarin kena campak pula. Jadi semalam susahla Firas nak tidur. Semoga harini semakin berkurangan gatalnya. Cepat sembuh ya Firas sayang.

Wednesday, December 7, 2011

Penunggu Pintu Rumah - Si setan Dasim

Pagi tadi , dalam perjalanan ke pejabat..aku mendapat sarapan jiwa dari Dato' Dr Fadzillah Kamsah. Seorang pemanggil ke radio Sinar memaklumkan masalahnya yang cepat marah apabila melihat anak-anak. Sedangkan anak-anaknya baru berumur 8 dan 6 tahun. Yang menjadi masalahnya..dia sendiri pun tak tahu, atas sebab apa dia cepat sangat naik angin kepada anak-anak kecil itu.
Dato' banyak memberi pesan dan kaedahnya..salah satunya adalah cuba elakkan diri dari dihasuti oleh si iblis yg bernama Dasim. Dasim ini kejanya hanya untuk membuatkan suami isteri bertengkar . Membuatkan suasana rumah tangga menjadi panas. Ada sahaja yang akan menimbulkan kemarahan suami isteri serta anak-anak.
Jadi kawan-kawan..setiap kali kita balik rumah..sebelum masuk rumah..bacalah bismillah sebanyak 3 kali kat depan pintu rumah bagi salam, dan langkah dengan kaki kanan masuk kedalam rumah. Supaya dengan ini..kita dapat mengelakkan diri dari terhasut dengan bisikan si dasim jahanam itu. Ceriakan jiwa kita..senyum ketika melangkah masuk kerumah. Insyaallah..kita berusaha untuk berbuat sesuatu yg baik..pasti Allah akan membantu usaha kita.

Tuesday, December 6, 2011

The Broker

Si Broker

Joel Backman..pada mulanya seorang lelaki yang angkuh. Bangga dengan kekuasaan yg dimilikinya. Tetapi tiba-tiba semua itu hilang apabila dia menjadi tamak dengan cuba menjual sebuah program yang mampu berinteraksi dengan satelit yang paling canggih.Program
( software ) tersebut dibangunkan oleh 3 pemuda pakistan yang amat pintar dan diberi nama JAM. Namun..apabila pemuda-pemuda tersebut cuba menjual JAM kepada negara yg menawarkan harga tertinggi..ianya membawa padah kepada mereka. Seorang demi seorang dibunuh. Manakala Joel Backman pula dilantik sebagai peguam mereka bertindak menyembunyikan JAM sehingga dia diburu oleh 5 negara. Ataranya ialah Rusia & China. Masing-masing cuba mendapatkan program tersebut demi keselamatan atau kekuasaan negara mereka.
Bagi mengelakkan dia dibunuh..Joel Backman telah memilih untuk tinggal di dalam penjara apabila dia telah disabitkan bersalah untuk kes-kes besar negara mereka. Namun, tanpa disangaka.. dia telah diberikan pengampunan penuh dan dihantar ke Itali. Di sana dia telah menyamar menjadi org lain. pada mulanya dia tidak faham tujuan sebenar kebebasan yg diberikan itu. Namun lama kelamaan..Joel atau Marco akhirnya faham..bahawa dia sebenarnya dijadikan umpan. Akhirnya Joel berjaya juga kembali ke negaranya & menyerahkan JAM kepada pihak yang berhak. Namun perjalanan pulangnya tidak semudah yang disangka.
Bagi aku..buku ini harus dibaca oleh pengemar-pengemar novel thriller.. Sungguh mendebarkan dan penuh dengan keasyikan apabila kecantikan Itali berjaya ditonjolkan oleh penulis.

Friday, December 2, 2011

Hadiah Kawen 8 tahun lalu



Tu diaaa...dah hampir genap 8 tahun usia hadiah-hadiah ni. Hadiah - hadiah ni aku terima masa kawen dulu..tetapi..disebabkan aku ni takda rumah sendiri..semuanya masih tersimpan elok di dalam kotak. Hadiah ni suami aku sumbat kat dalam stor rumah mertua aku, dan aku memang dah hampir lupa tentang hadiah-hadiah ni..tetapi ditemui oleh mak mertua aku. Menurut kata mertua aku..masih ada satu kotak besar lagi hadiah yang belum aku cek. Seingat aku dulu..aku terima 4 biji rice cooker dan 1 biji periuk untuk menggoreng. Set pinggan mangkuk yang aku gunakan sekarang ( aku belum beli set baru..semua set hadiah perkahwinan dulu ) dan set gelas yang baru ditemui ni . Jadi ..aku masih berteka teki..apa lagi yang masih ada kat dalam kotak besar di dlm stor tu. Nanti bebila Free..kami wajib punggah tengok.. Jadi..setelah aku bilang gelas ni..hampir 60 biji ..semua masih cantik dan elok. Lepas untuk digunakan jika ada kenduri kecil-kecilan nih.

Nufnang