Friday, August 12, 2022

HOTEL ADYA CHENANG

 Hotel terakhir kami pada hari pertama ialah Adya Chenang.
Review aku yang pertama adalah Adya Kuah yang terletak dalam kawasan Kuah, dan sesungguhnya jauh dari pantai. Manakala Adya Chenang pula terletak berhadapan Pantai Chenang, cumanya untuk ke pantai, kena lintas jalan kat depan tu sikit jer.
Suasana di sini, memang tiptop lah untuk hotel yang menghadap pantai. 
Jadi inilah satu-satunya hotel yang kami lawati terletak berhadapan pantai.

Pandangan dari arah pantai. 
Hotel Adya Chenang terletak di tengah-tengah antara 2 bangunan 
Pagi hari kedua, selepas sarapan , sebelum ramai pengunjung, kamilah antara yang pertama menjejakkan kaki ke pasir putih yang mana, sekali air bah , sekali pantai berubah...ehh.. 

Tak sabaq aku nak pi balik ke Chenang. 
Mengembalikan nostalgia sebagai Duyung jadian.
dan kadangkala keliru dengan Dugong yg bukan jadian.. 😆😂
Lepak sini , sambil menikmati sebungkus nasi lemak berbungkus daun pisang dan teh ais ikat tepi.. Pergh..mesti dunia aku yang punya, walaupun kocek ku seperti debu debu pasir nan putih ...
Wajib posing tang ni, sebagai penanda aras kata dah sampai Pantai Chenang tahun 2022

Walaupun kocek ku berderai derai seperti pasir laut, tetapi mata ku masih memerlukan hiburan . Gumbiranya hati walaupun aku tahu, ini bukan milik aku. Kau terlalu jauh untuk aku gapai..😥😭  

Selama aku merayap di lorong lorong jualan yg berada di hadapan Adya Hotel Chenang , hati aku tak pernah berhenti dari terus terusik, diusik dan ter WOW dengan semua jualan yang ada.Minyak Angin, pakaian,mainan hiasan rumah dan pelbagai lagi yg ada.. TETAPI... ada sesuatu yg membuatkan aku pelik....kenapa kebanyakan peniaga di sini...bukan muka org Malaysia.. kenapa yeee ? Katanya mereka hanya pekerja.. bukan tokey.. iyer kerr ? 

Untuk makluman, kalau korang menginap di hotel sekitar Pantai Chenang, jangan lah risau bab makan dan minum. Banyak bebenor, sampai tak tau nak pilih kedai mana. Tapi di sebelah siang, aku tak pasti pula,. Nanti aku pi siasat semula key.
Boleh la nak masuk sini, tengok diorang main api. 
Gambar ni aku ambil dari tingkat atas Adya, Inilah suasana malamnya. Persembahan dari band pun ada. Sedap suaranyaa.. tapi makcik-makcik tua makan, mengkelan gakla nak telan kalau meja depan sound system.. hihi.. Hampa tau ka maksud mengkelan ? guugel la yer.. 😁
sibuk betul Pantai Chenang sekarang.. 
Ok, sekarang jomlah kita menjelajah ke dalam hotel pulak.
Ni kaunter pendaftaran.
Bangunan Hotel Adya ni macam rumah kedai 3 tingkat. Tetapi kemas dan bersihla.. Sebelah kanan gambar ni adalah lorong yang boleh di lalui oleh sesiapa sahaja. Bilik -bilik semua berada di tingkat atas.

Inilah lorong yang perlu di lalui untuk ke kaunter pendaftaran Hotel Adya Chenang.
Tempat parking ada di belakang bangunan ni. Bagi aku, terasa agak jauh jugala pakingnnya. Sebab nak dapatkan parking di hadapan hotel, amatlah payah. Di hadapan hotel pulak ada gerai makan...dan persembahan Band di waktu malam. Pukul 12.00 tgh malam pun korang boleh dengar orang nyanyi lagi.. Kalau ada anak kecik yang sensitif ngn bunyi bising, aku rasa sini bukan pilihan utama. Tapi kalau anak korang jenis semua ook, alhamdulillah.


Pintu Masuk ke restoran Jelapang milik Hotel Adya Chenang 

Susun atur simple . Makanan pun simple jer.. 
Bilik Mesyuarat. 
Untuk kami seramai 27 orang, memang tak muat. 
Jadi awal awal lagi Adya Chenang terpaksa dikeluarkan dari senarai. Sebab utama adalah bilik mesyuarat yg kecil.. 

Dari segi kemudahan Slide , Projektor dan Pa sistem.. memang diseiakan. dah termasuk dlm pakerj. 
Tak perlu nak add on.
Bilik di sini luas. Semua kemudahan tersedia. Alhamdulillah..
Pemandangan dari Balkoni bilik kami. 


Bilik VIP
Masih VIP



1 Katil Single & 1 katil Queen

Ruangan ni dicadangkan kepada kami untuk aktiviti BBQ . Memang luas dan lapang. Kalau setakat nak jalankan aktiviti sukaneka yg simple dan tanpa banyak pergerakan, mungkin boleh juga. Ruangan ni berada di aras 3 , bersebelahan dengan restoran Jelapang.

Kesimpulan yg aku boleh bagi, sesuai untuk percutian budged, tetapi tak sesuai untuk majlis kami. 
Tahap kebersihan dan keramahan staf pun baik.
Try lah search Adya Chenang.. jgn tertukar dengan Adya Kuah pulak.
Habis dah tentang hotel di langkawi yg aku lawati.
Selepas balik dari lawatan tersebut, kami buat laporan dan bentangkan kepada semua AJK yg terlibat.
Akhirnya GOLDSANDS HOTEL LANGKAWI berjaya dipilih.
Insyaallah.. 16 september nanti kami kembali semula ke Langkawi. 
Maka..nantinya bolehlah aku update suasana malam di Goldsands pulak.
Dan.. aku pun dah booking tiket feri.. bawa kereta ..hihi..guna perkhidmatan feri Dibuk. 
dan juga..untuk kali ke tiga, aku akan kembali semula ke Sunset Beach resort.. harapnya sunset masih macam dulu.. suasana Bali dan private beach.. terletak di Pantai Tengah. 
👍👍👍

No comments:

Nufnang